harapan ibu bapa terhadap pendidikan, pekerjaan … · 2.5.2 teori pengharapan 18 18 19 2.6...

29
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN PENGURUSAN KEHIDUPAN ANAK AUTISME NOOR AZIZAH BINTI MOHD RASIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vannhan

Post on 24-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN

PENGURUSAN KEHIDUPAN ANAK AUTISME

NOOR AZIZAH BINTI MOHD RASIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri
Page 3: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri
Page 4: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN PENGURUSAN

KEHIDUPAN ANAK AUTISME

NOOR AZIZAH BINTI MOHD RASIT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI, 2011

Page 5: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri
Page 6: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

iv

DEDIKASI

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T, Tuhan Pencipta Alam

kerana memberikan kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan penulisan ini.

Seterusnya buat insan yang amatku sayangi Hasnah binti Sapiai yang telah

banyak berkorban untuk melihat anak yang di lahirkan mendapat kejayaan. Sentiasa

sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan ucapan kasih dan sayang. Dengan

doa dan restumu aku disini untuk memenuhi hasrat dan harapanmu. Buat saudara-

saudaraku, Nooraihan akma, Nor Hasmah, Noorbaizura, Mohd Razali dan Mohd Fakro,

kalian adalah insan yag amat kukasihi. Semoga ikatan persaudaraan kita tetap utuh

selamanya.

Buat tunang tercinta Mohd Nazlan bin Mat Jusoh, terima kasihku ucapkan

kerana telah banyak memberikan dorongan dan semangat dalam meneruskan

perjuanganku sebagai seorang pelajar. Kasih sayang yang dicurahkan amatlah dihargai.

Insyaallah kebahagiaan menyusuri hubungan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak mencurahkan

ilmu dan bakti kepada diriku yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Buat

teman-teman seperjuangan yang banyak membantu sepanjang pengajianku, terima kasih

di atas jasa kalian.

Page 7: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan taufik dan hidayahNya, dapat jua

saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada PM. Dr.

Yoe Kee Jiar selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberikan tunjuk ajar,

panduan dan kerjasama sepenuhnya kepada saya dalam proses menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Sesungguhnya, beliau telah banyak mengorbankan masa untuk

membimbing saya bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung yang telah banyak membantu saya dalam memperoleh

maklumat serta kepada semua pelajar tahun akhir Jabatan Teknik dan Kejuruteraan

(JPTK) sesi 2010/2011 semester II.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat kepada mereka yang telah

banyak meyumbangkan jasa kepada saya untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

vi

ABSTRAK

Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memiliki masa depan yang cerah dan

mampu meneruskan kehidupan yang bermakna. Kajian ini dijalankan untuk mengenal

pasti harapan ibu bapa terhadap pendidikan, pekerjaan dan pengurusan kehidupan anak

autisme. Seramai 30 orang ibu bapa di sekitar Johor Bahru yang memiliki anak autisme

dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian

ini. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.878. Data dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package of Social Science ) versi

15.0 untuk mencari peratus dan frekuensi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian

menunjukkan ibu bapa menaruh harapan tinggi terhadap masa depan anak autisme

mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa harapan utama ibu bapa terhadap anak

autisme ialah aspek pengurusan kehidupan sebanyak 87.12 peratus, diikuti oleh aspek

pendidikan sebanyak 86.0 peratus dan akhir sekali ialah aspek pekerjaan sebanyak 72.68

peratus. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai langkah untuk membantu ibu bapa

merealisasikan harapan mereka selain cadangan tentang penyelidikan selanjutnya untuk

meningkatkan kualiti kehidupan golongan autisme.

Page 9: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

vii

ABSTRACT

Parents expect their children to have a bright future and able to live a meaningful

life. The study was conducted to identify the expectations of parents towards their

autism child’s namely the expectations of education, employment, and life management.

A total of 30 parents with autism children in Johor Bahru were selected for this study.

Questionnaire was used as research instrument in this study. The reliability value of the

instrument used was α = 0.878. Data was analyzed using SPSS (Statistical Package for

the Social Science) version 15.0 to find the percentage and frequency. Overall, the

results showed that parents have high expectations for the future of their children with

autism. The findings indicate that the main hope parents of children with autism are

aspects of life management of 87.12 percent, followed by the educational aspect of 86.0

percent and finally the work aspect of 72.68 percent. Several recommendations were

presented as measures to help parents in realising their hopes for the future of child with

autism. Recommendations for future research were also discussed.

