surat peringatan hp: 011 2421 7558 - harmoni-my.orgharmoni-my.org/docs/mcmv-2.pdf · 1 surat...

Download SURAT PERINGATAN HP: 011 2421 7558 - harmoni-my.orgharmoni-my.org/docs/mcmv-2.pdf · 1 SURAT PERINGATAN (Bekas Komuniti 26 MCMV) HP: 011 2421 7558 3 Feb 2016 REUNION/MCMV/11010 –

If you can't read please download the document

Upload: ngocong

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1

    SURAT PERINGATAN(Bekas Komuniti 26 MCMV)

    HP: 011 2421 7558

    3 Feb 2016

    REUNION/MCMV/11010 ( 2 )Agihan Penuh

    NOTA PERBINCANGAN MESYUARAT MAJLIS PERJUMPAANBEKAS KOMUNITI 26 MCMV

    Hadir1. Laksma (B) Dato Pahlawan Sulaiman bin Mohamad.2. Laksma (B) Mohamed Sahari Bin Hj Sapari.3. Lt Kdr (B) Dahalan bin Che Mat.4. En. Mohd Arshad bin Abdullah.5. En. Idrus bin Abas (dari Kuala Lumpur).6. En. Zainal Ariffin bin Maulud (dari Rawang).7. En. Ismail bin Abdul Aziz (dari Kuala Lumpur).8. En. Mohd Fuad bin Yeop Harun.9. En Samat bin Muridon.

    Tidak Hadir Bersebab1. Mohd Saad bin Kassim.

    BIL PERKARA PERBINCANGAN/KEPUTUSAN TINDAKAN(a) (b) (c) (d)

    PERKARA 1 - UCAPAN DATO PENGERUSI

    1. Perutusan DatoPengerusi

    Mesyuarat bermula pada jam 3.10 petang di HotelSofera dan telah dipengerusikan oleh DatoSulaiman bin Mohamad.

    Dalam ucapan beliau, Dato Pengerusi::

    a. Memohon maaf kepada AJK yang tinggalluar Manjung kerana menjemput mesyuaratdi sini.

    b. Menyatakan bahawa tarikh sambutanmajlis RU MCMVian akan dikaji semulamemandangkan ia terlalu singkat padacadangan awal dan agar sukar untukmengkoordinasinya.

    SEMUA

  • 2

    (a) (b) (c) (d)

    c. Menyatakan beliau belum bersedia untukmemaklumi Laksdya (B) Dato Seri HjMohammed Noordin tanpa maklumat yangtepat mengenai RU MCMVian.

    d. Memerlukan komitmen daripada semuapihak membanting tenaga bagi memastikanRU MCMVian ini berjalan lancar.

    e. Menyatakan surat pelantikan AJK akandimajukan secara rasmi pelantikan merekauntuk RU MCMVian ini.

    Dato Pengerusi berharap agar RU MCMVian inidapat direalisasikan sebaik mungkin.

    Dato Pengerusi ada membawa 2 klip video untukdijadikan contoh pertunjukan slaid kelak. 1 klipyang dibuat oleh ahli profesional multimedia dan 1lagi dibuat oleh ahli amatur. Akan disalin oleh AJKProtokol..

    SEMUA

    PERKARA 2 - MELULUSKAN NOTA MESYUARAT YANG LEPAS

    2. Perkara Berbangkit En. Mohd Fuad memohon nama beliau di mukasurat 2 dipinda dari Muhammad Fuad bin YeopHarun ke Mohd Fuad bin Yeop Harun.

    Keputusan. Dato Pengerusi menyatakanmesyuarat mengambil maklum dan memindaseperti dinyatakan.

    SEMUA

    3. Meluluskan NotaMesyuarat

    Sebelum mesyuarat diteruskan Dato Pengerusimemerlukan pencadang dan penyokong bagimeluluskan nota mesyuarat yang lepas.

    En. Zainal Ariffin mencadangkan nota mesyuaratdisahkan dan disokong oleh Laksma (B) HjMohamed Sahari.

    Keputusan. Nota Mesyuarat bertarikh 8 Jan 2016diluluskan oleh Dato Pengerusi.

