surat pekeliling ikhtisas bil. 1/1991 : penceramah ... · pdf fileseperti majlis...

2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (53) Tarikh : 25 Januari 1991 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah Pengajaran Agama Islam bersifat formal di bilik darjah sewajarnya disokong dengan strategi-strategi amali, latihan danpengayaan di luar bilik darjah untuk membantu pelajar- pelajar yang beragama Islam mengukuhkan lagi pengetahuan serta penghayatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti Agama Islam yang dijalankan di sekolah, seperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan. Akan tetapi, dalam kaitan ini, penyampaian kuliah atau ceramah agama yang lazimnya diadakan untuk majlis-majlis tersebut, difikirkan lebih sesuai jika dilakukan oleh kalangan para guru sendiri. 2. Bermula daripada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberi keutamaan menjemput guru-guru Agama Islam yang sedang berkhidmat di sekolah atau berada dalam perkhidmatan pendidikan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah di majlis-majlis sebagaimana dinyatakan di atas. Jemputan kepada individu-individu bukan guru atau tokoh-tokoh perseorangan di luar daripada perkhidmatan pendidikan hendaklah dielakkan. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Upload: danglien

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah ... · PDF fileseperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.V/ (53)

Tarikh : 25 Januari 1991

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah Pengajaran Agama Islam bersifat formal di bilik darjah sewajarnya disokong dengan strategi-strategi amali, latihan danpengayaan di luar bilik darjah untuk membantu pelajar-pelajar yang beragama Islam mengukuhkan lagi pengetahuan serta penghayatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti Agama Islam yang dijalankan di sekolah, seperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan. Akan tetapi, dalam kaitan ini, penyampaian kuliah atau ceramah agama yang lazimnya diadakan untuk majlis-majlis tersebut, difikirkan lebih sesuai jika dilakukan oleh kalangan para guru sendiri. 2. Bermula daripada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberi keutamaan menjemput guru-guru Agama Islam yang sedang berkhidmat di sekolah atau berada dalam perkhidmatan pendidikan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah di majlis-majlis sebagaimana dinyatakan di atas. Jemputan kepada individu-individu bukan guru atau tokoh-tokoh perseorangan di luar daripada perkhidmatan pendidikan hendaklah dielakkan. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1991 : Penceramah ... · PDF fileseperti Majlis Maulid-Ir-Rasul, Tilawah Al-Quran dan Nadwah Islamiah, hendaklah terus diadakan dan sememangnya digalakkan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Dato’ Sri Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan

5. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan

8. Timbalan Ketua Setiausaha II

9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan