syarat2 pameran seni visual sempena perayaan hari guru

5
PERTANDINGAN SENI VISUAL SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015 1. Tujuan Pertandingan Seni Visual Sempena Perayaan Hari Guru adalah sebagai satu platform untuk menghasilkan karya-karya terbaik dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / PPD / Sekolah. 2. Tema : ...Sebuah Ceritera Pendidikan 3. Objektif : 3.1. Mencungkil bakat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual. 3.2. Menghargai dan mengenangkan bakat dan kreativiti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual. 3.3. Menjadi pemangkin bagi memartabatkan bidang Seni Visual di Negeri Perak. 3.4. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah agar meminati bidang seni menerusi latihan kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif. 4. Tarikh-tarikh Penting (Tentatif) 4.1. Pemakluman Pertandingan/ Pameran : 03 Mac 2015 4.2. Tempoh Pemilihan / Pertandingan : 3 Mac.–15 Mac 2015 4.3. Pengumpulan karya ke PPD : 5 Mac – 25 Mac 2015 4.4. Tarikh penghantaran ke JPN : 27 Mac 2015 4.5. Tarikh pemilihan : 30 Mac 2015 4.6. Pameran berlangsung (Hari Guru) : 28 Mei

Upload: jamaludin-abu-kassim

Post on 17-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

maklumat

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN SENI VISUAL SEMPENA PERAYAAN HARI GURUPERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015

1. Tujuan Pertandingan Seni Visual Sempena Perayaan Hari Guru adalah sebagai satu platform untuk menghasilkan karya-karya terbaik dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / PPD / Sekolah.

2. Tema :

...Sebuah Ceritera Pendidikan

3. Objektif :

3.1. Mencungkil bakat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual.

3.2. Menghargai dan mengenangkan bakat dan kreativiti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual.

3.3. Menjadi pemangkin bagi memartabatkan bidang Seni Visual di Negeri Perak.

3.4. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah agar meminati bidang seni menerusi latihan kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif.

4. Tarikh-tarikh Penting (Tentatif)

4.1. Pemakluman Pertandingan/ Pameran : 03 Mac 2015 4.2. Tempoh Pemilihan / Pertandingan : 3 Mac.15 Mac 2015 4.3. Pengumpulan karya ke PPD: 5 Mac 25 Mac 20154.4. Tarikh penghantaran ke JPN: 27 Mac 20154.5. Tarikh pemilihan : 30 Mac 2015 4.6. Pameran berlangsung (Hari Guru) : 28 Mei 5. Penyertaan

5.1. Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Dan Daerah (PPD) / sekolah yang berminat serta mempunyai bakat kreatif dalam bidang seni visual.

5.2. Penyertaan adalah secara individu dan semua karya yang dihantar perlu disertakan dengan Borang Penyertaan yang lengkap berserta gambar karya kepada Urus Setia Pemilihan / Pertandingan di Peringkat Negeri (JPN)

6. Kategori Karya

6.1. Karya adalah dalam bentuk lukisan, catan dan cetakan sahaja.

6.2. Saiz karya dengan ukuran tidak melebihi 48 in x 48 in dan berat tidak melebihi 25 kg (termasuk bingkai).

7. Spesifikasi Hasil Karya

7.1. Hasil karya mestilah ciptaan sendiri.

7.2. Keaslian: Hasil karya mestilah dihasilkan daripada idea asal peserta tanpa meniru dari mana-mana karya seni visual yang sedia ada.

7.3. Hasil karya tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur negatif dan yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.

7.4. Lukisan digital atau seni grafik yang diadaptasi menggunakan komputer TIDAK dibenarkan. Seni Grafik secara manual adalah dibenarkan.

7.5. Semua karya yang dihantar perlu dibingkaikan.

8. Kos Penghantaran dan Pemulangan Karya

8.1. Kos penghantaran dan pemulangan/pos hasil karya ke pusat pemilihan di peringkat negeri (JPN) untuk pemilihan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

9. Pengadilan Pemilihan / Pertandingan

9.1. Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel pengadil yang dilantik oleh Urus Setia Pemilihan / Pertandingan Peringkat Negeri (JPN). Keputusan panel pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9.2. Pemenang terdiri daripada: Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Saguhati ( Dua )

10. Syarat-Syarat Lain Dari Penganjur

10.1. Pihak penganjur berhak untuk menerbit dan mencetak semula dalam bentuk penerbitan untuk tujuan promosi dan sebagainya.

10.2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hilang atau rosak semasa proses penghantaran.

10.3. Peserta dinasihatkan menginsurankan karya mereka bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas pameran.

10.4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecacatan dan kerosakan yang berlaku selepas tempoh tersebut.

11. Alamat Urus Setia Pemilihan / Pertandingan Seni Visual Perayaan Hari Guru

Urus Setia Pameran Seni Visual Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 Sektor Pengurusan AkademikPendidikan Perak Jabatan Pelajaran Perak,Bangunan Maybank Trust,Jalan Tun Sambanthan,30010 Ipoh Perak Darul Ridzuan No. Telefon : 05-2414000No. Faks : 05-2421834 (u.p. Encik Mohd Fadzil bin Ibrahim)