syarat pertandingan bercerita sains

4
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2006 Syarat pertandingan adalah seperti berikut :- a) Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahap 1 sahaja. b) Setiap negeri dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring. c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada dipentas untuk mempersembahkan cerita atau mengendalikan bahan sokongan sepanjang persembahan tersebut. d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah. e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urusetia sehari sebelum pertandingan. g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :- i Permulaan - 1 kali ii Minit keempat - 1 kali iii Minit kelima - 2 kali Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan. h) Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah system pembesar suara dengan clip microphone. i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan. j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :- i Mesej dan isi 35% ii Persembahan 25% iii Bahasa 20% iv Kreativiti 15% v Pakaian - costume 5% l) Jika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya. m) Keputusan pengadil adalah muktamad

Upload: amri-dgreat

Post on 18-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pertandingan

TRANSCRIPT

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris)

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2006Syarat pertandingan adalah seperti berikut :-

a) Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahap 1 sahaja.b) Setiap negeri dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring.c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada dipentas untuk mempersembahkan cerita atau mengendalikan bahan sokongan sepanjang persembahan tersebut.

d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.

e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urusetia sehari sebelum pertandingan.g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-

iPermulaan

-1 kali

iiMinit keempat

-1 kali

iiiMinit kelima

-2 kali

Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan.

h) Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah system pembesar suara dengan clip microphone. i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan.k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-

iMesej dan isi

35%

iiPersembahan

25%

iiiBahasa

20%

ivKreativiti

15%

vPakaian - costume 5%

l) Jika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya.

m) Keputusan pengadil adalah muktamad

KEPERLUAN/PERSIAPAN PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 11 Tempat

a. Dewan atau dewan kelas dengan pentas atau ruang untuk persembahan.

b. Pentas dibiar terbuka tanpa langsir.c. Meja dan kerusi hakim (5 orang) dan penjaga masa (1 atau 2 orang).

d. Kerusi penonton mengikut kesesuaian ( lebih dari 100 )

2 Sistem Pembesar Suara

a. 1 klip mikrofon untuk peserta. Mikrofon tambahan perlu disediakan sebagai gantian jika berlaku kerosakan.b. 1 mikrofon untuk juru acara.c. Sistem yang berfungsi dengan baik adalah sangat penting khasnya kepada peserta.

3 Pengurus Pentasa. Dua orang guru (sekurang-kurangnya) untuk menyelaras pergerakan peserta keluar masuk pentas untuk membuat persembahan.b. Menyelaras perjalanan pertandingan (berkerjasama dengan Juruacara, penjaga masa dan peserta)

4 Penjaga Masa

a. 1 atau 2 orang

b. Disediakan dengan sebuah jam randik, satu loceng atau buzzer yang cukup kuat bunyinya.

5 Hakim

a. Bilangan hakim adalah sama ada 3 orang atau 5 orang.

b. Terdiri dari kalangan individu yang mempunyai pengetahuan Sains dan Matematik serta menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan.

6 Borang markah

a. Borang markah yang mencukupi untuk hakim dan ketua hakim.

b. Mesin kira perlu disediakan.

7 Skrip Cerita

a. Dikumpul dan disediakan/diperbanyakkan untuk setiap hakim.

b. Diserahkan kepada hakim sebelum pertandingan bermula dalam susunan persembahan.

8 Jawatan Kuasa laina. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1

(BAHASA INGGERIS)