surat kebenaran melaksanakan kajian tindakan

Upload: namira-abd-latif

Post on 13-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pelaksanaan kajian tindakan di sekolah

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Surat Kebenaran melaksanakan kajian tindakan

    1/3

    Siti Namira Aqilah binti Abd Latif,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

    31150 Hulu Kinta,

    Perak Darul Ridzuan.

    Tn Hj. Naziruddin b. Hj Hambali,

    Guru Besar Cemerlang,

    SK Kampong Bahagia,

    KM.7, Jln Sungai Manik,

    36000 Teluk Intan,

    Perak Darul Ridzuan. 7 JULAI 2014.

    Tuan,

    Memohon Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Tindakan

    Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2. Saya ingin meminta kebenaran pihak Tuan untuk menjalankan penyelidikan tindakanyang melibatkan beberapa orang murid Tahun 5 Dedikasi untuk mata pelajaran Bahasa

    Melayu. Tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk membantu saya meningkatkan

    penguasaan kata nama am manusia dan kata nama khas manusia dalam kalangan murid-

    murid kelas ini.

    3. Penyelidikan ini akan dilaksanakan sebagai kertas penyelidikan major Bahasa Melayuuntuk memenuhi keperluan kursus PISMP Ambilan Januari 2011 di Institut Pendidikan

    Guru Kampus Ipoh. Pensyarah pembimbing saya untuk penyelidikan ini, EncikShamsuddin bin Abu Bakar, boleh dihubungi di 019-6636472.

    4. Salah satu objektif penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah untuk membantu muridmengenalpasti penggunaan kata nama am manusia dan kata nama khas manusia dalam

    sistem bahasa Melayu bagi murid tahun 5 Dedikasi melalui teknik BO.IMEV iaitu

    boneka dan imej visual. Oleh itu, 6 orang murid dari Tahun 5 Dedikasi dilibatkan sebagai

    responden kajian.

  • 5/22/2018 Surat Kebenaran melaksanakan kajian tindakan

    2/3

    5. Etika penyelidikan mengkehendaki saya mendapatkan kebenaran untuk melakukanpenyelidikan tindakan. Oleh itu, saya menyediakan surat rasmi ini untuk memohon

    kebenaran daripada pihak Tuan sebagai salah satu dokumen hitam putih untuk rujukan

    mana-mana pihak yang terlibat pada masa akan datang.

    6. Dengan menandatangani ruangan di bawah, Tuan dengan rasminya memberikan sayakebenaran untuk menjalankan penyelidikan tindakan di Tahun 5 Dedikasi, Sekolah

    Kebangsaan Kampong Bahagia. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 019-

    7683142.

    Akhir kata, semoga permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya

    daripada pihak Tuan. Atas kerjasama dan perhatian Tuan diucapkan ribuaan terima kasih.

    Sekian.

    Yang benar,

    ..

    (SITI NAMIRA AQILAH BINTI ABD LATIF)

    Mahasiswi PISMP Ambilan Januari 2011,

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

    Tandatangan pengesahan permohonan kebenaran menjalankan penyelidikan tindakan oleh

    Guru Besar;

    ..

    ( )

  • 5/22/2018 Surat Kebenaran melaksanakan kajian tindakan

    3/3