t. rogers

23
TEORI PEMUSATAN KLIEN TEORI PEMUSATAN KLIEN OLEH CARL ROGERS (1902-1987) OLEH CARL ROGERS (1902-1987) Diasaskan oleh Carl Diasaskan oleh Carl Rogers Rogers Berorientasikan Berorientasikan humanistik humanistik di mana manusia di mana manusia bersifat bersifat positif dan positif dan berkecenderungan berkecenderungan ke arah ke arah penyempurnaan penyempurnaan kendiri. kendiri.

Upload: rt-patmawathy-ramalingam

Post on 07-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

T. Rogers

TRANSCRIPT

  • TEORI PEMUSATAN KLIENOLEH CARL ROGERS (1902-1987) Diasaskan oleh Carl Rogers Berorientasikan humanistik di mana manusia bersifat positif dan berkecenderungan ke arah penyempurnaan kendiri.

  • SIFAT MANUSIARogers percaya bahawa setiap individu memiliki kemampuan dalam diri sendiri untuk mengerti diri, menentukan jalan hidup dan menangani masalah sendiri.Beliau berpendapat bahawa manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.

  • Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia.Semua tingkah laku manusia didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Setiap orang berkebolehan untuk membuat pilihan yang sesuai mengenai kehidupannya.Individu berbeza antara satu sama lain.

  • STRUKTUR PERSONALITISetiap individu mempunyai pengalaman sendiri & berguna untuk ditinjau bersama.Jadi teori ini menekankan suasana penerimaan, aman damai & kefahaman bersama.

  • Rogers yakin individu mempunyai hak pada diri & pandangannya.Konsep kendiri merupakan gambaran & penilaian seseorang terhadap kendirinya sama ada positif atau negatif.Pengalaman yang dianggap tidak sekata dengan konsep kendiri akan membawa kepada ketegangan, perasaan terancam dan kekeliruan.

  • Ketidakselarasan psikologi wujud apabila individu menafikan @ memalsukan tanggapan pengalamannya.Keselarasan hanya berlaku sebagai satu gabungan kesedaran, pengalaman & komunikasinya.Manusia mahu dikasihi & disukai oleh individu lain. Jadi ia akan membina keadaan baik @ tingkah laku yang baru.

  • Keadaan yang baik & berguna merupakan pemikiran & tingkah laku baru yang membolehkan seseorang itu disukai oleh diri sendiri & orang lain.Biasanya pengalaman mungkin tidak teratur & tidak bersepadu dengan konsep kendiri seseorang.Bagi mengelak ketegangan, konsep kendiri hendaklah selaras dengan pengalaman seseorang.

  • PUNCA KECEMASANIndividu bermasalah apabila berlaku tidak selaras (incongruent) iaitu apa yang dipersepsikannya mengenai dirinya tidak sama dengan apa yang dialaminya.Bila tidak terdapat persamaan di antara kendiri dan pengalamannya maka individu tersebut akan mangalami perasaan yang tidak selaras.Ini akan mewujudkan perasaan bimbang, cemas dan risau.

  • Pertembungan kehendak ideal kendiri dengan keadaan yang sebenar akan mengerakkan suasana kecelaruan tingkahlaku seseorang individu. Berdasarkan kepada konsep kendiri yang sudah terbina hasil dari pengalaman yang dilalui oleh individu maka akan berlaku percanggahan antara kehendak kesempurnaan yang ideal dengan alam situasi yang sebenar.

  • Konsep ideal kendiri yang sangat rapat dengan pemikiran seorang individu dengan hasrat mencapai kesempurnaan boleh menimbulkan kepincangan pemikiran dan emosi. Ideal self vs. real self

  • TEKNIK UTAMA1.Penerimaan tanpa syarat-Fokus kepada klien-Penerimaan yang telus dari segi semua aspek pengalaman kendiri klien.-Penerimaan tanpa syarat bermakna menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai antara kaunselor dan klien.

  • 2. EmpatiKaunselor membina pemahaman yang tepat terhadap ruang rujukan klien.Kaunselor meletakkan dirinya di tempat klien.

  • 3. Kongruen Kaunselor kongruen @ tulus di dalam perhubungannya dengan klien.Apa yang dirasai oleh kaunselor secara dalaman perlu kongruen dengan mesej yang disampaikan kepada klien.

  • 4. Situasi yang menggalakkanDalam situasi yang menyokong dan menggalakkan ini memberi peluang kepada klien untuk bebas meneroka menyatakan pemikiran & perasaannya.Kaunselor membantu klien untuk bergerak ke arah positif ( syarat kepada penghargaan kendiri)Kaunselor tidak mempengaruhi keputusan klien.

  • 5. Bersemuka - Keadaan yang penting untuk kaunseling berkesan ialah kaunselor & klien berinteraksi secara 2 hala.

  • MATLAMAT KAUNSELINGMenyediakan keadaan terapeutik untuk menolong klien supaya lebih matang & bergerak ke arah penyempurnaan kendiri.

    Proses mengeluarkan tenaga potensi yang telah sedia ada dalam diri individu.

  • Persepsi klien tentang kendiri idealnya lebih realistik & boleh dicapai. Hasilnya terdapat keselarasan antara kendiri idea & kendiri sebenar.

    Bukan menyelesaikan masalah semata-mata tetapi kepada memberi bantuan & pertolongan kepada klien supaya sanggup menghadapi masalahnya.

  • JENIS-JENIS KLIENTerbuka untuk semua lapisan masyarakat sama ada remaja, dewasa dan golongan veteran

  • AKTIVITI KAUNSELOR1. Kaunselor bertindak mendengar dan berinteraksi secara aktif dan melakukan refleksi dalam proses penerokaan.

    2. Kaunselor memberi peluang kepada klien untuk mengajar diri mereka menjadi pemimpin & fasilitator.

  • 3. Sikap kaunselor yang sangat empati sentiasa memberi sokongan kepada klien. Ini memudahkan kaunselor untuk meneroka kehidupan subjektif @ tersirat klien.

    4. Kaunselor mengamalkan penerimaan tanpa syarat agar penerimaan dapat dilakukan secara menyeluruh.

  • 5. Roger berpendapat teori pemusatan klien lebih fokus kepada aspek konstruktif seseorang manusia yang lebih mempunyai ciri-ciri baik.

    6. Kaunselor menggunakan pendekatan yang bersifat interpersonal, bersifat terbuka, kongruen, ketulenan dan empati.

  • 7. Kaunselor mengelak memprovokasi klien dengan soalan-soalan yang mencabar @ soalan terhad. Kaunselor tidak membuat interpretasi awal terhadap klien.

    8.Menggalakkan peneguhan bagi alternatif yang dibuat oleh klien.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH

    Disediakan oleh:PENSYARAH-PENSYARAHJABATAN BIM/KAUNSELING IPG PERLIS

    ***********************