siti norsyahmi binti abu bakar - faculty of education ... · encik abu bakar bin yusof dan puan...
TRANSCRIPT
APLIKASI KONSEP PENYEMBELIHAN AYAM MENGIKUT HUKUM ISLAM
DI RUMAH PENYEMBELIHAN AYAM NEGERI JOHOR
SITI NORSYAHMI BINTI ABU BAKAR
UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: APLIKASI KONSEP PENYEMBELIHAN AYAM
MENGIKUT HUKUM ISLAM DI RUMAH
PENYEMBELIHAN AYAM NEGERI JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya SITI NORSYAHMI BINTI ABU BAKAR (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana?Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
Disahkan oleh:
_______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO. 124, JALAN SUKUN
TAMAN KOTA JAYA CIK SARIMAH BINTI ISMAIL 81900 KOTA TINGGI JOHOR (Nama Penyelia)
Tarikh: 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT
TIDAK TERHAD
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan: _________________________________
Nama Penyelia: SARIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh: 20 JANUARI 2012
iii
APLIKASI KONSEP PENYEMBELIHAN AYAM MENGIKUT HUKUM ISLAM
DI RUMAH PENYEMBELIHAN AYAM NEGERI JOHOR.
SITI NORSYAHMI BINTI ABU BAKAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI, 2012
iv
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan: ____________________________________
Nama Penulis: SITI NORSYAHMI BINTI ABU BAKAR
Tarikh: 20 JANUARI 2012
v
Dedikasi
Syukur Alhamdulilah
Dengan limpah kurnia dan keredhaan- Nya
Memberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan
Untuk terus berjuang hingga ke akhirnya.
Setulus kasih yang sedalam-dalamnya buat Ayah dan Bonda
Encik Abu Bakar Bin Yusof dan Puan Endon Binti Abdul Rahman
Kerana begitu memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini.
Buat Keluarga yang tercinta
Terima kasih atas setiap nasihat dan dorongan
yang telah diberikan, tanpa berbelah-bahagi.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
Cik Sarimah Binti Ismail
Untuk setiap ilmu dan nasihat yang diberikan.
Semoga ilmu yang diperoleh akan bermanfaat untuk masa-masa akan datang.
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Rakan-rakan SPH (Disember)
Diucapan terima kasih atas segalanya.
Semoga Kita semua Dirahmati dan sentiasa berada dalam Redha-Nya.
Insya-Allah.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Dikesempatan itu juga, ingin saya rakamkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Cik Sarimah
Binti Ismail kerana telah banyak membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar
dalam menyiapkan kajian ini.
Rasa terima kasih ini juga ingin saya sampaikan kepada Ustaz Aminudin
Baki Bin Mahmud, Cik Faridatul Farhana Binti Misbah dan Ustaz Haji Nasri Bin
Selamat, iaitu pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Johor (JAJ) yang telah
banyak memberikan kerjasama, maklumat dan juga nasihat bagi keperluan kajian.
Tidak lupa juga Pegawai Veterinar bahagian Unggas, Dr Syarifah Syazana
Binti Syed Ahmed yang sudi memberikan maklumat dan kerjasama.
Akhir sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan
seperjuangan yang telah banyak berkongsi pandangan dalam menyiapkan kajian ini.
Harapan saya, semoga kajian yang dihasilkan ini, dapat memberikan sumbangan dan
manfaat kepada sesiapa yang merujuk kajian ini sebagai kajian ilmiah.
vii
ABSTRAK
Penyembelihan ayam secara halal wajib kepada umat Islam di seluruh dunia.
