t12 sains untuk kanak kanak istimewa2

Upload: sasi-kumar-sundara

Post on 19-Jul-2015

551 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PISMP Semester 3Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah SCE3104

Sains Untuk Kanak-kanak Istimewa

Pajuzi Awang IPG Kampus Dato Razali Ismail Kuala TerengganuT1: Teaching Science to Children

Slide 1 of 25

Kerjaya GuruRAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.

T1: Teaching Science to Children

Slide 2 of 25

Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas i. Masalah kecacatan fizikal ii. Masalah penglihatan

iii. Masalah pendengaran iv. Masalah pertuturan v. Masalah pembelajaran

vi. Masalah tingkahlaku vii. Lembab ( slow learner) viii. Terencat akal ringan ix. Autisme x. Pintar cerdas xi. Sindrom Down xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

xiii. DisleksiaT1: Teaching Science to Children Slide 3 of 25

Masalah Pendengaran Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20

hingga 60 decibel.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 4 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat

latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.T1: PISMP SCE 3104 Slide 5 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk

berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan

T1: PISMP SCE 3104

Slide 6 of 25

Masalah Pertuturan Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat

iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 7 of 25

Masalah Pertuturan Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran

percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah

T1: PISMP SCE 3104

Slide 8 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk

memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi

T1: PISMP SCE 3104

Slide 9 of 25

Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya,

IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 10 of 25

Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak

menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan T1: PISMP dan Slide 11 of 25 masalahtingkah lakuSCE 3104 emosi.

Masalah Pembelajaran Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah

pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 12 of 25

Disleksia Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.) Slide 13 of 25

T1: PISMP SCE 3104

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidakmempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).T1: PISMP SCE 3104 Slide 14 of 25

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak

ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanakkanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.T1: PISMP SCE 3104 Slide 15 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan,

guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 16 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti

dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan denganeksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 17 of 25

Lembab (Slow Learner) Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak

peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 18 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan

dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007)

T1: PISMP SCE 3104

Slide 19 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap

kanakkanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasantugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 20 of 25

Terencat Akal Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)

mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian sepertikomunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor.

Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta

berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebayaT1: PISMP SCE 3104 Slide 21 of 25

Terencat Akal Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan

menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan. Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.T1: PISMP SCE 3104 Slide 22 of 25

Terencat Akal Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan

menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah keranaIQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.T1: PISMP SCE 3104 Slide 23 of 25

Sindrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah

yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.T1: PISMP SCE 3104 Slide 24 of 25

Sindrom Down Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal

pasti antaranya: Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.

Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung

untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik

T1: PISMP SCE 3104

Slide 25 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak

yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 26 of 25

AutismeMuhammad Danial Pelajar Autisme Pertama Negara Dapat 9A Dalam PMR

Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu

sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apaapa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya. T1: PISMP SCE 3104 Slide 27 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahirankemahiran

kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan. Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, denganmembantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 28 of 25

T1: Teaching Science to Children

Slide 29 of 25

Pintar Cerdas/Geliga/Berbakat Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan

berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 30 of 25

Pintar Cerdas/Geliga/Berbakat Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri

berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih

cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih

jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain. T1: PISMP SCE 3104 Slide 31 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga

jenisprogram: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.T1: PISMP SCE 3104 Slide 32 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua

cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan

daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek

spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan inimembantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.T1: PISMP SCE 3104 Slide 33 of 25

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang

menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

T1: PISMP SCE 3104

Slide 34 of 25

Soalan Ulangkaji

a

Cadangkan kaedah yang sesuai untuk mengajar sains kepada murid-murid geliga dan berbakat?Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka yang geliga dan berbakat belajar dan bersedia untuk sains?

b

T1: PISMP SCE 3104

Slide 35 of 25