t1 asas memahami pendidikian khas

Upload: wnaimah-ali

Post on 11-Jul-2015

603 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ASAS MEMAHAMI PENDIDIKAN KHAS

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kandungan

1.0 Abstrak

3

2.0 Objektif penulisan

3

3.0 Definisi Pendidikan Khas 3.1 Kanak-kanak istimewa 3.2 Kategori kanak-kanak istimewa 3.3 Akta Pendidikan Malaysia dan Public Law 94-142 3.3.1 Akta Pendidikan Malaysia 3.3.2 Peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 3.3.3 Public Law 94-142 3.4 Cabaran semasa dan akan datang

3 5 6 7 7 8 10 11

4.0 Perancangan dan Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Khas 4.1 Proses Pendidikan Khas 4.2 Kepentingan Kolaboratif dan berkumpulan 4.3 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 4.4 Persekitaran kurang terhad 4.5 Pendidikan Inklusif 4.6 Ke mana arah tuju Pendidikan Khas

15 15 17 17 18 19 20

5.0 Keluarga dan Penjaga Kanak-kanak dengan keperluan khas. 5.1 Sokongan untuk keluarga dan penjaga yang terlibat. 5.2 Memahami keluarga dan penjaga kanak-kanak kurang upaya 5.3 Komunikasi guru-penjaga 5.4 Cara lain penglibatan penjaga

21 21 26 28 29

6.0 Cadangan

30

7.0 Rumusan

30

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

2

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Abstrak

Penulisan ini tentang pendidikan khas. Pendidikan Khas adalah pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Maka penulisan ini menjelaskan tentang perkara asas dalam memahami pendidikan khas. Maka, penerangan lebih menekankan kepada tiga perkara utama. Pertama, tentang apakah itu pendidikan khas. Kedua, membincangkan perancangan dan penyediaan perkhidmatan dalam Pendidikan Khas. Ketiga, penulisan ini menumpukan terhadap keluarga dan penjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

2.0 Objektif Penulisan

Selepas membaca dan mengupas penulisan ini, seseorang itu dapat menjalankan Pendidikan Khas dan membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Antara objektif penulisan ini adalah

i. ii. iii.

menerangkan apakah itu Pendidikan Khas. menyatakan setiap perancangan dan penyediaan perkhidmatan Pendidikan Khas. mengenalpasti keluarga bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

3.0 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang bermasalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pemulihan.

Menurut Gargiulo R.M.(2001), Pendidikan Khas adalah program pengajaran yang direka untuk kesesuaian keperluan unik dalam proses pembelajaran seorang

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR HAFIZAH JAMALUDIN (A93696)

3

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

individu. Ia mungkin menggunakan bahan yang direka khas, kemudahan, perkhidmatan dan strategi pengajaran yang diubahsuai.Sumber rujukan ( )1

Menurut Chua Tee Tee (1992) pula, Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan perkembangan biasa, sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.Sumber rujukan (2

)

Dalam buku Maklumat Pendidikan Khas 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi pelajar bermasalah pendengaran, pelajar bermasalah penglihatan, pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar pemulihan. Di bawah KPM, kategori pela jar bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut:

1) Sindrom Down 2) Autisme ringan 3) Attention Deficit Hyperactive Disorder (Kanak-kanak yang mengalami masalah mengekalkan tumpuan kerana keupayaan konsentrasi terhad dan mempunyai tingkah laku yang impulsif) 4) Terencat akal minimum (kanak-kanak yang mempunyai IQ