kebenaran hakiki 1

Upload: psyhodrane

Post on 14-Apr-2018

364 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    1/163

    KATA PENGANTAR

    Segala pujian terkhusus bagi Allah s.w.t, Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh pejuang kebenaransehingga akhir zaman.Manusia merupakan makhluk istimewa dicipta oleh Allah s.w.t namun, keistimewaan

    tersebut bergantung kepada realiti dirinya, kesedaran serta ketaatan terhadap apa yangdiperintahkan oleh Penciptanya. Kemuliaan manusia sehingga dilantik menjadi khalifahdan diangkat menjadi rasul-rasul dan nabi-nabi adalah membuktikan tentang hakikatkejadian tersebut serta tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya.Cabaran duniawi yang besar serta liputan kebenaran yang sentiasa tertutup olehpandangan kebendaan, hawa nafsu dan dorongan jiwa yang rendah menyebabkanmanusia sentiasa mencari jalan-jalan yang pelbagai. Ada yang cuba mengerti hakikatkejadian alam dan keindahan; lalu ia tersungkur dengan keindahan alam yang tidakberpenghujung kepada Penciptanya. Ada yang mencari kedamaian dengan melaluipelbagai jalan yang difikir oleh akal, tanpa panduan Ilahi; lalu ia melalui jalan-jalan

    kesesatan dan berakhir dengan kefanaan dalam kesesatan. Benarlah wahyu Allah s.w.tdalam hadis Qudsi yang bermaksud:Betapa banyak angin yang bertiup mematikan lampu-lampu,Betapa ramai abid, musnah disebabkan rasa bangga dan ujub,Betapa ramainya orang kaya, musnah kerana kekayaannya,Betapa ramai orang fakir, musnah kerana kefakirannya,Betapa ramai orang yang sihat, musnah kerana kesihatannya,Betapa ramai orang alim, musnah kerana ilmunya,Betapa ramai orang jahil, musnah kerana kejahilannyaPencarian jalan yang benar mestilah lahir dari kesedaran yang benar kemudian melalui

    hanya lorong-lorong makrifah yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Pencarian ini bilamana telah melalui jalannya yang benar, bukan sekadar mampumengutip mutiara keindahan makrifah, tetapi jauh di sebalik itu, ialah kemampuan untukmembawa dan membesarkan laluan tersebut, agar dengannya tidak akan membawamanusia ke jalan yang sesat, dan memandu manusia lain untuk melalui jalan tersebut. Sebahagian manusia takut untuk melalui jalan-jalan yang masih kabur, agar ia selamatdari kesesatan; walaupun di saat yang sama ia berada dalam kegelapan. Terdapat pula

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    2/163

    kumpulan yang berhati-hati untuk menempuhi jalan-jalan ini. Tindakan ini adakebaikannya, kerana bilamana datang pertunjuk dan panduan maka ia akan menerangijalan-jalan yang gelap tersebut, dan ia seharusnya menjalani jalan-jalan tersebutsetakat yang ia yakin dengan kebenarannya. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah s.w.tdengan firman-Nya yang bermaksud:Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; setiap kali kilat itumenerangi mereka (dengan pancarannya) mereka berjalan dengan cahayanya, danapabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka menunggu dengankebingungan. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkan pendengarandan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha berkuasa di atas segala sesuatu.Namun apa yang lebih membimbangkan ialah ketakutannya untuk mencari dan menelitijalan-jalan kebenaran menyebabkan ia terus berhenti di atas kesesatan yangberpanjangan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:Mereka (seolah-olah) orang yang pekak, bisu dan buta. Dengan keadaan itu merekatidak akan dapat kembali kepada kebenaran.Hakikat kebenaran bukanlah jalan yang sukar, kerana laluannya dipenuhi denganlampu pertunjuk yang sentiasa menerangi manusia. Hanya keinginan untuk menempuhijalan-jalan tersebut serta kejahilannya menyebabkan ia menyangka jalan-jalankenabian dan kerasulan, dengan berpegang kepada Islam, akan menyebabkan merekatidak lagi dapat menikmati keindahan duniawi, lalu kehidupannya akan malap dan tidakbersinar (ceria). Bisikan kebatilan ini terus menghantui jiwa manusia, lantaran itulahjalan-jalan kebenaran walaupun telah diterangi dengan panduan cahaya pertunjuk Ilahi,masih tidak mendapat tempat yang sewajarnya.Kita tidak seharusnya menafikan juga kebimbangan ini disebabkan oleh sejarah lampau

    yang menakutkan manusia untuk melalui jalan-jalan tarekat dan tasauf, yang terlalubanyak didorongi oleh nilai-nilai mistik yang mengelirukan, bercampur denganpenyelewengan dan kekeliruan yang dibina di atas nama tarekat dan tasauf; tambahanpula perkembangan ideologi rasionalisma yang menguasai dunia kini yang disertakandengan budaya lojik yang terpahat dalam minda manusia kini, menyebabkan jalan-jalanini tidak mendapat kedudukan yang sepatutnya. Lantaran itu, keindahan syariat Islamhanyalah serpihan yang berkecai dalam setiap sudut. Ia umpama permata yang tiadasinar atau bunga yang telah hilang madunya, maka jadilah manusia kini sebagaimanusia yang telah hilang kemanusiaannya.Buku Kebenaran Hakiki tulisan saudara Mohamad Nasir diharapkan menjadi pembukaminat kepada umat Islam untuk mengetahui kebenaran dan mendekatkan diri kepadaAllah s.w.t. Dengan menggunakan pendekatan yang mudah serta persembahan yangmenarik, maka diharapkan pembaca akan lebih dekat memahami beberapa persoalanyang berlaku dalam sejarah umat Islam; di samping panduan dalam kehidupannya.Pendekatan yang beliau gunakan dalam penulisan ini bukanlah sesuatu yang asingatau baru; hanya masing-masing penulis mengolah dengan gayanya tersendiri danbeliau adalah sebahagian dari umat Islam yang memikirkan sesuatu sumbangan yangboleh diberikan kepada perjuangan dan kemurniaan aqidah Islam.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    3/163

    Meneliti nukilan saudara Nasir, maka saya mempunyai anggapan besar ia akanmenjadi suatu hasil penulisan yang cuba menjelaskan hakikat jalan-jalan yang indah,yang cuba dikongsikan bersama pembaca yang lain. Walaupun hakikat keindahansesuatu tidak akan sama antara yang melalui dan merasainya dengan segolongan yanghanya mengetahui melalui pembacaan atau mendengar dari seseorang yang

    menempuhi jalan-jalan tersebut, Keenakan sebiji buah hanya dapat dihayati oleh yangmemakannya, namun diharapkan ianya menjadi pendorong yang kuat kepada semuapembaca untuk meneruskan penelitian dan pengamatan terhadap jalan-jalankebenaran yang murni ini, agar seluruh keindahan Islam dapat dihayati dalam ertikatasebenar, zahir dan batin.Saya mengakui pengamatan yang singkat yang saya lakukan mungkin mempunyaibanyak kelemahan, namun dengan rendah diri saya memohon tunjukajar danpandangan baik semua pembaca. Penulisan ini diharapkan menjadi dorongan kepadapenulis untuk terus berkecimpung memberikan sumbangan untuk kemajuan danmeningkatkan lagi khazanah ilmuan Islam.Semoga diberkati Allah s.w.t.Akhukum fil IslamDato Haji Tuan Ibrahim bin Tuan ManPensyarah KananITM Cawangan Pahang20 April 1999.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    4/163

    MUKADIMAH

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujianbagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia

    di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dansahabat-sahabat baginda s.a.w.Segala puja dan puji sekaliannya hanya untuk Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Agung,Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kamipanjatkan syukur atas segala rahmat, nikmat, taufik, hidayat dan segala kurniaan-Muyang tidak pernah putus sejak zaman azali hinggalah kepada zaman abadi. Walaubagaimanapun suci puji-pujian kami terhadap diri-Mu namun, Engkau meninggi danmelampaui apa yang kami ucapkan, rasakan dan apa yang terlintas dalam fikiran danpenghayatan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, MahaBerdiri Dengan Sendiri, Pencipta sekalian makhluk. Walau bagaimana luas sekalipun

    kesyukuran kami namun, ia hanyalah sezarah di dalam ruang kurniaan-Mu. Kamisandarkan puji dan puja kami terhadap-Mu kepada puji dan puja-Mu terhadap diri-Musendiri agar apabila Engkau Memuji diri-Mu Engkau mengingati pujian kami terhadapdiri-Mu. Kami sandarkan kesyukuran kami kepada rahmaniat-Mu agar apabila Engkaumeratai segala kurniaan-Mu dengan rahmaniat-Mu, Engkau mengingati kami yangbersyukur terhadap segala kurniaan-Mu. Sebesar-besar kurniaan-Mu kepada kamiadalah Engkau utuskan kepada kami kekasih-Mu, Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dansalam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.wyang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dankecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya.

    Wahai Tuhan kami! Dengan taufik dan hidayat-Mu yang maha luas, dapatlah kamimenyudahkan penulisan kitab Kebenaran Hakiki ini selepas lebih daripada tujuh tahunmemulakannya. Tempuh tujuh tahun lebih itu kami rasakan seperti baharu kelmarinkerana setiap saat yang kami gunakan dalam urusan-Mu Engkau payungi kami denganrahmat-Mu. Tidak ada pekerjaan yang sukar dan berat apabila ia dilakukan demimematuhi perintah dan kehendak-Mu.

    Ya Tuhan! Kami sujud ke Hadrat-Mu dan kami mengaku bahawa sesungguhnyaEngkau adalah Tuhan dan kami adalah hamba-Mu. Apa juga yang kami perolehidaripada nikmat ilmu, nikmat zahiriah dan nikmat batiniah semuanya adalah kurniaan-Mu. Segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada kami, kami kembalikan kepada-Mu. Segala keburukan dan kecacatan yang keluar daripada kami adalah keranakegelapan hati kami. Kami memohon keampunan dan kemaafan-Mu. Ampunkanlahjuga dosa ibu-bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menjaga kamidengan penuh kasih sayang, wahai Tuhan Yang Ghafur.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    5/163

    Kami memulakan perjalanan kami sebagai orang yang tidak mengetahui apa-apatentang tarekat, hakikat, makrifat, Sir dan lain-lain yang biasa diperkatakan oleh orang-orang tasauf. Penggerak kami adalah pembukaan daripada Allah s.w.t Yang MahaMengasihani. Ketika kami sedang hanyut di dalam kelalaian arus angan-angan, Dia

    dengan Kasihan Belas-Nya membawa kami menghadap kepada-Nya. Apa yang telahdibukakan kepada kami walaupun dalam tempoh yang singkat tetapi memerlukan masalebih daripada tujuh tahun untuk memahami dan menghuraikannya.Dalam proses tersebut kami banyak bertanya dan membaca buku-buku tasauf. Dalamperjalanan kami, kami telah bertemu dengan orang-orang yang membuang kehambaandan berpegang kepada fahaman penyatuan dengan Tuhan. Kami temui kitab-kitabtulisan tangan yang kononnya ilmu para wali. Apabila mengambil perkataan orang yangdemikian dan kitab yang demikian, kami menjadi lebih keliru. Dalam satu segi,diperkatakan tentang perjalanan nafsu dan latihan kerohanian yang sama dengan apayang dikatakan oleh ulama tasauf yang muktabar. Mereka menggunakan ayat-ayat al-

    Quran dan kesah-kesah Rasulullah s.a.w juga, tetapi di sana sini terdapat pemahamantersendiri mengenai maksud ayat-ayat al-Quran dan ada pula cerita-cerita tentangRasulullah s.a.w yang tidak boleh ditemui dalam kitab-kitab sejarah. Perkara yangpaling mengelirukan adalah yang mengenai akidah. Berpegang kepada orang-orangyang demikian dan kitab-kitab yang demikian membuat seseorang tidak tahu di manamahu diletakkan al-Quran dan al-Hadis.Kitab-kitab tasauf yang boleh didapati di kedai-kedai buku, sebahagian daripadanyamemperbesarkan jazbah, zauk, fana, bersatu dengan Tuhan dan baqa dengan Tuhan.Pada satu peringkat kami menyangkakan bersatu dengan Tuhan itulah tahap palingtinggi boleh dicapai oleh manusia. Orang yang bersatu dengan Tuhan itulah orang yang

    sudah benar-benar sampai. Walaupun anggapan yang demikian muncul di dalam hatitetapi di satu bahagian hati yang tersembunyi menolak anggapan tersebut.Kami bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah mempertemukan kami dengan kitab-kitab karangan Imam Ibnu Athaillah, Syeikh Muhammad Abdul Haq Ansari mengenaisufisma yang dibawa oleh Syeikh Ahmad Sirhindi, Syeikh Abdul Qadir J ilani, Imam an-Nafari dan lain-lain yang telah membuka pandangan kami, dengan izin Allah s.w.t.Semoga Allah s.w.t mengurniakan rahmat yang berlimpah ruah kepada arwah merekasekalian.Kitab al-Hikam karangan Imam Ibnu Athaillah telah memainkan peranan yang pentingkepada kami dalam perjalanan mencari jawapan. Apa yang kami temui melalui kata-

    kata hikmah Imam Ibnu Athaillah itu telah kami susunkan dalam bentuk buku yang kamiberi jodol Syarah al-Hikam.Pandangan kami menjadi lebih jelas lagi setelah membaca keterangan yang diberikanoleh Syeikh Ahmad Sirhindi dalam kitab yang disusun oleh Syeikh Muhammad AbdulHaq Ansari. Di atas tapak yang dibina oleh Syeikh Ahmad Sirhindi itu kami mempelajarisejarah kehidupan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w. Ia telah memberipemahaman yang tetap kepada kami. Baharulah kami dengan yakin menolak kitab-

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    6/163

    kitab yang diedarkan secara bersembunyi yang kononnya atas alasan ilmu para walitidak boleh diberikan kepada orang ramai.Apa yang kami temui dan kami fahamkan itu kami tuliskan sebagai kitab KebenaranHakiki ini. Semoga keterangan di dalamnya boleh membantu saudara-saudara kami

    yang masih mencari-cari.Dengan segala kerendahan hati kami nyatakan bahawa kami bukanlah dari golonganulama tasauf. Apa yang kami tuliskan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian kami.Adalah lebih baik jika saudara-saudara yang membaca kitab ini merujuk semula kepadaorang yang alim dalam bidang ini.Kami serahkan pekerjaan kami kepada Allah s.w.t. Segala kebaikan yang ada padakitab ini adalah hak Allah s.w.t. Kekurangan dan kecacatannya adalah kerana kejahilankami. Segala puji dan puja hanya untuk-Nya.

    Sesungguhnya Engkau yang memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Mu. Terimalahdan berkatilah pekerjaan kami. Amin!Penghargaan yang tidak terkira kami tujukan kepada sahabat kami, Dol @ Zulkifli binAbdullah, yang telah banyak membantu kami dengan menyediakan keperluan-keperluan kami bagi memudahkan pekerjaan kami menyiapkan kitab ini. Penghargaankami juga kepada sahabat-sahabat yang lain yang telah memberi teguran danpandangan yang baik berhubung penulisan kitab ini. Semoga Allah s.w.t memberkatimereka sekalian.Kami teramat berhutang budi kepada Ybg. Dato Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man, yangdi dalam kesibukan beliau masih juga memberi ruang untuk meneliti kitab KebenaranHakiki ini serta memberi pandangan dan teguran yang membina. Sentuhan ikhlasbeliau telah menambahkan semangat serta keyakinan kami di dalam pekerjaan kami.Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara dan memberkati beliau.Kami sangat bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah meneguhkan kesabaran ahli-ahlikami yang terpaksa menanggung berbagai-bagai kesulitan selama kami berada dalampekerjaan ini.Semoga Allah s.w.t mengurniakan ganjaran yang melimpah ruah kepada merekasemua. Amin!Wassalam.MOHAMAD NASIR BIN MAJ ID(TOK FAQIR AN-NASIRIN)Seberang Takir.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    7/163

    1: NABI MUHAMMAD S.A.W DIUTUSKAN UNTUK MENYELAMATKAN UMATMANUSIAKEADAAN DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W:Dunia pada abad ke enam Masehi adalah umpama seorang yang sedang sakit tenat,tersangat memerlukan kepada penyelamat dan perawat yang mahir untuk mengubatipenyakitnya dan menyelamatkannya daripada berbagai-bagai huru-hara dankemusnahan. Semua bangsa-bangsa di seluruh pelusuk dunia dicengkam olehkegelapan akidah dan kehancuran moral. Bangsa Aria di Sepanyol dan di selatanPerancis terlibat di dalam perebutan kuasa dengan kerajaan Clovis yang bermazhabKatholik. Bangsa Aria yang mendapat bantuan daripada kerajaan Roman Timur berjayamenewaskan kerajaan Clovis. Setelah berjaya menewaskan kerajaan Clovis, bangsaAria berperang pula menentang kerajaan Roman Timur yang telah membantu mereka,kerana berebut kuasa ke atas tanah jajahan. Di negeri Inggeris pula bangsa Anglo danbangsa Saxon terlibat di dalam kes perebutan tanah juga. Di Itali, kekuasaan kerajaan

    Roman sudah sangat lemah, lalu ia berpindah kepada kekuasaan gereja (agamaMasehi). Kerajaan Yunani pula sudah dijajah oleh kerajaan Roman Timur.Bangsa-bangsa yang kuat di Eropah sering menceroboh kedaulatan bangsa-bangsayang lemah di Eropah Selatan. Bangsa Got dan bangsa Han berlumba-lumbamemperluaskan tanah jajahan. Di tengah-tengah Asia Kecil muncul bangsa Turki yangberjaya menyekat perkembangan kekuasaan Yunani. Mana-mana bahagian dunia yangdikuasai oleh kerajaan Roman Timur mengalami kerosakan teruk akibat kekejamanperang dan kezaliman pemerintah. Bukan kerajaan Roman Timur sahaja yangmelakukan kerosakan di atas muka bumi malah, sesiapa sahaja yang berjayamemperolehi kemenangan telah melakukan keganasan dan kerosakan, bahkan ada

    yang lebih ganas dan kejam daripada Roman Timur.Bukan di Eropah sahaja bergolak. Pergolakan berlaku juga di Asia. Di Tibet, India danCina muncul fahaman-fahaman yang ganjil-ganjil dan kepercayaan mistik yang sukardifahami, baik dalam bidang keagamaan dan falsafah dan juga dalam bidang siasah.Perbezaan fahaman keagamaan, falsafah dan siasah sering menjadi isu yangmenyebabkan persengketaan sesama sendiri. Keadaan diburukkan oleh lagi olehpeperangan yang berlaku dengan orang luar.Kerajaan Masehi Roman Timur yang berpusat di Konstantinopal terlibat di dalamkancah peperangan dengan kerajaan Parsi. Kemenangan sering bertukar tangan di

    antara mereka. Selain kerajaan Parsi, kerajaan lain yang lebih kecil dapat dikalahkanoleh kerajaan Roman. Sayap penindasan kerajaan Roman sampai juga ke Mesir.Dunia pada ketika itu penuh dengan kebuasan, kezaliman dan pertumpahan darah.Umat manusia lebih berminat melakukan kerosakan daripada berbuat kebaikan danperdamaian. Pemimpin bukan lagi menjadi pelindung dan penyelamat rakyat malah,merekalah yang lebih dahulu menindas rakyat yang mereka pimpin. Nyawa manusiamenjadi tidak berharga asalkan nafsu buas pemimpin yang berkuasa mendapat

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    8/163

    kepuasan. Sikap belas kasihan kepada rakyat yang lemah sangat jarang ditemui dikalangan golongan yang berkuasa.Pada ketika itu masih ada golongan yang berpegang kepada nilai-nilai murni yangdiajarkan oleh agama tetapi mereka tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan

    atau menyekat kerosakan yang melanda dunia dan umat manusia. Suara keagamaantidak cukup lantang untuk sampai ke telinga orang-orang yang berkuasa. Dikebanyakan tempat pihak yang berkuasa mengadakan tekanan dan kongkonganterhadap ahli-ahli agama sehingga cahaya agama yang sebenar tertutup dandiperlihatkan cahaya agama yang telah diwarnai oleh pihak pemerintah. Seluruhpelusuk bumi sudah dicalarkan oleh kuku kuasa-kuasa besar, hanya satu tempatsahaja pada ketika itu yang masih selamat daripada kuku kerosakan penjajah. Tempattersebut adalah Tanah Arab. Semenanjung Arab bukan diselamatkan oleh kekuatandan kepintaran penduduknya tetapi ia diselamatkan oleh kekuatan alam semula jadibumi bertuah itu. Lautan padang pasir dan gunung-ganang menjadi bentengpertahanan yang kuat menghalang percubaan kuasa besar untuk masuk ke dalamnya.Umat manusia sangat berhajat kepada penyelamat yang mampu mengadakanperubahan, membela nasib golongan yang lemah dan memperbaiki segala macamkerosakan yang telah melanda dunia. Seluruh dunia sudah berada di dalam keadaanhuru-hara, hanya bumi Arab yang masih bertahan. Bumi yang dipelihara itu menjaditempat yang paling sesuai untuk dijadikan markas bagi penyelamat yang akan datangmemulakan tugas demi umat manusia seluruhnya.SEMENANJUNG ARAB SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W:Walaupun sebahagian besar daripada Semenanjung Tanah Arab tidak berjaya dijajah

    oleh kuasa-kuasa besar namun, sebahagian daripadanya tidak terlepas daripada kukupenjajah. Bahrain dan Irak dijajah oleh kerajaan Parsi. Syria pula dijajah oleh kerajaanMasehi Roman Timur. Arab Hijaz dan Arab Tengah agak bernasib baik, walaupunmereka ada persefahaman untuk tunduk kepada kerajaan Parsi tetapi ia tidakdikuatkuasakan.Di antara semua penduduk Arab, kaum Badwi yang tinggal di pergunungan danpadang pasir menjadi satu-satunya puak Arab yang benar-benar bebas daripada mana-mana kekuasaan penjajah. Mereka jugalah kemudian hari kelak menjadi tenagapejuang yang paling kuat di dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk bumiArab dan juga lain-lain tempat di atas muka bumi.Sebelum Islam muncul di Tanah Arab, agama-agama Masehi dan Yahudi dan jugaagama menyembah berhala sudah pun bertapak di sana. Di antara mereka penganutagama Yahudilah yang paling fanatik dan agresif. Mereka bukan sekadar mahumenjajah untuk mendapatkan kuasa dan harta malah mereka sangat benci danmemusuhi sesiapa sahaja yang tidak seagama dengan mereka. Merekamenganggapkan kekuasaan ke atas bangsa-bangsa lain sebagai satu jihad yang mulia.Di dalam melakukan jihad tersebut mereka membolehkan diri mereka melakukan apa

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    9/163

    sahaja asalkan tujuan mereka tercapai. Penindasan keagamaan yang berlaku di TanahArab biasanya ada kaitan dengan penganut agama Yahudi. Ketika berkuasa di Yamanorang-orang Yahudi telah membakar 20,000 penganut agama Masehi yang engganmenerima agama Yahudi. Pembunuhan beramai-ramai manusia yang tidak bersalah itutelah mencemarkan kemurnian agama Yahudi dan pencemaran tersebut diperturunkan

    kepada generasi Yahudi yang di belakang.Agama Masehi pula kurang mendapat tempat di hati orang-orang Arab. Agama yangtelah diresapi oleh fahaman mistik yang pelik-pelik itu tidak menarik minat orang Arabyang umumnya bersifat kebendaan. Walaupun ada sebilangan kecil orang Arab yangmemeluk agama Masehi namun, agama tersebut tidak berjaya disebarkan denganmeluas.Agama yang paling popular kepada orang-orang Arab adalah agama menyembahberhala. Mereka yang masih percaya kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi tidakterlepas daripada perbuatan syirik iaitu mengadakan berhala-berhala sebagai

    perantaraan di antara mereka dengan Tuhan. Beberapa buah berhala besar dibina dibeberapa tempat. Di samping mempertuhankan berhala-berhala besar, suku dankeluarga Arab mempunyai berhala-berhala kecil yang juga dipertuhankan.Selain daripada penyembah berhala ada juga suku-suku Arab yang menyembah bulandan bintang, seperti suku-suku Kinanah, Lakham, J urhum, Asad dan Tayyi.Kebanyakan daripada orang Arab tidak percaya kepada hari akhirat. Merekaberanggapan hidup ini berakhir dengan kematian. Oleh itu segala perkara mestidiselesaikan di dunia ini juga. Ada juga sebahagian daripada mereka yang percayakematian bukan kesudahan kehidupan, terutamanya bagi orang yang mati dibunuh.Golongan ini percaya mangsa pembunuhan tidak dapat hidup aman pada alam lain

    sebelum dilakukan pembalasan terhadap pembunuhnya.

    Ada juga segelintir puak Arab yang percaya kepada malaikat. Mereka percaya malaikatberhubung dengan orang-orang suci di kalangan mereka. Mereka yang dianggap suciitu dijadikan perantaraan untuk berhubung dengan malaikat dan juga dengan Tuhan.Selain daripada golongan tersebut ada pula puak yang percaya kepada dua tuhan iaitutuhan kebaikan dan tuhan kejahatan. Tuhan kebaikan menjadikan yang baik-baiksahaja dan tuhan kejahatan menjadikan yang jahat-jahat sahaja.Puak yang paling mulia di Makkah iaitu puak Quraisy menganut fahaman zindik, iaitukepercayaan kepada cahaya dan gelap. Fahaman ini menolak kewujudan akhirat dan

    Tuhan. Fahaman yang demikian pada masa ini dipanggil ateis. Walaupun puak Quraisyini tidak percaya kepada Tuhan tetapi mereka menyembunyikan fahaman merekadengan cara berpura-pura mempercayai Tuhan supaya mereka tidak terasing daripadapuak-puak Arab yang lain yang percaya kepada kewujudan Tuhan. Fahaman sepertifahaman zindik ini juga dipegang oleh golongan bangsawan di Yasrib, dan merekakemudiannya membentuk kumpulan munafik yang menentang Rasulullah s.a.w secarasembunyi.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    10/163

    Agama Yahudi tidak dikembangkan kepada orang-orang Arab. Orang Yahudiberanggapan bangsa Arab lebih hina daripada mereka dan tidak layak diterima sebagaipenganut agama mereka. Agama Yahudi dijadikan agama yang khusus untuk bangsamereka sahaja. Selain daripada sikap orang Yahudi yang demikian, permusuhandengan kerajaan Masehi Roman Timur juga menyebabkan pergerakan kaum Yahudi

    terhalang. Kerajaan Roman Timur berjaya mengalahkan kerajaan Yahudi di Yaman danmereka memperhebatkan gerakan memburu orang Yahudi sebagai membalas dendamterhadap perbuatan Yahudi membakar kaum Masehi di Yaman. Di mana sahajadijumpai, tentera Roman Timur akan membunuh orang Yahudi. Orang Yahudi terpaksamelarikan diri ke seluruh pelusuk muka bumi. Sebahagian besar daripada merekamembuat tempat tinggal di Khaibar dan Yasrib. Mereka membina benteng yang kukuhdi sekeliling perkampungan mereka. Mereka tidak berani keluar jauh daripada bentengpertahanan mereka. Oleh yang demikian mereka terpaksa menggunakan khidmatorang-orang Arab di dalam menguruskan perniagaan dan perladangan mereka. J adi,tekanan daripada pihak kerajaan Roman Timur dan keegoan mereka sendirimenyebabkan agama Yahudi tidak berkembang di Semenanjung Arab.Ada sebilangan kecil puak Arab yang masih mengesakan Tuhan. Mereka terdiridaripada pemimpin Banu Hasyim yang menguasai pengurusan Kaabah. Mereka tetapmelakukan ibadat haji, umrah, bertawaf mengelilingi Kaabah dan menyembelihkanbinatang korban. Pegangan mereka bersumberkan ajaran Nabi Ibrahim a.s.Secara umumnya orang Arab percaya kepada Tuhan yang menciptakan alam tetapimereka beranggapan Tuhan terlalu tinggi dan mereka tidak mampu berhubung secaralangsung dengan Tuhan. Mereka percaya ada benda-benda alam yang dikasihi olehTuhan. Mereka berpendapat perhubungan dengan Tuhan perlu dibuat melalui benda-benda yang Tuhan kasihi. Bagi memudahkan upacara perhubungan dan penyembahan

    mereka membina patung-patung yang menyerupai sesuatu yang dianggap sebagaidikasihi oleh Tuhan. Mereka mengadakan penyembahan dan persembahan kepadapatung-patung tersebut sebagai cara untuk menyampaikan hajat kepada Tuhan YangMaha Tinggi.Umat manusia di seluruh Semenanjung Arab dan juga di seluruh pelusuk duniadibungkus oleh kegelapan akidah dan dicengkam oleh keruntuhan moral. Ajaran nabi-nabi yang pernah diutuskan oleh Tuhan telah dipinda oleh orang-orang yang gila kuasasehingga ketulenan ajaran tersebut tidak dapat dikenalpasti lagi. Apa juga ajaranagama yang tidak disenangi oleh pihak yang berkuasa akan diubahsuai. Bumi Parsimenyaksikan banyak agama-agama dihancurkan oleh pemerintah. Agama-agama

    Zoroaster, Manu dan Mazdak menemui kehancuran di Parsi.

    Agama Masehi pula diputarbelitkan oleh orang-orang Masehi yang tunduk kepadapemerintahan kerajaan Roman Timur. Agama Yahudi dirosakkan oleh kaum Yahudisendiri. Di tempat-tempat lain muncul agama falsafah yang direka oleh akal dankhayalan manusia sendiri. Kemusnahan akidah berlaku di merata tempat dan ia diikutioleh kehancuran nilai-nilai akhlak yang murni. Banyak perkara yang diterima pakaisebagai adat dan kebudayaan telah merosakkan nilai-nilai murni kemanusiaan. Di

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    11/163

    dalam kebudayaan orang Arab J ahiliah dan juga bangsa-bangsa lain, arak merupakanminuman kegemaran orang ramai. Darah umat manusia yang bercampur dengan najisarak menjadi medan yang luas bagi syaitan melakukan kerosakan ke atas Banu Adam.Puisi dan syair yang memuji dan memuja arak sering diperdendangkan. Arak menjadipintu kepada berbagai-bagai lagi perlakuan akhlak yang hina. J udi dan zina berleluasa

    di dalam masyarakat. Di dalam tradisi mereka juga kaum lelaki boleh berkahwinseberapa ramai yang mereka mahu asalkan mereka mampu. Kaum lelaki juga berhakmenceraikan isteri mereka sesuka hati mereka. Kaum wanita menerima nasib yanglebih malang apabila mereka yang kematian suami dikira sebagai sebahagian daripadaharta pusaka suami yang berhak dituntut oleh waris si suami. Tradisi yang demikianmenyebabkan sistem kekeluargaan menjadi kucar kacir. Dan, yang paling burukberlaku di dalam tradisi Arab J ahiliah adalah adat kejam menanam anak perempuanyang baharu lahir.Kerosakan akidah dan akhlak yang menyerang penduduk di Tanah Arab tidak mampudibendung oleh orang Masehi dan orang Yahudi. Orang Yahudi lebih berminat

    mengembangkan perniagaan mereka yang berasaskan riba. Perpecahan yang berlakudi kalangan masyarakat Arab memudahkan kaum Yahudi mengembangkan ekonomimereka tanpa persaingan besar daripada puak Arab.J ika kaum Yahudi sibuk mengumpulkan harta kaum Masehi pula tidak mempunyaikepimpinan yang berkaliber untuk mengadakan pembaikan ke atas umat manusia.Ajaran mistik yang kompleks menyebabkan agama tersebut menjadi satu agama yangsukar difahami oleh orang ramai. Oleh kerana itu banyak daripada urusan agamadilakukan oleh pihak gereja sahaja. Orang ramai yang telah menyerahkan urusanagama mereka kepada pihak gereja sudah dianggap mendapat keselamatan.Orang Arab secara umumnya mempunyai fikiran yang terbuka dalam banyak perkaratetapi mereka sangat fanatik dalam soal kepercayaan dan adat resam. Prinsip merekadalam perkara tersebut adalah berpegang teguh dengan apa juga yang mereka pusakaidaripada nenek moyang mereka. Pusaka nenek moyang yang menyentuh soalkepercayaan dan adat resam tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapapun.

    NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KAUM MUSLIMIN BERTANGGUNGJAWABMENYELAMATKAN UMAT MANUSIA DAN DUNIA SELURUHNYA:Di tengah-tengah kerosakan akidah dan akhlak yang melanda umat manusia di

    Semenanjung Tanah Arab dan di seluruh dunia itulah Allah s.w.t mengutuskan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan, di dalamdunia ini ada tidak lebih daripada tiga puluh orang yang mengenal Allah s.w.tsebagaimana yang patut dikenali. Kenyataan ini diterima oleh Salman al-Farisi daripadapendeta terakhir yang beliau temui di Ammuria, dalam perjalanannya mencarikebenaran, sehinggalah beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.Pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w mengakhirkan pencarian Salman. Dia telah

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    12/163

    menemui kebenaran.Nabi Muhammad s.a.w berkewajipan membaiki seluruh dunia. Hanya satu agama yanglengkap dan sesuai dengan fitrah asli sekalian manusia yang mengimbangi soal lahiriahdengan soal batiniah mampu menangani masalah berat yang sedang melanda dunia

    dan penghuninya. Agama tersebut adalah ISLAM! Baginda s.a.w diutuskan bagimenyampaikan risalat dari Allah s.w.t dan mentadbir urusan makhluk di dalam dunia iniagar peraturan Allah s.w.t dipatuhi oleh sekalian manusia. Kaum Muslimin yang menjadiumat baginda s.a.w juga memikul amanah tersebut, bertanggungjawab menyambungperjuangan baginda s.a.w. Tugas tersebut terletak di atas bahu umat Nabi Muhammads.a.w hinggalah kepada hari kiamat. J alan yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammads.a.w dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah sebaik-baik dan sebenar-benar jalan. J alan yang paling baik dan paling benar ini juga dilalui oleh para pengikutbaginda s.a.w yang datang kemudian.Dasar agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah mengabdikan diri

    kepada Tuhan Yang Maha Esa dan mencari kesejahteraan hidup di akhirat tanpamelupakan tanggungjawab terhadap kehidupan dunia dan makhluk Tuhan sekaliannya.Tugas utama mereka adalah menyucikan akidah mereka sendiri, kaum keluarga danumat manusia sekaliannya. Tugas susulan yang tidak kurang penting adalahmemurnikan akhlak diri sendiri, kaum keluarga dan umat manusia sekaliannya. Akidahdan akhlak merupakan dua agenda paling penting di dalam tarekat Nabi Muhammads.a.w yang juga diikuti oleh para sahabat baginda s.a.w.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    13/163

    2: NABI MUHAMMAD S.A.W INSAN FITRAHNabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia fitrah yang sejak awal kejadianbaginda s.a.w sentiasa bergerak di atas landasan fitrah insan yang suci murni. Fitrahyang suci bersih lagi murni akan mencetuskan perjuangan dalam jiwa apabila insan itu

    dibaluti oleh suasana yang penuh dengan kemunkaran, kezaliman, penyembahanberhala dan benda-benda alam, perebutan kuasa, kegilaan kepada harta dan berbagai-bagai adat serta kebudayaan yang menyimpang jauh daripada sifat fitrah yang asli.Perjuangan dalam jiwa Nabi Muhammad s.a.w sampai ke kemuncaknya apabilabaginda s.a.w mencapai usia 36 tahun. Kejahilan, kesyirikan, kekafiran, kemunkarandan kezaliman yang berleluasa di dalam masyarakat menjadi beban yang sangat beratmenghimpit jiwa fitrah baginda s.a.w. Tekanan tersebut menjadi lebih kuat lantaransegala kerosakan itu terjadi kepada orang-orang yang hampir dengan baginda s.a.w,kaum keluarga dan masyarakat yang sama keturunan dengan baginda s.a.w,sedangkan jalan untuk menyelamatkan mereka tidak terbuka. J iwa fitrah yang sangatmengasihi sesama manusia sangat menginginkan keselamatan dan kesejahteraan

    kepada sekalian manusia. J iwa yang seperti inilah yang selalu menderita apabilamelihat kerosakan yang terjadi kepada orang lain.Fitrah yang suci murni memiliki bakat yang istimewa iaitu kebolehan untuk mengenaldan mengerti tentang sesuatu yang benar dan juga memiliki keupayaan untuk bergerakkepada yang benar itu. Apabila mencapai usia 36 tahun Nabi Muhammad s.a.w diheretoleh fitrah suci baginda s.a.w ke Gua Hiraa, kira-kira 10 km ke utara Makkah. Guatersebut terletak di atas Gunung Hiraa, kira-kira 20 meter dari puncak gunung. Seoranglelaki yang kuat memerlukan masa kira-kira 40 minit untuk mendaki dari bawah hinggake aras Gua Hiraa. Laluan masuk ke dalam gua tersebut sangat sempit, di celah duabuah ketulan batu besar yang hampir-hampir bertaut. Seseorang yang ingin melaluinya

    perlu menyusup dengan bersusah payah. Setelah berjaya melepasi laluan yang sempititu seseorang itu akan masuk ke dalam satu ruang kosong yang sempit juga. Ruangnyatidak memadai untuk seorang manusia tidur dengan selesa di dalamnya.Gua tersebut disembunyikan oleh batu-batu besar, hampir-hampir tidak ada cahayamatahari yang masuk ke dalamnya. Batu-batu di sekitar gua itu berwarna hitamkemerah-merahan yang boleh menimbulkan rasa gerun dalam hati sesiapa yangmenyaksikan pemandangan di sana. Bahagian yang terdapat Gua Hiraa merupakanbahagian yang paling menggerunkan di antara semua bahagian Gunung Hiraa.Tarikan Fitrah telah membawa Nabi Muhammad s.a.w ke tempat yang tidak ada

    manusia mahu pergi, apa lagi tinggal beberapa hari di sana siang dan malam. BulanRamadan merupakan tempoh yang paling baginda s.a.w gemar berkhalwat di GuaHiraa. Baginda s.a.w berulang-alik ke Gua Hiraa sehinggalah wahyu yang pertamaturun ketika usia baginda s.a.w menjangkau 40 tahun.Suasana Gua Hiraa menceritakan bahawa hanya insan yang berjiwa besar dan sangatberani serta bersemangat waja sahaja yang sanggup tinggal di sana seorang diri, siangdan malam dan berhari-hari lamanya. Hanya tawakal dan keyakinan yang teguh

