suzy anak kubong - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/21300/7/suzykubongmfksg2010.pdf · 2.5.2...

21
v ABSTRAK Pembangunan Koridor merupakan salah satu langkah kerajaan bagi membangunkan kawasan luar bandar serta mengurangkan kadar ketaksamaan wilayah. Di Sarawak, Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sudah giat dipromosikan dan dilaksanakan untuk membantu membangunkan kawasan luar bandar disamping meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk Sarawak. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi memastikan matlamat SCORE tercapai. Diantaranya adalah dengan pembangunan lima Nod Pertumbuhan Baru. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Tanjung Manis sebagai salah satu Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE serta memfokuskan kepada kriteria dan masalah yang dihadapi semasa proses pembangunan dilaksanakan. Data primer dan data sekunder di kumpul dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menunjukkan beberapa faktor yang sama seperti lokasi dan ketersediaan sumber. Faktor-faktor ini telah membawa kepada pemilihan Tanjung Manis yang dianggap bersesuaian dan strategik. Disamping itu terdapat beberapa cabaran seperti masalah kewangan yang dialami semasa proses pembangunan dijalankan. Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil dan antara cadangan penyelesaian penulis ialah penyediaan pelan perancangan pelaburan serta mengenalpasti program pembangunan untuk pelaksanaan bagi tahun akan datang di mana hasilnya akan mengukuhkan usul pelaburan Tanjung Manis dan memacu perkembangan sektor Halal dan Marin. Perancangan yang rapi dalam sesuatu pembangunan nod pertumbuhan baru bukan sahaja memberi hasil kepada masyarakat tetapi juga memudahkan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Upload: docong

Post on 01-Jul-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

v

ABSTRAK

Pembangunan Koridor merupakan salah satu langkah kerajaan bagi

membangunkan kawasan luar bandar serta mengurangkan kadar ketaksamaan

wilayah. Di Sarawak, Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sudah

giat dipromosikan dan dilaksanakan untuk membantu membangunkan kawasan luar

bandar disamping meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk Sarawak.

Pelbagai strategi dilaksanakan bagi memastikan matlamat SCORE tercapai.

Diantaranya adalah dengan pembangunan lima Nod Pertumbuhan Baru. Maka, kajian

ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan

Tanjung Manis sebagai salah satu Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE serta

memfokuskan kepada kriteria dan masalah yang dihadapi semasa proses

pembangunan dilaksanakan. Data primer dan data sekunder di kumpul dan dianalisis

menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menunjukkan beberapa faktor yang

sama seperti lokasi dan ketersediaan sumber. Faktor-faktor ini telah membawa

kepada pemilihan Tanjung Manis yang dianggap bersesuaian dan strategik.

Disamping itu terdapat beberapa cabaran seperti masalah kewangan yang dialami

semasa proses pembangunan dijalankan. Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil dan

antara cadangan penyelesaian penulis ialah penyediaan pelan perancangan pelaburan

serta mengenalpasti program pembangunan untuk pelaksanaan bagi tahun akan

datang di mana hasilnya akan mengukuhkan usul pelaburan Tanjung Manis dan

memacu perkembangan sektor Halal dan Marin. Perancangan yang rapi dalam

sesuatu pembangunan nod pertumbuhan baru bukan sahaja memberi hasil kepada

masyarakat tetapi juga memudahkan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan

negeri.

vi

ABSTRACT

Corridor Development is one of the governments’ steps to develop rural areas

and reduce regional inequalities. The Sarawak Corridor of Renewable Energy

(SCORE) has been actively promoted and implemented to help develop the rural

areas while improving living standards and socio-economic population of Sarawak.

Various strategies implemented to ensure the objectives of SCORE are achieved.

Among them is the development of five new growth nodes. Thus, the study was

conducted to identify factors influencing the choice of Tanjung Manis as a new

growth node in the SCORE and focus on the criteria and problems encountered

during the process of development. The primary and secondary data were collected

using the qualitative method of analysis. The outcomes of this study show the same

general factors such as location and availability of resources. These factors have led

to the selection of Tanjung Manis which is considered appropriate and strategic.

Besides, there are several challenges such as financial difficulties experienced during

the development process undertaken. Therefore, measures should be taken and the

writer’s proposed to provide investment planning and implementation of

development programs to identify for the coming year in which the result would

strengthen the proposed investment and spur the development of Tanjung Manis

Halal and marine sectors. Proper planning in the development of a new growth node

will not only bring advantages to the public but also to facilitate the planning

undertaken by state governments.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Matlamat Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Skop Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Metodologi Kajian 9

1.8 Susunatur Bab 11

1.9 Kesimpulan 13

viii

2 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Definisi Pembangunan 16

2.3 Definisi Pembangunan Luar Bandar 17

2.5 Pembangunan Wilayah 19

2.5.1 Rancangan Wilayah 19

2.5.2 Dasar & Strategi Pembangunan

Luar Bandar & Wilayah 21

2.5.3 Pembangunan Wilayah Di

Malaysia 27

2.5.4 Faktor-Faktor Pemilihan Pusat

Pertumbuhan Baru Dalam

Pembangunan Wilayah Di Malaysia 34

2.5.5 Kesan Pembangunan Wilayah

di Malaysia 38

2.6 Kesimpulan 44

3 KAJIAN KES

3.1 Pengenalan 45

3.2 Koridor Tenaga Diperbaharui

Sarawak (SCORE) 45

3.2.1 SCORE: Fasa Pembangunan 47

3.2.2 Pembangunan Industri Utama 47

3.2.3 Pembangunan Kawasan Nod

Pertumbuhan Baru 52

3.2.4 Pembangunan Infrastruktur

dan Prasarana 54

3.2.5 Institusi Bertanggungjawab 59

3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian 60

3.3.1 Infrastruktur & Kemudahan

Semasa 62

3.3.2 Komponen Guna Tanah 66

ix

3.3.3 Rangka Perlaksanaan Nod

Pertumbuhan Tanjung Manis 70

3.4. Kesimpulan 71

4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 73

4.2 Metodologi Kajian Dan Kaedah

Pengumpulan Data 73

4.2.1 Kaedah Temubual 74

4.2.2 Membuat Rujukan 75

4.3 Responden yang Terlibat 76

4.4 Analisis Kriteria Nod Pertumbuhan Baru 77

4.5 Analisis Faktor-faktor pemilihan

Tanjung Manis sebagai Nod

Pertumbuhan Baru 79

4.6 Analisis Cabaran Semasa Perlaksanaan

Tanjung Manis sebagai Nod

Pertumbuhan SCORE 91

4.7 Kesimpulan 98

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 100

5.2 Penemuan Kajian 100

5.3 Kesimpulan 103

5.4 Cadangan 105

5.5 Limitasi Kajian 107

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 108

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

BAB 1

PENDAHULUAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini menghadapi pelbagai cabaran berikutan usaha untuk menjadi

negara membangun sepenuhnya. Dengan meningkatnya persaingan kesan daripada

kuasa-kuasa globalisasi dan liberalisasi, adalah penting ekonomi Malaysia menjadi

kuat dan tetap serta fleksibel bagi menghadapi cabaran-cabaran ini. Pelbagai usaha

perlu dilakukan untuk meningkatkan daya tarikan pelaburan negara kita. Sumber-

sumber baru ekonomi harus dikenalpasti dan dikembangkan.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber alam dan banyak lagi yang

boleh ditawarkan sekiranya kekuatan sumber asli dan aset ini digunakan secara

optimum dan diberi peluang untuk bercambah dengan lebih meluas. Dengan ini, daya

saing negara akan lebih diperkasakan dan kemewahan itu mampu dinikmati oleh

seluruh rakyat Malaysia.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), semua negeri telah

mencatat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan isi rumah

bulanan purata. Kualiti hidup di kawasan luar bandar dan bandar juga telah

meningkat. Walau bagaimanapun, dari segi keseimbangan wilayah, tidak banyak

2

kemajuan dicapai dalam mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri

serta kawasan luar bandar dengan bandar. Oleh demikian, pembangunan wilayah

yang seimbang akan kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara

seperti dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pelbagai langkah

diambil bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan

negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan

merentasi sempadan antara negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di

pusat pertumbuhan sedia ada akan dipergiatkan lagi. Penekanan juga akan diberikan

kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar dan konurbasi bandar dengan

menjana aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan dapat meningkatkan kualiti

hidup. Penduduk setempat dijangka mendapat faedah daripada peningkatan

infrastruktur, peluang pekerjaan mahir dan aktiviti keusahawanan.

Sejajar dengan RMK9 dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), beberapa

koridor pembangunan wilayah di serata ceruk negara telah dilancarkan. Salah satu

daripadanya adalah Sarawak Corridor Development Plan (SCDP) atau pelan

pembangunan koridor Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Corridor of

Renewable Energy (SCORE).

SCORE telah dilancarkan pada 11 Februari 2008 dan telah rasmikan oleh

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kini usia Koridor Sarawak hampir 3 tahun dan telah

mula menempa nama dengan pembangunan di wilayah tengah tersebut semakin

rancak dengan siapnya stesen Janakuasa Arang Batu dan kilang aluminum di

Mateding Mukah, majlis pecah tanah bangunan pentadbiran RECODA di Mukah,

majlis pelancaran Taman Halal di Tanjung Manis serta pembangunan infrastruktur

yang lain seperti laluan pantai Tanjung Batu-ABF, lebuhraya dan lain-lain. Malah

hampir setiap minggu dapat dilihat tentang perkembangan SCORE dan bagaimana

ianya telah menarik minat ramai pelabur dalam dan luar negara di dada akhbar utama

seperti Utusan Malaysia, Utusan Sarawak dan Borneo Post.

Konsep pembangunan ekonomi koridor wilayah sebagaimana yang

terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Misi Nasional

(2006-2010) merupakan salah satu daripada strategi kerajaan untuk mencapai

2

kemajuan dicapai dalam mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri

serta kawasan luar bandar dengan bandar. Oleh demikian, pembangunan wilayah

yang seimbang akan kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara

seperti dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pelbagai langkah

diambil bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan

negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan

merentasi sempadan antara negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di

pusat pertumbuhan sedia ada akan dipergiatkan lagi. Penekanan juga akan diberikan

kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar dan konurbasi bandar dengan

menjana aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan dapat meningkatkan kualiti

hidup. Penduduk setempat dijangka mendapat faedah daripada peningkatan

infrastruktur, peluang pekerjaan mahir dan aktiviti keusahawanan.

Sejajar dengan RMK9 dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), beberapa

koridor pembangunan wilayah di serata ceruk negara telah dilancarkan. Salah satu

daripadanya adalah Sarawak Corridor Development Plan (SCDP) atau pelan

pembangunan koridor Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Corridor of

Renewable Energy (SCORE).

SCORE telah dilancarkan pada 11 Februari 2008 dan telah rasmikan oleh

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kini usia Koridor Sarawak hampir 3 tahun dan telah

mula menempa nama dengan pembangunan di wilayah tengah tersebut semakin

rancak dengan siapnya stesen Janakuasa Arang Batu dan kilang aluminum di

Mateding Mukah, majlis pecah tanah bangunan pentadbiran RECODA di Mukah,

majlis pelancaran Taman Halal di Tanjung Manis serta pembangunan infrastruktur

yang lain seperti laluan pantai Tanjung Batu-ABF, lebuhraya dan lain-lain. Malah

hampir setiap minggu dapat dilihat tentang perkembangan SCORE dan bagaimana

ianya telah menarik minat ramai pelabur dalam dan luar negara di dada akhbar utama

seperti Utusan Malaysia, Utusan Sarawak dan Borneo Post.

Konsep pembangunan ekonomi koridor wilayah sebagaimana yang

terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Misi Nasional

(2006-2010) merupakan salah satu daripada strategi kerajaan untuk mencapai

3

pembangunan seimbang di negeri ini. Perancangan strategik koridor ini bakal

menjadikan sumber-sumber alam yang kaya di wilayah tengah Sarawak dan

kawasan-kawasan sekitarnya diteroka dan dibangunkan sepenuhnya untuk manfaat

pembangunan ekonomi sehingga tahun 2020 dan tahun-tahun akan datang.

SCORE yang terletak di wilayah tengah Sarawak meliputi kawasan sepanjang

320 kilometer di kawasan persisiran dari Tanjung Manis di Mukah sehingga ke

Samalaju di Bintulu dan meliputi kawasan sekitarnya serta kawasan pedalaman. Ini

termasuklah kawasan penempatan dan pusat bandar di Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei

dan Kapit. Projek pembangunan berskala besar ini adalah sebuah perancangan

pembangunan jangka panjang sehingga tahun 2030 yang berkeluasan 70,709 km

persegi dan melibatkan populasi penduduk seramai 607,800 orang. Secara umumnya,

kawasan wilayah tengah Sarawak masih belum diteroka dan dibangunkan

sepenuhnya jika dibandingkan dengan wilayah selatan (Kuching) dan wilayah utara

(Miri). SCORE merupakan inisiatif utama yang dilaksanakan bagi membangunkan

wilayah tengah dan menjadikan Sarawak negeri membangun menjelang 2020.

Matlamatnya adalah mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi negara sekaligus

meningkatkan kualiti hidup di Sarawak.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

Koridor Sarawak merupakan antara koridor pembangunan yang terbesar di negara ini

dan menjadi mutiara baru ekonomi Malaysia selepas Iskandar Malaysia (IM),

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Keseluruhannya, sebanyak RM833 bilion

akan dilaburkan dalam koridor-koridor pembangunan itu dalam tempoh 18 hingga 25

tahun dengan SCORE menerima RM334 bilion, WPI mendapat RM105 bilion,

NCER memperoleh RM177 bilion, ECER menjana pelaburan RM112 bilion dan

SDC dimajukan dengan pelaburan RM105 bilion. Tenaga merupakan teras utama

4

Koridor Sarawak dan menjadi elemen terpenting bagi menjayakan pembangunan

koridor ini. Sesungguhnya pembangunan tenaga hidro, arang batu, petroleum dan gas

mempunyai potensi besar untuk dibangunkan. Pembangunan sektor perindustrian

dapat memoden dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak. Di samping itu ia

membolehkan ekonomi Sarawak untuk meningkatkan rantaian nilai (Berita Harian,

12hb Februari 2008).

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka akan tumbuh tiga kali ganda dalam 10 tahun

akan datang, dan lima kali ganda pada tahun 2030, kerana pelaksanaan SCORE. Ini

adalah selaras dengan Wawasan 2020 untuk meningkatkan ekonomi nasional dari

pendapatan pertengahan kepada ekonomi pendapatan tinggi. Beliau yang juga

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata, SCORE mampu menarik

pelaburan bernilai kira-kira RM30 bilion dan mampu mencipta lebih daripada 1.5

juta peluang pekerjaan pada tahun 2030 (Borneo Post, March 30, 2010). Antara

langkah-langkah strategik yang perlu diambil dalam memastikan SCORE

membuahkan hasilnya adalah pembangunan industri utama, pembangunan kawasan

nod pertumbuhan baru, pembangunan infrastruktur dan prasarana, pembangunan

modal insan serta institusi terlibat.

Pembahagian pelaburan adalah RM267 bilion (80%) dalam industri dan

elektrik, RM67 bilion (20%) dalam bidang infrastruktur fizikal, sumber manusia dan

infrastruktur institusi. Kegiatan industri dan ekonomi baru di koridor ini akan

mencipta pekerjaan langsung dan tidak langsung di pelbagai peringkat kepakaran.

Anggaran keperluan tenaga kerja untuk pelbagai industri dan anggaran pekerjaan

secara tidak langsung menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan 836.000 kerja akan

diwujudkan dalam koridor pada 2030. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan

negeri bagi menarik pelabur asing melabur dalam projek-projek di bawah SCORE

bagi memastikan perkara ini menjadi kenyataan (Borneo Post, 31hb Ogos 2010).

