surat rasmi

3
Ruj. Kami : SKTPJ 04/06( ) Tarikh : 9 Januari, 2007 ………………………………………… ………………………………………… ………………………………………… Tuan, KEM KEPIMPINAN PENGAWAS (KEM ASPIRASI MINDA) 2007 Merujuk perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa anak tuan ........................................................ .. dari kelas ....................................................... . telah terpilih untuk menyertai Kem Kepimpinan Pengawas (Kem Aspirasi Minda) 2007 yang akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh : 12, 13 dan 14 Januari 2007 Hari / Masa : Jumaat (2.45 petang) hingga Ahad (12.30 tengahari) Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. Pendaftaran / makan : RM30 seorang

Upload: nurulfairuzhusna2102

Post on 17-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat rasmi

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Rasmi

Ruj. Kami : SKTPJ 04/06( )

Tarikh : 9 Januari, 2007

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

Tuan,

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS (KEM ASPIRASI MINDA) 2007

Merujuk perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa anak tuan .......................................................... dari kelas ........................................................ telah terpilih untuk menyertai Kem Kepimpinan Pengawas (Kem Aspirasi Minda) 2007 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12, 13 dan 14 Januari 2007

Hari / Masa : Jumaat (2.45 petang) hingga Ahad (12.30 tengahari)

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

Pendaftaran / makan : RM30 seorang

2. Sehubungan dengan itu, sila lengkapkan borang persetujuan yang telah dilampirkan dan kembalikan borang beserta bayaran tersebut kepada Pn. Sofia bt. Tahiruddin (Bendahari PIBG) sebelum atau pada 12.1.2007.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJH SITI FATIMAH B. YA’ACOB)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya,70400 SEREMBAN

Page 2: Surat Rasmi

Ruj. Kami : SKTPJ 04/06( )

Tarikh : 9 Januari, 2007

Yang Dipertua PIBG,Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya,70400 SEREMBAN

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN WANG BAGI MELAKSANAKAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2007

Saya dengan segala hormatnya ingin memaklumkan kepada tuan mengenai perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengawas akan menjalankan satu kursus bagi

pengawas-pengawas sekolah ini berbentuk Kem Kepimpinan Pengawas (Kem Aspirasi Minda)

2007 pada 12, 13 dan 14 Januari 2007 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

3. Pihak kami ingin memohon pinjaman sebanyak RM 1200 bagi menampung perbelanjaan

kursus dan berjanji akan membayar balik pinjaman ini setelah wang peruntukan diperolehi.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan aktiviti ini bagi makluman pihak tuan.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, Disokong oleh,

(MARYATI BT. MARZUKI) (HJH. SITI FATIMAH BT. YA’AKOB)Jawatankuasa Pengawas, Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya,70400 SEREMBAN 70400 SEREMBAN