surat tunjuk sebab tidak hadir kursus

1
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan. Tuan, Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kelas Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya Mohammad Izzuddin Bin Saifulqahar no. pengenalan 911006-14-6279 tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pada tarikh 2 Julai 2013 hingga 3 Julai 2013. 3. Sebab ketidakhadiran saya pada hari tersebut adalah kerana saya mengalami masalah kesihatan. 4. Untuk makluman pihak tuan, pada hari kejadian tersebut saya mengalami masalah kesihatan iaitu demam panas dan saya telah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan masalah kesihatan saya di Klinik Satu Malaysia. Beliau telah mengesahkan saya telah mengalami demam panas. 5. Dukacita dimaklumkan juga, saya tidak dapat melampirkan salinan surat kebenaran cuti sakit dari doktor kerana di Klinik Satu Malaysia tidak mengeluarkan surat kebenaran cuti sakit. Dan saya hanya mengetahui perkara ini pada hari tersebut. 6. Akhir kata, besarlah harapan saya agar pihak tuan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap saya, hanya kerana saya demam panas pada hari kejadian. Kerjasama dan perhatian pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya berjanji akan memaklumkan kepada pihak atasan terlebih dahulu sekiranya mempunyai hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. D an saya ingin memohon maaf di atas ketidakhadiran saya ke kelas dan berharap perkara ini tidak berulang lagi. Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHAMMAD IZZUDDIN BIN SAIFULQAHAR Pelajar Unit J7

Upload: mohd-izzuddin

Post on 30-Nov-2015

2.871 views

Category:

Documents


228 download

DESCRIPTION

gasdg

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kursus

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kelas

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Mohammad Izzuddin Bin Saifulqahar no. pengenalan 911006-14-6279 tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pada tarikh 2 Julai 2013 hingga 3 Julai 2013.

3. Sebab ketidakhadiran saya pada hari tersebut adalah kerana saya mengalami masalah kesihatan.

4. Untuk makluman pihak tuan, pada hari kejadian tersebut saya mengalami masalah kesihatan iaitu demam panas dan saya telah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan masalah kesihatan saya di Klinik Satu Malaysia. Beliau telah mengesahkan saya telah mengalami demam panas.

5. Dukacita dimaklumkan juga, saya tidak dapat melampirkan salinan surat kebenaran cuti sakit dari doktor kerana di Klinik Satu Malaysia tidak mengeluarkan surat kebenaran cuti sakit. Dan saya hanya mengetahui perkara ini pada hari tersebut.

6. Akhir kata, besarlah harapan saya agar pihak tuan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap saya, hanya kerana saya demam panas pada hari kejadian. Kerjasama dan perhatian pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya berjanji akan memaklumkan kepada pihak atasan terlebih dahulu sekiranya mempunyai hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Dan saya ingin memohon maaf di atas ketidakhadiran saya ke kelas dan berharap perkara ini tidak berulang lagi.

Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MOHAMMAD IZZUDDIN BIN SAIFULQAHARPelajar Unit J7