sweatshop & child labour

Upload: hayati-ahmad

Post on 29-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sweatshop & Child Labour from Ethics perspective.

TRANSCRIPT

Case Study 2

SWEATSHOP DAN BURUH KANAK-KANAK

1. Sejarah Buruh Kanak-kanak

Buruh Kanak kanak mempunyai sejarah tersendiri yang panjang. Ia dikatakan melebihi kapitalisme itu sendiri, terutamanya ketika Revolusi Perindustrian. Pada akhir tahun 1700 dan awal 1800, apabila industri perkilangan berkembang pesat yang bermula di England dan seterusnya ke Amerika Syarikat, pemilik kilang menemui sumber baru buruh untuk mengendalikan jentera yang ada iaitu kanak-kanak. Bagi mereka, untuk mengendalikan mesin yang berkuasa tidak memerlukan tenaga atau kekuatan orang dewasa dan kanak-kanak boleh diupah pada kadar yang lebih rendah.[footnoteRef:2] Dari kajian yang dibuat oleh The International Labor Organization (ILO), buruh kanak-kanak menjadi satu permasalahan yang serius dan harus diberi perhatian oleh dunia kerana kebanyakkan kanak-kanak dipaksa bekerja, dinafikan hak untuk pendidikan serta tidak dapat menjalani kehidupan normal sebagai kanak-kanak. Sesetengahnya dipukul dan didera dan tidak dibenarkan balik untuk menemui keluarga. Ianya adalah penderaan secara mental dan fizikal. [2: http://www.scholastic.com/teachers/article/history-child-labor]

2. Sweatshop Dan Buruh Kanak-kanak

Sweatshop (kilang peluh) adalah satu istilah negatif dimana penindasan terhadap pekerja berlaku didalam persekitaran kerja yang tidak boleh diterima dan merbahaya. Pekerja atau buruh kanak-kanak secara ekstrem dieksploitasi, didera mental dan fizikal dan hak sebagai pekerja dinafikan manakala undang-undang kanak-kanak juga turut dicabuli. The United States General Accounting Office (GAO) mentakrifkan istilah sweatshop sebagai tempat kerja yang melanggar lebih daripada satu undang-undang buruh persekutuan atau negeri yang mengawal gaji minima dan kerja lebih masa, buruh kanak-kanak, industri homework, kesihatan dan keselamatan pekerja, pampasan pekerja atau peraturan-peraturan industri (Ross 2004). Walaubagaimanapun, ada pihak lain berhujah bahawa pelanggaran hanya satu amalan buruh seperti membayar upah yang rendah yang tidak membenarkan pekerja untuk menampung kos asas hidup mereka adalah cukup untuk menggambarkan tempat kerja sebagai "sweatshop" (Rosenbaum dan Schilling 1997).[footnoteRef:3] Disebabkan upah dibayar tidak mampu menampung kos kehidupan, mereka tidak mampu menyimpan wang untuk memperbaiki hidup. Mereka terperangkap dalam kitaran eksploitasi yang sangat dasyat. [3: http://www.slideshare.net/JenniferKesik/ethics-of-sweatshops]

3. Amalan Sweatshop dan Buruh Kanak-kanak Dari Perspektif Etika

Adakah amalan Sweatshop dan Buruh Kanak-kanak dianggap bermoral?