Justeru itu, pengurus rumah penyembelihan ayam perlulah memastikan hukum Islam
diguna pakai dalam penyembelihan ayam seperti yang telah disyariatkan di dalam
Al-Quran dan hadis. Malangnya peratus premis penyembelihan ayam yang mendapat
pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN) adalah sangat rendah. Kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti pengaplikasian konsep penyembelihan halal mengikut hukum Islam,
berdasarkan empat pembolehubah utama iaitu pengurusan premis rumah
penyembelihan ayam, prosedur kerja di rumah penyembelihan ayam, proses
penyembelihan ayam dan perkakasan penyembelihan ayam. Kajian ini dijalankan di
Daerah Batu Pahat dan Daerah Pontian, dengan bilangan responden seramai 64 orang
dalam kalangan pengusaha-pengusaha rumah penyembelihan ayam. Borang soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For The Social Science versi 18.0 (SSPS 18.0) dan
dibentangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan pengusaha rumah penyembelihan ayam yang belum mendapat
pengiktirafan persijilan halal, rata-rata tidak menepati beberapa rukun dan syarat sah
penyembelihan halal. Oleh itu, dapatan bagi kajian ini menunjukkan pengusaha-
pengusaha tidak mengaplikasikan konsep halal dalam penyembelihan ayam. Malah,
pengurusan premis rumah penyembelihan ayam juga berada pada tahap sederhana
iaitu pada nilai min 1.609. Bagi menambah baik kajian ini, rekabentuk kajian
kualitatif yang menggunakan pemerhatian sebagai kaedah mengumpul data adalah
dicadangkan untuk kajian seterusnya.
viii
ABSTRACT
Halal chicken slaughtering is compulsive to all Muslims around the world.
Therefore, poultry abattoir manager need to ensure that Islamic law being apply in
poultry slaughtering as is endorsed in Al-Quran and Hadith. Unfortunately the
percentage of chicken slaughter premises who received halal accreditation from the
Malaysia Department of Islamic Development (JAKIM) and the State Islamic
Religious Department (JAIN) is very low. This study was conducted to identify the
application of the halal slaughtering concept according to Islamic Law, based on four
main variables which are management of poultry abattoir premises, working
procedure in poultry abattoir, the process of slaughtering poultry and poultry
slaughtering equipments. This study was conducted in the district of Batu Pahat and
Pontian, with the number of respondents of 64 among poultry abattoir manager.
Questionnaire was used as the research instrument. The survey data were analyzed
using Statistical Package of The Social Science Version 18.0 (SSPS 18.0) and
presented in the form of frequency, percentages and mean. The study showed that
chicken abattoir manager who have not received accreditation of halal certification,
on the average did not meet a number of legal principles and conditions of halal
slaughter. Thus, the findings of this study show that the managers are not applying
the concept of halal in chicken slaughtering. In fact, the managements of poultry
abattoir premises were also at a moderate level at the mean value of 1.609. Toward
the improvement of this study, qualitative research design using observation as a
method of data collection are proposed for further study.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pengusaha Rumah Penyembelihan 9
1.6.2 Masyarakat 10
1.6.3 Industri makanan 10
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
x
1.9 Kerangka Konsep 12
1.9.1 Konsep Penyembelihan Islam 13
1.9.2 Pengiktirafan Sijil halal Malaysia 14
1.9.3 Pengusaha Rumah Penyembelihan 14
1.9.4 Aplikasi Konsep Penyembelihan 15
1.10 Definisi Operational 15
1.10.1 Aplikasi 15
1.10.2 Konsep 16
1.10.3 Penyembelihan 16
1.10.4 Hukum Islam 16
1.10.5 Halal 17
1.10.6 Syubhat 17
1.10.7 Pengusaha 17
1.10.8 Rumah Penyembelihan 17
1.10.9 Sijil Halal 18
1.10.10 Pengiktirafan 18
1.10.11 Syarat 18
1.10.12 Prosedur Kerja 19
1.10.13 Pemprosesan 19
1.10.14 Penyembelih 19
1.10.15 Pemilihan 20
1.10.16 Pengurusan 20
1.10.17 Perkakasan 20
1.11 Kesimpulan 21
2. SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 22
2.2 Rukun Penyembelihan 23
