perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · telah diberikan amaran dan surat tunjuk sebab...

32
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2015 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 18 DISEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: lekhue

Post on 02-Jul-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA DISEMBER 2015

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

18 DISEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

4

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Disember 2015 pada pagi

yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Forensik kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

5

Hadirin sekalian,

[PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL

GRED C17 ke C22 serta GRED C22 ke

C26]

3. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada 30 orang Pembantu Makmal

atas pemangkuan dari Gred C17 ke

Gred C22. serta 5 orang Pembantu

Makmal dari Gred C22 ke Gred 26.

4. Saya amat berharap agar atas

pemangkuan ini, anda semua akan

menggandakan usaha untuk

6

mengangkat tinggi nama Jabatan

Kimia Malaysia. Tahniah sekali lagi.

5. Walau bagaimanapun, saya ingin

menarik perhatian Tuan/Puan

berkenaan dengan isu perpindahan ke

tempat lain semasa proses

pemangkuan ini. Saya amat berharap

agar semua kakitangan dapat

menerima proses perpindahan ini

dengan hati yang terbuka. Secara

peribadi, saya berpendapat bahawa

perpindahan dapat memberikan kita

7

pengalaman baru serta mendedahkan

kita dengan perkara baru di luar sana.

6. Isu menolak kenaikan pangkat kerana

semata-mata tidak mahu berpindah

semakin menjadi-jadi kini. Ingin saya

tegaskan di sini, di masa hadapan,

sekiranya seseorang pegawai

menolak kenaikan pangkat sebanyak

2 kali, maka saya akan meminta agar

pihak Sumber Manusia untuk

menangguhkan kenaikan pangkat

pegawai tersebut selama 2 kali

pusingan.

8

Hadirin sekalian,

[DISIPLIN DAN INTEGRITI]

7. Saya juga ingin mengingatkan warga

Kimia agar sentiasa bekerja sebagai

sebuah pasukan, berdisiplin dan

bersikap positif dalam melaksanakan

tugasan yang diamanahkan kepada

kita. Di sini, saya ingin menegaskan

bahawa disiplin diri sebagai seorang

penjawat awam yang baik adalah

amat penting bagi memberi cerminan

positif terhadap mutu perkhidmatan

awam masa kini.

9

8. Antara isu disiplin yang dikenalpasti

adalah ketidakhadiran bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran dan tanpa

sebab yang munasabah. Pada tahun

2015, kesemua 7 kes adalah

disebabkan oleh ketidakhadiran

bertugas. Melalui keputusan Lembaga

Tatatertib, hukuman Amaran, Lucut

Hak Emolumen, Tangguh Pergerakan

Gaji, Turun Pangkat sehinggalah

kepada Buang Kerja telah

dilaksanakan mengikut pemberat

kesalahan para pegawai.

10

9. Melalui pemerhatian saya, isu

kelewatan hadir ke pejabat dan

meninggalkan pejabat tanpa

kebenaran juga menjadi isu utama

yang perlu dititikberatkan oleh pihak

pengurusan kerana perkara ini sering

membawa masalah dan memberi

impak negatif kepada penyampaian

perkhidmatan Jabatan. Perkara-

perkara ini banyak berlaku kepada

kumpulan sokongan. Namun

demikian, terdapat juga segelintir

pegawai dari kumpulan Profesional

11

dan Pengurusan terlibat dengan

masalah seperti ini. Ada pegawai yang

telah diberikan amaran dan surat

tunjuk sebab atas kesalahan lewat

hadir ke pejabat.

10. Di samping itu, pengurusan cuti rehat

yang tidak teratur dan terancang juga

kerap berlaku. Perlu diingatkan

bahawa cuti ini bukanlah satu hak

tetapi merupakan satu keistimewaan

yang diberikan kepada kita sebagai

satu kemudahan yang perlu diuruskan

12

dan dirancang dengan bijak. Antara

yang selalu terjadi dan perlu diberi

perhatian serius oleh pihak

pengurusan adalah berkaitan

pengambilan cuti kecemasan

(Emergency Leave (EL)) yang tidak

teratur dan cuti tersebut diambil

bukanlah kerana perkara-perkara

yang betul-betul serius dan

kecemasan.