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    14/163

    membuat seseorang mampu bertahan di dalam kegelapan Gua Hiraa, tidak dapatmelihat binatang bisa seperti ular dan jengking yang mungkin muncul pada bila-bilamasa sahaja. Insan yang boleh tinggal di sana pastilah di dalam jiwanya tidak adasebesar zarah pun rasa takut kepada makhluk, kecintaan kepada dunia, harta benda,pangkat dan kemuliaan. Hanya jiwa Islam (berserah diri sepenuhnya kepada Allah

    s.w.t) yang sempurna dapat tinggal sendirian di dalam Gua Hiraa. Tujuan, harapan danpergantungan hanyalah Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.Semakin mendekati usia 40 tahun semakin kerap Nabi Muhammad s.a.w mengunjungiGua Hiraa. Apabila berada di luar gua, terutamanya pada waktu malam, baginda s.a.wmerenung bangunan alam maya, melihat kerapian susunannya dan keindahangubahannya. Apabila berada di dalam gua baginda s.a.w merasakan ketenangan,kedamaian dan kelazatan. Gua Hiraa yang gelap gelita dan sunyi sepi memisahkanbaginda s.a.w daripada seluruh alam dan sekalian makhluk. Kegelapan membungkusjasad hinggakan pengaruh jasad tidak lagi menghijab hati nurani. Apabila terpisahdaripada segala yang maujud, fitrah suci akan merdeka dari segala sesuatu kecuali

    Allah s.w.t. Cahaya fitrah yang suci lagi murni memancar dengan terang benderangmenyuluh ke seluruh pelusuk alam maya menyaksikan dengan jelas apa yang tidakmampu dipandang dengan mata. Tiap sesuatu menjadi terang benderang di dalamsinaran fitrah suci Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada satu zarah pun yang terlindungdaripada pandangan mata hati baginda s.a.w. Semuanya jelas dan nyata namun, masihada satu yang tidak dapat disingkap oleh fitrah, walaupun seseorang itu manusia suci.Fitrah mampu menyingkap rahsia kemanusiaan sehingga manusia boleh membentuktatasusila kehidupan yang sesuai untuk dijalani oleh semua umat manusia. Fitrah bolehmembentuk sistem moral yang baik. Fitrah dapat menguruskan pentadbiran negara danperdagangan. Fitrah dapat meneroka alam maya dan benda-benda alam. Tetapi

    apabila berhadapan dengan Pencipta manusia dan alam sekaliannya dan juga Penciptafitrah itu sendiri maka fitrah hanya mampu berkata, Allah! dan masuk kepadapenyerahan tanpa takwil.

    Apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hiraa pernah dialami juga olehNabi Ibrahim a.s, sebagaimana diceritakan oleh al-Quran:

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    15/163

    Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan

    (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percayadengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, iamelihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: Inikah Tuhanku? Kemudianapabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: Aku tidak suka kepada yang terbenamhilang. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), ia berkata:Inikah Tuhanku? Maka setelah bulan itu terbenam berkatalah ia: Demisesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah akudari kaum yang sesat. Kemudian apabila ia melihat matahari sedang terbit(menyinarkan cahayanya), berkatalah ia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar! Setelahmatahari terbenam, ia berkata pula: Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri(bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya akuhadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang akutetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyengutukan

    Allah (dengan sesuatu yang lain). ( Ayat 75 79 : Surah al-Anaam )Tafakur membawa Nabi Ibrahim a.s berhujah dengan fahaman-fahaman yangmenjadikan benda-benda alam sebagai tuhan-tuhan. Tafakur dan hujah berakhir padatahap: Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit dan bumi. Akuhadapkan dengan fitrah yang hanif. Aku tidak mempersekutukan-Nya dengan apa-apapun. Tahap terakhir ini Allah s.w.t bukakan kepada para hamba-Nya yang Diakehendaki. Hadapkan fitrah suci kepada-Nya dengan penuh keikhlasan tanpamengadakan sebarang takwil mengenai-Nya dan tidak mengadakan sekutu bagi-Nya.Dia sendiri menentukan bila dan bagaimana Dia berkehendak mengadakan pembukaankepada hamba-Nya.Pada 17 Ramadan, tahun 41 daripada umur Nabi Muhammad s.a.w, datanglah malaikatJ ibrail a.s membawa wahyu yang pertama daripada Tuhan Azza wa J alla, sebagaimenyempurnakan lagi fitrah Nabi Muhammad s.a.w, menaikkan fitrah insan kepadadarjat fitrah Muslim, menjawab segala yang terkilan, menghuraikan segala yang kusutdan membukakan segala yang tertutup. Sempurnalah kesempurnaan Muhammad bin

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    16/163

    Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim dipersiapkan untuk menanggung mahkotaseluruh alam, menjadi penutup sekalian nabi-nabi, menjadi penyelamat umat manusiadan dunia seluruhnya, menjadi rahmat kepada sekalian alam dan menjadi kekasihAllah!

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    17/163

    3: FITRAH (FIKIRAN, ILHAM DAN KASYAF) DAN WAHYUSemua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Sekalian yanglahir daripada Adam a.s dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.syang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau gali-galian. Adam a.s dan keturunan

    beliau a.s menjadi manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan. Tidak adamanusia yang tidak memiliki kemanusiaan. Benih kemanusiaan yang pertamadisemaikan pada kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut berjalan kepada SitiHawa, ibu yang mulia dan diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika Adama.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih kemanusiaan itu hanya aktif padamereka berdua sahaja., tidak membiak. Setelah mereka dikeluarkan daripada syurgadan ditempatkan di bumi, di dalam dunia, baharulah benih kemanusiaan itumenampakkan keupayaannya melahirkan generasi manusia. Benih kemanusiaan akanterus bekerja melahirkan manusia hingga ke hari kiamat. Apabila berlaku kiamatbaharulah benih kemanusiaan itu berhenti melahirkan manusia.Bermula daripada Adam a.s sampailah kepada manusia terakhir pada hari kiamat,benih kemanusiaan berjalan terus, melahirkan keturunan manusia yang berpecah-pecah kepada berbagai-bagai bangsa, suku dan keluarga. Perjalanan benih tersebutsangat sempurna sehingga tidak berlaku kesilapan pada pekerjaannya. J ika benihkemanusiaan melakukan kesilapan nescaya ada ibu-ibu manusia yang melahirkan ikan,beruang, rambutan dan lain-lain. Kesempurnaan benih kemanusiaan menyebabkanmanusia akan terus melahirkan manusia sahaja tidak bangsa lain.Keturunan Adam a.s membiak melalui proses percantuman benih lelaki dengan benihperempuan. Walaupun pada zahirnya percantuman benih menjadi proses pembiakanketurunan manusia tetapi bukanlah benih lelaki dan benih perempuan itu yang

    mengawal kewujudan dan kesinambungan bangsa manusia. Adam a.s diciptakanbukan daripada benih lelaki atau benih perempuan namun, Adam a.s tetap memilikikemanusiaan. Nabi Isa a.s diciptakan tanpa melalui proses percantuman benih lelakidengan benih perempuan namun, Isa a.s tetap memiliki kemanusiaan. Setiap manusiatidak terlepas daripada kemanusiaan yang tidak dimengerti hakikatnya. J ika semuamanusia bermula dari Adam a.s hinggalah kepada manusia terakhir yang ada pada harikiamat, dibedah untuk dikaji perihal kemanusiaan itu tentu sekali perbuatan tersebuthanya sia-sia sahaja. Tidak mungkin dijumpai hakikat kemanusiaan pada mana-manamanusia tetapi peranan dan pengaruhnya pada setiap manusia tidak dapatdipertikaikan.J ika mahu memahami tentang hakikat ia harus dilihat dari sumbernya. Sumber segalakejadian ada pada sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya menurutIradat-Nya, dengan Kudrat-Nya dan sesuai dengan Ilmu-Nya. Apa juga yang Allah s.w.tberkehendak menciptakan sudah termaktub di dalam Ilmu-Nya. Apa yang pada sisiAllah s.w.t atau pada Ilmu-Nya itu dinamakan hakikat. Sebelum Allah s.w.t menciptakanalam dan benda-benda alam, hakikat alam dan hakikat-hakikat benda alam sudah punada pada Ilmu-Nya. Hakikat adalah kewujudan yang memerintah atau mengawal.Segala yang diciptakan Allah s.w.t, yang mengisi ruang alam, dikawal oleh hakikat

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    18/163

    masing-masing. Hakikat yang berhubung dengan kejadian manusia dinamakan HakikatManusia atau Hakikat Insan. Hakikat Insan mengawal kejadian manusia sejak manusiapertama hinggalah kepada manusia yang penghabisan. Apa juga yang dikawal olehHakikat Insan akan lahir sebagai manusia. Hakikat Malaikat mengawal kewujudanmalaikat. Hakikat Haiwan mengawal kewujudan haiwan dan demikian juga dengan

    hakikat-hakikat yang lain. Haiwan tidak boleh menjadi manusia dan manusia tidakboleh menjadi malaikat apa lagi menjadi Tuhan. Hakikat masing-masing tidakmengizinkan perkara yang demikian terjadi.

    Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah itu. (Ayat62 : Surah al-Ahzaab)

    Tidak ada (sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah. ( Ayat 64 : SurahYunus )

    Tiada suatupun dari makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yangmenguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 :Surah Hud)Hakikat adalah suasana pentadbiran Tuhan. Suasana pentadbiran Tuhan bukan

    makhluk. Oleh itu ia tidak boleh ditemui pada makhluk tetapi kehadirannya menguasaidan mengawal kewujudan dan kesinambungan kewujudan makhluk boleh dirasai. Akalyang sihat juga boleh mengakui kebenaran ini. Tanpa kawalan daripada alam hakikatnescaya berlaku huru-hara pada kejadian makhluk. Tentu sekali semua haiwan mahumenjadi buraq. Manusia dan jin mahu menjadi malaikat. Semua orang mahu lahirsebagai putera raja. Tetapi semua itu tidak berlaku kerana benteng hakikat sangatteguh, tidak dapat dirobohkan oleh makhluk. Pada Hakikat Insan sudah ada maklumatyang jelas dan muktamad tentang kejadian semua manusia termasuklah giliran masing-masing masuk ke alam dunia ini.Di antara semua hakikat-hakikat, hakikat yang menguasai manusia merupakan hakikat

    yang paling utama kerana ia mengadakan hubungan yang istimewa di antara insandengan Tuhannya.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    19/163

    (Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Akuhendak menciptakan manusia - Adam - dari tanah. Kemudian apabila Akusempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku, makahendaklah kamu sujud kepadanya. ( Ayat 71 & 72 : Surah Saad )Adam a.s ditempa daripada tanah. Bahagian Adam a.s yang ditempa daripada tanah inidinamakan jasad, tubuh badan atau diri yang zahir. J asad yang dari tanah itu walaupunsudah sempurna kejadiannya, cukup lengkap dengan sekalian anggota namun, ia tetapkaku, tidak dapat bergerak, tidak merasakan apa-apa dan tidak dapat berkata-kata. Iasudah mempunyai otak tetapi otaknya tidak dapat berfikir. Ia sudah mempunyai matatetapi matanya tidak dapat melihat. Ia sudah mempunyai telinga tetapi telinganya tidakdapat mendengar. Ia hanyalah satu lembaga yang kaku. Tetapi sebaik sahaja iamenerima tiupan dari Roh Allah s.w.t segala-galanya berubah dengan serta merta.Otaknya mula berfungsi. Mata, telinga dan semua anggotanya juga mula berfungsi. Iajuga boleh merasa. Ia bukan lagi satu lembaga yang kaku tetapi ia sudah menjadi insanyang hidup, boleh berfikir, boleh berkata-kata, boleh bergerak dan boleh merasa.

