syarahan piala perpaduan

7
PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1 1 1 KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL A. PENGENALAN Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk. Penyusunan format syarahan Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup (conclusion). Pengenalan syarahan Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara- perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan). Isi syarahan Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya. Penutupan syarahan Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

Upload: md-ramli-sabran

Post on 02-Jun-2015

3.126 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1 1 1

KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

A. PENGENALAN Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk. Penyusunan format syarahan Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup (conclusion). Pengenalan syarahan Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan). Isi syarahan Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya. Penutupan syarahan Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

Page 2: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2 2 2

Langkah yang perlu dititik beratkan semasa mengakhiri syarahan: 1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan

tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan. 3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

B. KERTAS KONSEP SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU 1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2013.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkat tahap pengunaan bahasa Melayu.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur

dalam bahasa Melayu 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)

SJK(Tamil) di Malaysia. 2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah 2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Melayu’. 2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

Page 3: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3 3 3

3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Melayu (Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu layak mengambil bahagian.

3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya SAHAJA tidak dibenarkan

menyertai pertandingan ini di semua peringkat. 3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan

sahaja. 4.0 BILANGAN PESERTA Setiap negeri layak menghantar DUA (2) orang peserta sahaja untuk

menyertai pertandingan ini di Peringkat Kebangsaan. 5.0 TAJUK Tajuk akan disediakan oleh urus setia kebangsaan dan tajuk di peringkat

negeri boleh digunakan di peringkat kebangsaan. 6.0 HAD MASA

Setiap peserta diberi masa LIMA (5) minit sahaja. Tiada peruntukan markah selepas loceng kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali SEMINIT (1) sebelum masa sebenar tamat. Loceng akan dibunyikan DUA (2) kali apabila masa sebenar tamat.

7.0 PERTANDINGAN SARINGAN

Pertandingan saringan akan diadakan untuk memilih 10 orang peserta terbaik sahaja. 10 orang peserta terbaik ini akan bertanding di peringkat akhir dan diadili oleh hakim yang berbeza.

8.0 FORMAT PENGHAKIMAN 8.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut: i. Isi - 20 markah ii. Bahasa - 30 markah iii. Gaya - 50 markah Markah penuh - 100 markah

Page 4: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

4 4 4

9.0 HAKIM

9.1 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

9.2 Pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

9.3 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD. 10.0 KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN

10.1 Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang pengerusi pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana.

10.2 Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan: i. Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir. ii. Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit.

iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu sensitif.

11.0 PAKAIAN PESERTA Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang tidak

menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna blazer hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga dikehendaki bertali leher dan berseluar panjang yang juga berwarna gelap.

12.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Page 5: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

5 5 5

PERATURAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS

1.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2013.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Melayu.

2.2 Menggalakkan murid-murd SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur

dalam bahasa Melayu. 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)

SJK(Tamil) di Malaysia. 2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. 2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Melayu’. 2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Melayu di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu layak mengambil bahagian.

3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat

Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini di semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh meyertai SATU JENIS pertandingan

sahaja.

Page 6: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

6 6 6

4.0 BILANGAN PESERTA Setiap negeri layak menghantar LIMA (5) orang peserta sahaja untuk

menyertai pertandingan ini di Peringkat Kebangsaan. 5.0 SOALAN-SOALAN

5.1 Soalan-soalan Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan disediakan oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan

pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa, tatabahasa, perkataan berlawanan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan lain yang termasuk dalam sukatan pelajaran.

5.3 Jumlah soalan objektif ialah seratus (100) bagi bahagian I dan 20

soalan tambahan di bahagian II. 5.4 Masa untuk menjawab Bahagian I - 1 jam (100 soalan)

Bahagian II - 20 minit (20 soalan) 6.0 CARA PENGHAKIMAN

6.1 Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

6.2 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah

penuh ialah (100). 6.3 Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama,

pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang diperolehi pada bahagian II.

6.4 Jika masih mendapat markah yang sama, maka pemenang akan

dirujuk kepada markah bahagian petikan(Pemahaman Bahagian 1). 6.5 Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.

Page 7: Syarahan piala perpaduan

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7 7 7

7.0 PENGIRAAN MARKAH 7.1 Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan)

Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi ujian bertulis ditambah dengan jumlah markah purata syarahan untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan menggondol Piala Perpaduan dan boleh menyimpan piala pusingan itu selam satu tahun. Jika terdapat negeri yang memperolehi jumlah markah yang sama, negeri yang mendapat markah tertinggi dalam ujian bertulis akan diisytiharkan sebagai Johan Kebangsaan. Sekiranya jumlah markah masih sama, mereka akan diumumkan sebagai Johan Bersama.

7.2 Cara pengiraan markah : i Syarahan - Jumlah markah syarahan = X 2 ii Ujian bertulis - Jumlah markah ujian bertulis = Y 5

Markah X dan Y akan dicampurkan untuk menentukan Johan Kebangsaan.

7.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil

penghargaan. 8.0 PAKAIAN PESERTA

Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

10.0 HAL-HAL LAIN Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa

Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan. 11.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia