dimensikoop merancakkan perniagaan hotel bajet€¦ · dibandingkan dengan hotel bertaraf bintang,...

8
Pengenalan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya dan khazanah alamnya sememangnya menjadi tumpuan pelancong saban tahun. Malah, industri pelancongan dilihat sebagai sebahagian daripada industri yang berpotensi besar dalam menjana ekonomi negara. Justeru, pelbagai usaha cuba digarapkan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan. Antaranya, program Malaysia Year of Festival 2015, Sukarelawan Pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Pelancongan Pelajar, Pelancongan Pendidikan, Agropelancongan dan Pelancongan Sukan. Selain itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) turut memperkenalkan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia dengan sasaran sebanyak RM168 bilion bagi pendapatan menerusi 36 juta pelancong yang dijangkakan Hotel Bajet dalam Koperasi Merancakkan Perniagaan akan berkunjung ke negara ini pada tahun 2020. Oleh itu, sangat penting bagi kita selaku tuan rumah untuk memastikan segala kemudahan dan prasarana yang disediakan mencukupi demi keselesaan pelancong yang bertandang ke Malaysia termasuk kemudahan penginapan. Industri perhotelan memberikan kemudahan penginapan kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang melawat tempat-tempat menarik di Malaysia. Segala kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang disediakan menjadi keutamaan bagi kebanyakan pelancong sebelum membuat keputusan untuk menginap di sesebuah hotel atau tempat penginapan. Perniagaan hotel bajet kini dilihat sebagai satu fenomena dan mempunyai keunikan tersendiri Norafidah Ismail @ Yaacob Maktab Koperasi Malaysia Zon Utara BIL. 48 JANUARI 2016 DIMENSIKOOP 30

Upload: tranthuan

Post on 20-Jun-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PengenalanMalaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya dan khazanah alamnya sememangnya menjadi tumpuan pelancong saban tahun. Malah, industri pelancongan dilihat sebagai sebahagian daripada industri yang berpotensi besar dalam menjana ekonomi negara. Justeru, pelbagai usaha cuba digarapkan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan. Antaranya, program Malaysia Year of Festival 2015, Sukarelawan Pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Pelancongan Pelajar, Pelancongan Pendidikan, Agropelancongan dan Pelancongan Sukan. Selain itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) turut memperkenalkan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia dengan sasaran sebanyak RM168 bilion bagi pendapatan menerusi 36 juta pelancong yang dijangkakan

Hotel Bajetdalam Koperasi

Merancakkan Perniagaan

akan berkunjung ke negara ini pada tahun 2020. Oleh itu, sangat penting bagi kita selaku tuan rumah untuk memastikan segala kemudahan dan prasarana yang disediakan mencukupi demi keselesaan pelancong yang bertandang ke Malaysia termasuk kemudahan penginapan. Industri perhotelan memberikan kemudahan penginapan kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang melawat tempat-tempat menarik di Malaysia. Segala kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang disediakan menjadi keutamaan bagi kebanyakan pelancong sebelum membuat keputusan untuk menginap di sesebuah hotel atau tempat penginapan.

Perniagaan hotel bajet kini dilihat sebagai satu fenomena dan mempunyai keunikan tersendiri

Norafidah Ismail @ Yaacob Maktab Koperasi Malaysia Zon Utara

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

30

dalam industri pelancongan di Malaysia. Jika dibandingkan dengan hotel bertaraf bintang, sememangnya hotel bajet jauh lebih ekonomi dan mampu disewa oleh mana-mana pengunjung terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah mahupun pengunjung yang hanya mementingkan konsep minimum sebagai suatu pilihan. Konsep minimum yang dimaksudkan pula ialah penyediaan ruang yang terhad seperti bilik tidur dan bilik air sahaja. Malah pelanggan hanya perlu membayar caj tambahan bagi sebarang servis mahupun produk yang ingin ditambah. Menjadikan Tune Hotel dan Ev World Hotel sebagai antara perniagaan hotel bajet yang berjaya di Malaysia, pengunjung dikenakan bayaran yang cukup murah bagi setiap pakej penginapan yang disediakan di samping kemudahan-kemudahan tambahan lain yang menjadi tarikan pelanggan. Sebagai contoh, Tune Hotel menyediakan kelengkapan asas yang diperlukan pelanggan dan mengenakan caj untuk kemudahan dan perkhidmatan tambahan yang tertentu sahaja. Hasilnya, hotel yang bertaraf orkid ini telah terkenal hingga ke negara luar dan rata-rata begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan biarpun cukup sederhana. Peluang sebegini tidak seharusnya dilepaskan oleh gerakan koperasi di Malaysia.

Potensi Perniagaan Hotel Bajet kepada KoperasiTerdapat 25 buah koperasi yang menjalankan perniagaan penginapan pelancongan dan 11 buah koperasi yang menjalankan penginapan hotel (sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Namun, jumlah tersebut masih dianggap sedikit dalam gerakan koperasi, memandangkan pada tahun 2015 sahaja, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menyasarkan sebanyak 28 juta pelancong dan jumlah ini tentunya akan menjadi tempias kepada industri perhotelan dalam menggalakkan pertumbuhan lebih banyak hotel-hotel demi memenuhi jumlah kedatangan pelancong. Malah, dalam merencanakan Dasar Koperasi Negara

2011- 2020 menerusi lima Bidang Keberhasilan Ekonomi Bernilai Tinggi, industri pelancongan merupakan antara bidang keutamaan yang menjadi pilihan masa kini. Justeru , para koperator perlu mengambil peluang ini dengan bijak dan mengenal pasti jenis atau bentuk perhotelan yang sangat berkait rapat dengan industri pelancongan agar sesuai dengan kemampuan koperasi terutamanya dari segi kewangan serta perkhidmatan yang mampu diberikan kepada pelanggan.

Menyedari hakikat ini, gerakan koperasi di Malaysia disarankan mencontohi hotel-hotel sedia ada terutamanya hotel bajet yang dilihat sebagai suatu permulaan bagi koperasi untuk menjinakkan diri dalam industri perhotelan serta paling sesuai dan agak mudah diuruskan jika kena pada caranya. Bahkan, kos bagi menjalankan perniagaan hotel bajet jauh lebih rendah berbanding hotel-hotel besar. Walaupun hotel bajet didefinisikan sebagai hotel yang menawarkan perkhidmatan terhad dari segi ketiadaan dapur, ruang makan, kolam renang, gimnasium, sauna atau spa dan ruang khas untuk aktiviti indoor mahupun outdoor, koperasi masih boleh mengekalkan ciri-ciri unik yang lain agar keselesaan dapat dinikmati oleh pengunjung. Sebagai contoh, koperasi boleh menyediakan kemudahan wifi percuma, kemudahan lokasi hotel yang strategik seperti berdekatan dengan pusat membeli belah atau kedai serbaneka, lokasi yang berdekatan dengan pusat pengajian serta mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti berdekatan balai polis, bomba dan sebagainya. Malah, keselamatan dari segi bangunan dan reka bentuk yang menarik juga perlu dititikberatkan demi menjamin keselesaan dan keselamatan pelanggan.

Bagi menggalakkan lebih banyak koperasi di Malaysia menjalankan perniagaan ini, pelbagai inisiatif dan insentif telah disediakan khas bagi para koperator yang berminat menjalankan perniagaan hotel bajet. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyediakan bantuan dan kemudahan pembiayaan Tabung Modal Pusingan

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

31

(TMP) kepada gerakan koperasi yang mempunyai minat dan daya saing untuk memajukan koperasi masing-masing dari segi perniagaan yang dipilih. Selain itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) juga telah menyediakan beberapa tabung dan insentif seperti Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan, Tabung Khas Pelancongan serta Insentif Galakan Cukai Hotel tertakluk kepada kesesuaian dan syarat yang ditetapkan. Namun begitu, mana-mana koperasi yang berminat dengan perniagaan hotel dan hotel bajet perlu berdaftar dengan KPK terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan di samping dapat membantu pengusaha hotel khususnya koperasi dalam mempromosikan hotel berdaftar, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Malah, koperasi juga perlu mendaftar dengan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) sebagai salah satu prasyarat bagi melayakkan koperasi mendapatkan sijil penarafan Orkid sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak KPK.

Persediaan dalam Mengendalikan Perniagaan Hotel BajetBagi memulakan perniagaan hotel bajet, koperasi harus menitikberatkan beberapa persediaan tertentu bagi menjamin keberkesanan dan kejayaan perniagaan yang bakal dijalankan. Koperasi perlu menyediakan kertas kerja bagi melihat dan menilai potensi perniagaan hotel bajet secara keseluruhannya sebagai langkah persediaan awal. Kertas kerja ini juga akan memudahkan koperator mendapatkan pinjaman ataupun bantuan dari pihak sewajarnya. Dalam hal ini, koperasi perlu memberikan komitmen yang baik dalam menyediakan kertas kerja yang mampu menjadi panduan dan memberi keyakinan kepada semua pihak.

Anggota Lembaga Koperasi (ALK) juga perlu menghadiri kursus-kursus berkaitan perniagaan hotel bajet seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia, Persatuan Hotel Bajet Malaysia dan juga institusi-institusi lain bagi mendalami selok-belok mengendalikan perniagaan hotel bajet dengan lebih baik dan berkesan. Bagi mengelakkan sebarang masalah serta perkara yang tidak diingini, koperasi perlu memiliki lesen hotel atau setaraf dengannya daripada pihak berkuasa tempatan, salinan sijil kelayakan menduduki (CFO), atau salinan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) atau mana-mana yang berkenaan dan wajib mendaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) bagi mendapatkan sijil bagi tujuan pengelasan mengikut taraf tertakluk kepada penilaian yang diberikan oleh pihak Kementerian. (Rujuk Rajah 1: Proses Pengelasan Premis Penginapan Pelancongan).

Sumber: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)

Selepas Pendaftaran/ Permohonan Pengelasan

Persediaan• Terima permohonan• Mengatur pasukan pemeriksa dan jadual

pemeriksaan

Taklimat• Taklimat kepada hotel• Taklimat kepada pasukan pemeriksa

Pemeriksaan

Penilaian• Perbincangan pasukan pemeriksa• Rumusan kepada hotel

Laporan dan Keputusan• Persediaan laporan• Pembentangan di Mesyuarat Pra & Panel• Persediaan surat keputusan/ sijil

Keluarkan sijil dan kemukakan kepada hotel

Rajah 1: Proses Pengelasan Premis Penginapan Pelancongan

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

32

Kriteria Pengelasan Hotel Bajet Bertaraf OrkidBagi menjaga mutu dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, setiap hotel diberi penarafan Bintang dan Orkid tertakluk kepada kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan. Begitu juga dengan hotel bajet, ia dikelaskan sebagai taraf Orkid dengan tahap 1 hingga 3. Terdapat lima kriteria pengelasan bertaraf Orkid bagi perniagaan hotel bajet iaitu piawaian tahap kebersihan dan cucian, keselamatan bangunan dan kawalan keselamatan tetamu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, keperluan dalam bilik tidur dan kakitangan.

1. Piawaian Tahap Kebersihan dan Cucian Merujuk kepada tahap kebersihan, hotel bajet

dinilai dari segi penyediaan tong sampah sama ada mencukupi atau tidak, bentuk pemasangan ruang bilik air dan tandas serta penyelenggaraannya, hebahan kesedaran mengenai kesihatan menerusi brosur atau pamplet seperti kawalan penyakit H1N1, Taun, Malaria dan sebagainya, kebersihan dapur sekiranya ada, kadar penyelenggaraan sampah, serta kawalan serangga seperti tikus, lipas dan semut.