    SEMUA

  • 3

    (a) (b) (c) (d)

    PERKARA 3 - LAPORAN DARI AJK

    4. Laporan AhliJawatan KuasaPengelola

    Dato Pengerusi meminta AJK yang dilantikmembentangkan laporan semasa mereka .

    Timbalan Pengerusi

    a. Timbalan Pengerusi menyatakan bahawaada syarikat Kabel TV (Capitol TV Cable)akan menemu duga bekas Pegawai MCMVperihal evolusi dan doktrin MCMV untuksatu slot sempena sambutan Navy Day 27April 2016 ini.

    b. Pegawai yang diadangi untuk ditemu dugaialah Laksma (B) Hj Mohamed Sahari binHj Sapari dan Dato Pengerusi.

    c. Ini merupakan cadangan TimbalanPengerusi dengan pengurusan Capitol TVCable dan bukannya daripada pihakMarkas Tentera Laut.

    d. Laksma (B) Hj Mohamed Saharimengingatkan agar keperluan Capitol TVtidak menjurus pihak yang akan ditemuduga disabitkan dengan Official SecurityAct.

    Keputusan. Dato Pengerusi menghendaki skripdimajukan kepada kedua-dua Pegawai untukdisemak dan dikaji isi kandungannya. Ini adalahsupaya fakta yang akan disalurkan tidakbercanggah dengan polisi Tentera Laut DirajaMalaysia.

    Bendahari

    a. Bendahari memaklumkan bahawa sejakbeliau tamat perkhidmatan dengan syarikatswasta, urusan sponsor agak terkekangnamun usaha tetap akan dilakukan untukmemohon sumbangan dari syarikat yangdifikirkan sesuai.

    SEMUA

  • 4

    (a) (b) (c) (d)

    Laporan AhliJawatan KuasaPengelola

    b. En Samat mencelah dan mencadangkanMCMVian yang sudah bertaraf jutawanseperti Tan (Damai Jitu), LREM Choo(808130), Dato Abdul Rahman, Dato Nik,Dato Ramli dilantik menjadi AJK. EnSamat juga mencadangkan Lt Kdr (B)Ariffin yang sudah menjadi jutawan baru(bukti daripada Laksma (B) Dato YaacobHussin). dilantik sebagai AJK juga.

    Keputusan. Dato Pengerusi menyatakan merekaini akan dimaklumi dan mengesyorkkansumbangan kalau boleh bukan dalam bentukwang. Mungkin sponsor hadiah dan sebagainya.

    AJK Protokol

    Secara peribadi beliau berkata bahawa kurangpengalaman dalam tugasan ini danmemerlukan sokongan daripada kawan-kawan.Beliau juga menyatakan:

    a. Komitmen kawan-kawan dalam menyertaiRU MCMVian ini kurang memberangsang-kan.

    b. Akan membentuk satu jawatan kuasa kecil.

    c. Akan menyenaraikan atau menentukantetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.Beliau memerlukan nama-nama VIPtersebut.

    d. Akan menyediakan roset untuk jemputanyang bersesuaian.

    e. Akan menyediakan dan menentukan jaduallatihan bagi upacara pembukaan danupacara penutup.

    Keputusan. Dato Pengerusi bersetuju danmemutuskan hanya Laksma Dato RamliShamsuddin yang akan memberi ucapan.

    f. Akan menyediakan teks ucapan tetamukehormat untuk majlis perasmian ataupenutup (jika ada).