Page 10: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

Page 11: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan masalah

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Mengenal pasti harapan Ibu bapa

terhadap pendidikan anak-anak autisme

1.4.2 Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap

bidang pekerjaan anak-anak autisme

setelah tamat persekolahan atau latihan

1.4.3 Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap

aspek pengurusan kehidupan anak-anak

autisme

1.5 Persoalan kajian

1.6 Skop kajian

1.7 Rasional atau kepentingan kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi istilah

1.9.1 Harapan

1.9.2 Ibu bapa

1.9.3 Pendidikan Khas

1

5

7

8

8

8

9

9

9

10

10

11

11

11

12

Page 12: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

x

1.9.4 Pengurusan kehidupan

1.9.5 Pekerjaan

1.9.6 Autisme

1.10 Penutup

12

12

13

13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi kerjaya 14

2.3 Peranan kerjaya 15

2.4 Pilihan kerjaya 17

2.5 Teori motivasi

2.5.1 Teori Hierarki Keinginan Manusia

(Abraham Maslow)

2.5.2 Teori Pengharapan

18

18

19

2.6 Pendidikan Khas 20

2.7 Pekerjaan 23

2.8 Pengurusan Kehidupan 25

2.9 Autisme

2.9.1 Ciri-ciri autisme

2.9.2 Tokoh-tokoh terkenal yang mempunyai

autisme

28

31

31

2.10 Peranan ibu bapa terhadap anak-anak

autisme

32

2.11 Kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak

autisme

33

2.12 Kajian lepas berkenaan kanak-kanak autisme

2.12.1 Pendidikan

35

35

Page 13: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xi

2.12.2 Pekerjaan

2.12.3 Pengurusan kehidupan

2.13 Penutup

37

38

38

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka bentuk kajian 39

3.3 Prosedur kajian 40

3.4 Populasi dan sampel kajian 43

3.5 Responden kajian 44

3.6 Instrumen kajian 45

3.7 Kesahan soal selidik 46

3.8 Kajian rintis 47

3.9 Analisis data 47

3.10 Andaian kajian 50

3.11 Penutup 50

Page 14: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xii

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Jantina

4.2.2 Bangsa

4.2.3 Pekerjaan

4.2.4 Pendapatan

4.2.5 Umur anak

4.2.6 Kelulusan akademik

52

52

53

53

54

55

56

4.3 Analisis Bahaggian B

4.3.1 Harapan ibu bapa anak autisme

terhadap pendidikan anak

4.3.2 Harapan ibu bapa anak autisme

terhadap pekerjaan anak

4.3.3 Harapan ibu bapa anak autisme

terhadap pengurusan kehidupan anak

57

58

60

62

4.4 Analisis keseluruhan

4.5 Penutup

64

65

5 RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan 66

5.3 Perbincangan

5.3.1 Harapan ibu bapa terhadap

aspek pendidikan anak-anak autisme

5.3.2 Harapan ibu bapa terhadap

aspek pekerjaan anak-anak autisme

68

69

70

Page 15: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xiii

5.3.3 Harapan ibu bapa terhadap

aspek pengurusan kehidupan anak-anak

autisme

72

5.4 Cadangan

5.4.1 Ibu bapa

5.4.2 Sekolah dan persatuan

5.4.3 Tenaga pengajar

73

73

74

75

78

5.5 Cadangan kajian lanjutan 76

5.6 Penutup 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 85

Page 16: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xiv

SENARAI JADUAL

NOMBOR

JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 45

3.2 Taburan responden berdasarkan kawasan 46

3.3 Pembahagian item bahagian A mengikut faktor demografi

responden

47

3.4 Pembahagian persoalan kajian bahagian B 48

3.5 Item-item soal selidik mengikut persoalan kajian 48

3.6 Penentuan tahap peratusan 50

3.7 Skala Pemeringkatan Likert 51

3.8 Kriteria menganalisis data 51

4.1 Taburan responden mengikut jantina 54

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 55

4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan 56

4.4 Taburan responden mengikut pendapatan bulanan 56

4.5 Taburan responden mengikut umur anak 57

4.6 Taburan responden mengikut kelulusan akademik tertinggi 58

4.7 Skala Likert 60

4.8 Taburan responden mengikut peratusan bagi aspek

pendidikan anak-anak

61

4.9 Taburan responden mengikut peratusan bagi aspek

pekerjaan anak-anak

63

4.10 Taburan responden mengikut peratusan bagi aspek

Page 17: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xv