    Keajaiban itu berlaku semata-mata kerana tiupan dari Roh Allah s.w.t. Bahagian Adama.s yang menerima tiupan daripada Roh Allah s.w.t itu dinamakan Diri Batin ataurohani.Roh Allah s.w.t bukanlah Allah s.w.t dan juga bukan nyawa yang menghidupkan Allahs.w.t. Allah s.w.t hidup dengan Zat-Nya, bukan dengan nyawa atau roh dan bukan jugadengan sifat hidup. Sifat hidup bergantung kepada Allah s.w.t tetapi Allah s.w.t tidakbergantung kepada sifat hidup. Roh Allah s.w.t sama halnya seperti Tangan Allah s.w.t,Kalam Allah s.w.t, Pendengaran Allah s.w.t dan lain-lain yang dinisbahkan kepada-Nya.Semuanya bukanlah Allah s.w.t tetapi adalah keadaan atau sifat atau misal atau ibaratyang memperkenalkan Diri-Nya sekadar layak Dia dikenali oleh makhluk-Nya. Hakikat

    Diri-Nya yang sebenar tidak mampu disifatkan, diibaratkan atau dimisalkan kerana Diaadalah:

    Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )Sekalipun Dia tidak boleh disifatkan tetapi Dia adalah:

    Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )Allah s.w.t sendiri mengatakan Dia Mendengar dan Melihat. Dia mengadakanpenyifatan setelah terlebih dahulu Dia menafikan segala bentuk penyifatan. Dia tidakserupa dengan apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran, cita-cita dan khayalanmanusia. Dia tidak serupa dengan apa juga yang nyata dan yang ghaib, yang zahir danyang batin. Bila Dia mengatakan Dia Mendengar dan Melihat maka Mendengar dan

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    20/163

    Melihat-Nya tidak serupa dengan apa juga keadaan mendengar dan melihat yangdiketahui atau tidak diketahui oleh manusia. Bila Dia mengatakan Dia Berkata-katamaka Kalam-Nya tidak serupa dengan apa juga bentuk percakapan baik yang bolehdifikirkan oleh manusia mahu pun yang tidak boleh difikirkan oleh manusia. PerkataanAllah s.w.t tidak serupa dengan apa juga bentuk perkataan. Kalam-Nya tidak berhuruf

    dan tidak bersuara. Apabila Dia tujukan firman-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.wyang berbangsa Arab, digubah-Nya Kalam-Nya dalam bahasa Arab yang berhuruf danbersuara dan Dia masih menisbahkan Kalam-Nya yang berhuruf dan bersuara dalambahasa Arab itu sebagai Kalam-Nya. Oleh kerana Dia sendiri memperakui yangdemikian adalah Kalam-Nya sesiapa menafikannya adalah kufur, tetapi sesiapamengatakan Allah s.w.t bercakap dalam bahasa Arab maka terlebih kufur lagikeadaannya. Konsep nafi dan isbat tidak boleh dipisahkan apabila memperkatakantentang Allah s.w.t pada aspek yang disifatkan. Apabila Allah s.w.t memperkenalkanDiri-Nya kepada manusia maka Dia wujudkan penyifatan yang mampu diterima olehmanusia, sesuai dengan keupayaan mengenal yang ada dengan manusia, tetapi YangHaq itu melampaui apa yang disifatkan. Aspek Allah s.w.t yang disifatkan merupakan

    pintu atau perantaraan yang menghubungkan hamba dengan Allah s.w.t yang tidakmampu disifatkan. Sekalipun Allah s.w.t memperkenalkan Diri-Nya melalui sifat-sifatyang diketahui oleh manusia tetapi mengadakan lembaga bagi Allah s.w.t adalah sesatyang nyata. Sesiapa yang menjadi jelas kepadanya konsep nafi dan isbatsesungguhnya dia telah memperolehi nikmat yang tidak terhingga nilainya.

    Tiada Tuhan melainkan AllahRoh Allah s.w.t adalah perantaraan yang kerananya manusia memperolehi kehidupan.

    Roh Allah s.w.t adalah suasana pentadbiran Allah s.w.t yang mengawal bidangkehidupan. Adam a.s memperolehi sifat hidup kerana tiupan Roh Allah s.w.t atauHakikat Roh yang ada pada sisi Allah s.w.t. Apabila keturunan Adam a.s berkembangbiak kesemua mereka tidak terlepas daripada kawalan Hakikat Roh yang menjadisumber kepada penghidupan yang bermula dengan penghidupan Adam a.s. Walauberapa ramai sekalipun manusia diciptakan mereka tetap menerima kehidupandaripada sumber yang sama iaitu suasana pentadbiran Allah s.w.t yang diistilahkansebagai Roh-Nya atau Hakikat Roh. Suasana ketuhanan itu mempunyai bakat dankeupayaan untuk menghidupkan setiap jasad secara berasingan dan bebas daripadajasad-jasad yang lain. Setiap jasad memiliki keupayaan untuk hidup sendiri, walaupunada jasad yang mengalami kematian namun jasad-jasad lain terus juga hidup. Jasad

    yang sudah diciptakan boleh juga hidup sekalipun masih banyak lagi jasad yang belumdizahirkan.Adam a.s dan keturunan beliau a.s diciptakan dengan bermatlamat:

    Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    21/163

    hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )Adam a.s dan keturunan beliau a.s yang dibangsakan sebagai manusia diciptakan Allahs.w.t untuk dijadikan khalifah di bumi. Khalifah boleh diartikan menurut beberapapengertian. Pada pengertian pertama khalifah bermaksud pengganti kepada makhluk

    yang telah pupus. Satu ketika dahulu bumi ini pernah didiami oleh satu bangsa makhluktetapi makhluk tersebut telah dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana mereka berbuatderhaka kepada Allah s.w.t. Sejak makhluk bangsa tersebut pupus tidak ada lagimakhluk berakal yang mendiami bumi. Adam a.s diciptakan untuk menggantikanbangsa yang telah pupus itu. Khalifah pada makna yang kedua bermaksud penggantiRasulullah s.a.w, yang menjadi pemimpin umat Islam setelah baginda s.a.w wafat.Khalifah dalam segi ini ada dua kategori iaitu khalifah rasyidin (yang dipimpin) dankhalifah umum. Saidina-saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali termasuk dalamgolongan khalifah rasyidin yang mendapat pimpinan Allah s.w.t dan dijamin kebenaranmereka. Pimpinan mereka mendapat keredaan Allah s.w.t. Perbuatan dan perkataankhalifah rasyidin boleh dijadikan rujukan dalam pembentukan hukum-hukum agama,

    selepas al-Quran dan as-Sunah. Khalifah yang selain mereka tidak memiliki darjatyang demikian. Pada makna yang ke tiga pula khalifah bermaksud makhluk ataugolongan yang memiliki ciri-ciri khusus mengatasi semua makhluk atau golongan lain.Ia bermaksud bangsa manusia yang memiliki bakat-bakat serta keupayaan melebihimakhluk lain dalam menguruskan hal-ehwal di bumi yang meliputi kehidupan manusiasendiri dan juga makhluk yang lain.

    Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berimereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; danKami memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kamitelah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yangtelah Kami ciptakankan. ( Ayat 70 : Surah Bani Israil )Bangsa manusia dibekalkan dengan bakat-bakat dan keupayaan semulajadi yangmelebihkan mereka daripada makhluk yang lain sehingga mereka boleh memimpinmakhluk lain di bumi atau menjadi khalifah di bumi. Bakat kekhalifahan sudahdibekalkan kepada manusia sejak manusia pertama diciptakan.

    Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan nama benda-benda dan gunanya, (Ayat31 : Surah al-Baqarah)Allah s.w.t membekalkan kepada Adam a.s bakat kekhalifahan sesuai dengan tujuanbeliau a.s diciptakan. Bakat kekhalifahan yang dibekalkan kepada Adam a.s dan

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    22/163

    bangsa manusia itu dinamakan fitrah manusia. Makhluk lain juga dibekalkan denganfitrah masing-masing tetapi fitrah yang dikurniakan kepada bangsa manusia adalahyang paling utama dan paling sempurna. Pada fitrah manusia terkumpul semua fitrahkejadian alam. Lantaran itu manusia berpengetahuan tentang tabii makhluk yang lainseperti malaikat, haiwan, angin, tumbuh-tumbuhan, syaitan dan lain-lain. Fitrah manusia

    yang bersifat universal itu membuat manusia boleh memakai sifat-sifat anasir alamyang lain. Mereka boleh bersifat seperti malaikat atau syaitan atau haiwan atau punmembeku seperti galian. Fitrah itu juga membuat manusia boleh mengambil manfaatdaripada anasir alam. Mereka boleh menciptakan kenderaan udara dan terbang sepertiburung dan kenderaan air untuk berenang seperti ikan apa lagi kenderaan darat untukmereka bergerak seperti kuda.Alat penting yang ada dengan manusia dalam menjalankan tugas kekhalifahan adalahbeberapa bakat fitrah insan yang ada dengan mereka. Bakat fitrah yang pertamaadalah akal fikiran. Melalui bakat fitrah akal ini manusia mampu membentuk kehidupanyang teratur dan juga mampu mengambil manfaat daripada benda-benda alam yang

    ada di sekeliling mereka. Daya fikir yang menjadi bakat fitrah ini berkait rapat dengansatu lagi bakat fitrah iaitu ilham. Ilham sebagai bakat fitrah tahap ke dua adalah lebihseni daripada akal fikiran. Ilham menjadi pencetus atau penggerak kepada daya fikiruntuk meneroka dan mengembangkan apa yang dicetuskan oleh ilham itu.Bakat fitrah yang ke tiga diceritakan oleh al-Quran:

    Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya,kemudian ditunjukkannyakan kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikatmenjawab: Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selaindari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang MahaMengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah namabenda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan namabenda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah telah Aku katakankepada kamu bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Akumengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan. ( Ayat 31 33 : Surah al-Baqarah )Allah s.w.t mengetahui rahsia semua langit dan bumi. Dia mengetahui yang nyata dan

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    23/163

    yang disembunyikan. Sebahagian daripada pengetahuan tersebut Allah s.w.tsimpankan pada fitrah Adam a.s sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan Kamiajarkan kepada Adam nama-nama sekaliannya. Maksud nama di sini adalah namabeserta segala maklumat yang terperinci yang berkait dengan yang dinamakan itu.Bakat fitrah yang mengetahui sebahagian daripada yang nyata dan yang

    disembunyikan mengikut apa yang dibekalkan oleh Allah s.w.t itu dinamakan kasyaf.Pengetahuan Adam a.s melalui kekuatan kasyaf melebihi pengetahuan malaikat.Keistimewaan yang ada pada fitrah insan adalah kerana perkaitannya dengan tiupanRoh Allah s.w.t.

    .. lalu Aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujudkepadanya. (Ayat 72 : Surah Saad)

    Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam!( Ayat 34 : Surah al-Baqarah )Semua makhluk termasuk malaikat diperintahkan sujud kepada Adam a.s kerana fitrahAdam a.s ada perkaitan dengan tiupan Roh Allah s.w.t. Kadang-kadang istilah Rahsiaatau Rahsia Allah s.w.t digunakan oleh orang sufi bagi menceritakan maksud tiupanRoh Allah s.w.t itu. Istilah Rahsia digunakan bagi menerangkan bahawa tiupan RohAllah s.w.t bukanlah sesuatu yang boleh dihuraikan dengan jelas. Ia adalahsebenarnya rahsia kerana jarang manusia yang diberi pengetahuan tentangnya dankumpulan sedikit yang diberi pengetahuan itu tidak mampu menghuraikannya dengan

    jelas kepada orang lain. Pemahaman itu ditanamkan sebagai keyakinan bukan huraianakal. Rahsia Allah s.w.t itulah yang membuka medan perhubungan di antara Allah s.w.tdengan hamba-Nya. Rahsia Allah s.w.t itulah yang menanamkan kefahaman tentang

    Allah s.w.t yang ; Allah Mendengar dan Melihat; Allah Maha Esa danberbagai-bagai aspek ketuhanan.Orang sufi banyak menggunakan istilah yang maksudnya kurang jelas bagi orangawam sedangkan istilah yang demikian tidak ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w.Perlu diketahui bahawa huruf dan perkataan adalah alat untuk menyampaikan maksud.Kadang-kadang huruf dan perkataan gagal menyampaikan maksud yang tersirat.