    SEMUA

  • 5

    (a) (b) (c) (d)

    Laporan AhliJawatan KuasaPengelola

    g. Akan membantu jawatan kuasa hadiah dancenderahati dalam menyediakankeperluan-keperluan berkaitan denganpenyampaian hadiah seperti carapenyampaian dilakukan, muzik yangbersesuaian dan lain-lain.

    h. Akan menyediakan anggaran perbelanjaanuntuk dihantar dan dipertimbangkankepada Jawatan kuasa kewangan.

    i. Akan menyelia susun atur kerusi bagijemputan atau tetamu kehormat di dalamdewan.

    j. Akan menyediakan prosedur menyambuttetamu khas dan jemputan.

    k. Akan menyediakan acara sambutankedatangan tetamu kehormat, jemputankhas dan segala persiapan untukkeperluan sambutan.

    l. Akan menyambut para jemputan, hadirindan peserta serta mengarahkan mereka ketempat duduk yang sepatutnya.

    m. En Samat menyampuk tentang darjah dananugerah. Surat perlu ditulis kepadaMCMVian yang masih berkhidmat denganAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM). Mereka ialah Laksda Dato CheHassan dan Laksma (M) Zulkifly Abu Bakarserta Lt (B) Razak yang sekarangberkhidmat dengan MISC.

    n. Laksma (B) Haji Mohamed Saharimencelah supaya menyebarkan RUMCMVian ini kepada Laksda Dato CheHassan dan yang lain-lain sebagaipemberitahuan awal.

    o. En Idrus mencadangkan setiap AJKmenyebarkan RU MCMVian ini kepadawarga kapal masing-masing.

    SEMUA

  • 6

    (a) (b) (c) (d)

    Laporan AhliJawatan KuasaPengelola

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan agarAJK Protokol membentuk AJKK beliau secepatmungkin.

    Surat hebahan awal akan dimajukan kepadaMCMVian yang masih berkhidmat dengan APMM.

    .AJK Perantaraan

    a. AJK Perantaraan berterima kasih ataspelantikan beliau dan beliau dengansenang hati menerimanya..

    b. Beliau menanyakan tentang tempatRU.MCMVian dan daripada pelantikan inibeliau difahamkan RU MCMVian besarkemungkinan akan dibuat di Lumut.

    c. Beliau enampilkan surat perlu dimajukankepada pihak berkuasa Pangkalan TLDMLumut seperti Markas Bantuan TLDM danPegawai Memerintah KD MALAYA.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan agarAJK Perantaraan membentuk AJKK beliau darisekarang. Mengenai surat Dato Pengerusi akanberbincang dengan Laksdya (B) Dato Seri HjMohammed Noordin kemudian.

    AJK Aktiviti

    a. AJK Aktiviti merasa ragu juga apabila Kdr(B) Rafique tidak mahu dan tidak berminatmenjadi AJK.

    b. AJK Aktiviti menyatakan aktiviti seperti tug-of-war, karaoke, melukis berdetik di kotakfikiran beliau.

    c. Beliau juga maklum bahawa masadiperuntukkan sejam sahaja di antara jam5.30 petang hingga 6.30 petang.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan biaraktiviti di rangka oleh AJK Aktiviti dahulu danbeliau mencadangkan AJK Aktiviti wasap Lt (B)Kassim bin Mangun dan nyatakan dia dilantiksebagai AJK Aktiviti juga.

  • 7

    (a) (b) (c) (d)

    Laporan AhliJawatan KuasaPengelola

    AJK Media

    AJK Media tidak dapat hadir kerana adaurusan keluarga di Alor Setar.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan AJKMedia dikekalkan. Persiapan Coffee Table Book(CTB) akan dibantu oleh AJK Protokol. CTB perlusegera dirangka supaya framework siap untukdiikuti.

    AJK Hadiah

    Dato Paduka Nik Zainorden bin Mohammadsetuju dengan lantikan tersebut dan jugabersetuju dengan segala apa yangdiputuskan oleh mesyuarat.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkanAJKK ditubuhkan. Mungkin melantik mereka yangberada sekitar Manjung.

    SEMUA

    PERKARA 4 - PENILAIAN SEMULA TARIKH SAMBUTAN

    5. Penilaian SemulaTarikh Sambutan

    En Mohd Fuad mencadangkan:

    a. RU MCMVian dibuat mengikut tarikh-tarikhsempena peristiwa melibatkan Skuadron26 MCMV.

    b. RU MCMVian dibuat selepas bulan Syawal(Eidul Fitri 6 Julai 2016)..

    c. Buat tahlil (panggil Ustaz KAGAT ataubeliau sendiri boleh mengetuai majlis tahlil).

    d. Tarikh 30hb - 31hb Julai sebagai tarikhsambutan RU MCMVian pada kali ini.

    e. RU MCMVian dibuat mengikut tarikh-tarikhsempena peristiwa melibatkan Skuadron26 MCMV.