Namun setakat ini hanya terdapat beberapa pihak sahaja yang melabur dalam industri

tertentu. Ini menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, dimana akan timbul masalah

seperti sumber kewangan.

5

Dapat dilihat bahawa Sarawak masih mampu membangun seperti negeri-

negeri di wilayah utara dan wilayah tengah. Terutamanya dengan perlaksanaan

SCORE. Sehubungan itu, terdapat sepuluh industri strategik yang telah dikenalpasti

amat berpotensi dan menjadi pemacu dalam pembangunan wilayah SCORE.

Industri-indsutri tersebut adalah industri berasaskan minyak (petroleum dan gas),

industri aluminium, industri keluli, industri kaca, industri berasaskan minyak kelapa

sawit, industri perikanan dan akuakultur, industri penternakan, industri berasaskan

kayu, kejuruteraan marin dan industri pelancongan. Bagi memfokuskan usaha

pelaburan dalam Koridor Sarawak, lima nod pertumbuhan utama telah dikenalpasti.

Nod pertumbuhan baru ini merupakan elemen utama pelan pembangunan strategik

koridor. Pemilihan nod-nod tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan.

Diantaranya adalah:-

i. Apakah kriteria yang dititikberatkan dalam pemilihan nod-nod

tersebut?

ii. Apakah kelebihan diantara kesemua nod-nod tersebut?

iii. Adakah wujud permasalahan dalam proses pembangunan dikawasan

nod-nod pertumbuhan tersebut?

Nod pertumbuhan Tanjung Manis merupakan salah satu nod pertumbuhan

baru yang paling cepat membangun dalam SCORE. Tanjung Manis akan muncul

sebagai Bandar Raya Industri Pelabuhan dan juga menekankan kepada industri

makanan halal. Namun demikian terdapat beberapa masalah dalam proses

pembangunan di Tanjung Manis iaitu masalah dalam pembangunan kemudahan dan

infrastruktur yang menjadi tunggak utama setiap pembangunan. Peruntukan

diberikan bagi menampung perbelanjaan pembinaan infrastruktur bagi tujuan

menyokong pembangunan SCORE. Persoalannya, adakah Tanjung Manis betul-betul

bersesuaian dibangunkan sebagai nod pertumbuhan jika masih wujud masalah ini?

Industri Halal telah menjadi satu perniagaan yang bernilai tinggi, dengan

menghasilkan sekitar US $ 2,1 trilion setahun. Malaysia bermatlamat untuk menjadi

Hub Makanan Halal global pada tahun 2010, dengan kadar peningkatan saham 1%

menjadi 5% pada 2010 pelbagai usaha, strategi dan langkah-langkah yang dilakukan

untuk menyokong pembangunan industri Halal sebagaimana dinyatakan di dalam

6

pelan induk Industri Kedua 1996 - 2005, Dasar Pertanian Nasional, 1998 - 2010,

RMKe-9, 2006 - 2010,dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), 2006 - 2020. Bagi

menampung keperluan inilah Halal Hub dibangunkan di Tanjung Manis.

Rajah 1.1: Pasaran Global Industri Halal

Sumber: Pelbagai Sumber (Nota: termasuk pembeli bukan muslim)

Rajah 1.2: Jumlah Permintaan Produk Halal Bagi 2005 & 2010 (Matrik Tan)

Sumber: http;//www.halalexpo.com

Dengan arus ekonomi global yang menghadapi persekitaran baru, Sarawak

perlu terus meningkatkan kemampuannya untuk menampung kesan penurunan global

7

ekonomi. Dengan memasuki pembangunan Hub Halal, ekonomi Sarawak akan

tertumpu ke arah makanan dan minuman Muslim global dimana saiz pasaran yang

dianggarkan USD639 bilion (2009) dan tumbuh pada CAGR 45% selama 5 tahun

terakhir.

Oleh itu, bagi memastikan perlaksanaan SCORE pada masa akan datang

menjadi lebih lancar dan berjaya, kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti

masalah-masalah yang timbul semasa perlaksanaan SCORE. Ia penting untuk

dijadikan batu loncatan dan panduan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini

terutamanya pihak kerajaan dan pelabur.