2.2.1 Haiwan Sembelihan 25
2.2.2 Orang Yang Menyembelih 26
2.2.3 Kaedah Penyembelihan 28
2.3 Kaedah Penyembelihan Halal 29
2.4 Standard Pemakanan Di Malaysia 31
xi
2.5 Pengiktirafan Persijilan Halal 32
2.6 Pengurusan Rumah Penyembelihan 34
2.7 Pengurusan Kebajikan Ayam Sembelihan 35
2.8 Perkakasan Penyembelihan Ayam 36
2.9 Pengurusan Sisa Buangan Rumah
Penyembelihan 37
2.10 Hikmah Penyembelihan 37
3. METODOLOGI
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi dan Persempelan Kajian 40
3.4 Instrument Kajian 41
3.5 Kesahan 43
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Kebolehpercayaan 44
3.8 Proses Menjalankan Kajian 45
3.9 Analisis Data 48
3.9.1 Analisis Bahagian A 48
3.9.2 Analisis Bahagian B 48
3.10 Kesimpulan 49
4. ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Dapatan Analisis Data Bahagian A 51
4.2.1 Taburan kekerapan Mengikut
Bangsa 52
4.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut
Agama 52
4.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Tahap
Pendidikan 52
4.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut
Penyertaan Kursus Penyembelihan 53
4.3 Dapatan Analisis Data Bahagian B 53
xii
4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 54
4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 56
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 58
4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 60
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 62
4.5 Kesimpulan 63
5. RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan 64
5.3 Perbincangan 67
5.2.1 Latar Belakang Responden 67
5.2.2 Bahagaian B 67
5.3.2.1 Pengurusan Premis Rumah
Penyembelihan Ayam 68
5.3.2.2 Prosedur Kerja
Penyembelihan Ayam 69
5.3.2.3 Proses Penyembelihan Ayam 70
5.3.2.4 Perkakasan Penyembelihan
Ayam 72
5.3 Cadangan 73
5.3.1 Pihak Berkuasa 73
5.3.2 Pihak Pengusaha 74
5.3.3 Pengguna 75
4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75
4.5 Penutup 76
5. RUJUKAN 77
6. LAMPIRAN 82
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Bilangan Penduduk Islam Mengikut Benua 3
1.2 Penggunaan Per Kapita Hasil Ternakan Daging
Ayam 5
1.3 Bilangan Penduduk, Premis Penyembelihan dan
Premis Penyembelihan Yang Berstatus Halal
Mengikut Daerah Di Negeri Johor 7
2.1 Saiz Premis Dan Caj Rumah Penyembelihan 33
3.1 Taburan Responden Mengikut Daerah 41
3.2 Pengagihan Item-Item Bahagian A 42
3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian dan
Jenis Skala Yang Digunakan 42
3.4 Pekali Alpha Cronbach 44
3.5 Nilai Kebolehpercayaan Item-item Dalam
Instrument Kajian Mengikut Persoalan Kajian 45
3.6 Tahap Penilaian Respondan Mengikut Nilai Min 44
4.1 Taburan Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Responden Mengikut Bangsa 51
4.2 Taburan Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Responden Mengikut Agama 52
4.3 Taburan Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Responden Mengikut Tahap Pendidikan 53
4.4 Taburan Bilangan Kekerapan dan Peratusan
Menghadiri Kursus Penyembelihan 53
xiv
4.5 Taburan Bilangan Kekerapan, Peratusan dan Nilai
Min Dalam Pengaplikasi Pengurusan Premis
Rumah Penyembelihan Ayam mengikut
Pengiktirafan Sijil Halal 55
4.6 Taburan Bilangan Kekerapan, Peratusan dan Nilai
Min Dalam Pengaplikasi Prosedur Kerja Mengikut
Pengiktirafan Sijil Halal 57
4.7 Taburan Bilangan Kekerapan, Peratusan dan Nilai
Min Dalam Pengaplikasi Proses Penyembelihan
Ayam Mengikut Pengiktirafan Sijil Halal 59
4.8 Taburan Bilangan Kekerapan, Peratusan dan Nilai
Min Dalam Pengaplikasi Perkakasan
Penyembelihan Ayam Mengikut Pengiktirafan Sijil
Halal 61
4.9 Ringkasan Dapatan kajian 62
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep 12
2.1 Rukun Penyembelihan Islam 24
3.1 Carta Alir Bagi Proses Menjalankan Kajian 46
xvi
SENARAI SINGKATAN
SAW - Sallallahu-Alaihi-Wasallam
SWT - Subahana-Wa-Taala
MITI - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
HDC - Halal Industry Development Corporation
SME - SME Corporation Malaysia
MATRADE - Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia
MIDA - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
