syarat

12
Syarat-syarat perjanjian persekutuan 1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British. 2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu. 3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British. 4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral. 5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. 6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat. 7.Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan. 8.Kuala Lumpur menjadi ibu negeri. 9.Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan. 10.Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial. 11.Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. 12.Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan. 13.Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri- negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan. 14.Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. 1

Upload: tilambayicomel

Post on 14-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PTM

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat

Syarat-syarat perjanjian persekutuan

1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.

3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7.Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8.Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9.Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.

10.Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11.Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

12.Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13.Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.

14.Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.

1

Page 2: Syarat

Kesan-kesan

1. Politik

Kesan politik yang pertama hasil daripada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah

British berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan.

Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan.

Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-

undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan

kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan

pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polis kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja

raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai

1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata

sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan

kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk

kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian

antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam

menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas

kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.

Kedua penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul

sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas

arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka

tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-

negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa

Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu,

sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada

2

Page 3: Syarat

Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak

ditubuhkan sehingga tahun 1909.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri

kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran.

Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas

menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis

Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa

meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali

sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa

meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan

lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri

Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.

Selain itu Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu ditubuhkan. Pemusatan kuasa yang

keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja Raja

Melayu mendapati kuasa mereka semakin berkurangan. Sultan Perak menyuarakan rasa tidak puas hati

kepada pihak British. Ekoran dari itu satu desakan di buat untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu

dan ekoran dari itu British bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu bagi

mengatasi masalah tersebut pada tahun 1897. Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar Pertama

berlangsung pada tahun 1897 di Kuala Kangsar. Ini adalah perintis ke arah Persidangan Raja-raja Melayu

yang diadakan setiap tahun sekarang. Pada tahun 1903, Durbar Kedua diadakan di Kuala Lumpur. Dalam

Durbar Kedua, Sultan Idris (Sultan Perak) telah mendesak agar kuasa raja-raja Melayu dikembalikan,

bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditingkatkan, pegawai Melayu dilantik ke

jawatan yang lebih tinggi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.Kesan desakan Sultan Idris dalam

3

Page 4: Syarat

Durbar Kedua ialah Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909 dan

Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan dan digantikkan dengan jawatan Ketua Setiausaha.

2. Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah

membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta

pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan

oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah

menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri

dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan

berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri

Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.

Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah

memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat

jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan

keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah.

Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah

20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan

persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-

perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah

yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897,

hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami

getah.

4

Page 5: Syarat

3. Sosial

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan.

Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan

India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih

timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina

dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat

Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti

Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-

lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan

di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di

persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan

keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50

buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada

tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada

tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi

Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

5

Page 6: Syarat

Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan Kedaulatan

Malaysia adalah pembentukan Persekutuan 1895 menjadi perintis kepada penyatuan negeri-negeri

melayu. Melalui pembentukkan ini Raja-Raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Kerajaan di keempat-empat

negeri kehilangan kuasa mentadbir kerana kuasa sepenuhnya di miliki oleh Residen Jeneral. Ini

mendorong Raja-Raja Melayu mendesak British menubuhkan Durbar atau lebih dikenali sebagai Majlis

Raja-Raja Melayu. Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan raja-raja Melayu (Kedah, Pahang,

Kelantan, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu) dan Yang Di-Pertua-Yang Di-

Pertua Negeri (Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka), fungsi dan tanggungjawabnya tetap

dilaksanakan demi amanah yang diberikan sepertimana harapan rakyat Malaysia. Secara umum, fungsi

Majlis Raja-raja antara lain, memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi

Persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Satu perkara menarik yang perlu

diketahui umum, hanya Majlis Raja-Raja di Malaysia inilah satu-satunya yang wujud di dunia pada masa

kini, di mana pemuafakatan di antara Raja-Raja Melayu serta pihak kerajaan yang dipilih melalui prinsip

demokrasi berparlimen dapat bermuafakat demi memastikan negara kita Malaysia sentiasa berada

dalam keadaan harmoni dan makmur. Majlis Raja-Raja juga merupakan kaedah semak dan imbang

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selain memberi nasihat dan pandangan dari semasa

ke semasa dan ini membuktikan jalinan muhibah antara semua Raja-Raja Melayu.

Perkaitan kedua dapat di lihat dari sudut agama, semasa pembentukan Persekutuan 1895

memperlihatkan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab

menjaga agama Islam. Raja-Raja Melayu mesti menerima penasihat British dalam pentadbiran negeri

kecuali adat istiadat dan agama Islam. Manakala selepas Perang Dunia kedua, Perlembagaan Malayan

Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang menukar peranan British daripada

penasihat kepada mentadbir Persekutuan Tanah Melayu secara langsung, namun adat istiadat orang

Melayu dan agama Islam tidak disentuh oleh British. Ianya terus kekal sehinggaTanah Melayu mencapai

6

Page 7: Syarat

kemerdekaan pada tahun 1957 dan sehingga terbentuknya Malaysia 1963 dan kedaulatanya terus di

pelihara. Menurut perlembagaan Malaysia Agama Islam telah termaktub dalam Perkara 3 (1)

Perlembagaan Persekutuan sebagai agama islam persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh

diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian. Yang Di Pertuan Agong merupakan

ketua Agama islam bagi Negara Malaysia.

Ketiga antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan

Kedaulatan Malaysia adalah mengenai konsep persekutuan. Ia telah wujud dan diguna pakai sejak 1896.

Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian

Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang

dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap

negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah

digariskan.Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan

memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu

tidak seimbang. Konsep persekutuan yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap

pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan

berpusat itu.Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan

prinsip persekutuan bagi menggantikan Malayan Union. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada

1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima

kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada

di Kuala Lumpur.Idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961

telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan

yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.Secara umumnya kedaulatan

Malaysia pada masakini , memperlihatkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan

negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan

7

Page 8: Syarat

utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa

bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.

Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri

pula melalui Dewan Undangan Negeri.

Satu lagi unsur penting dalam sistem persekutuan di negara kita ialah Yang di-Pertuan Agong

(YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan

diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-

masing. Apabila institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap

lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA

diperoleh secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut

kekananan dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu

akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda

adalah seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut

perlembagaan yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalam Pesetiaan Persekutuan 1895 ini

adalah, pentingnya kebijaksaan pemimpin dalam mentabir negeri ataupun negara. Jika pemerintah

mentadbir dengan teratur dan sistematik, nescaya kuasa luar tidak akan campur tangan dalam urusan

pemerintah.Moga-moga dengan peristiwa persekutan 1895 ini dapat memberi kita pengajaran agar

pemimpin memainkan peranan bijak dalam mentabidr negara dan tidak membiarkan kuasa luar untuk

campur tangan dalam segala urusan pemerintahan seterusnya akan terus mengekalkan Malaysia

sebagai negara berdaulat.

8

Page 9: Syarat

9