surat permohonan potongan harga tiket

2
PERSATUAN IBUBAPA GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU 06600 KUALA KEDAH KEDAH DARULAMAN. “KEDAH GEMILANG” Ruj. Kami : Tarikh : 06 SEPTEMBER 2012 PENGURUS ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI. JALAN TAMAN TASIK TAIPING, 34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN Tuan , PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN HARGA TIKET Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Pada 19 September 2012 pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping bagi pelajar kelas pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberikan potongan harga untuk para pelajar, guru dan waris yang turut serta. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:- Aktiviti/ Program : Lawatan Sambil Belajar Pendidikan Khas Tarikh : 19 September 2012 Masa ketibaan : 6.30 Petang Bilangan Pelajar : 17 orang Guru dan waris : 25 orang 3. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas,

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 02-Aug-2015

2.509 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Permohonan Potongan Harga Tiket

PERSATUAN IBUBAPA GURU-GURU (PIBG)SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU

06600 KUALA KEDAHKEDAH DARULAMAN.

“KEDAH GEMILANG”

Ruj. Kami : Tarikh : 06 SEPTEMBER 2012

PENGURUSZOO TAIPING & NIGHT SAFARI. JALAN TAMAN TASIK TAIPING, 34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN

Tuan ,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN HARGA TIKET

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pada 19 September 2012 pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping bagi pelajar kelas pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberikan potongan harga untuk para pelajar, guru dan waris yang turut serta. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-

Aktiviti/Program : Lawatan Sambil Belajar Pendidikan KhasTarikh : 19 September 2012Masa ketibaan : 6.30 PetangBilangan Pelajar : 17 orangGuru dan waris : 25 orang

3. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................(KHALIJAH BINTI ZAKARIA)Setiausaha PIBG Sek. Keb Taman Bersatu.

SK Fail PIBG