MIDF - Malaysian Industrial Development Finance Berhad
JAJ - Jabatan Agama Johor
MAIN - Majlis Agama Islam Negeri
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JPVM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
SPSS - Statistical Package of Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Krejcie dan Morgan 82
B Bahagian Penyembelihan Ayam 83
C Aliran HACCP Di Dalam Rumah Penyembelihan 85
D Carta Aliran Permohonan Sijil Halal 86
E Pengesahan Instrument Soal Selidik 1 87
F Pengesahan Instrument Soal Selidik 2 89
G Mendapatkan Maklumat SSM 91
H Statistik Pengiktirafan Sijil Halal 93
I Maklumat Statistik Premis Penyembelihan 95
J Senarai Rumah Penyembelihan 97
K Borang Soal Selidik 99
L Gambar 104
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menjadi tuntutan bagi setiap umat Islam di atas muka bumi ini, untuk
mencari makanan yang halal tanpa mengira usia sama ada muda atau tua. Melalui
pemakanan dapat membentuk fizikal yang sihat, khususnya bagi perkembangan
minda serta hati manusia. Pemakanan yang halal dapat membentuk Muslim yang
bersifat baik dan mulia (Sulma, 2008).
Makanan halal atau yang haram telah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran,
namun di antara halal dan haram terdapat perkara-perkara yang syubhat atau
meragukan dan kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya, barangsiapa yang
berhati-hati dari perkara syubhat, ia menyelamatkan agama dan harga dirinya (Tuan,
2010). Seperti sabda Rasulullah Sallallahu-Alaihi-Wasallam (SAW) yang
diriwayatkan daripada An-Nuqman bin Basyir r.a “Perkara yang halal itu jelas dan
begitu juga perkara yang haram itu jelas”(Riwayat Al-Bukhari).
2
Begitu pentingnya melakukan penyembelihan halal, ini kerana tanpa
penyembelihan halal, makanan tadi dianggap bangkai atau najis dan boleh membawa
kepada mudarat kepada pemakannya. Oleh itu penyembelihan haruslah dilakukan
dengan mematuhi syarat-syarat sembelihan yang telah ditegaskan di dalam Al-
Quran, seperti yang dinyatakan iaitu:
Maksudnya: Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,
daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain
Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk,
dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihny dan (diharamkan bagimu) yang disembelih
untuk berhala dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan
anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah
kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk
(mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada
mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama
bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa
sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. (Surah Al-Ma’aidah : 3).
Jelas melalui surah Al-Ma’aidah ayat 3 bahawa Allah Subahana-Wa-Taala
(SWT) telah menyatakan supaya menyembelih setiap haiwan yang halal bagi
membolehkan haiwan itu untuk dimakan. Oleh itu, sebagai muslim yang baik adalah
wajib untuk mencari makanan yang menepati sifat halalan toyyiban, iaitu makanan
yang mempunyai sifat halal lagi baik serta bebas daripada sifat syubhat.
3
Pertumbuhan bilangan umat Islam diseluruh dunia meningkat setiap tahun.
Maka permintaan terhadap makanan halal semakin mendapat sambutan penduduk
Islam diseluruh dunia. Ini menunjukkan kesedaran ke atas pemilihan makanan
semakin diberikan perhatian dari setiap proses penghasilan, sehinggalah kaedah
pengedarannya, disebabkan Islam begitu mengutamakan makanan yang memenuhi
aspek halalan toyyibban.
Pelbagai badan kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI), Halal Industry Development Corporation (HDC), SME Corporation
Malaysia (SME Corp), Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE),
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysian Industrial
Development Finance Berhad (MIDF) dan badan-badan lain memainkan peranan
memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal kepada pengguna di Malaysia dan
juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal di Malaysia ke luar Negara
melalui program-program yang dianjurkan.