pengurusan kehidupan anak-anak 65

4.11 Taburan purata keseluruhan bagi pandangan responden

berkenaan harapan ibu bapa anak autisme terhadap masa

depan.

67

Page 18: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xvi

SENARAI RAJAH

NOMBOR RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta alir prosedur kajian 43

Page 19: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xvii

SENARAI SINGKATAN

OKU - Orang Kurang Upaya

USA - United Stated of Ammerika

PDK -Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pemulihan dalam Komuniti

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

RMK - Rancangan Malaysia Kesembilan

KPM - Kementerian Pengajian Malaysia

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

PDD - Pervasive Developmental Disorders

DSM-IV-TR - Diagnotic and Statistical Manual of Mental Disorders- Text

Revised

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

SED - Seriously Emosionally Disturbed

SLD - Severe Learning Disabled

LD - Learning Disabled

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical for Social Science (SPSS)

Page 20: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Soal Selidik

B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat

C Surat EPRD

D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan

E Pengesahan instrumen soal selidik

F Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Page 21: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Orang kurang upaya (OKU, juga dikenali sebagai people with disabilities) atau

berkeperluan khas dikatakan sebagai individu yang memiliki ketidakupayaan disebabkan

oleh pelbagai faktor. Dianggarkan 15-20% penduduk dunia atau 650 juta orang

mempunyai ketidakupayaan (UN Nations Convention on Rights of Persons with

Disabilities, 2007). Pada tahun 2004, kajian di Amerika Syarikat mendapati hanya 35%

daripada OKU yang berada dalam kategori umur bekerja mempunyai pekerjaan

berbanding dengan 78% bagi golongan tanpa ketidakupayaan. Di Indonesia, daripada 22

juta OKU, hampir 1% mempunyai pekerjaan.

Di USA fenomena pendiskriminasian terhadap orang kurang upaya adalah

berlaku seperti juga di negara-negara lain, oleh sebab itu pelbagai akta telah dibuat oleh

pihak berwajib khas untuk melindungi orang istimewa dari terus disisihkan dari arus

kemodenan dan kemajuan negara (Zulkiflizaimah, 2008). Di Malaysia, kerajaan juga

telah menggubal dasar agar golongan istimewa ini tidak ketinggalan dan terus

dipinggirkan dengan adanya Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah

dikeluarkan di mana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta bagi

OKU.

Page 22: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

2

Bilangan OKU akan bertambah sejajar dengan pemodenan atau kemajuan

negara. Menurut Zulkiflizaimah (2008), berikutan pertambahan bilangan manusia di

muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan peluang pekerjaan akan menjadi lebih

terhad dan tidak hairanlah pihak berkuasa sesebuah negara berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk menangani masalah tersebut dengan menyediakan latihan

kerjaya dan bengkel-bengkel kemahiran sebagai persediaan asas sebelum seseorang

terlibat ke alam pekerjaan seluruhnya sama ada bagi manusia “normal” mahupun OKU.

Keluarga yang mempunyai OKU memikul tanggungjawab yang besar untuk

mendidik anak OKU mereka dengan harapan mereka dapat menjalani kehidupan yang

bermakna atau dapat berdikari dengan memiliki pekerjaan sendiri. Namun, ibu bapa

kepada anak OKU terpaksa berhadapan dengan pandangan masyarakat secara umum

yang melihat golongan OKU sebagai golongan yang tidak produktif dan membebankan

masyarakat. Menurut Rozieta (2000), dalam kajian Zuraidah (2008), Ibu bapa yang

mempunyai anak kurang upaya seperti anak–anak autisme, memerlukan ketabahan yang

tinggi kerana ibu bapa akan mengalami dan melalui pelbagai tekanan dan cabaran dari

segi mental, emosi, fizikal dan kewangan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu tabah mengasuh

anak-anak supaya menjadi individu yang seimbang dan mencungkil potensi sebenar

mereka supaya mereka dapat membawa perbezaan yang positif kepada dunia.