2. Keselamatan Bangunan dan Kawalan Keselamatan bagi Tetamu

Bagi perniagaan hotel bajet, adalah penting untuk koperasi mengenal pasti tahap keselamatan dari segi struktur bangunan dan juga kawalan keselamatan. Kerja-kerja

penyelenggaraan seperti pemasangan, pembaikan dan pembersihan perlu sentiasa dijalankan agar persekitaran hotel lebih bersih, selamat dan terjamin. Hotel juga perlu dilengkapi dengan alatan keselamatan seperti alat pemadam api dan alat pengesan asap atau haba sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kebakaran. Pintu kecemasan serta pelan keseluruhan hotel juga perlu disediakan bagi kemudahan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan. Selain itu, kawalan keselamatan juga penting bagi menghindar sebarang perkara buruk berlaku semasa pengunjung menginap di hotel tersebut.

3. Kemudahan dan Perkhidmatan yang Disediakan (Utama/Sampingan)

Hotel bajet juga dinilai dari segi kemudahan dan perkhidmatan utamanya mahupun sampingan. Biarpun kemudahan dan perkhidmatan tersebut turut disediakan oleh hotel bertaraf bintang, terdapat perbezaan ketara bagi hotel bajet yang sememangnya agak terhad.

Merujuk kepada kemudahan dan perkhidmatan utama, penilaian dibuat berpandukan keadaan di hotel bajet itu sendiri seperti kaunter pendaftarannya sama ada bersih dan mesra pelanggan, keadaan lif sama ada berfungsi dengan baik serta menepati spesifikasi MOTAC, kemudahan kit kecemasan yang lengkap, serta penyediaan brosur dan pamplet kepada pelanggan. Malah,

Cleanliness and Hygiene

StandardBuilding

Safety and

Facilities and

Services

Bedroom Requirements Staff

Rajah 2: Kriteria Pengelasan Bertaraf Orkid

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

33

keadaan tempat penginapan yang selesa, ditambah pula dengan kemudahan televisyen, penyaman udara atau kipas, kemudahan Internet dan peralatan mandian panas dan sejuk di bilik mandi, merupakan antara faktor utama penetapan taraf Orkid bagi sesebuah hotel bajet. Sekiranya semua perkara ini dipatuhi, merupakan satu kelebihan kepada pemilik hotel dalam memastikan taraf Orkid tersebut dimiliki dengan mudah.

Bagi kemudahan dan perkhidmatan sampingan pula, ia menjurus kepada nilai tambah ke atas kemudahan dan perkhidmatan utama untuk kegunaan dan keselesaan tetamu hotel pada kadar yang berpatutan dan mampu bayar oleh semua tetamu. Sebagai contoh, kemudahan tempat meletak kenderaan, kedai serbaneka, dobi, pengangkutan awam seperti bas ataupun kereta api, perkhidmatan teksi di hotel, telefon awam dan kedai makan di sekitarnya.

4. Keperluan di dalam Bilik Tidur Hotel Menerusi bahagian ini pula, hotel dinilai

dari segi keperluan dan kemudahan yang disediakan di dalam bilik tidur hotel seperti saiz dan ruang bilik, ruang merokok, jenis perabot yang disediakan, penyediaan tuala serta kelengkapan mandian, keadaan katil sama ada bercadar ataupun tidak, keadaan pintu dan tingkap yang berfungsi dengan baik dan penyediaan brosur maklumat mengenai bilik tidur. Salah satu perkara yang paling penting bagi kemudahan pelancong muslim adalah penyediaan tanda arah kiblat untuk solat. Semua perkara yang dinilai ini sangat penting dalam memastikan mutu dan keselesaan pelanggan.

