swot penanda aras

14
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya maka saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya telah berusaha sedaya mungkin untuk memberikan satu persembahan yang menarik. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Amy Loh di atas tunjuk ajar beliau. Segala bimbingan dan teguran memberikan impak yang sangat besar kepada saya. Segala kemusykilan dijawab dengan penuh keikhlasan. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar SK Permatang Tok Mahat, Puan Hajah Che Jamaliah bt Haji Musa kerana sudi menerima kunjungan kami ke sekolah beliau sebagai lawatan penanda aras. Terima kasih juga ditujukan kepada barisan pentadbir SK Permatang Tok Mahat, serta guru-guru yang banyak memberi sokongan dan bantuan. Rakan-rakan yang sudi berkongsi idea dan pendapat, terima kasih diucapkan. Idea kreatif yang disumbangkan amat berharga buat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang baik. Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ia mengajar saya erti kesabaran, tanggungjawab dan keikhlasan. Sesungguhnya pengisian tugasan amat berguna untuk saya gunakan semasa mengajar. Di samping itu, saya juga dapat meningkatkan prestasi diri. Akhir kata dititipkan sebaris kata-kata buat renungan. “ Tiada yang lebih indah selain erti sebuah kesabaran “

Upload: anis-suhaily-md-noordin

Post on 22-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

swot big

TRANSCRIPT

Page 1: Swot Penanda Aras

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya maka saya telah

berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya telah berusaha sedaya mungkin untuk

memberikan satu persembahan yang menarik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Amy Loh di

atas tunjuk ajar beliau. Segala bimbingan dan teguran memberikan impak yang sangat besar

kepada saya. Segala kemusykilan dijawab dengan penuh keikhlasan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar SK Permatang Tok Mahat, Puan

Hajah Che Jamaliah bt Haji Musa kerana sudi menerima kunjungan kami ke sekolah beliau

sebagai lawatan penanda aras. Terima kasih juga ditujukan kepada barisan pentadbir SK

Permatang Tok Mahat, serta guru-guru yang banyak memberi sokongan dan bantuan. Rakan-

rakan yang sudi berkongsi idea dan pendapat, terima kasih diucapkan. Idea kreatif yang

disumbangkan amat berharga buat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang baik.

Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ia mengajar

saya erti kesabaran, tanggungjawab dan keikhlasan. Sesungguhnya pengisian tugasan amat

berguna untuk saya gunakan semasa mengajar. Di samping itu, saya juga dapat meningkatkan

prestasi diri.

Akhir kata dititipkan sebaris kata-kata buat renungan.

“ Tiada yang lebih indah selain erti sebuah kesabaran “

…………………………………….

NORHASHIMAH BT CHE EMBI

KP : 660707-08-6332

AG : 2012271360035

Page 2: Swot Penanda Aras

ANALISIS SWOT

KEKUATAN

(STRENGTH)

1. Lokasi untuk melakukan aktiviti bersesuaian.

2. Kerjasama pihak Guru Besar dan warga SK Permatang

Tok Mahat.

3. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan

kerja secara berkumpulan.

4. Menerapkan kemahiran dalam pengurusan hubungan

antara golongan pendidik.

5. Dapat memotivasi dan membentuk keyakinan dalam

diri peserta.

6. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap peserta

melancarkan perjalanan program ini.

7. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong-menolong

dalam melakukan setiap aktiviti boleh melahirkan guru

yang berwibawa.

8. Kemudahan yang disediakan lengkap dan memudahkan

perjalanan aktiviti.

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

1. Jarak perjalanan agak jauh, ada pelajar guru yang

tersalah haluan.

2. Program terpaksa dilewatkan 30 minit.

3. Sistem siaraya kurang memuaskan.

PELUANG

(OPPORTUNITY)

1. Pendidik berpeluang mendapat pendedahan secara

langsung dalam program yang dianjurkan.

2. Pendidik berpeluang menguruskan satu aktiviti di luar

kelas.

3. Pendidik berpeluang menzahirkan nilai-nilai murni

semasa aktiviti dijalankan.

4. Pendidik mendapat peluang menimba ilmu dan

Page 3: Swot Penanda Aras

berkongsi idea sepanjang lawatan.