Usaha-usaha ini diambil bagi merialisasikan cita-cita kerajaan untuk
mewujudkan rangkaian hab halal di Malaysia sekaligus menjadi pengeluar makanan
halal utama diseluruh dunia (Mohd. Saiful, 2007). Ini penting kerana melalui hab
halal, pengguna dapat menikmati produk dan perkhidmatan tanpa rasa ragu ke atas
setiap produk dan perkhidmatan yang terdapat dipasaran.
Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Islam Mengikut Benua.
BENUA BILANGAN DUNIA
(‘000)
PERATUS
PENDUDUK
ISLAM
BILANGAN
PENDUDUK
ISLAM (‘000)
Afrika 1,051.4 52.39% 554.32
Asia 4,239.1 32% 1,356.28
Eropah 740.01 7.6% 56.04
Amerika Utara 346.20 2.2% 7.62
Amerika Selatan 595.90 0.41% 2.45
Oceania 37.14 1.5% 0.54
JUMLAH 7009.50 28.73% 1,977.24
Sumber: The World Factbook (CIA), ( 2011)
4
Jadual 1.1 menunjukkan bilangan penduduk Islam mengikut benua. Benua
Asia merupakan benua yang memiliki bilangan penduduk Islam yang teramai. Oleh
itu, tidak mustahil bagi kerajaan Malaysia untuk mengambil kesempatan ini, bagi
mewujudkan rangkaian hab halal seterusnya menjadi pengeluar produk dan
perkhidmatan halal utama di dunia, serta mengelakkan penduduk Islam terdedah
kepada produk dan perkhidmatan yang haram.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengurusan penyembelihan yang dilakukan di dalam industri pemprosesan
makanan hari ini sering disalah tafsirkan sehingga menimbulkan kekeliruan, ini
kerana penyembelihan bukan sekadar memutuskan urat leher haiwan supaya haiwan
halal dimakan, tetapi merangkumi konsep penyembelihan yang lebih luas dan
menyeluruh membabitkan keseluruhan prosesnya, bermula dari ladang sehinggalah
kepada pengguna (Zabidi, 2010).
Industri makanan halal amat penting bukan sahaja kepada ekonomi Negara
malah membawa sumbangan yang besar di dalam memenuhi tuntutan agama Islam.
Oleh itu, setiap aspek dalam indsutri makan perlu dilihat dengan lebih mendalam
khususnya berhubung konsep penyembelihan ayam. Ini kerana kaedah
penyembelihan adalah salah satu kaedah bagi membolehkan haiwan itu halal di
makan. Haiwan yang tidak disembelih dikategorikan sebagai bangkai dan haram di
makan. Oleh itu, di dalam Islam amat menitik beratkan soal penyembelihan yang
sempurna mengikut hukum Islam, seperti yang telah disyariatkan mengikut hukum
Islam.
5
Jadual 1.2: Penggunaan Per Kapita Hasil Ternakan Daging Ayam 2006-2010
TAHUN MALAYSIA
(KG)
SEMENANJUNG
MALAYSIA
(KG)
SABAH
(KG)
SARAWAK
(KG)
2006 31.11 33.73 28.60 22.44
2007 33.24 35.76 14.20 24.81
2008 34.38 37.26 17.70 26.10
2009 34.74 37.51 21.81 26.32
2010 35.04 37.97 21.43 26.58
(Sumber: Jabatan Perkhidmatan veterinar, 2010)
Jadual 1.2, menunjukan penggunaan hasil ternakan ayam di Malaysia pada
tahun 2006 sehingga 2010. Data menunjukkan bilangan kepenggunaan meningkat
dari tahun ke tahun. Ini membuktikan bahawa penduduk di Malaysia
kebanyakkannya memilih ayam sebagai menu utama dalam pola pemakanan harian
penduduk di Malaysia.
Hal ini penting, kerana kebanyakkan makanan dipasaran banyak yang
berasaskan ayam. Ayam dihidangkan dalam pelbagai bentuk masakan dan ada juga
memproses ayam menjadi makanan sejuk beku seperti nugget, sosej ayam, dan
sebagainya. Namun, Kurang kesedaran terhadap konsep dan amalan sembelihan halal
dalam kalangan masyarakat Islam menjadikan isu sembelihan halal sentiasa
dipandang ringan sehingga ada yang menyalahgunakan logo halal (Zabidi, 2010).
Menurut Zabidi lagi, status halal sembelihan tidak diyakini, keadaan premis
tidak sesuai, tiada jaminan kualiti serta pencemaran alam sekitar, sembelihan yang
meragukan membabitkan sembelihan yang dilakukan oleh individu yang tidak
bertauliah, yang dilakukan oleh warga asing, premis tidak mempunyai pengesahan
sijil halal, kualiti sembelihan tidak terkawal dan percampuran bahan yang tidak halal
dalam satu premis merupakan antara elemen kekeliruan dalam pengurusan
penyembelihan halal di negara ini.
Isu sembelihan perlu dipandangan serius, apabila dilaporkan beratus-ratus
peniaga di Negeri Johor kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat
6
diragui status halal dan kesuciannya (Nasri dan Zikri, 2011) kerana penyembelihan
dilakukan di pusat penyembelihan yang belum mendapat sijil halal dan orang yang
menyembelih tidak bertauliah walaupun disembelih oleh orang Islam (Salman,
2011).
Negeri Johor merupakan antara pengeluar ayam daging terbesar di Malaysia,
namun hanya hanya 153 orang penyembelih dan pemeriksa yang bertauliah
diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Johor (JAJ), bilangan ini terlalu sedikit jika
dibandingan dengan jumlah pengeluaran ayam yang diproses sebanyak 200,000 ekor
setiap hari untuk diedarkan diseluruh Negeri Johor (Salman, 2011).
Turut membimbangkan ialah ramai pengusaha rumah penyembelihan ayam
tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan
dan pemprosesan ayam secara sambil lewa. Penggunaan label pada bahagian kepak
ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal juga tidak
dipatuhi, walaupun pihak JAJ telah mewajibkan penggunanya (Nasri dan Zikri,
2011).
Terdapat 20 buah pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam di daerah
Johor Bahru dikesan beroperasi secara haram telah dikenakan tindakan 14 buah pusat
penyembelihan yang lain diarahkan menutup operasi mereka sementara 3 buah pusat
yang lain sedang menghadapi tindakan mahkamah (Sahbulah, 2010)
7
Jadual 1.3: Bilangan Penduduk, Premis Penyembelihan dan Premis
Penyembelihan Yang Berstatus Halal Mengikut Daerah Di Negeri Johor
BIL DAERAH
BILANGAN
PENDUDUK
(‘000)
BILANGAN
PREMIS
PREMIS
BERSTATUS
HALAL
1 Batu Pahat 406.4 73 3
2 Johor Bahru 1463.8 37 6
3 Kluang 316.6 72 3
4 Kota Tinggi 251.8 30 0
5 Kulai Jaya 130.0 2 1
6 Ledang 132.8 21 0
7 Mersing 85.9 12 0
8 Muar 397.9 38 1
9 Pontian 174.6 35 2
10 Segamat 208.9 25 0
Jumlah 3,568.7 345 16
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011); Jabatan Veterinar Malaysia (2011); Jabatan
Agama Islam Johor (2011)
Jadual 1.3 menunjukkan bilangan penduduk di dalam Negeri Johor, Bilangan
premis penyembelihan ayam dan premis penyembelihan ayam yang telah mendapat
status halal. Terdapat beberapa daerah yang belum mempunyai pusat penyembelihan
ayam yang berstatus halal, seperti Daerah Kota Tinggi, Ledang, Mersing dan
Segamat.
Keadaan ini membimbangkan kerana dikhuatiri penduduk beragama Islam di
dalam daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat memakan bangkai ayam (Salman,
2011). Walaubagaimanapun dalam beberapa Daerah yang lain pula, mempunyai
pusat penyembelihan berstatus halal, tetapi bilangannya sangat rendah dan
berkemungkinan pengeluaran ayam halal tidak mencukupi bagi menampung
keperluan pengguna setempat.