13

11. Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-

puan diingatkan agar sentiasa

berusaha untuk mematuhi peraturan

kerja dan peraturan waktu bekerja

yang telah ditetapkan.

[INFORMATION SECURITY

MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)]

12. Untuk makluman, Jabatan Kimia

Malaysia dalam proses untuk

mendapatkan persijilan MS ISO/IEC

27001:2013 Information Security

Management System (ISMS). Skop

14

persijilan ISMS ini adalah

Pengoperasian Sistem Pengurusan

Informasi Makmal (SPIM).

13. Lokasi skop persijilan merangkumi Ibu

Pejabat dan 12 cawangan. Jabatan

telah diaudit untuk tahap 1 pada 1-2

Disember 2015 yang lepas oleh

auditor dari Cybersecurity Malaysia.

Audit seterusnya akan diadakan pada

awal tahun 2016 merangkumi

beberapa makmal di Ibu Pejabat,

15

cawangan terpilih dan Pusat Data

Sektor Awam (PDSA).

14. Kerjasama semua makmal di Ibu

Pejabat dan cawangan dalam

mematuhi prosedur yang telah

ditetapkan amat diperlukan untuk

merealisasikan persijilan ini dan

seterusnya menjamin keselamatan

maklumat makmal Jabatan ini.

16

Hadirin sekalian,

[PAMERAN BERSEMPENA PROGRAM

TANGGA BATU A]

15. Pada 28 November yang lalu,

Parlimen Tangga Batu dengan

usahasama Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah

menganjurkan Program Tangga Batu

A bertempat di Pentas Budaya Pantai

Puteri, Melaka. Majlis tersebut telah

dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abu

Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan

Menteri MOSTI.

17

16. Sehubungan dengan itu, Jabatan

Kimia Malaysia, Cawangan Melaka

telah dijemput untuk mengadakan sesi

pameran dan aktiviti interaktif

bertemakan inovasi dan pembelajaran

sains kepada pengunjung yang hadir.

17. Program yang diadakan dari pukul 7

pagi hingga 5 petang itu telah berjaya

menarik minat dan memberi

pendedahan kepada penduduk

setempat mengenai fungsi – fungsi

18

jabatan dan kepentingan Jabatan

Kimia Malaysia kepada masyarakat.

18. Saya ingin merakamkan ucapan

penghargaan kepada semua pegawai

dan kakitangan JKMC Melaka atas

komitmen mereka dalam menjayakan

program ini.

19

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PROGRAM BULAN BAHASA

KEBANGSAAN 2015 PERINGKAT

JABATAN]

19. Program Bulan Bahasa Kebangsaan

2015 Peringkat Jabatan Kimia

Malaysia telah pun tamat pada hari

Khamis minggu lepas.

20. Di sini saya ingin meluahkan rasa

bangga di atas penglibatan semua

warga Kimia dalam program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga

20

diucapkan kepada pihak Pemurni,

Kelab Sukan & Kebajikan serta

Puspanita Kimia, juga kepada mereka

yang bertungkus lumus menjayakan

program ini secara langsung atau

tidak langsung.

21. Kejayaan program ini membuktikan

bahawa warga Kimia serba boleh. Kita

bukan sahaja bekerja dalam bidang

yang melibatkan teknikal, malah kita

juga membuktikan kita juga boleh

berjiwa seni. Keberanian para peserta

21

menunjukkan bakat juga amat

dihargai. Tahniah sekali lagi pada

semua.

[Program Amal Tautan Kasih]

22. Pada 11 Disember yang lepas,

Program Amal Tautan Kasih anjuran

Puspanita Kimia dibantu Kelab Sukan

& Kebajikan Kimia telah berlangsung

di Pusat Jagaan & Rawatan Warga

Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti,

Puchong, Selangor,

22

23. Seramai 60 orang warga Kimia

termasuk saya sendiri dan isteri telah

sama-sama turun padang untuk

memberikan sumbangan dan

mengadakan gotong-royong serta

beramah mesra bersama warga tua di

sana.

24. Untuk makluman semua, jumlah

sumbangan yang diperolehi dari

warga Kimia adalah sebanyak RM

5390.00. Saya ingin mengucapkan

terima kasih dan penghargaan kepada

23

semua warga Kimia yang hadir dan

yang turut sama memberikan

sumbangan.

Sesungguhnya jasa baik dan

keperihatinan Tuan/Puan amatlah

dihargai dan semoga diberkati oleh-

Nya.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KARNIVAL SUKAN KIMIA MALAYSIA]

25. Alhamdulillah, Karnival Sukan Kimia

Malaysia, Ibu Pejabat yang telah

24

berlangsung dari Oktober hingga

bulan ini telah berakhir dengan

perlawanan boling kategori VIP dan

terbuka.

26. Karnival sukan kali ini agak unik

kerana menggabungkan sekali displin

sukan, sukan tradisional seperti sepak

raga dan juga kebudayaan seperti

bicara berirama (program bersama

dengan Pemurni dan Puspanita).

Dengan langkah ini, lebih ramai warga

Kimia dapat terlibat dalam program-

25

program bukan tugas rasmi yang

dapat menyihatkan badan dan

menyegarkan minda.

27. Selain itu, yang paling penting,

pembentukan rumah-rumah sukan ini

sebenarnya secara langsung dapat

memupuk perkenalan antara warga

Kimia berlainan Bahagian, Seksyen

ataupun unit, yang mana dengan

secara tidak langsung dapat

merealisasikan slogan 1KIMIA itu di

kalangan semua warga Kimia.

26

28. Saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua warga Kimia yang

terlibat, penganjur, para pemain

sehinggalah pihak pengurusan, dari

Ketua Unit hingga ke pengurusan

tertinggi yang menyumbang tenaga,

masa dan wang ringgit dalam

menjayakan program untuk Jabatan

Kimia ini. Kehadiran ketua-ketua

dalam jabatan pada sesi pertandingan

sememangnya dapat membakar

semangat semua pemain. Secara

keseluruhannya, saya amat

27

berpuashati dalam penglibatan semua

lapisan warga Kimia.

29. Menang kalah adalah adat bertanding,

yang penting adalah semangat juang

dan usaha, yang mana diharap boleh

diterjemahkan dalam kerja-kerja kita

seharian.

30. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada semua pemenang dalam

setiap pertandingan yang diadakan.

Tahniah juga kepada Ketua-Ketua

28

Kontinjen rumah sukan, Rumah Hjiau

Kryptonite (Saya Sendiri), Merah

Dragon (Puan Rosnah Bt Awang),

Ungu Patriots (En Wong Kok Fah) dan

Oren Orenjer (Puan Hasnah Hussin)

yang berjaya menggerakkan kontinjen

masing-masing. Saya percaya setiap

rumah dapat merasa menjadi menjadi

johan dalam satu atau lebih

pertandingan yang diadakan.

31. Tahniah diucapkan kepada rumah

Oren Orenjer yang berjaya merangkul

29

juara keseluruhan, diikuti rumah Hjiau

Kryptonite dan Merah Dragon yang

berkongsi mata di tempat kedua serta

Ungu Patriots di tempat ketiga.

32. Hadiah-hadiah pemenang akan

diserahkan semasa Malam Mesra

Kimia 2015 di Glory Beach Resort

pada 19-20 Disember nanti.

30

Hadirin sekalian,

[Hari Keluarga & Malam Mesra Kimia

2015]

33. Saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua warga Kimia yang

telah mendaftarkan diri untuk program

Hari Keluarga dan Malam Mesra

Kimia 2015. Diharap anda semua dan

ahli keluarga dapat menikmati

percutian ini dengan keindahan pantai

di Port Dickson, selain bersuka ria

dalam program yang telah diatur nanti.

31

34. Kepada yang tidak dapat bersama-

sama dalam program ini, diharap

dapat turut serta dalam program

jabatan yang akan datang anjuran

Kelab Sukan dan Kebajikan yang akan

datang.

[PENUTUP]

35. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan ‘Selamat

Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang

menyambut ulang tahun kelahiran

32

pada bulan Disember ini, serta Salam

Maulidur Rasul pada yang beragama

Islam, jua selamat menyambut Hari

Krismas pada yang beragama

Kristian.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.