surat kajian

Upload: subanesha

Post on 08-Oct-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

KEPADA YANG BERKENAAN

Tuan,

PENGENALAN DIRI MURID BAGI TUJUAN MELAKSANAKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI (KKG)

Pembawa surat ini bernombor kad pengenalan ialah seorang murid tingkatan di Sekolah Menangah Kebangsaan Bakti, 13600 Tasek Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.....(ABD WAHAB BIN MAT)Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti13300 Tasek Gelugor, SPU

Kepada Yang Berkenaan

________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh:

Tuan,

KEBENARAN MELAWAT DAN MENDAPATKAN MAKLUMAT BAGI TUJUAN KERJA KURSUS GEOGRAFI (KKG)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.....(ABD WAHAB BIN MAT)Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti13300 Tasek Gelugor, SPU

________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato/Datin

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA MENGENAI KEWAJIPAN MELAKSANAKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI.

Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2013 yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.....(ABD WAHAB BIN MAT)Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti13300 Tasek Gelugor, SPU

________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato/Datin

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI TUJUAN MELAKSANAKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya .. membenarkan anak saya dari tingkatan

Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.()