platform dan ekosistem pendidikan utm yang · pdf fileseperti yang digariskan dalam pelan...

3
Bil. 77/2016 15 REJAB 1437H 23 APRIL 2016 Sesi i Konvokesyen Ke-56 JOHOR BAHRU, 20 April 2016 “Proses menuntut ilmu hendaklah lebih segar, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Konsep Total Learning Experience. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran asas yang mantap, bahkan mampu menjadi modal insan berguna kepada negara seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)”, menurut YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival Konvokesyen (FESKO 2016) yang berlangsung di Dataran UTM, Johor Bahru sempena sambutan Majlis Konvokesyen Kali Ke-56, Universiti Teknologi Malaysia. Datuk Naib Canselor turut menyatakan bahawa UTM sentiasa komited dalam menyediakan platform dan ekosistem pendidikan tinggi yang terbaik kepada para mahasiswa UTM menerusi penganjuran pelbagai program pembangunan berunsur akademik, pembangunan sahsiah, kepimpinan, keusahawanan, kerjaya dan lain-lain lagi selaras dengan aspirasi bagi melahirkan graduan yang seimbang dan holistik. Ini selari seperti yang digariskan dalam Pelan Global UTM 2020 (Fasa 11 2015- 2017). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) serta isteri, Tuan Haji Dahari bin Derani, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), saudara Mohamad Naquib bin Morsin, Pengarah Festival Konvokesyen Ke-56, para pegawai Universiti, barisan Jawatankuasa Festival Konvokesyen UTM Ke-56, wakil-wakil kolej, wakil- wakil media, wakil-wakil penaja, para usahawan dan peniaga, serta mahasiswa dan mahasiswi. Di akhir ucapan yang sama, Datuk Naib Canselor turut merakamkan penghargaan dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa FESKO 2016 terutamanya kepada “5 Excellence Track Programme (5ETP)” dan semua yang terlibat dalam memastikan Festival Konvokesyen kali ke-56 UTM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kemuncak Majlis Perasmian FESKO 56 telah dimeriahkan dengan persembahan pukulan gendang oleh Kumpulan Gendang 24 Musim UTM, diikuti Naib Canselor menyempurnakan gimik perasmian dengan menekan suis lampu yang dipancarkan ke replika FESKO 56. Pancaran lampu yang bercahaya dari replika tersebut mewujudkan suasana yang berwarni-warni dan meriah memenuhi seluruh persekitaran festival. Seterusnya, hadirin telah menyaksikan persembahan montaj FESKO 56 dan montaj pengenalan kepada 5ETP. Majlis perasmian telah diakhiri dengan lawatan Datuk Naib Canselor ke tapak pameran. PLATFORM DAN EKOSISTEM PENDIDIKAN UTM YANG BAIK BERJAYA LAHIR GRADUAN SEIMBANG DAN HOLISTIK

Upload: phungthuan

Post on 07-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PLATFORM DAN EKOSISTEM PENDIDIKAN UTM YANG · PDF fileseperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ... tinggi dan akhirnya menerapkan nilai-nilai proaktif, kerjasama,

Bil. 77/201615 REJAB 1437H23 APRIL 2016Sesi i Konvokesyen Ke-56

JOHOR BAHRU, 20 April 2016 – “Proses menuntut ilmu hendaklah lebih segar, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Konsep Total Learning Experience. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran asas yang mantap, bahkan mampu menjadi modal insan berguna kepada negara seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)”, menurut YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival Konvokesyen (FESKO 2016) yang berlangsung di Dataran UTM, Johor Bahru sempena sambutan Majlis Konvokesyen Kali Ke-56, Universiti Teknologi Malaysia.

Datuk Naib Canselor turut menyatakan bahawa UTM sentiasa komited dalam menyediakan platform dan ekosistem pendidikan tinggi yang terbaik kepada para mahasiswa UTM menerusi penganjuran pelbagai program pembangunan berunsur akademik, pembangunan sahsiah, kepimpinan, keusahawanan, kerjaya dan lain-lain lagi selaras dengan aspirasi bagi melahirkan graduan yang seimbang dan holistik. Ini selari seperti yang digariskan dalam Pelan Global UTM 2020 (Fasa 11 2015-2017). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan

Alumni) serta isteri, Tuan Haji Dahari bin Derani, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), saudara Mohamad Naquib bin Morsin, Pengarah Festival Konvokesyen Ke-56, para pegawai Universiti, barisan Jawatankuasa Festival Konvokesyen UTM Ke-56, wakil-wakil kolej, wakil-wakil media, wakil-wakil penaja, para usahawan dan peniaga, serta mahasiswa dan mahasiswi. Di akhir ucapan yang sama, Datuk Naib Canselor turut merakamkan penghargaan dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa FESKO 2016 terutamanya kepada “5 Excellence Track Programme (5ETP)” dan semua yang terlibat dalam memastikan Festival Konvokesyen kali ke-56 UTM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kemuncak Majlis Perasmian FESKO 56 telah dimeriahkan dengan persembahan pukulan gendang oleh Kumpulan Gendang 24 Musim UTM, diikuti Naib Canselor menyempurnakan gimik perasmian dengan menekan suis lampu yang dipancarkan ke replika FESKO 56. Pancaran lampu yang bercahaya dari replika tersebut mewujudkan suasana yang berwarni-warni dan meriah memenuhi seluruh persekitaran festival. Seterusnya, hadirin telah menyaksikan persembahan montaj FESKO 56 dan montaj pengenalan kepada 5ETP. Majlis perasmian telah diakhiri dengan lawatan Datuk Naib Canselor ke tapak pameran.

PLATFORM DAN EKOSISTEM PENDIDIKAN UTM YANG BAIK BERJAYA LAHIR GRADUAN SEIMBANG DAN HOLISTIK

Page 2: PLATFORM DAN EKOSISTEM PENDIDIKAN UTM YANG · PDF fileseperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ... tinggi dan akhirnya menerapkan nilai-nilai proaktif, kerjasama,

“Management administration sangat supportive, banyak diadakan program

untuk membantu pelajar sepanjang tempoh pengajian.”

All the lectures give the best notes to me, facilities here is awesome!

Comfort library here and easy to get and search the books!!

“It’s been an awesome experience,lots of new things learnt from lecturers and

people I’ve met. It’s been a good opportunity to study in UTM.”

UTM merupakan sebuah universiti awam yang sangat bagus untuk menimba ilmu pengetahuan dengan adanya perkhidmatan, ahli akademik dan

prasarana yang terbaik untuk pelajarnya. Oleh itu, UTM menjadi pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Diploma hingga Sarjana.

“Saya diberi kesempatan untukmengikuti program ini dan saya rasa

bersyukur serta terima kasihkepada UTM.”

“Terima kasih kepada para pensyarah dan staf UTM yang banyak memberi tunjuk ajar serta bantuan sepanjang

saya menuntut di UTM.”

“Ada sesuatu yang menarik saya untuk teruskan pembelajaran di UTM sejak kali

pertama saya jejak kaki di sini”

“Saya berasa teruja dan bersyukursetelah lebih 3 tahun belajar akhirnya dapat

bersama-sama rakan lain bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UTM ke-56 ini. Terima kasih UTM

kerana memberi peluang kepada sayauntuk belajar di sini.”

UTM mempunyai persekitaran yang selesadan nyaman serta lengkap dengan kemudahan yang

terbaik. Ini membuatkan ramai orang teruja untuk menyambung pengajian di sini. Bagi pengajian peringkat pascasiswazah, UTM adalah tempat yang terbaik dengan adanya pensyarah yang banyak membantu mencurahkan

ilmu dan dorongan sehingga tamat pengajian dengan cemerlang dan jayanya.

Mohd Hazif Mat NoorMaster of Philosophy, Razak School

Roheswaran a/l Ganeason (26)Master of Business Admin, IBS, UTM KL

Srimanuvidhyaa Swaminathan (24)Tamil Nadu, India

Emmanuel Dike (Nigeria)Master of Safety Health and Environment,

Fakulti Kejuruteraan Tenaga

Shahzan, 30, Sarjana Sains(Keusahawanan Teknologi Maklumat)

Ezraesther Anak JamesresDiploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan)

Khishenraj A/L RagupathyDiploma Sains Komputer

Mohd Ridhuan Hasif Mohd Baharin (22),Diploma Arkitek

Program Kerjasama UTM,Kolej Shahputra Kuantan

Nabilah Naurah binti JamaludinDiploma Pengurusan Teknologi

Mohd Sapiee, 29Sarjana Kejuruteraan Gas

dan Pengurusan8 pagi -

5 petang8 pagi -

6 petang

Derma Darah Southern King of Futsal

Rumah Alumni

Stadium UTM

JOHOR BAHRU, 20 April 2016 – Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2016 atau lebih dikenali sebagai FESKO akan diadakan selama lapan hari, iaitu dari 20-27 April 2016 bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia 2016 yang bakal berlangsung pada 23-24 April 2016. Selain bertujuan untuk memeriahkan suasana konvokesyen, festival ini juga adalah untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

FESKO 2016 kali ini bertemakan “Inovatif, Keusahawanan dan Global”, yang diterajui oleh Mohamad Naquib Bin Morsin, selaku Pengarah serta dikendalikan oleh mahasiswa dan mahasiswi UTM dari “5 Excellence Track Programme” atau dikenali sebagai 5ETP, yang terdiri daripada seramai 63 orang.