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menilai faktor-

faktor penting yang diambilkira dalam pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod

Pertumbuhan Baru dalam perlaksanaan SCORE di Sarawak.

1.4 Objektif

Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah digariskan

sebagaimana berikut:

1. Mengenalpasti pembangunan wilayah luar bandar dan SCORE

2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Tanjung Manis

sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE

8

3. Mengkaji cabaran semasa perlaksanaan Tanjung Manis sebagai Nod

Pertumbuhan Baru dalam SCORE

1.5 Skop Kajian

Skop penyelidikan ini dikecilkan bagi memudahkan proses pengumpulan

maklumat supaya dapat dianalisis dalam tempoh yang bersesuaian. Penyelidikan ini

merangkumi aspek-aspek yang telah ditentukan dalam lingkungan tertentu sahaja,

iaitu:

• Penumpuan diberikan terhadap pembangunan dalam SCORE secara umum

• Penyelidikan difokuskan terhadap faktor-faktor pemilihan Tanjung Manis

sebagai nod pertumbuhan baru.

• Kajian memberi penekanan terhadap cabaran yang wujud semasa

perlaksanaan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE

• Pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah pihak yang terlibat secara

langsung dalam proses perlaksanaan SCORE seperti SPU dan RECODA

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini berguna kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

sebagai panduan dalam pembangunan SCORE. Hasil kajian atau analisis yang akan

dibuat pada akhir kajian ini akan memberi gambaran kepada semua pihak samada

pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE merupakan

salah satu tindakan yang tepat. Disamping membantu menjadi panduan kepada para

pelabur bagi melihat peluang pelaburan yang ada di Nod Pertumbuhan Tanjung

9

Manis. Kajian ini akan mengupas tentang faktor pemilihan utama nod pertumbuhan

Tanjung Manis serta melihat beberapa faedah dan masalah yang dihadapi semasa

projek pembangunan dilakukan.

1.7 Metodologi Kajian

Bagi merealisasikan objektif kajian, maka penyelidikan yang dibuat perlulah

mengikuti beberapa skop kaedah yang tertentu. Isi kandungan yang akan di

ketengahkan adalah berasaskan objektif kajian yang diterangkan sebelum ini.

Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah seperti berikut:-

1.7.1 Peringkat Pertama: Pengenalan Kepada Bidang Penulisan

Dalam peringkat ini penyelidik membuat kajian literatur yang mendalam

melalui pembacaan dan rujukan ke atas sumber-sumber seperti kertas seminar,

jurnal, majalah, tesis dan buku. Pengumpulan data dan maklumat melalui kajian ini

digunakan untuk membentuk penyataan masalah dan objektif penyelidikan.

Langkah-langkah yang terlibat dalam peringkat ini adalah:-

• Menentukan bidang kajian

• Menjelaskan pernyataan masalah kajian

• Menetapkan objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini

• Membentuk tajuk penyelidikan

• Menetapkan skop kajian

• Menjelaskan kepentingan kajian yang akan dilaksanakan

• Menentukan metodologi kajian yang akan digunakan

10

1.7.2 Peringkat Kedua: Kajian Literatur

Dalam peringkat kedua kajian literatur dibuat melalui pembacaan kepada

buku, majalah dan jurnal yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan

SCORE. Kajian literatur ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam

berkenaan kajian yang dibuat.

1.7.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data

Dalam peringkat ini, data yang diperlukan dan sumber untuk

memperolehinya akan dikenalpasti. Sumber data yang diperlukan boleh

diklasifikasikan kepada dua iaitu:-

i) Sumber Sekunder

Sumber sekunder merupakan data yang diterbitkan secara rasmi. Sumber

sekunder diperlukan untuk memperkukuhkan pemahaman penulis dalam bidang yang

hendak dikaji dan pada masa yang sama memperdalamkan pengetahuan pembaca.

Penelitian dan pemilihan data-data sekunder perlu dilakukan kerana bukan semua

data yang diperolehi dapat digunapakai dalam kajian ini.

ii) Sumber Primer

Sumber primer adalah data terkini yang diperlukan dalam kajian ini.