    Apabila ia gagal menyampaikan maksud ia menjadi tabir yang menyembunyikanmaksud. Ayat yang serupa apabila diucapkan oleh orang yang berlainan bolehmembawa pengertian yang berbeza. J ika seorang jejaka asing berkata kepada seoranggadis, Aku cinta padamu, ia tidak menyampaikan maksud yang jelas kepada gadistersebut, tetapi jika kekasihnya yang mengucapkan demikian si gadis itu akanmendapat maksud yang jelas. Walaupun ayat yang serupa digunakan tetapi perbezaanorang yang mengatakannya membawa pengertian yang berbeza-beza.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    24/163

    Hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat mengeluarkan ucapan yang maksudsebenarnya masuk terus kepada pemahaman si pendengar. Golongan yang paling arifdalam bidang tersebut adalah para nabi dan yang terutama di antara mereka adalahNabi Muhammad s.a.w. Apabila Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan sesuatuperkara maka maksud yang sebenar terus tertanam dan terpahat dalam hati si

    pendengar. Apabila baginda s.a.w mengatakan, Allah Mendengar dan Melihat, makamaksud Allah Mendengar dan Melihat itu menjadi jelas pada fahaman orang yangmenerima pengajaran daripada baginda s.a.w, hinggakan huraian lanjut tidakdiperlukan kerana orang berkenaan benar-benar mengerti apa yang baginda s.a.wmaksudkan. Kaum Muslimin beriman kepada perkataan Rasulullah s.a.w yangmelahirkan kefahaman pada mereka dan mereka tidak perlu bertakwil lagi. Perkataanyang keluar secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w berkekuatanmenghancurkan hijab, membuka keghaiban dan menyampaikan maksud yang tersirat,melebihi apa juga bentuk amalan menghancurkan hijab atau menyingkap keghaibanyang dilakukan oleh sesiapapun, sama ada ahli ibadat atau ahli suluk. Sebab itu parasahabat baginda s.a.w tidak perlu menjalani latihan khusus seperti berkhalwat atau

    bersuluk. Apabila Rasulullah s.a.w mengatakan, Allah lebih hampir kepada kamu dariurat leher kamu sendiri, maka para sahabat mendapat kefahaman yang jitu tentangkehampiran Allah s.w.t yang baginda s.a.w maksudkan itu. Mereka tidak memerlukanulasan kerana perkataan yang keluar secara langsung dari mulut Rasulullahs.a.w memberi kefahaman yang lebih jelas daripada apa juga bentuk dan carapenjelasan. Perkataan Rasulullah s.a.w sudah membukakan rahsia dan yangtersembunyi berhubung apa yang baginda s.a.w katakan, maka tidak ada keperluankepada istilah tambahan, yang rahsia atau yang samar-samar.Semakin jauh zaman meninggalkan Rasulullah s.a.w semakin berkurangan kekuatanperkataan yang diucapkan oleh manusia, walaupun mereka menggunakan bahasa dan

    perkataan yang pernah baginda s.a.w ucapkan. Ayat al-Quran yang dibaca pada hari inisama dengan ayat al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w dahulu tetapi tidakada manusia pada hari ini dapat membacakan al-Quran dengan cara menyampaikanmaksud sebenar dan setepat yang dibacakan itu kepada pendengar sebagaimana yangtelah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Guru-guru hari ini perlu mencari kekuatantambahan kepada perkataan mereka dengan memperbanyakkan perkataan yangdiperkatakan dalam bentuk terjemahan, huraian, tafsiran, ulasan, perumpamaan dansebagainya. Apabila sampai kepada perkara-perkara ghaib dan tersembunyi guru perlumengadakan pintu untuk menahan murid yang belum layak merempuh ke hadapan dansebagai jalan masuk kepada murid yang sudah layak. Pintu tersebut adalah istilah-istilah yang baharu digunakan, yang tidak digunakan sebelumnya. Ia menjadi

    sempadan memisahkan yang khusus daripada yang awam. Di antara istilah baharu ituadalah Rahsia Allah s.w.t yang menceritakan tentang perkaitan insan dengan tiupanRoh Allah s.w.t. Istilah tersebut menyekat orang awam daripada mencari-cari maksudyang tersirat dan istilah itu juga menjadi stesen loncatan bagi mereka yangmemperolehi kefahaman tentang perkara tersebut. Kefahaman yang diperolehi ituadalah kefahaman yang tidak dapat dihuraikan, tetapi dimengerti halnya dan melaluinyaorang khusus maju terus dalam mengenal Allah s.w.t.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    25/163

    Allah s.w.t mengurniakan fitrah sejagat kepada manusia kerana mereka memikulamanah serta beban tugas yang suci lagi mulia:

    (Allah bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semuamenjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. (Ayat 172 : Surah al-A raaf )

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekamenyembah dan beribadat kepada-Ku. ( Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat )Fitrah manusia bukan sekadar berperanan dalam mentadbir penghidupan menuruttabiat semulajadi kemanusiaan malah lebih penting lagi ia adalah persediaan buatmanusia melakukan kehambaan (ubudiah) terhadap Allah s.w.t.Manusia yang bergerak dalam sekop fitrahnya mampu memperolehi maklumat melaluiakal fikiran, ilham dan kasyaf. Pancaindera dan fikiran bergabung di dalammendapatkan maklumat mengenai perkara yang zahir. Maklumat yang diperolehidengan cara ini boleh dikembangkan oleh akal fikiran dengan menggunakan hukumlogik dan formula-formula yang dapat disusun oleh akal fikiran. Kebolehan berfikir yangdihasilkan oleh fitrah manusia mampu membawa manusia meneroka segala bidanglahiriah seperti sains, teknologi maklumat, matematik, astronomi, kedoktoran,pentadbiran negara dan lain-lain. Sempadan bagi akal fikiran adalah logik. Ia tidakmampu mengolah sesuatu yang telah keluar daripada daerah logik.Bakat-bakat fitrah merupakan kenyataan kepada firman Tuhan yang bermaksud: Dantelah diajarkan kepada Adam nama-nama semuanya. Segala maklumat yang perlubagi manusia menjalankan tugasnya sebagai khalifah di bumi sudah pun ada padafitrahnya. Proses pembelajaran, pengalaman, penyelidikan dan sebagainya merupakancara mencungkil maklumat yang tersimpan di dalam khazanah fitrah, bukan membawamasuk maklumat yang baharu. Pada satu tahap, maklumat di dalam khazanah fitrahdicungkil melalui cara berfikir. Kebolehan berfikir ini dikuasai oleh semua manusiakecuali orang gila.Apa yang Tuhan ajarkan kepada Adam a.s (dan manusia sekaliannya) bukan sekadarpenggunaan akal fikiran. Apabila fitrah sampai kepada kemuncak kekuatan berfikir yang

    dimilikinya iaitu apabila hukum logik gagal memberi huraian maka fitrah beralih kepadabakat keduanya iaitu ilham. Bidang ilham sesuai untuk diterokai oleh mereka yangfitrahnya bebas daripada hukum logik, iaitu tarikan anasir alam, pengaruh kebendaandan hawa nafsu. Kebanyakan yang termasuk di dalam golongan ini adalah ahli falsafahyang telah membebaskan hati mereka daripada sempadan kebendaan. Bila hati sudahberjaya melepaskan diri daripada kongkongan kebendaan dapatlah ia masuk ke dalambidang ilham yang berada di sebalik alam kebendaan. Ilham membuka kefahaman

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    26/163

    tentang unsur ghaib yang mempengaruhi perjalanan kehidupan yang zahir.Ilham boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ilham ahli falsafah dan ilham ahli sufi(ahli kerohanian). Ahli falsafah menggunakan kekuatan dirinya untuk berjuangmenentang hawa nafsu dan membebaskannya daripada tarikan anasir-anasir alam. Bila

    telah berjaya berbuat demikian rohaninya mampu memandang kepada keghaiban yangmenyelimuti alam zahir. Dia dapat menyaksikan tenaga ghaib yang membentuk sistemdan mempengaruhi perjalanan segala yang zahir. Di sebalik semua itu dia dapatmelihat kesempurnaan: kesempurnaan peraturan dan perjalanan alam maya dankesempurnaan Pencipta segala kesempurnaan itu. Renungan ahli falsafah berakhirdengan pengakuan tentang wujudnya kekuasaan Mutlak yang mencipta dan mengaturperjalanan alam ini. Kelarutan (kefanaan) di dalam kesempurnaan itu menjadikan ahlifalsafah mencintai yang sempurna dan bergerak membentuk kesempurnaan di dalamkehidupan ini.Ahli sufi pula di samping berjuang menentang hawa nafsu dan tuntutan badaniah dia

    juga membenamkan dirinya ke dalam zikir atau ingatan kepada Allah s.w.t secara terusmenerus. Pergantungannya tidak terlepas daripada Tuhan. Apabila dia berjaya di dalamperjalanannya dia berjaya di dalam keadaan ingat dan bergantung kepada Allah s.w.t.Oleh itu ilham yang terbuka kepadanya lebih berkaitan dengan Tuhan daripadamakhluk Tuhan. Perhatiannya terhadap makhluk, termasuklah dirinya sendiri, mengecildan perhatiannya kepada Tuhan membesar. J ika ilham ahli falsafah lebih tertumpukepada kesempurnaan dan kerapian penciptaan iaitu perbuatan Tuhan, ilham ahli sufipula tertumpu kepada keelokan dan kesempurnaan sifat Tuhan yang menciptakansegala kesempurnaan dan keelokan itu. Ilham ahli falsafah melahirkan rasa kekagumanterhadap Pencipta sementara ilham ahli sufi pula melahirkan rasa kehampiran dankeasyikan terhadap Pencipta Yang Maha Indah lagi Maha Sempurna. Ilham sufi bukan

    sekadar melahirkan pengakuan dan keasyikan terhadap Yang Maha Mencipta danMaha Mengatur, malah ahli sufi juga memperolehi keyakinan tentang kedudukannyapada taraf kehambaan yang perlu membuktikan kehambaan itu, tetapi ilham sufi tidakmampu membuka rahsia ketuhanan dan tidak berupaya membentuk cara pengabdiankepada Tuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan.Fitrah tidak mengaku kalah pada tahap ilham. Ia maju lagi meneroka lebih tinggidengan menggunakan bakatnya yang ke tiga iaitu kasyaf. Kasyaf adalah terbukanyaperkara ghaib kepada alam perasaan dan penyaksian mata hati. Apa yang difikirkandan ditemui melalui ilham dapat dirasakan atau disaksikan melalui kasyaf. Bidangkasyaf membuka perkara yang tersembunyi disebalik yang nyata dan juga membuka

    bidang alam ghaib yang tidak dapat dipandang dengan mata, tidak dapat difikirkan dandikhayalkan dan terkeluar dari medan logik. Bidang kasyaf memungkinkan seseorangmemperolehi pengetahuan tentang alam rohani seperti Alam J in, Alam Barzakh, syurgadan neraka. Kasyaf boleh meneroka lebih jauh kepada suasana yang dinisbahkankepada ketuhanan. Suasana ketuhanan yang dibukakan kepada ahli kasyaf adalahsebagai perkenalan dari Tuhan kepada hamba. Oleh kerana Tuhan adalah:

    maka suasana yang dinisbahkan kepada ketuhanan atau diibaratkankepada Tuhan yang dibukakan kepada ahli kasyaf adalah dalam bentuk misal, ibarat

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    27/163

    atau penyifatan. Suasana misal yang disaksikan itu menanamkan kefahaman tentangTuhan yang tidak boleh dimisalkan.Pengetahuan yang diperolehi secara fikiran dan ilham dipanggil makrifat (pengenalan)secara ilmu. Pengetahuan yang diperolehi secara kasyaf pula dinamakan makrifat

    secara zauk atau penyaksian mata hati. Apabila kasyaf sampai kepada kemuncakpenyaksiannya maka tiada apa lagi yang dapat disaksikan. Kasyaf pada tahap ini hanyamerasakan dengan penuh yakin tanpa menyaksikan tentang Wujud Tuhan yang tanpamisal, tanpa sifat, tanpa ibarat dan tidak boleh dikatakan apa-apa kerana Allah s.w.t

    adalah :

