t1 maksud e-learning m20132001995

Upload: sandhrigah-krishnan

Post on 05-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e-learning

TRANSCRIPT

KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Terdapat banyak maksud tentang e-Learning, tetapi melalui pemahaman saya, e-learning ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Pada pandangan saya, definisi ini menunjukkan bahawa sebahagaian besar konsep e-learning akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-learning ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet.Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-learning ini seperti infrastruktur atau perkakasan seperti makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet. Manakalah bahan kandungan pengajaran secara elektronik pula adala seperti e-modul, multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio. Sistem pengurusan e-learning berdasarkan pada blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop. Kaedah komunikasi adalah seperti email, forum, chat, sms, dan email-group, polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap atau amalan pengguna.Kesimpulannya, e-learning merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaharu dan menggunakan kemudahan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. Pada pandangan saya, e-learning mampu memberikan impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru dan pensyarah. E-learning juga dapat membantu penerapan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita.

SANDHRIGAH A/P KRISHNAN M20132001995 (781126075046)Page 1