nordiana mohd nor · viii bab perkara muka surat bab 1 pendahuluan ... 1.7 kepentingan kajian 11...

34
HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT NORDIANA MOHD NOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NORDIANA MOHD NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik
Page 3: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik
Page 4: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

i

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NORDIANA MOHD NOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai

dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Kimia) ”

Tandatangan :

Nama Penulis : NORDIANA MOHD NOR Tarikh : 27 APRIL 2006

Page 6: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

iii

DEDIKASI

SEKALUNG BUDI BUAT,

Bonda yang sangat dikasihi dan dirindui, Siti Mariam Cik Harun,

Jutaan terima kasih diatas pengorbanan bonda yang tak terhingga,

Membesarkan anakanda dari hanya bertatih hinggalah berjaya mengenal erti kehidupan ,

memberikan pendidikan berguna, kata-kata nasihat dan semangat.

Akan anakanda ingat pengorbananmu selamanya…

Buat yang disayamgi,

Keluarga dan saudara-mara terdekat,

Pengorbanan kalian amat adinda hargai..

Buat insan teristimewa,

Dikaulah yang membuatkan diri ini terasa dihargai,

sentiasa ceria walaupun ketika duka

dan hidup ini terasa lebih bermakna dengan kata-kata azimatmu

berlandaskan syariat Allah.

Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu,

Sama ada secara langsung ataupun tidak langsung,

Semoga Allah akan memberkati kalian semua…

Page 7: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia, taufiq, hidayah serta

‘inayahnya, diberikan kekuatan untuk menyiapkan penulisan ini. Dikesempatan ini juga,

peyelidik ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah banyak

memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini

sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Azizi

Yahaya, selaku penyelia projek ini di atas keperihatinan beliau meyemak,

meyumbangkan idea, memberikan teguran, nasihat, bimbingan dan dorongan sepanjang

di bawah seliaan beliau.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pendidikan Malaysia,

Jabatan Pendidikan Johor, Jabatan Pendidikan Kelantan, Jabatan Pendidikan

Terengganu, guru-guru yang terlibat dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang telah

banyak membantu dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak

langsung semasa melaksanakan kajian ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala dorongan dan bantuan

kalian sepanjang persahabatan kita.

Page 8: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi

pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat

sama ada terdapat perkaitan antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan

sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan serta kaedah-kaedah seperti

perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri

pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi pelajar, dengan prestasi

pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh buah sekolah

menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu. Set soal

selidik telah digunakan untuk kajian ini. Kajian ini juga menggunakan persampelan

jenis rawak mudah. Set selidik Bahagian B merupakan ujian kecerdasan emosi

berdasarkan kajian lepas, manakala Bahagian C dan D pula adalah soal selidik yang

dibina oleh penyelidik sendiri. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

“Cronbach Alpha” yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.8689 bagi Bahagian

B, 0.8342 bagi Bahagian C dan 0.6943 bagi Bahagian D. Data dianalisis dengan

menggunakan kaedah statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai

kepada kecerdasan emosi, masalah yang dihadapi pelajar dan kaedah yang

digunakan untuk menstabilkan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu analisis

korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah di

bahagian B, Cdan D dengan prestasi pencapaian akademik. Didapati terdapat

hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pada nilai

signifikan sebanyak 0.162. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara

kaedah bercerita pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak

terdapat hubungan antara masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan,

masalah kewangan, kaedah berjumpa kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada

Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.

Page 9: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the relationship between emotional

intelligence and students’ academic achivement. It also aimed to determine the

relationship between the problems faced by the students, such as peers influence,

family problem and financial problem also, the method that they use to maintain the

emotional such as meet the counselor, story to friends, jogging and knowing in

religion, with the students’ academic achivement. The respondents consists of 399

form 4 students from ten primary schools in three state, such as Johore, Kelantan and

Terengganu. The study uses one set of survey questions. Method used in this study is

surveying method and the sampling has been used was random sampling. Section B

of the survey was from the past study. Meanwhile, section C and section D was

constructed by the researcher. The scale Cronbach Alpha Test used on the findings

shows a realibility value of 0.8689 for section B, 0.8342 for section C and 0.6943 for

section D. Descriptive Statistic was used to analyse emotional intelligence, problem

faced and the method that used to maintain the emotional : percentage, mean and

standard deviation. Inferential Statistic that is Pearsons Correlation Analysis, was

used to analyse the correlation between emotional intelligence and students’

academic achivement. The finding shows a significance of 0.162. However, the

analysis also shows there are relationship between method of story to friends and

jogging with the students’ academic achivement meanwhile there are no relationship

between peers influence, family problems, financial problems, method of met

counselor and method of knowledge in religion with the students’ academic

achivement.