Walaupun pengkategorian OKU adalah berbeza antara negara dan bidang

pengkajian, namun secara umumnya dapat digolongkan kepada lapan kategori seperti di

bawah:

a) Kecelaruan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder)

b) Kerencatan akal (Mental Retardation )

c) Kurang Upaya Pembelajaran (Learning Disability)

d) Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders)

e) Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders)

f) Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)

Page 23: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

3

g) Masalah Penglihatan (Visual Impairment )

h) Kurang Upaya Fizikal atau masalah kesihatan (Physical or Health Disability)

Berdasarkan pengkategorian OKU di atas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah

anak-anak autisme juga tergolong di dalam kategori OKU dan menghadapi masalah

ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan terhadap kehidupan normal

mereka. Autisme berlaku sejak awal dan kadarnya melibatkan lima dalam 10,000 kanak-

kanak. Manakala mereka yang mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam

setiap 10,000 orang. Nisbah risiko kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan

sebanyak empat kali ganda. Autisme melibatkan seluruh dunia tanpa mengira agama,

bangsa, kaum, dan taraf sosial serta ekonomi. (K.A.Razhiyah, 2008). Gangguan autisme

didefinisikan sebagai gangguan perkembangan dengan tiga ciri utama iaitu gangguan

pada interaksi sosial, gangguan pada komunikasi, dan keterbatasan minat serta

kemampuan imaginasi (Adriana Soekandar Ginanjar, 2007 ).

Walau apapun keadaan dan tahap perkembangan seseorang kanak-kanak

autisme, pendidikan yang sempurna hendaklah diberikan kepada mereka.

Tanggungjawab ini dipikul oleh kelas pendidikan khas di sekolah kebangsaan rendah

dan menengah di negara kita. Ibu bapa juga berpeluang memasukkan anak autisme

mereka ke pusat stimulasi dan intervensi awal yang dikendalikan oleh Pertubuhan

Bukan Kerajaan dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Latihan awal dan secara

berterusan adalah diperlukan untuk melengkapkan kanak-kanak autisme dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja kelak.

Pekerjaan adalah perkara penting kepada seseorang individu. Pemilihan

pekerjaan yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang.

Melalui pekerjaan juga, masa depan seseorang lebih terjamin. Bagi golongan OKU

seperti autisme, latihan transisi ke alam pekerjaan adalah penting. Ini termasuklah

pendidikan selepas sekolah menengah, latihan vokasional, pekerjaan, perkhidmatan

kemasyarakatan, latihan hidup berdikari dan sebagainya. Golongan autisme juga

Page 24: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

4

memerlukan pekerjaan dan faedah yang sama daripada pekerjaan sama seperti orang

lain bagi memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup mereka. Namun begitu, terdapat

pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan dengan OKU dan

menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua (Sarkees & Scott 1986).

Sehingga kini, integrasi atau penerimaan golongan istimewa dalam masyarakat

dari aspek pendidikan, pekerjaan, sosial, kemudahan, dan sebagainya masih berada

pada tahap yang amat rendah. Dalam bidang pekerjaan, mereka masih tidak diterima

sepenuhnya dalam pasaran kerja terbuka. Golongan istimewa ini termasuklah anak-

anak autisme. Majikan seolah-olah takut untuk mengambil golongan ini bekerja kerana

was-was dengan keadaan mereka yang dikatakan tidak sama seperti golongan „normal‟

yang lain. Kadang-kadang, kelainan wajah atau perangai golongan istimewa seperti

autisme dijadikan kayu pengukur keupayaan atau kebolehan mereka melakukan sesuatu

kerja, justeru mereka dipinggirkan dalam peluang pekerjaan. Walaupun golongan

autisme menumpukan perhatian dalam dunia mereka sendiri, namun jika dilatih dengan

cara yang berkesan, tidak mustahil golongan ini juga mampu melakukan pekerjaan

malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan tekun ( K.A. Razhiyah, 2008).