Disebabkan data ini lebih objektif dan memenuhi kriteria kajian, maka ia digunakan

untuk membuat analisis, rumusan dan cadangan kajian ini. Data primer ini

dikumpulkan melalui kaedah-kaedah berikut:-

• Mengadakan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat dalam SCORE.

• Mengedarkan soalan soal selidik kepada pihak-pihak terlibat

11

1.7.4 Peringkat Keempat: Penganalisaan Dan Hasil

Pada peringkat ini, ianya merangkumi penganalisaan ke atas soal selidik yang

telah diterima dan analisis data primer. Rumusan pada setiap bab akan dibuat.

1.7.5 Peringkat Terakhir: Peringkat Rumusan Dan Cadangan

Penganalisaan data membolehkan penyediaan rumusan dan cadangan yang

berguna kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kajian ini. Secara

ringkasnya, metodologi kajian dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

1.8 Susun Atur Bab

Di dalam menjalankan kajian, penulisan yang akan dilakukan akan

dibahagikan kepada lima bab atau bahagian. Pembahagian bab-bab ini akan

dilakukan mengikut keutamaan dan langkah yang akan dilakukan di dalam kajian ini.

Berikut adalah pengagihan atau keutamaan bab yang akan dibuat di dalam penulisan

ini.

1.8.1 Bab Pertama : Pendahuluan

Bab pertama akan menerangkan dan membincangkan aspek-aspek seperti

pengenalan, penyataan masalah, objektif, matlamat, kepentingan, skop dan

12

metodologi kajian. Penjelasan yang jelas juga dibuat berhubung dengan

permasalahan sebenar kajian serta gambaran mengenai kajian yang akan dilakukan.

1.8.2 Bab Kedua : Pembangunan Wilayah Luar Bandar

Bab ini melihat senario pembangunan wilayah luar bandar di Malaysia dan

faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan sebuah pusat pertumbuhan baru.

Tujuannnya bagi melihat projek pembangunan wilayah luar bandar dan sejauh mana

pembangunan itu dijalankan bagi mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah.

1.8.3 Bab Tiga : Kes Kajian

Bab yang ketiga ini lebih membincangkan berkaitan dengan latar belakang

kes kajian. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan berkenaan lokasi kawasan

kajian, jenis-jenis pembangunan yang ada dalam perancangan SCORE dan

perancangan pembangunan bandar baru Tanjung Manis.

1.8.4 Bab Empat : Analisis Kajian

Dalam bab ini, kaedah pengumpulan data primer dan kaedah analisis kajian

yang digunakan akan diterangkan terlebih dahulu. Seterusnya, hasil analisis kajian

yang diperolehi mengikut objektif kajian yang ditetapkan akan diterangkan mengikut

turutan.

13

1.8.5 Bab Lima : Kesimpulan & Cadangan

Bab yang terakhir ini pula hanya akan membincangkan kesimpulan bagi

keseluruhan kajian yang dibuat. Cadangan bagi kajian lanjutan juga dibuat bagi

rujukan pelajar-pelajar pentadbiran tanah.

1.9 Kesimpulan

Secara umumnya, bab ini menerangkan pernyataan masalah yang berkaitan

dengan bidang kajian yang dipilih. Seterusnya pembentukan objektif dan skop kajian

dibentuk berdasarkan masalah yang timbul. Bab ini juga membincangkan secara

ringkas metodologi kajian yang digunakan dalam manjalankan kajian seterusnya.

Dalam bab seterusnya, penyelidik akan membincangkan secara terperinci berkaitan

dengan pembangunan wilayah luar bandar di Malaysia.

14

Mengenalpasti Masalah

Rajah 1.3: Carta Alir Metodologi Penyelidikan

Menentukan Objektif Kajian

Cadangan & Kesimpulan

Hasil Analisis

Penganalisisan Data

Sumber Sekunder Sumber Primer

Pengumpulan Data

Kajian Literatur

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

Peringkat Terakhir

Peringkat Keempat

Peringkat Pertama