Pengkritik-pengkritik menggunakan teori-teori deontological untuk menjustifikasikan bahawa sweatshop dari segi moral adalah tidak betul. Falsafah yang dibawa oleh Emmanuel Kant mencadangkan doktrin hebat mengenai hak dan tanggungjawab manusia serta maruah. Menurut ahli falsafah ini, individu tidak sepatutnya digunakan dengan tujuan tertentu. Tindakan hanya boleh dianggap sebagai moral jika ia dilakukan daripada rasa tanggungjawab oleh seseorang individu yang mempunyai niat baik. Anti aktivis juga berpendapat bahawa sweatshop membawa kesan yang serius dimana ia menjejaskan nilai-nilai dari segi sosial seperti kemulian, keadilan, kesaksamaan, hormat menghormati dan tanggungjawab. Ia melanggar Golden Rules yang antaranya menyatakan bahawa No one of you is a believer until he loves for his brother what he loves for himself (didalam Al-Quran) iaitu bukanlah seseorang itu beriman sehingga lah dia menyayangi saudaranya yang lain sama seperti dia menyayangi dirinya dan what you do not want done to yourself, do not do to others (Confucius) iaitu jika kita tidak mahu orang lain melakukan perkara yang kita tidak suka, jangan melakukan hal yang sama kepada orang lain. Para pengkritik Sweatshop juga berhujah bahawa perniagaan yang menggunakan buruh kanak-kanak mempunyai pendekatan Egoism kepada masalah ini dan bertindak semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri sehingga mengabaikan keperluan pekerja dan buruh kanak-kanak ini. Kesannya, kanak-kanak tidak diberi peluang untuk pendidikan dan kehidupan normal sebagai kanak-kanak, dinafikan hak (human rights) dan didera mental fizikal. Secara universal ianya dikutuk atas alasan etika. Ada juga pengkritik Sweatshop mendakwa bahawa tingkah laku ini merosakkan kontrak psikologi antara pekerja dan majikan dimana perjanjian antara pekerja dan majikan haruslah berasaskan keadilan, amanah dan janji-janji khusus yang dibuat dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Kaufman 1997).

Pandangan oleh pembela Sweatshop

Pembela Sweatshop memberi pandangan yang berbeza dengan apa yang difikirkan oleh para penentang Sweatshop. Pembela Sweatshop juga merujuk kepada teori-teori etika untuk menyokong hujah mereka. Mereka menggunakan teori utilitarian yang menyatakan bahawa keputusan yang paling wajar dan beretika adalah keputusan yang mengakibatkan kesan yang terbaik untuk sejumlah besar orang dan yang kesannya adalah lebih baik (Hartman dan Desjardins 2008). Adakah benar eksploitasi memberi manfaat? Atas alasan asas utilitarianisme, mereka berpendapat jika Sweatshop dihentikan ianya memberi kesan yang sangat buruk kepada pekerja yang akan hilang pekerjaan. Sweatshop bermaksud pekerja akan terpaksa hidup dalam keadaan yang lebih teruk dan jika dihentikan ia akan mewujudkan permasalahan yang lebih besar terutamanya bagaimana mereka dapat menampung perbelanjaan keluarga. Ini sedikit sebanyak menbawa kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi negara keseluruhan dan mengurangkan pelaburan asing secara automatik(Zwolinski 2007). Mayers (2007) mendapati bahawa jumlah Sweatshop sebenarnya tidak membahayakan pekerja dalam jangka masa panjang. Sebaliknya Sweatshop mengaplikasikan sifat utilitarian dan membawa "kesan keseluruhan yang lebih baik" untuk semua orang yang sebelumnya terjejas (Hartman dan Desjardins 2008). Hasil daripada ini, ia boleh dikatakan bahawa Sweatshop adalah satu bentuk "eksploitasi yang saling menguntungkan. Kesannya, ia membawa keuntungan kepada majikan daripada akses buruh murah, kontraktor mendapat manfaat daripada pelaburan luar, pengguna menikmati harga yang rendah pada barangan dan pekerja memperolehi pendapatan. Keadaan ini biasanya boleh diterima menurut (Mayers 2007). Pembela Sweatshop juga menyatakan bahawa kerajaan negara-negara kurang maju menggalakkan pergerakan Sweatshop dengan menurunkan kadar cukai dan membangunkan peraturan yang memuaskan (Young 2004). Ahli ekonomi berpendapat bahawa Sweatshop adalah penting untuk pembangunan ekonomi (Hartman et al. 1999). Menurut Paul Krugman (1994) Sweatshop memberi manfaat kepada pekerja-pekerja di negara-negara yang ingin membangun dan menyediakan mereka dengan peluang-peluang kerja yang tidak akan diperolehi jika keadaan sebaliknya berlaku.