Pada dasarnya, kerajaan kita akur dengan kebolehan golongan istimewa. Pelbagai

usaha dilaksanakan untuk mengintegrasikan golongan istimewa dalam komuniti.

Sebagai contohnya, Pekeliling Perkhidmatan Bil .10/1988 yang menetapkan sekurang-

kurangnya satu peratus daripada peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan

kepada golongan OKU. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Buruh

melaksanakan program pendaftaran dan penempatan OKU sejak tahun 1990. Dengan

adanya dasar tersebut, sekurang-kurangnya nasib OKU seperti autisme terbela. Peluang

untuk mereka mendapatkan pekerjaan sedikit terbuka dengan adanya dasar yang telah

digubal. Selain itu, dalam sektor awam, peluang pekerjaan untuk golongan istimewa ini

diwujudkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan

kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menyediakan 10,000 peluang

pekerjaan kepada OKU hasil perbincangan badan petugas khas kementerian yang

dibentuk Mei lepas (Bernama, 2008 ).

Page 25: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

5

Semua pihak, baik kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, swasta, mahupun ibu

bapa, berusaha untuk melindungi dan membela nasib OKU autisme seperti cuba

menerima mereka untuk bekerja. Namun, perkara pokok masih belum terjawab iaitu

adakah ibu bapa anak autisme rela melepaskan anak mereka untuk bekerja di luar?

Adakah ibu bapa memilih pekerjaan untuk anak istimewa mereka? Harapan dan

pandangan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan anak

mereka selain industri yang menyediakan pekerjaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Golongan autisme atau juga dikenali sebagai insan istimewa bukanlah suatu

fenomena baru. Pertambahan penduduk negara dewasa ini, menyebabkan bilangan

golongan kurang upaya juga turut meningkat. Fitrah kelahiran individu yang cacat dan

tidak sempurna adalah merupakan lumrah alam.

Walaubagaimanapun, golongan autisme juga mampu memberikan sumbangan

tenaga kerja untuk membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju jika mereka

dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran yang bersesuaian dengan tahap keupayaan

mereka. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006 - 2010), ia mencerminkan

kesungguhan negara kita dalam membantu golongan kurang upaya untuk bekerja,

berdikari, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Namun begitu, terdapat banyak streotaip dan salah faham terhadap golongan

autisme. Umumnya, masyarakat masih belum memahami dengan sepenuhnya diri serta

keperluan golongan autisme ini. Mereka sebenarnya tiada bezanya dengan orang

normal, cuma mereka ini perlu diberi perhatian yang secukupnya bagi menampung

keperluan sosiopsikologi mereka.

Page 26: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

6

Menurut Datuk Raymond Tan Shu Kiah (2000), dalam ucapannya sempena

forum “Memenuhi Keperluan Orang-orang Kurang Upaya Intelek Di Alaf Baru”

menyatakan bahawa golongan kurang upaya mempunyai dua rintangan utama dalam

kehidupan mereka. Pertama ialah kekurangan yang ada pada diri mereka dan kedua

ialah sikap, pandangan, dan pendirian masyarakat ke atas mereka. Dua rintangan ini

mempunyai kesan yang besar dan berpanjangan kepada golongan ini sama ada dari

aspek kebajikan, kesejahteraan, dan juga ekonomi mereka.

Bagi memastikan golongan kurang upaya termasuklah juga dengan golongan

autisme tidak diabaikan dalam sektor pekerjaan, kerajaan telah mengubal dasar untuk

memberi peluang kepada golongan kurang upaya mendapatkan peluang pekerjaan.

Matlamat program yang dilaksanakan adalah bagi membuka peluang pekerjaan kepada

OKU dan membantu golongan masyarakat yang tidak bernasib baik ini supaya

berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Kebangsaan Pengalakan Penggajian OKU di

sektor swasta yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia ditubuhkan

pada tahun 1990. Dalam melaksanakan tugas penempatan OKU di sektor swasta, satu

jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh beberapa buah agensi kerajaan yang terlibat

secara langsung juga ditubuhkan. Urusetia Jawatankuasa ini terdiri daripada Jabatan

Buruh, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan-

pertubuhan OKU. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka dasar dan strategi bagi

meningkatkan penyertaan OKU dalam pekerjaan di sektor swasta serta memonitor dan

menyelaras soal penggajian mereka.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun, masih terdapat anak-

anak autisme yang tidak mendapat pekerjaan. Harapan ibu bapa mestilah realistik agar

anak-anak autisme dapat meneruskan hidup dengan bermakna dan berkualiti.