Sikap kebanyakkan pengusaha ayam yang tidak bertanggungjawab
menghantar dan menjual bekalan ayam hidup ke pusat penyembelihan yang tidak
diiktiraf oleh JAJ yang didakwa lebih mudah dan dekat dengan ladang ternakan
mereka (Sahbulah, 2010) telah mengakibatkan pusat penyembelihan ayam yang
diiktiraf halalnya menghadapi masalah kekurangan bekalan ayam hidup untuk
diproses.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Isu penyembelihan ayam seperti dipandang ringan dalam masyarakat,
sehingga terdapat ribuan ayam yang diragui status kehalalannya berada dipasaran. Ini
disebabkan terdapat pengusaha rumah penyembelihan ayam yang memandang ringan
dalam pemprosesan ayam.
Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengenal pasti pengaplikasian konsep
penyembelihan ayam mengikut hukum Islam di rumah penyembelihan ayam negeri
Johor. Pemboleh ubah kajian ialah pengurusan premis, prosedur kerja, proses
penyembelihan ayam dan perkakasan penyembelihan ayam. Kajian ini dijalankan ke
atas pengusaha rumah penyembelihan ayam yang belum mendapat berstatus halal
dalam Daerah Batu Pahat dan Pontian, bagi mengenalpasti pengaplikasian konsep
penyembelihan halal ke atas ayam hidup.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti aplikasi konsep
penyembelihan ayam, dari aspek:
a) Pengurusan premis rumah penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil
halal
b) Prosedur kerja di rumah penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil
halal
c) Proses penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil halal
d) Perkakasan penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil halal
9
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini mengandungi empat persoalan kajian iaitu:
a) Apakah pengusaha rumah penyembelihan ayam mengaplikasikan pengurusan
premis rumah penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil halal?
b) Apakah pengusaha rumah penyembelihan ayam mengaplikasikan prosedur
kerja mengikut pengiktirafan sijil halal?
c) Apakah pengusaha rumah penyembelihan ayam mengaplikasikan proses
penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil halal?
d) Apakah pengusaha rumah penyembelihan ayam mengaplikasikan perkakasan
penyembelihan ayam mengikut pengiktirafan sijil halal?
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pengusaha Rumah Penyembelihan
Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha rumah
penyembelihan supaya merancang dan menguruskan rumah penyembelihan menepati
pengiktirafan sijil halal. Ini kerana pengusaha rumah penyembelihan
bertanggungjawab bertanggungjawab dalam membekalkan makanan halal melalui
penyembelihan yang sempurna. Ini penting, kerana hanya pengusaha yang
menyediakan makanan mengetahui status kehalalan sesuatu produk makanan yang
hasilkan. Hal ini akan memberi kesedaran kepada pengusaha tentang kewajipannya
ke atas pengguna dan agama.
10
1.6.2 Masyarakat
Membantu masyarakat dalam memilih sumber makanan yang bersumberkan
makanan halal, khususnya makanan hasil sembelihan yang halal dan sempurna.
Menjadi panduan kepada masyarakat dalam memilih produk sembelihan yang betul
mengikut hukum Islam. Menerapkan kesedaran tentang kepentingan makanan halal.
1.6.3 Industri makanan
Mengalakkan peningkatan industri makanan halal di Malaysia. Memberikan
keyakinan kepada pengguna terhadap penghasilan makanan halal terutama dalam
penyediaan produk makan berasaskan ayam, khususnya dalam proses penyembelihan
ayam.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas pengusaha rumah penyembelihan ayam
yang telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi, tidak
memohon persijilan halal dengan JAKIM, JAIN ataupun syarikat-syarikat pengeluar
sijil halal swasta yang lain. Sebanyak 64 orang pengusaha telah dipilih berdasarkan
senarai SSM, meliputi 44 orang pengusaha di Daerah Batu Pahat dan 20 orang di
Daerah Pontian. Pembolehubah yang dikaji hanyalah konsep sembelihan halal dalam
penyembelihan ayam mengikut hukum Islam yang diaplikasikan oleh pengusaha
rumah sembelihan ayam dari aspek pengurusan premis, prosedur kerja, pemprosesan
ayam dan perkakasan penyembelihan.