Perdebatan antara penentang dan pembela tentang amalan Sweatshop dan pengambilan buruh kanak-kanak

Dengan alasan-alasan yang dikemukakan, ianya membawa perbahasan kembali kepada konsep etika dimana keutamaan dilihat kepada moral dan keadilan. Walaupun benar bahawa pekerja di Sweatshop menjalankan kerja mereka secara sukarela, tetapi hakikatnya orang-orang miskin sememangnya berada di dalam situasi terdesak dan sering mendapati bahawa peluang pekerjaan di Sweatshop adalah lebih baik. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipaksa bekerja apalagi didera secara mental dan fizikal dan pekerja sepatutnya diberi suasana bekerja yang baik serta selamat. Ia secara asasnya menghapuskan hak manusia. Oleh itu, adalah jelas bahawa dalam kes ini Sweatshop sedang mengambil kesempatan dan menggunakan kanak-kanak sebagai instrumen boleh guna untuk keuntungan maksimum serta tidak menganggap kanak-kanak adalah manusia yang boleh bebas secara fizikal dan rasional. Kembali kepada konsep Kantian daripada Categorical Imperative, rumusan boleh dibuat dimana " eksploitasi saling bermanfaat" yang berlaku di Sweatshop dari segi moral adalah tidak sihat dan tidak boleh dibenarkan.

4. Eksploitasi Terhadap Kanak-kanak Semakin Meruncing

Eksploitasi terhadap kanak-kanak sebagai tenaga buruh masih belum menampakkan tanda-tanda untuk berakhir. The Huffington Post menerbitkan satu laporan pada tahun 2012 yang disediakan oleh Maplecroft yang menunjukkan bahawa keselamatan gobal yang semakin teruk dan krisis ekonomi menjadi faktor meningkatnya risiko pencabulan buruh kanak-kanak di beberapa buah negara. Maplecroft mengkaji keadaan buruh kanak-kanak di 197 buah negara dan merumuskan bahawa hampir 40 peratus daripada 197 buah negara berkenaan menunjukkan risiko yang ekstrem terhadap pencabulan tersebut.[footnoteRef:4] [4: http://www.huffingtonpost.com/2012/01/04/child-labor-countries_n_1183600.html?ref=fb&src=sp&comm_ref=false#sb=1951365b=facebook]

5. Peranan Yang Perlu Dimainkan Oleh Syarikat Multinasional Untuk Membantu Kerajaan Bagi Mengatasi Permasalahan Ini

1. Tidak mengambil kanak-kanak dibawah umur dan tidak melibatkan mereka didalam mana-mana bahagian di dalam atau di luar syarikat. Contohnya, IKEA yang tidak mengambil buruh kanak-kanak sebagai pekerja dan memastikan bahawa pembekal dan sub-kontraktor juga bukan lah mereka yang menggaji buruh kanak-kanak dan bukan didalam kategori Sweatshop. Ini dapat membantu kerajaan mengurangkan kemasukan pekerja kanak-kanak didalam industri.

2. Memberi hak (human right) kepada para pekerja boleh membantu kerajaan menaikkan lagi ekonomi dan sosial dalam masa yang sama berlaku adil kepada rakyat. DesJardin (2011) menyatakan, diantara hak yang perlu diberi ialah hak kebebasan bergerak secara fizikal, hak untuk memiliki harta, hak kebebasan dari penderaan dan penyiksaan, hak untuk perbicaraan yang adil, hak untuk nondiscriminatory treatment, hak terhadap keselamatan fizikal, hak untuk kebebasan bersuara dan berpersatuan, hak kepada pendidikan yang minimum, hak untuk penyertaan politik dan hak untuk sara hidup.