    SEMUA

  • 8

    (a) (b) (c) (d)

    Penilaian SemulaTarikh Sambutan

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan agartarikh cadangan kita perlu sesuai dengan CartaTahunan TLDM.

    a. Tarikh cadangan pertama - 30hb dan31hb Julai.

    b. Tarikh cadangan kedua oleh En. ZainalAriffin Jumaat, 16 Sep 2016 danAhad, 18 Sep 2016.

    c. Tarikh cadangan ketiga - TarikhLaunching Skuadron 26 MCMV.

    SEMUA

    PERKARA 5 - SENARAI JEMPUTAN

    6. Senarai Jemputan En Samat mencadangkan para pegawai berikutdijemput sebagai tetamu.

    a. Laksma (B) Dato Ramli bin Samsudin.b. Laksda Datuk Abdul Ghani.c. Laksda (M) Dato Che Hassan.d. Laksma (M) Zulkifli bin Abu Bakar,e. Laksma (B) Dato Amzah Sulaiman.f. Kept (B) Hj Razak.g. Laksma (B) Dato Amzah Sulaiman.h. Panglima Armada (PM KD JERAI).i. Laksma Rusli Ramli (Komander Pangkalan

    Lumut).

    Laksma (B) Tn Hj Mohamed Sahari menyatakanbahawa mana-mana pegawai dan anggota 1stkrew Skuadron 26 MCMV adalah KITA danKEKITAAN itu bukanlah VIP.

    Keputusan.

    Dato Pengerusi mencadangkan:

    a. Pegawai MCMV yang masih berkhidmatdengan APMM dan MCMV 1st krew adalahKITA dan bukannya VIP. Pun begitumereka ini akan diberi surat jemputanmenghadiri RU MCMVian.

    SEMUA

  • 9

    (a) (b) (c) (d)

    Senarai Jemputan b. Senarai jemputan dibentangkan oleh AJKProtokol pada mesyuarat akan datang.

    c. Kita menjemput sesiapa yang terlibatsecara langsung atau tidak denganSkuadron 26 MCMV sahaja. Mereka inidiberi keutamaan.

    d. Mengingatkan bahawa senarai jemputan iniadalah untuk sesi makan malam RUMCMVian sahaja.

    SEMUA

    PERKARA 6 - CARTA PEMBATUAN (ROAD MAP)

    7. Road map Keputusan.

    a. Dato Pengerusi menyatakan road mapditangguhkan sementara kerana belum adaD-day RU MCMVian.

    b. Road map akan disediakan oleh DatoPengerusi dengan dibantu olehSetiausaha.

    SEMUA

    PERKARA 7 - PENETAPAN MESYUARAT AKAN DATANG

    8. Mesyuarat AkanDatang

    En Mohd Fuad mencadangkan mesyuarat diadakan di Pejabat PBTLDM Negeri Perak diTaman Sejati.

    Keputusan. Dato Pengerusi memutuskanbahawa mesyuarat kali ketiga akan diadakan diPejabat PBTLDM Perak, Taman Sejati II padahari Isnin, 29 Feb 2016 jam 3 petang.

    SEMUA

  • 10

    (a) (b) (c) (d)

    PERKARA 8 - HAL-HAL LAIN

    9. Hal-hal lain(Round the table)

    En Samat

    a. En Samat bertanya apakah konsep RU ini?Adakah mengenai penganugerahan atausebagainya?

    Keputusan. Dato Pengerusi menjawab bahawakonsep RU MCMVian yang bakal diadakanadalah:

    (1) 'Grand.(2) Formal.(3) Santai.(4) Melibatkan MCMVian dan keluarga.(5) Jangka masa 2 hari 3 malam.(6) Dinner malam kedua (suami isteri)(7) TIADA BAYARAN DIKENAKAN.