5. Pendidik dapat mengaplikasi ilmu-ilmu yang

bermanfaat untuk sekolah masing-masing.

ANCAMAN

(THREAT)

1. AJK Pelaksana perlu sediakan garis panduan kepada

peserta yang menjalankan aktiviti.

2. Kekangan masa.

3. Alternatif bekalan elektrik.

Page 4: Swot Penanda Aras

PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

progresif, dan berdisiplin.

Definisi Bina Insan Guru (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian

Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,

berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program

BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu

dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui

Page 5: Swot Penanda Aras

praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan

di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta

etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menegaskan bahawa pendidikan kepada

pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Penekanan diberikan

terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap

progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah

dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya perkhemahan,

khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk

membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Justeru, Bina Insan Guru

seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi

insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga

negara.

Pengenalan Program Bina Insan Guru

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi

merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta

memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan

matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu

dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan

dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta

kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Selaras dengan

hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta

komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu

yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti

sahsiah yang terpuji.

Page 6: Swot Penanda Aras

Kursus Bina Insan Guru BIG merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua

pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan dalam beberapa

fasa yang dilaksanakan di sekolah masing-masing dalam sepanjang tempoh pengajian.

Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri

sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang

memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan

mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar

bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan

ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping

program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul

ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dunia perguruan memperlihatkan semua guru yang bergelar pelatih dikehendaki

menjalankan satu program yang diwajibkan kepada para guru pelatih iaitu Program Bina

Insan Guru atau diberi singkatan sebagai BIG. Bina Insan Guru ini sebenarnya dianjurkan

oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk membentuk guru pelatih yang bukan sahaja berilmu

pengetahuan tetapi mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menghadapi apa jua halangan

yang dihadapi setelah menjadi pendidik sebenar kelak. Kerjaya sebagai guru boleh dianggap

suatu bidang yang mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa dan pelapis negara.

Matlamat Bina Insan Guru ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan modal insan

yang mempunyai jati diri yang tinggi, kukuh, berketrampilan, berperibadi mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia juga mampu berfikir secara kritis dan kreatif,

berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru.

Page 7: Swot Penanda Aras

Selain itu, program ini juga mampu melahirkan insan yang mempunyai ketahanan mental dan

fizikal yang tinggi serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang

sentiasa berubah-ubah.

Di samping itu, program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan

guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan

mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai

profesyen keguruan.

Melalui tujuan program Bina Insan Guru ini maka konsep modal insan diberi

penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara untuk menjadi negara maju dalam

bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat Wawasan 2020.

Program ini menetapkan sasaran iaitu untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai

kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi

serta mempunyai aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Objektif

Program Bina Insan Guru (BIG) ini mempunyai objrektif yang dipegang untuk

dicapai. Terdapat sembilan objektif yang disenaraikan bagi program ini dimana melalui

program ini pelajar dapat:-

1.0 Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira faktor tertentu

untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan inovatif untuk

melaksanakan sesuatu tugasan.

2.0 Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai

contoh yang baik.

3.0 Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

4.0 Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Page 8: Swot Penanda Aras

5.0 Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.

6.0 Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan.

7.0 Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan.

8.0 Menggunakan pertimbangan sendiri.

9.0 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea baru

untuk penambahbaikan yang berterusan.

Objektif-objektif yang disenaraikan di atas perlu dicapai melalui aktiviti program

yang telah dirancangkan bagi melahirkan guru-guru yang mantap dari aspek akhlak, nilai-

nilai kerohanian dan keguruan serta mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi. Pengisian

slot-slot ceramah yang dijalankan turut berfokus kepada objektif-objektif yang perlu dicapai

oleh para peserta yang terlibat di dalam program ini.

Perancangan Awal Dan Persediaan Program

Program BIG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan

dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu

mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa

perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b. Menyediakan Kertas Kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pensyarah

berkenaan.

c. Memilih dan menentukan lokasi program

d. Merancang pengisian aktiviti.

e. Merancang perbelanjaan

f. Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia

g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

Page 9: Swot Penanda Aras

h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

Page 10: Swot Penanda Aras

REFLEKSI

1. Kekuatan

2. Kelemahan

3. Peluang

4. Ancaman

PENILAIAN KENDIRI

Page 11: Swot Penanda Aras