5. Kakitangan Antara aspek yang diberi penekanan adalah

etika kakitangan hotel apabila berhadapan dengan tetamu seperti cara menyambut tetamu, cara berkomunikasi, dan pertuturan yang dipraktikkan. Malah, bilangan kakitangan

yang ditugaskan juga diambil kira supaya tidak berlaku kekurangan kakitangan terutamanya dalam mengendalikan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Setiap kakitangan juga perlu diketahui status kerakyatannya bagi mengelakkan dari menggaji warga asing tanpa permit serta bagi mengelakkan permasalahan lain pada masa hadapan. Setiap kakitangan yang diambil bertugas juga perlu memilki kelayakan dan pengalaman yang sesuai terutamanya dalam bidang perhotelan bagi menjaga kualiti operasi hotel bajet koperasi.

Justeru, adalah amat penting bagi gerakan koperasi yang berhajat menjalankan perniagaan hotel bajet ini memenuhi segala kriteria yang telah dinyatakan kerana dengan cara ini, hala tuju perniagaan hotel bajet koperasi lebih terjamin serta mampu pergi lebih jauh dan berdaya saing pada masa hadapan.

Hotel Bajet KoperasiTerdapat beberapa koperasi yang telah menjalankan perniagaan hotel bajet, antaranya: • Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri

Sembilan Berhad-Hotel Mesra Port Dickson, • Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad- City

Park Hotel Kuala Lumpur, • ANGKASA-MyANGKASA Resort, Langkawi, • Koperasi Guru Agama Menengah Kelantan

Berhad- MGU Firdaus Hotel,• KOSMA Tourisme Sdn Bhd, subsidiari

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad -Hotel Kosma,

• Koperasi Serbamaju Daerah Jempol Berhad- Hotel KSJ Bahau serta

• Koperasi Permodalan Felda Bhd- Hotel Misyal Mekah

dan beberapa koperasi lain yang menjalankan perniagaan hotel. Di Kedah, salah satu contoh hotel bajet koperasi yang telah berjaya dilaksanakan adalah Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad iaitu Hotel Darul Aman.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

34

Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad - Hotel Darul AmanPerniagaan hotel bajet koperasi yang dikendalikan oleh Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad ini dikenali sebagai Hotel Darul Aman. Dahulunya, koperasi ini menjadikan aktiviti kredit sebagai sumber utama bagi menjana pendapatan ekonomi anggotanya, namun kini koperasi ini melangkah lebih jauh dari kepompong asalnya dengan menceburi sektor perhotelan. Malah, keberkesanan dan kejayaan perniagaan hotel bajet koperasi ini juga telah menjadi ikutan dan menjadi koperasi contoh kepada warga koperator lain. Secara ringkas, koperasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1950 dengan menyasarkan keanggotaannya kepada warga pendidik di negeri Kedah sahaja. Fungsi utamanya pada ketika itu lebih menjurus kepada aktiviti kredit. Kemudian, ia mempelbagaikan aktivitinya kepada aktiviti pengguna dan seterusnya aktiviti perkhidmatan.

Cetusan idea asal penubuhan hotel bajet ini diperoleh hasil pemerhatian para Anggota Lembaga Koperasi yang melihat beberapa potensi dan peluang yang ada dalam aktiviti perniagaan hotel bajet. Antara peluangnya adalah dari segi pulangan yang lumayan kepada koperasi, peluang kerjaya yang boleh ditawarkan kepada anak-anak anggota dan bukan anggota, sumbangan kepada pihak kerajaan, serta kemudahan dan keselesaan kepada komuniti luar mahupun

setempat. Menerusi peluang-peluang inilah maka terbinanya Hotel Darul Aman yang terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Malah, dengan kedudukan lokasi yang begitu strategik ditambah pula dengan kemudahan prasarana disekelilingnya, menjadikan faktor penguat kepada kejayaan perniagaan hotel bajet ini.