    (Penginapan urus sendiri tetapi kepadamereka yang kesulitan sila hubungiAJK).

    b. En Samat seterusnya berkata beliaudiminta oleh keluarga Pn. Laila Marjusupaya tidak meninggalkan mereka untuksama-sama terlibat dalam aktiviti RUMCMVian dan sebagainya.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkan AJKberkaitan akan menguruskan penyampaiananugerah contohnya kepada bapa mereka yangtelah meninggal dan sebagainya.

    En Ismail

    a. Coffee Table Book. Untuk dibuat sepertiDefining Moment TLDM agak rumit danmahal. Beliau mencadangkan 150 muka.

    Keputusan. Dato Pengerusi mencadangkankeperluan perlu diwar-warkan kepada wargaMCMV melalui aplikasi Whatsapp, Wechat,Telegram, FB, Blog dan sebagainya untukmajukan gambar berkaitan MCMV dan beri sedikitpenerangan perihal gambar tersebut.

    SEMUA

  • 11

    (a) (b) (c) (d)

    Hal-hal lain Dato Pengerusi berkata bahawa beliaumempunyai ide atau konsep bagaimana harusCTB dibentuk. Beliau seorang diri tidak mampuuntuk garap semua. Beliau memerlukansukarelawan. Beliau juga mencadangkan AJKMedia dan AJK Protokol duduk bersama beliauapabila semua bahan ada di tangan. Tempatpertemuan dibincangkan berasingan.

    Dato Pengerusi juga memutuskan fakta CTBdiwar-warkan juga dan dibuka untuk tempahan.Kadar kos CTB di antara RM100 RM 200sebuah.

    En Mohd Fuad

    a. Mesyuarat akan datang dicadangkanjemput Toha atau Zabidi atau Hj Maon bagimelakarkan sejarah MCMV.

    b. Penginapan untuk peserta. Mesti adapenginapan Krew MCMV duduk satu bloki.e blok A33.

    Keputusan. Dato Pengerusi ulang lagi sajiantidak perlu bayar dan penginapan hanya akandiurus kepada yang tidak mampu sahaja.

    En. Zainal Ariffin

    Tiak ada apa. Cuma akan menghubungi Lt(B) Kassim bin Mangun untukmenyampaikan hasrat mesyuarat yangmelantik beliau sebagai AJK Aktiviti.

    Keputusan. Dato Pengerusi mengusulkan cakappada Kassim...ni daripada Bos. En Zainal Ariffinambil maklum.

    Laksma (B) Hj Mohamed Sahari

    a. Beliau berharap perjumpaan ini akanberoleh kebaikan dan tarikh-tarikhumpamanya hari jadi isteri Laksma Ramli,tarikh penamaan Skuadron 26 MCMVdiambil kira untuk dijadikan hari RUMCMVian.

    SEMUA

  • 12

    (a) (b) (c) (d)

    Hal-hal lain En Mohd Arshad

    Kos untuk running the show. AJKmemerlukan kos untuk kerja-kerja tertentu.

    Keputusan. Dato Pengerusi merumuskan AJKboleh majukan keperluan. Dato Pengerusi akanmenguruskan letterhead dengan Setiausaha.

    En Idrus

    a. Beliau akan pastikan segala urusan dibuattelus dan atas kepercayaan sahabat-sahabat beliau mengucapkan ribuan terimakasih.

    b. Beliau berjanji akan melaksanakan tugassebaik mungkin dan berharap akanmemuaskan hati semua pihak.

    SEMUA

    PENUTUP

    10. Dato Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadirterutamanya kepada AJK yang tinggal di Lembah Klang yang sanggup berkorban masadan wang demi menjayakan RU ini.

    11. Dato Pengerusi hendak jadikan RU MCMViani gah dan akan dikenangsepanjang zaman. Salam Hormat.

    12. Mesyuarat ditangguhkan pada 1731H.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    Lt Kdr (B) Dahalan bin Che MatSetiausaha

    Tarikh: 3 Feb 2016

    Laksma (B) Dato Pahlawan Sulaiman bin MohamadPengerusi

    Agihan:

    Penuh