    Medan kasyaf yang sangat luas itu diterokai oleh sufi yang telah membuang segalakepentingan diri sendiri lantaran kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. Melalui kasyaf,yang paling tinggi dapat disaksikan adalah suasana atau keadaan yang dinisbahkankepada Tuhan tetapi bukanlah Tuhan. Apabila melepasi tahap penyaksian kasyafsampai kepada batasan terakhir iaitu merasai secara zauk Wujud Tuhan yang tidak

    dapat disifatkan dan Dia Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya. Kemuncak kasyafadalah kejahilan di mana tidak ada lagi bahasa yang mampu bercerita tentang Tuhan.Ahli kasyaf yang masuk kepada tahap ini berada dalam suasana yang dipanggilkehairan-hairanan di mana dia merasakan telah mengenal Tuhan tetapi tidak mampumenyingkap pengenalan tersebut. Dia dikatakan faham tanpa sesuatu kefahaman dantahu tanpa sesuatu pengetahuan.Kasyaf tidak tahu menyebut Allah s.w.t sebagaimana Dia mahu disebut. Kasyaf tidaktahu menceritakan Allah s.w.t sebagaimana yang Dia mahu diceritakan. Kasyaf tidakberupaya memperkenalkan Allah s.w.t sebagaimana Dia mahu Diri-Nya dikenali. Kasyafjuga tidak tahu bentuk pengabdian yang Allah s.w.t mahukan dari hamba-Nya. Kasyaf

    tidak dapat mengajar manusia cara menyembah Allah s.w.t. J adi, fitrah manusiadengan segala bakat-bakatnya tidak dapat membuka Kebenaran Hakiki mengenai Allahs.w.t. Dalam soal ini fitrah sampai kepada keadaan mesti tunduk, patuh dan taatdengan seluruh penyerahan kepada Allah s.w.t dan menyatakan hajat kepadabimbingan yang langsung daripada-Nya serta bermohon agar Dia sendiri membukaYang Haq itu.Hanya Allah s.w.t boleh menyatakan apa yang Dia kehendaki. Hanya Dia yang berhakmenentukan cara pengabdian dan penyembahan kepada-Nya. Hanya Dia yang mampumemperkenalkan Diri-Nya sebagaimana yang Dia mahu. Dalam perkara ini manusiatidak ada pilihan melainkan berhajat kepada WAHYU yang datang dari Allah s.w.t

    sendiri bagi menghakimkan fikiran, ilham dan kasyaf. Kebenaran yang dikatakan olehwahyu itulah yang kebenaran sejati, yang paling benar, tidak boleh dicabar oleh fikiran,ilham dan kasyaf. Tugas fikiran, ilham dan kasyaf adalah membuktikan kebenaranwahyu bukan mencari kebenaran yang lain daripada itu.Tanpa bimbingan wahyu manusia membentuk berbagai-bagai kepercayaan dan caramenyembah Tuhan. Golongan yang hanya menggunakan akal hanya berminat denganperkara kebendaan. Golongan ini kurang berminat tentang Tuhan. Dari kalangan

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    28/163

    mereka muncul puak ateis yang tidak percaya kepada Tuhan dan perkara ghaib. Darikalangan ahli falsafah pula muncul ideologi idealisma yang kemudiannya diterima olehorang ramai sebagai agama. Agama yang muncul melalui cara ini berasaskan fitrahkemanusiaan semata-mata. Golongan ini melihat kesempurnaan yang diletakkan olehPencipta kepada kejadian alam tetapi keadaan Pencipta itu sendiri tertutup kepada

    mereka. Oleh yang demikian perhatian mereka kuat tertuju kepada kejadian alam.Apabila sikap menghormati dan mencintai anasir alam sudah berlebihan ia bertukarmenjadi penyembahan. Kesudahannya muncullah agama yang mengadakan anasiralam sebagai sekutu Tuhan. Golongan sufi yang belum matang pula mendapatgambaran yang tidak tepat tentang Tuhan. Di dalam golongan ini bukan sahaja terdapatkaum Muslimin yang memasuki jalan sufi, ia termasuk juga penganut kepercayaan lainyang membuat latihan tarekat menurut kepercayaan mereka. Bila alam ghaib terbukakepada mereka, biasanya di samping melihat kesempurnaan sifat Tuhan mereka jugamelihat kesempurnaan diri sendiri yang ditempa oleh Tuhan. Sebahagian daripadamereka terdorong ke dalam rasa takjub dan taasub terhadap kesempurnaan diri, lalumelihat sifat ketuhanan pada diri. Dari golongan mereka muncullah puak yang

    mempertuhankan Isa al-Masih, Uzair, Buddha dan lain-lain. Ada pula yangmempertuhankan diri sendiri. Banyak lagi kekeliruan yang muncul dalam akidahmanusia apabila mereka tidak bersandar kepada wahyu. Kebenaran yang sejati tentangTuhan dan cara menyembah-Nya hanya boleh didapati daripada wahyu.Bangsa manusia telah memilih seorang wakil yang paling sempurna dari kalanganmereka, seorang insan yang paling tinggi kecerdasan akalnya, paling luas medanilhamnya dan paling terang suluhan kasyafnya. Wakil yang sempurna itu adalah NabiMuhammad s.a.w. Sebelum wahyu datang wakil yang sempurna itu telah menjalanilatihan khalwat di Gua Hiraa. Melalui proses tersebut kesempurnaan baginda s.a.wmenjadi lebih sempurna tetapi kesempurnaan yang paling sempurna itu pun tetap

    tunduk kepada hukum Allah s.w.t iaitu berhajat kepada jawapan dan bimbingan yanglangsung daripada-Nya, tidak mampu diteka oleh akal, tidak mampu dihurai oleh ilhamdan tidak mampu disuluh oleh kasyaf walaupun kesemua bakat-bakat tersebut beradadi dalam kesempurnaan. Apabila Allah s.w.t mendatangkan jawapan dengan wahyu-Nya baharulah hilang segala kesamaran dan kekusutan dan tersingkaplah hijab yangmenutupi Yang Haq! Fikiran, ilham dan kasyaf wajib akur dengan apa yang wahyu katakerana wahyu itulah Kalam al-Hak. Pada tanggal 17 Ramadan, tahun 41 dari usia NabiMuhammad s.a.w, wahyu yang pertama menyinari fitrah suci baginda s.a.w. Terbukalahera baharu di dalam kehidupan manusia dan penduduk seluruh alam. Yang samar telahterang. Yang tertutup telah terbuka. Yang terhijab telah tersingkap. Yang tidak bolehdiperkatakan sudah boleh diperkatakan. Yang Haq telah nyata tanpa ragu-ragu lagi.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    29/163

    4: RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT FANA DALAM WAHYU BAQADALAM UBUDIAHPada hari Isnin 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masehi, ketika NabiMuhammad s.a.w berusia 40 tahun, 6 bulan dan 8 hari, datanglah malaikat J ibrail a.s

    kepada baginda s.a.w yang sedang berkhalwat di Gua Hiraa. J ibrail a.s yang munculsecara tiba-tiba itu terus berkata: Baca! Nabi Muhammad s.a.w menjawab: Saya tidaktahu membaca. J ibrail a.s terus menangkap Nabi Muhammad s.a.w. Diserkupnyabaginda s.a.w dengan kain rida dan dipeluknya sehingga baginda s.a.w mengalamikesukaran untuk bernafas. Kemudian dilepaskannya dan disuruhnya baginda s.a.wmembaca seperti mulanya. Baginda s.a.w masih mengatakan tidak tahu membaca.Sekali lagi J ibrail a.s menangkap Nabi Muhammad s.a.w dan dilakukannya sepertimula-mula tadi. Pelukan J ibrail a.s kali ini lebih erat daripada yang pertama tadi,menyebabkan baginda s.a.w hampir-hampir tidak dapat bernafas. Kemudian bagindas.a.w dilepaskan oleh J ibrail a.s dan disuruhnya lagi baginda s.a.w membaca. Bagindas.a.w masih mengatakan tidak tahu membaca. Buat kali ke tiga J ibrail a.s menangkap

    Nabi Muhammad s.a.w, menutup baginda s.a.w dengan kain rida dan memelukbaginda s.a.w dengan erat. Perbuatan yang demikian sangat memayahkan bagindas.a.w bernafas. Setelah melepaskan baginda s.a.w buat kali ke tiganya, J ibrail a.smembacakan firman Allah:

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian

    makhluk). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah, dan TuhanmuYang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Iamengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ( Ayat 1 5 : Surah al-Alaq )Termetrailah wahyu pertama di dalam dada Nabi Muhammad s.a.w. Sekali J ibrail a.smembacakan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w, wahyu tersebut akan melekat,terpahat pada hati baginda s.a.w, tidak akan hilang atau pudar buat selama-lamanya.Baginda s.a.w mengikuti bacaan J ibrail a.s dengan fasih. Setiap huruf dan ayat yangbaginda s.a.w bacakan membuka segala tutupan dan menghuraikan segala simpulanyang tidak mampu dihuraikan oleh fitrah baginda s.a.w selama baginda s.a.wberkhalwat di Gua Hiraa. Apa yang tidak mampu disingkap oleh akal dan renungan

    batin sudah terjawab dengan kedatangan wahyu. Kebenaran yang disampaikan olehwahyu adalah kebenaran yang muktamad.Nabi Muhammad s.a.w menerima perkhabaran wahyu dengan sepenuh jiwa raga tanpasebarang keraguan walaupun sebesar zarah. Baginda s.a.w yakin penuh dengankebenaran berita dan janji yang wahyu sampaikan. Wahyu sentiasa turun membimbingbaginda s.a.w serta memberi ketetapan hati, meneguhkan kepercayaan dan pendirianbaginda s.a.w di dalam melaksanakan amanah yang Allah s.w.t serahkan kepada

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    30/163

    baginda s.a.w. Tempoh wahyu turun kepada baginda s.a.w adalah 22 tahun, 2 bulandan 22 hari.Wahyu turun kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui tujuh cara. Cara yang pertamaadalah mimpi yang benar. Apabila baginda s.a.w melihat sesuatu di dalam mimpi,

    pandangan yang kelihatan adalah terang seperti cuaca subuh. Apa yang baginda s.a.wsaksikan di dalam mimpi benar-benar berlaku. Wahyu cara ke dua dihantarkan olehmalaikat kepada hati baginda s.a.w. Baginda s.a.w mengetahui sesuatu secaraspontan, tanpa berfikir atau merenung. Wahyu cara ke tiga dibawa oleh malaikat J ibraila.s yang menggunakan bentuk misal. Contohnya J ibrail a.s pernah memakai rupa salahseorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang elok wajahnya iaitu Dihyah binKhalifah al-Kalbi. Sahabat inilah yang kemudian hari menjadi wakil Rasulullah s.a.wmenyampaikan surat baginda s.a.w kepada Heraklius, penguasa kerajaan RomanTimur. Wahyu cara ke empat pula datang kepada Rasulullah s.a.w seperti suaraloceng. Wahyu cara inilah yang paling berat dan memenatkan baginda s.a.w. Bagindas.a.w pernah berpeluh pada musim dingin tatkala menerima kedatangan wahyu cara ke

    empat ini. Pernah satu ketika paha Rasulullah s.a.w sedang menindih paha Zaid binSabit ketika wahyu yang seperti suara loceng ini turun kepada baginda s.a.w. Zaidmerasakan seolah-olah pahanya akan pecah menanggung paha Rasulullah s.a.w yangsedang menerima wahyu tersebut. Wahyu cara ke lima datang kepada Rasulullah s.a.wdengan menderu seperti suara lebah. Pada cara ke enam pula J ibrail a.s datangkepada Rasulullah s.a.w dalam rupanya yang asli. Wahyu cara ke tujuh adalahpenyampaian secara langsung daripada Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w, tanpasebarang perantaraan, seperti yang pernah dialami oleh Nabi Musa a.s.Ketegasan dan keteguhan Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah melalui bimbinganwahyu ternyata pada kata-kata baginda s.a.w kepada bapa saudara baginda s.a.w, Abu