Walaupun diiktiraf dengan penarafan 1 Orkid, hotel ini sangat berbaloi kepada pengunjung menerusi kadar penginapan yang begitu murah. Harga bilik Suite hanya serendah RM150 dan RM80 untuk bilik Superior begitu juga dengan harga bagi jenis-jenis bilik lain yang disediakan turut berbaloi. Setiap bilik pula dilengkapi dengan televisyen, telefon, tuala, sabun mandi, cerek elektrik serta wifi percuma. Hotel ini juga memiliki ruang makan serta bilik seminar dan classroom style (bilik darjah) bagi kemudahan mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan kursus-kursus jangka pendek, seminar mahupun mesyuarat. Malah, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga telah menjadikan hotel ini sebagai tempat pilihan dalam mengendalikan kursus-kursus di bawah kelolaannya. Keistimewaan juga diberi kepada pelanggan yang terdiri daripada anggota koperasi menerusi kadar diskaun sebanyak 15 peratus serta 10 peratus kepada bukan anggota. Layanan yang begitu mesra daripada kakitangan hotel ini yang tidak jemu-jemu melayan karenah pelanggan juga menjadi satu bonus kepada hotel secara keseluruhannya. Ini kerana, setiap perkhidmatan bermula dengan khidmat pelanggan yang baik.

Pemandangan Luar Hotel Darul Aman, Jitra, Kedah

Bilik Suite Kaunter Pendaftaran Masuk dan Keluar

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

35

Ia pencetus kepada tanggapan awal pelanggan sebaik menjejakkan kaki ke pintu hotel.

Kini, Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad mampu berbangga dengan hasil yang diperoleh selain memiliki aktiviti perniagaan perkhidmatan lain seperti Pusat Rawatan Kesihatan Mahsuri, Pusat Hemodialisis dan Katering serta telah menubuhkan sebuah lagi hotel bajet yang dikenali sebagai Hotel Koperasi yang terletak di tengah-tengah pekan Alor Setar, Kedah.

Isu, Cabaran dan Cadangan PenyelesaianUmum mengetahui bahawa tiada perniagaan tanpa risiko. Begitu juga dengan perniagaan hotel bajet yang pastinya berdepan dengan isu dan cabaran baik jangka panjang mahupun jangka pendek. Salah satu isu utama adalah modal yang besar diperlukan dalam mengendalikan sesebuah hotel bajet. Hal ini kerana, modal memainkan peranan penting dalam menentukan saiz perniagaan hotel bajet sama ada kecil ataupun besar. Antara syarat dalam menentukan pengelasan bertaraf Orkid bagi sesebuah hotel bajet adalah memiliki sekurang-kurangnya sepuluh bilik penginapan bagi sesebuah hotel. Sudah pasti modal yang agak besar diperlukan dalam memastikan keberadaan jumlah bilik hotel sedemikian dipenuhi. Selain itu, kos-kos seperti penyelenggaraan dan pembelian bahan-bahan mentah serta peralatan hotel juga memerlukan

modal yang agak banyak. Namun begitu, koperasi masih boleh memohon pembiayaan daripada agensi-agensi tertentu seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Rakyat mahupun mana-mana institusi kewangan yang diiktiraf.

Isu kedua adalah persaingan . Setiap perniagaan yang dijalankan pasti wujud persaingan. Justeru, bagi menjalankan perniagaan hotel bajet ini, keberanian perlu ada dalam diri para koperator kerana bukan mudah untuk senang. Tambahan pula, bagi koperasi yang baru menjinakkan diri dalam perniagaan hotel bajet, sangat perlu untuk koperasi mengkaji pesaing-pesaing yang ada bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pesaing tersebut bagi memudahkan koperasi menjana strategi yang lebih berkesan dalam menangani isu pesaing ini demi kelangsungan operasi hotel bajet koperasi kelak.

