surat permohonan tukar bilik

Upload: mona-sundari

Post on 02-Jun-2018

1.826 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Surat Permohonan Tukar Bilik

    1/1

    OUI SOON KIAN

    960216-03-5295

    K 325, BLOK KENARI,

    IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

    KUALA LIPIS, PAHANG.

    KETUA UNIT KOLEJ KEDIAMAN,

    IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

    KUALA LIPIS, PAHANG. Tarikh: 04 JULAI 2014

    U/P: PENOLONG PENGURUS ASRAMA

    PUAN,

    MEMOHON KEBENARAN UNTUK BERTUKAR BILIK

    Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon kebenaran untuk menukar bilik kerana

    saya menghadapi masalah dengan rakan sebilik.

    2. Masalah yang tertimbul ialah rakan sebilik saya tidak mengunci bilik semasa menghadiri

    kuliah atau mana-mana sahaja. Dia tidak membawa kunci semasa keluar dari bilik

    menyebabkan saya berasa serba-salah untuk mengunci bilik kerana bimbang akan

    mendatangkan kesusahan kepada kedua-dua pihak. Selain itu, kadang-kadang rakan sebilik saya

    itu tidak menutup pintu semasa keluar dari bilik. Oleh sebab itu, saya berasa bimbang terhadap

    keselamatan barang-barang saya di dalam bilik.

    3. Rakan sebilik saya juga kerap kali tidak balik ke bilik dan kadang-kadang balik terlalu

    lewat sehingga jam 4.00pagi menyebabkan saya berasa serba salah untuk mengunci bilik pada

    waktu malam. Oleh hal yang demikian, saya berasa cara hidup yang saya amalkan tidak

    sehaluan dengan cara hidup rakan sebilik saya itu.

    4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dan kerjasama dari pihak puan untuk

    mempertimbangkan permohonan saya ini.

    Segala kerjasama dari pihak puan saya mendahulukan ucapan jutaan terima kasih.

    Yang benar,

    ______________

    (OUI SOON KIAN)

    GURU PELATIH PPISMP

    PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 1