5ETP adalah program yang dilancarkan oleh UTM melalui kerjasama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni dan Pejabat Akademik dan

Antarabangsa, yang menjadi medan latihan kepada mahasiswa UTM untuk mempraktikkan kemahiran perancangan, perencanaan, persiapan dan pelaksanaan untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Melalui 5ETP, ia dapat memantapkan mahasiswa supaya mempunyai nilai kompetensi yang tinggi dan akhirnya menerapkan nilai-nilai proaktif, kerjasama, integriti, berdaya tahan, berdikari, dan kompetitif dalam diri mahasiswa.

Di samping menyediakan lebih daripada 150 buah gerai jualan untuk dikunjungi, terdapat juga pelbagai pameran yang telah diatur untuk dilawati pengunjung, antaranya UTM Technology, Entrepreneurship Centre (UTM TECS), Koperasi Mahasiswa dan Produk, Environmental Protection, Pusat Kesihatan UTM, Bahagian Keselamatan UTM, Student Automotive Engineering (SAE), NIT TECH, ROBOCON, Ilmu Ihsan Resources, Pejabat Harta Bina, Kesejahteraan Mahasiswa UTM, Drone Fun Fly 2 @ UTM, serta pameran haiwan

eksotik.Pengunjung juga berpeluang

mengikuti pelbagai aktiviti menarik antaranya UTM berselawat, pertandingan roket air, night fun ride, ceramah motivasi oleh Harith Iskandar, e-games, cabaran eko-joran, aktiviti derma darah, southern king of futsal, pertandingan menghias kek, UTM fun cat show, serta persembahan artis seperti dari Drama Band, Altimet, Ayai Ilusi, dan Acong. Turut diadakan ialah persembahan oleh PALAPES UTM, Kastam Diraja Malaysia, Unit Kebudayaan UTM, dan Angkatan Tentera Malaysia.

FESKO ini juga diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga universiti dan masyarakat setempat. Sesungguhnya festival konvokesyen ini telah berjaya dan mendorong jawatankuasa penganjurannya untuk terus komited menjadikan festival ini sebagai program tahunan yang ‘harus’ dilaksanakan.

“5 EXCELLENCE TRACK PROGRAMME (5ETP)” TERAJU UTAMA FESTIVAL KONVOKESYEN UTM 2016

Aktiviti FeskoKali Ke-56 UTM

23 April 2016

8 - 11 pagi

9 - 10 pagi

11 pagi – 12 tengahari 3 - 5 petang 9 – 12 malam

Cabaran Eko-Joran

Cake DecoCompetition

UTM Master Chef Competition 2016

Larian Amal Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor

Battle of Buskers,Penampilan Istimewa: Azrul Cham

Tasik Ilmu

Dataran Utama

Dewan Astana S01 KTC

Dataran Utama

Dataran Utama

Page 3: PLATFORM DAN EKOSISTEM PENDIDIKAN UTM YANG · PDF fileseperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ... tinggi dan akhirnya menerapkan nilai-nilai proaktif, kerjasama,

Penaung : Hj. Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. RahmanSIDANG PENGARANG:Ungku Haliza (Ketua Editor), Roselaile Samah, Salina, Fadhli, Diyana, Hafifi, Sahrina, Faisyah GRAFIK: Hafizah, Hairi

FOTO: Nor Azman, Wan Jamal, Isyamfazrin LAMAN SESAWANG: Zuraida LOGISTIK: Suhaimi

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

http://www.utm.my/convocation/ https://www.facebook.com/InfoTerkiniKonvo/UTM

GRADUAN DAN KELUARGA HADIR RAPTAI KONVOKESYENJohor Bahru, 23 April – Raptai Konvokesyen UTM Kali Ke-56 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru pada 22 April 2016 telah berlangsung meriah dengan kehadiran bakal graduan dan keluarga masing-masing. Taklimat Raptai Majlis Konvokesyen pada kali ini yang melibatkan seramai 2,931 orang graduan telah disampaikan oleh En. Asram Sulaiman, En. Mohd Rahid Rahub, dan En. Azri Hohad selaku koordinator. Taklimat merangkumi urusan pendaftaran, pakaian, pengambilan gambar, urusan pengambilan dan pemulangan jubah, serta tatacara di atas pentas sebelum dan selepas majlis konvokesyen berlangsung. Mereka berharap agar semua graduan dapat mematuhi tatacara yang telah disampaikan agar majlis konvokesyen pada kali ini dapat berjalan dengan lancar.