Page 27: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

7

Oleh itu, guru, ibu bapa, dan masyarakat perlu membantu anak- anak autisme

supaya mereka juga mendapat hak yang sama dengan golongan manusia normal yang

lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak autisme menghadapi pelbagai cabaran

dalam usaha untuk mendidik mereka. Sikap kesabaran dan ketekunan adalah amat

penting dalam diri ibu bapa dan pengasuh, apatah lagi jika berhadapan dengan anak

autisme yang memerlukan lebih tumpuan dan bimbingan jika dibandingkan dengan

anak-anak normal. Menurut model ketidakupayaan Tiga Segi yang dikemukakan

oleh Wing dan Gould (1979) dalam Liew Ping Yee dan Manisah (2008),

menunjukkan bahawa individu autisme mengalami tiga jenis ketidakupayaan yang

utama iaitu ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi dan

ketidakupayaan imaginasi. Wing (1996) mengatakan bahawa kanak-kanak yang

mempunyai ciri-ciri autisme juga mengalami masalah tingkah laku, keminatan, dan

aktiviti yang terbatas dan berulangan.

Dengan pelbagai kekurangan yang dimiliki oleh anak-anak autisme, mereka

amat memerlukan pengajaran dan latihan yang sistematik dan berkesan untuk

mencegah pelbagai kesukaran terutama dalam melakukan aktiviti harian mereka

seperti kemahiran untuk berfikir dan menjalani rutin seharian. Ini kerana golongan

berkeperluan khas terpaksa banyak bergantung kepada pertolongan orang lain dalam

meniti kehidupan mereka. Bagaimanapun, sebaliknya akan berlaku sekiranya

golongan berkeperluan khas dapat menjadi golongan yang mampu hidup berdikari

serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Usaha menjadikan

golongan ini hidup berdikari akan tercapai melalui pendidikan yang menjadikan

mereka golongan yang berkemahiran.

Page 28: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

8

Kemahiran yang dimiliki membolehkan mereka memperoleh pekerjaan yang

bersesuaian. Bagaimanapun usaha tersebut masih belum memcukupi sekiranya tidak

mendapat kerjasama seluruh anggota masyarakat. Secara umumnya, masyarakat

berperanan membimbing golongan autisme agar masa depan mereka lebih terjamin.

Kesabaran dan ketekunan yang konsisten menjadi tunjang utama dalam memastikan

berlakunya perubahan positif pada anak-anak autisme ini. Sekiranya perkara ini

diabaikan, kemungkinan besar peluang untuk anak-anak autisme ini untuk

mendapatkan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan akan menjadi sukar.

Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti harapan ibu

bapa autisme terhadap masa depan anak-anak mereka. Aspek yang ingin dikaji ialah

dari segi pendidikan, pekerjaan, dan pengurusan kehidupan.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa

depan anak autisme. Secara keseluruhannya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak

autisme.

1.4.2 Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap bidang pekerjaan anak-anak

autisme setelah tamat persekolahan atau latihan.

1.4.3 Mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap aspek pengurusan kehidupan

anak-anak autisme.

Page 29: HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN … · 2.5.2 Teori Pengharapan 18 18 19 2.6 Pendidikan Khas 20 2.7 Pekerjaan 23 2.8 Pengurusan Kehidupan 25 2.9 Autisme 2.9.1 Ciri-ciri

9

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan

berikut untuk memenuhi dan menepati objektif kajian iaitu :

1. Apakah harapan ibu bapa anak-anak autisme terhadap pendidikan yang

diikuti di sekolah atau di pusat-pusat latihan?

2. Apakah harapan ibu bapa anak-anak autisme terhadap bidang pekerjaan

anak mereka?

3. Apakah harapan ibu bapa anak-anak autisme terhadap aspek pengurusan

kehidupan yang harus dimiliki oleh anak-anak mereka?