syair kemangkatan sultan sulaiman

5
Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman Deli tua negerinya itu , Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan suatu, Tiada berbanding di zaman itu. Maksud: Menceritakan kisah negeri Deli yang merupakan sebuah kota yang kukuh berpagar batu. Pasarnya sangat ramai pengunjung dan tiada tandingannya pada masa itu. Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua. Maksud:Sultan negeri Deli mempunyai tiga orang putera. Putera yang pertama adalah lelaki manakala yang kedua adalah puteri yang cantik dan tiada tandingannya pada masa itu.

Upload: devi

Post on 24-Feb-2016

173 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman. Deli tua negerinya itu , Kotanya kukuh berpagar batu , Pasarnya ramai bukan suatu , Tiada berbanding di zaman itu . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Kemangkatan  Sultan  Sulaiman

Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Deli tua negerinya itu ,Kotanya kukuh berpagar batu,Pasarnya ramai bukan suatu,Tiada berbanding di zaman itu.

Maksud: Menceritakan kisah negeri Deli yang merupakan sebuah kota yang kukuh berpagar batu. Pasarnya sangat ramai pengunjung dan tiada tandingannya pada masa itu.

Baginda berputera tiga orang jua,Laki-laki konon putera yang tua,Puteri cantik putera kedua,Parasnya elok jarang tersua.

Maksud:Sultan negeri Deli mempunyai tiga orang putera. Putera yang pertama adalah lelaki manakala yang kedua adalah puteri yang cantik dan tiada tandingannya pada masa itu.

Page 2: Syair Kemangkatan  Sultan  Sulaiman

Putera yang bongsu laki-laki jua,Parasnya elok tiadalah dua,Menarik hati orang semua,Dikasihi rakyat muda dan tua.

Maksud: Anak bongsu baginda seorang lelaki yang tampan dan menarik perhatian semua orang. Rakyat tidak kira tua mahupun muda sangat mengasihi putera baginda itu.

Adapun akan dulu baginda,Isterinya lama sudah tiada,Banyak dicari gadis dan janda,Hati baginda penuju tiada.

Maksud: Isteri sultan tersebut telah lama mangkat. Baginda cuba mencari pengganti tetapi tiada yang berkenan di hati baginda.

Page 3: Syair Kemangkatan  Sultan  Sulaiman

Beberapa lama demikian itu,Di atas takhta konon sang ratu,Dengan kehendak Tuhan yang satu,Baginda pun gering suatu waktu.

Maksud: Pada suatu masa, baginda gering. Itulah takdir yang terpaksa dihadapi oleh baginda.

Baginda nan gering bukan kepalang,Badannya kurus tinggallah tulang,Tabib pun selalu datang berulang,Mengubati baginda raja terbilang.

Maksud: Sakit baginda sangat teruk sehingga badan baginda kurus kering. Beberapa orang tabib telah dipanggil untuk mengubati baginda.

Page 4: Syair Kemangkatan  Sultan  Sulaiman

Tabib berusaha bersungguh hati,Menolong baginda raja berbakti,Sudahlah takdir Rabbulizzati,Penyakit tak dapat lagi diubati.

Maksud: Tabib berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menolong sultan yang telah banyak berbakti kepada rakyat. Walaubagaimanapun, penyakit baginda gagal diubati.

Pertolongan tabib tiada berfaedah,Semakin payah sultan yang syahdah,Ajal baginda hampirlah sudah,Ke negeri yang baqa akan berpindah.

Maksud: Pertolongan demi pertolongan diberikan oleh tabib tetapi tidak mendatangkan hasil. Ajal baginda hamper tiba.

Page 5: Syair Kemangkatan  Sultan  Sulaiman

Dengan hal yang demikian itu,Penyakit menggoda setiap waktu,Ubat pun tiada dapat membantu,Baginda pun mangkat ketika itu.

Maksud: Penyakit yang dihadapi oleh baginda tidak dapat diubati. Akhirnya baginda mangkat.

Baginda berpulang ke rahmatullah,Takhta kebesaran semua tinggallah,Harta dunia sudah terjumlah,Kepada yang lain diberikan Allah.

Maksud: Baginda meninggalkan takhta dan harta kekayaan. Pemerintahan dan kekayaan baginda akan berpindah kepada orang lain dan akan ditentukan Allah.