    Talib, yang menyampaikan kepada baginda s.a.w permintaan kaumnya agar bagindas.a.w menghentikan pekerjaan dakwah. Baginda s.a.w memberikan jawapan yangtegas: Wahai bapaku. Walaupun mereka meletakkan matahari pada bahuku yangkanan dan bulan pada bahuku yang kiri dengan maksud daku meninggalkan tugasku,tidak akan daku tinggalkannya sehinggalah agama ini menang atau daku binasasebelumnya!Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melepaskan pergantungan kepada Allah s.w.t.Baginda s.a.w memperolehi berbagai-bagai kemuliaan dan ketinggian tetapi segalapuji-pujian diperuntukkan kepada Allah s.w.t semata-mata. Apabila baginda s.a.w dipujioleh orang ramai baginda s.a.w mengembalikan pujian itu kepada Allah s.w.t. Baginda

    s.a.w sangat cermat dan tegas di dalam menanggung wahyu. Apa yang diperintahkanoleh Allah s.w.t baginda s.a.w melaksanakannya sendiri terlebih dahulu sebelummenyuruh orang lain melakukannya. Baginda s.a.w telah menunjukkan contoh teladanmelalui diri baginda s.a.w sendiri. Tidak ada istilah hukum yang wajib untuk orang ramaitetapi tidak wajib untuk Rasulullah s.a.w. Hukum Allah s.w.t berjalan sama rata samarasa, kepada Rasulullah s.a.w dan juga kepada umat baginda s.a.w. J ika umat bagindas.a.w wajib mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam baginda s.a.w jugawajib berbuat demikian, malah baginda s.a.w lakukan melebihi daripada apa yang

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    31/163

    dikerjakan oleh orang lain. Baginda s.a.w memperbanyakkan sembahyang malamhingga bengkak tumit baginda s.a.w, tetapi umat baginda s.a.w tidak diwajibkan berbuatdemikian, walaupun digalakkan.Nabi Muhammad s.a.w sangat mengasihi umat manusia. Baginda s.a.w pernah disakiti

    oleh kaum baginda s.a.w tetapi baginda s.a.w mengelakkan daripada mendoakankeburukan untuk mereka. Baginda s.a.w lebih suka mendoakan: Wahai Tuhanku!Tunjukilah kaumku kerana mereka tidak mengerti. Kadang-kadang baginda s.a.wmendoakan: Wahai Tuhanku! Ampunilah kaumku kerana mereka tidak tahu. Begitulahhalusnya nilai budi dan akhlak Rasulullah s.a.w yang diasuh oleh wahyu.Rasulullah s.a.w menerima wahyu sebagai kebenaran yang Mutlak. Apa juga bakatyang ada dengan baginda s.a.w seperti fikiran, ilham dan kasyaf, baginda s.a.wgunakan sebaik mungkin bagi menterjemahkan wahyu dan menyatakan kebenaranwahyu itu. Tidak pernah terjadi baginda s.a.w mengeluarkan buah fikiran, ilham ataukasyaf yang berbeza dengan wahyu. Baginda s.a.w menggunakan segala bakat

    baginda s.a.w untuk menyokong wahyu. Cara yang baginda amalkan menyebabkanHadis menjadi sumber hukum selepas al-Quran. Hadis yang benar daripada Rasulullahs.a.w tidak sezarah pun bercanggah dengan al-Quran.Rasulullah s.a.w dengan perintah, petunjuk dan bimbingan wahyu menjalani kehidupandi dalam dunia ini sebagai manusia biasa bukan sebagai malaikat atau manusia luarbiasa. Baginda s.a.w menjalani kehidupan yang ada urusan beristeri dan berkeluarga,bermasyarakat, merasai kenyang dan lapar, sihat dan sakit dan segala aspekkehidupan manusia biasa, hinggakan baginda s.a.w menjalani juga proses kematianwalaupun ada Nabi yang tidak menjalani proses tersebut. Kehidupan yang bagindas.a.w jalani itu berdasarkan bimbingan wahyu yang maha benar. Baginda s.a.w adalah

    orang yang paling arif mengenai maksud wahyu. Terjemahan wahyu yang bagindas.a.w tunjukkan dengan prinsip dan amalan kehidupan baginda s.a.w sendirimerupakan suasana kehidupan yang paling utama, paling baik, paling mulia dan palingtinggi. Suasana demikian juga yang dijalani oleh para sahabat baginda s.a.w. Merekaadalah puak yang bergerak di atas muka bumi, di dalam dunia, menyebarkan apa yangdiajarkan oleh Rasulullah s.a.w.Setelah diangkat menjadi Rasul Allah, Nabi Muhammad s.a.w menerima perintahmengenai enam perkara yang menjadi dasar pembentukan umat yang ingin kembalikepada kemurnian fitrah mereka dan melaksanakan kewajipan kehambaan kepadaAllah s.w.t. Enam dasar yang konkrit itu adalah:1: menyampaikan, mengajak serta membimbing umat manusia supaya mematuhisekalian perintah Allah s.w.t dan menjauhi sekalian larangan-Nya dengan sepenuhkekuatan dan kebijaksanaan.2: bersyukur kepada Allah s.w.t yang menciptakan dan mengurniakan nikmatkesinambungan hidup sehingga umat manusia tidak menemui kesukaran di dalammenjalani kehidupan dan mendapatkan keperluan mereka.3: membersihkan pakaian dan perbuatan zahir serta amalan hati bagi mencapaikesempurnaan takwa.

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    32/163

    4: meninggalkan segala yang keji dan munkar seperti syirik, berhala, arak, judi, zina,riba dan lain-lain yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.5: mengikhlaskan niat dan amalan supaya kepentingan diri tidak merobohkan bentengkeadilan dan supaya fitnah kebendaan tidak memesongkan haluan ubudiah(kehambaan) terhadap Allah s.w.t.6: semua perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilengkapkan dengan sabarkerana dugaan di dalam melakukan kebaikan jauh lebih kuat daripada dugaanmeninggalkan kejahatan. Sabar menjadi prinsip yang kukuh mempertahankan diridalam menghadapi halangan dan penentangan di sepanjang jalan menyebarkan danmelakukan kebaikan.Wahyu telah memberi jawapan yang konkrit terhadap permasalahan yang tidak mampudihurai oleh fikiran, ilham dan kasyaf. Apabila wahyu datang selesailah perjuanganbatin Nabi Muhammad s.a.w di dalam mencari hakikat yang sebenar. Kebenaran Hakikiyang baginda s.a.w terima melalui wahyu itu dipertanggungjawabkan kepada bagindas.a.w untuk disampaikan pula kepada sekalian manusia. Baginda s.a.w tidak boleh lagi

    memencilkan diri di dalam Gua Hiraa. Apabila cahaya kebenaran memancar di dalamlubuk hati dan bidang tugas dibukakan, baginda s.a.w mesti keluar kepada orang ramai,kepada dunia, bagi menyampaikan amanah yang baginda s.a.w tanggung denganbersuluhkan cahaya kebenaran.Wahyu menceritakan tentang Allah s.w.t, Tuhan yang bersifat dengan sifat-sifatKesempurnaan, Yang Maha Mulia dan memiliki nama-nama yang baik-baik.Diterangkan juga tentang kejadian manusia. Wahyu mengajar manusia berbuatkebaktian kepada Allah s.w.t. Diajarkan cara perhubungan dengan sesama manusia.Wahyu sangat menekankan soal takwa iaitu mematuhi titah perintah Allah s.w.t, tidakkeluar daripada sempadan jalan yang lurus yang telah digariskan oleh Allah s.w.t

    sendiri. Wahyu mendidik manusia supaya hidup sebagai hamba Tuhan dengansebenar-benar kehambaan. Wahyu telah dengan tegas dan jelas meletakkan manusiapada taraf hamba Tuhan, bukan taraf yang lain daripada itu.Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran kepada kaumMuslimin. Pendidikan al-Quran berkembang dengan sangat pesat setelah bagindas.a.w dan kaum Muslimin berhijrah ke Madinah. J ika Rasulullah s.a.w sangatbersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran, kaum Muslimin pula sangat bersungguh-sungguh mempelajarinya. Sebahagian daripada kaum Muhajirin yang berhijrah keMadinah terpaksa tinggal di luar kota Madinah, di satu kawasan yang bernama Sunuh,kira-kira 20 km dari masjid Rasulullah s.a.w. Di sana mereka mendirikan rumah-rumah

    dan menguruskan kebun-kebun. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar adalah di antaramereka yang tinggal di Sunuh. J arak 20km itu tidak menghalang mereka mempelajarial-Quran daripada Rasulullah s.a.w. Mereka telah menyusun jadual pembelajaran al-Quran dengan rapi. Tiap-tiap hari mereka menghantarkan dua atau tiga orang wakil dariSunuh pergi ke Madinah. Sepanjang hari wakil dari Sunuh akan mendapatkan apasahaja yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, terutamanya ayat-ayat al-Quran yangbaharu turun. Mereka mempelajari al-Quran secara menghafal dan memahami denganlengkap. J ika ada larangan atau perintah atau amalan yang disampaikan oleh al-Quran

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    33/163

    mereka akan mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Rasulullahs.a.w. Apa juga ayat yang turun pada hari itu mesti dihafalkan pada hari itu juga keranapada hari esoknya mungkin ada pula ayat-ayat yang baharu turun. Setelah hari petangmereka kembali semula ke Sunuh dan pada malam itu juga atau paling lewat keesokanharinya semua pelajaran yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sudah disampaikan

    kepada semua kaum Muslimin di Sunuh. Mereka mempelajari al-Quran tanpabertangguh-tangguh. Al-Quran dipelajari secara menyeluruh iaitu membaca, menghafal,memahami dan mengamalkan. Program pembelajaran al-Quran yang diatur olehSaidina Abu Bakar dan sahabat-sahabat beliau di Sunuh sungguh berkesan sehinggamereka boleh menjalankan kegiatan harian untuk menampung perbelanjaan merekadan pada masa yang sama mereka boleh mempelajari al-Quran dengan sempurna.Kegiatan pertanian, perniagaan, penternakan, pertukangan dan lain-lain boleh berjalandengan lancar jika pembelajaran al-Quran dilakukan dengan bersistematik.Kesungguhan mempelajari al-Quran tidak menjejaskan urusan kehidupan harian.Rasulullah s.a.w sangat teliti di dalam menyampaikan ayat-ayat suci al-Quran kepada

    kaum Muslimin. Setiap kali turun ayat baginda s.a.w akan mengumpulkan sahabat-sahabat baginda s.a.w dan ayat yang baharu turun itu disampaikan dengan pembacaanyang betul, sebutan setiap huruf mengikut kadar panjang dan pendek yang harusdibunyikan. Bacaan yang tepat sebutannya dihafal berulang-ulang sehingga ayat-ayattersebut benar-benar melekat di dalam ingatan dan hati mereka. Mereka tidakberganjak daripada majlis Rasulullah s.a.w sebelum mereka dapat menyebut ayat-ayatal-Quran dengan betul dan menghafalnya dengan baik. Bukan sekadar membaca danmenghafal, malah mereka juga dilengkapkan dengan pengetahuan dan pengertianyang jelas tentang maksud ayat, kedudukan susunannya di dalam al-Quran danhubung-kaitnya dengan ayat-ayat yang lain. J ika ayat tersebut melibatkan peraturandan amalan maka kaedah peraturan dan amalan itu difahami benar-benar. Semua itu

    mereka pelajari secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Kemudian apa yang sudahmereka pelajari itu mereka sampaikan pula kepada kawan-kawan mereka yang tidaksempat menghadiri majlis Rasulullah s.a.w.Selain dihafal, ayat-ayat al-Quran juga ditulis di atas kulit binatang, tulang-tulang yanglebar, pelepah-pelepah tamar yang sudah dikeringkan dan batu-batu yang lebar. J adi,ayat al-Quran bukan sahaja dipelihara di dalam dada kaum Muslimin malah ia jugadipelihara secara bertulis. Lembaran al-Quran yang bertulis itu disimpan di rumahRasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w telah mewariskan al-Quran kepada umat baginda s.a.w dengan cara

    yang paling berkesan dan selamat. Atas kebijaksanaan baginda s.a.w umat Islam yangdatang kemudian dapat menerima al-Quran dalam keasliannya. Selain daripadajurutulis wahyu yang khusus terdapat kira-kira 40 orang yang mengambil bahagian didalam bidang penulisan wahyu. Cara yang demikian lebih memudahkan kaum Musliminmenyebarkan al-Quran.Rasulullah s.a.w sangat menekankan soal menghafal al-Quran. Baginda s.a.wmemberi petunjuk mengenai penghafalan ayat-ayat al-Quran dengan sabda baginda

  • 7/30/2019 Kebenaran Hakiki 1

    34/163

    s.a.w yang bermaksud: Perumpamaan orang yang menghafal al-Quran adalah sepertiorang yang memiliki unta yang diikat. J ika unta itu dijaga ia terpelihara. J ika