Isu lain yang sering menghambat koperasi ialah aktiviti tidak bermoral seperti maksiat, dan jenayah di hotel bajet. Ini kerana, faktor bayaran penginapan yang murah menjadi pilihan individu yang tidak bertanggungjawab ini. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti dan sumber pendapatan koperasi terutama bagi koperasi hak milik bumiputera Islam. Walaupun keadaan ini telah dicegah namun ada kalanya perkara-perkara tersebut tidak dapat dibendung sepenuhnya memandangkan individu masa kini lebih cerdik dan bijak dengan agenda tipu

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

36

daya serta mengatur strategi tertentu dalam mengaburi mata pihak berkaitan. Justeru, para koperator perlu sentiasa lebih peka dengan mengatur syarat dan kawalan yang lebih ketat bagi menangani isu ini dari terus berlanjutan.

Isu kakitangan juga menjadi cabaran dalam mengendalikan hotel bajet. Ini kerana, setiap kakitangan perlu diberi latihan terlebih dahulu dalam mengendalikan hotel sama ada dari segi penyambut tetamu, tukang cuci, housekeeping dan sebagainya. Permasalahan ini terjadi apabila kakitangan yang dilatih tidak bekerja di sesebuah hotel dalam tempoh yang lama, malah beralih pula ke hotel-hotel lain apabila ditawarkan insentif yang lebih tinggi. Maka, suatu kerugian bagi koperasi yang mengendalikan hotel bajet ini apabila semua ilmu kemahiran dan latihan yang diberikan telah dibawa bersama oleh bekas kakitangan ini ke hotel lain. Hal ini lebih menguntungkan pihak hotel pesaing kerana

dapat menjimatkan kos dan masa melatih mereka. Bukan mudah menangani isu dan cabaran ini yang sememangnya tiada penghujungnya. Selagi koperasi bertahan, selagi anggotanya bersatu hati, maka selagi itulah juga koperasi boleh terus maju dalam bidang perhotelan ini.

KesimpulanPe r n i a g a a n h o te l b a j e t s e m e m a n gny a menguntungkan sekiranya dikendalikan dengan betul. Malah dengan strategi dan perancangan yang tepat, matlamat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia menjelang 2020 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini akan tercapai dengan jayanya. Segala sokongan, usaha kuat dan pengembelingan tenaga yang berterusan sangat diperlukan dalam gerakan koperasi dalam mengendalikan perniagaan hotel bajet di samping merealisasikan aspirasi kerajaan demi kebaikan semua pihak. Koperasi juga secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat akan imej dan kredibiliti yang ditonjolkan menerusi bidang perniagaan yang dijalankan terutamanya perniagaan hotel bajet yang sememangnya memberi pulangan yang tinggi serta diangkat sebagai perniagaan yang mempunyai pengaruhnya tersendiri. Apa yang diharapkan adalah perniagaan hotel bajet ini akan terus berkembang pada masa akan datang terutamanya dalam gerakan koperasi di Malaysia. DK

Perniagaan hotel bajet kini dilihat sebagai satu fenomena dan mempunyai keunikannya tersendiri dalam industri pelancongan di Malaysia.

Rujukan

Ahmad Sobri Lebai Isa.(2015, Mei 19). Potensi dan peluang bidang perhotelan. Kertas kerja dibentangkan di Kursus KB (D) 516 Pengurusan Hotel Bajet/Motel: Maktab Koperasi Malaysia Zon Utara.

Hotel bajet miliki kelebihan tarik pelancong. (2010, Dis 7). Bernama. Dicapai daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/12/07/hotel-bajet-miliki-kelebihan-tarik-pelancong--mbha/.

Inaz Safiyah. (2015, Mei). Merancakkan sektor perhotelan. Dewan Ekonomi, 56-57.

Shafina Adnan.(2015, Mei 19). Pendaftaran dan pengelasan premis penginapan pelancong (PPP). Kertas kerja dibentangkan di Kursus KB (D) 516 Pengurusan Hotel Bajet/Motel: Maktab Koperasi Malaysia Zon Utara.

Wan Nazriah Wan Nawawi.(2015). Hotel bajet peluang perniagaan?. Info Usahawan (Usahawan Pemacu Ekonomi Mapan). 1(7),1.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

37