surat tunjuk sebab

2
Guru besar, Sekolah Kebangsaan Brickfields 1, Jalan Sultan Abdul Samad, 50470 Kuala Lumpur. Puan, SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KE SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya Salwa Bt Mohd Said bernombor kad pengenalan 861211025772 ingin mengemukakan sebab lewat hadir ke sekolah. 3. Di sini saya ingin menyatakan sebab saya lewat hadir ke sekolah berikutan masalah kelewatan taska di buka. Taska tersebut di buka pada pukul 7 pagi akan tetapi saya sudah meminta keizinan daripada pihak berkenaan supaya mula beroperasi pada pukul 6 pagi. Disebabkan waktu subuh agak lewat, pihak taska mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi. Oleh itu, saya terpaksa menghantar anak saya pada pukul 6.30 minit pagi. 4. Untuk makluman pihak Puan juga, saya tinggal jauh dari sekolah dengan jarak 48 kilometer, hadir ke sekolah menaiki kereta dan berdepan faktor trafik dan kadangkala menaiki kenderaan awam turut memberikan kesan kepada kelewatan saya tiba ke sekolah. 5. Walaupun alasan saya dilihat agak remeh dan terdapat juga guru yang hadir lewat tetapi saya berharap pihak tuan tidak mengenakan tindakan tatatertib ke atas saya kerana saya juga berusaha memberikan komitmen yang terbaik kepada pihak sekolah. Namun begitu, saya juga ingin melampirkan waktu taska mula beroperasi sebagai panduan pihak puan. 6. Kerjasama daripada pihak Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Upload: liyana

Post on 20-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nn

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Tunjuk Sebab

Guru besar,

Sekolah Kebangsaan Brickfields 1,

Jalan Sultan Abdul Samad,

50470 Kuala Lumpur.

Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Salwa Bt Mohd Said bernombor kad pengenalan 861211025772 ingin mengemukakan sebab lewat hadir ke sekolah.

3. Di sini saya ingin menyatakan sebab saya lewat hadir ke sekolah berikutan masalah kelewatan taska di buka. Taska tersebut di buka pada pukul 7 pagi akan tetapi saya sudah meminta keizinan daripada pihak berkenaan supaya mula beroperasi pada pukul 6 pagi. Disebabkan waktu subuh agak lewat, pihak taska mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi. Oleh itu, saya terpaksa menghantar anak saya pada pukul 6.30 minit pagi.

4. Untuk makluman pihak Puan juga, saya tinggal jauh dari sekolah dengan jarak 48 kilometer, hadir ke sekolah menaiki kereta dan berdepan faktor trafik dan kadangkala menaiki kenderaan awam turut memberikan kesan kepada kelewatan saya tiba ke sekolah.

5. Walaupun alasan saya dilihat agak remeh dan terdapat juga guru yang hadir lewat tetapi saya berharap pihak tuan tidak mengenakan tindakan tatatertib ke atas saya kerana saya juga berusaha memberikan komitmen yang terbaik kepada pihak sekolah. Namun begitu, saya juga ingin melampirkan waktu taska mula beroperasi sebagai panduan pihak puan.

6. Kerjasama daripada pihak Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar,

____________________

( Salwa Bt Mohd Said )