Page 10: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xvii

SENARAI RAJAH xxi

SENARAI SINGKATAN xxii

SENARAI LAMPIRAN xxiii

Page 11: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Istilah 14

1.9.1 Remaja 14

1.9.2 Prestasi Akademik 15

1.9.3 Skor Kecerdasan Emosi 16

1.9.4 Emosi 16

1.9.5 Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) 16

1.9.5.1 Motivasi kendiri 16

1.9.5.2 Pengawalan Emosi Sendiri 17

1.9.5.3 Interpersonal 18

1.9.5.4 Intrapersonal 18

1.9.5.5 Mengenal Emosi Orang Lain 19

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Teori Emosi 21

2.2.1 Teori Emosi McDongall 21

2.2.2 Teori Emosi Bindra 22

2.3 Konsep Kecerdasan 22

Page 12: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

ix

2.4 Teori Kecerdasan 23

2.4.1 Teori Howard Gardner 23

2.4.2 Teori Kecerdasan Binet 24

2.4.3 Teori Kecerdasan Guilford 25

2.5 Kajian Tentang Hubungan Antara Kecerdasan

Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar 25

2.6 Kajian Dalam Negara 27

2.7 Kajian Luar Negara 30

2.8 Model Kecerdasan Emosi 33

2.8.1 Model Empat Cabang 33

2.9 Model Kajian 36

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.4 Tempat Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Bahagian A - Maklumat Diri 42

3.5.2 Bahagian B – Kecerdasan Emosi 42

3.5.3 Bahagian C – Masalah yang Dihadapi 44

3.5.4 Bahagian D – Kaedah yang Digunakan 44

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Prosedur Kajian 45

3.8 Analisis Data 47

Page 13: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

x

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Latarbelakang Responden 56

4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina 56

4.2.2 Taburan Responden mengikut Bangsa 57

4.2.3 Pencapaian PMR Responden 57

4.2.3.1 Taburan Pencapaian PMR responden

bagi Setiap Mata pelajaran 58

4.2.3.2 Taburan Tahap Pencapaian

Akademik Pelajar 61

4.2.4 Taburan Tahap Pendidikan Bapa 62

4.2.5 Taburan Tahap Pendidikan Ibu 63

4.2.6 Taburan Pendapatan Bapa 64

4.2.7 Taburan Pendapatan Ibu 65

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 66

4.3.1 Apakah Masalah-Masalah Yang Dominan

Seperti Masalah Kekeluargaan, Pengaruh

Rakan Sebaya Dan Kewangan Yang

Dihadapi Oleh Pelajar? 67

4.3.1.1 Apakah masalah yang dominan

seperti masalah pengaruh rakan

sebaya yang dihadapi oleh pelajar? 67

4.3.1.2 Taburan Tahap Masalah Pelajar

Dari Aspek Pengaruh Rakan Sebaya 70

4.3.1.3 Apakah masalah yang dominan

seperti masalah kekeluargaan yang

dihadapi oleh pelajar? 71

4.3.1.4 Taburan Tahap Masalah Pelajar

Dari Aspek Kekeluargaan 74

Page 14: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xi

4.3.1.5 Apakah terdapat masalah seperti

masalah kewangan yang dihadapi

oleh pelajar? 74

4.3.1.6 Taburan Tahap Masalah Pelajar Dari

Aspek Kewangan 77

4.3.1.7 Apakah Masalah yang Dominan 78

4.3.2 Apakah Kaedah-Kaedah Yang Paling Dominan

Seperti Perjumpaan Dengan Kaunselor, Bercerita

Pada Rakan, Beriadah Dan Mendekatkan Diri

Pada Tuhan, Yang Digunakan Oleh Pelajar

Untuk Menstabilkan Emosi Mereka? 78

4.3.2.1 Apakah kaedah seperti perjumpaan

dengan kaunselor yang digunakan oleh

pelajar untuk paling dominan menstabilkan

emosi mereka? 79

4.3.2.2 Taburan Tahap Kaedah Perjumpaan

dengan Kaunselor Yang Digunakan

Untuk Paling Dominan Menstabilkan

Emosi 82

4.3.2.3 Apakah kaedah seperti bercerita pada

rakan yang digunakan oleh pelajar untuk

paling dominan menstabilkan emosi mereka? 82

4.3.2.4 Taburan Tahap Kaedah Bercerita Pada

Rakan Yang Digunakan Untuk Paling

Dominan Menstabilkan Emosi 85

4.3.2.5 Apakah kaedah seperti beriadah yang

digunakan oleh pelajar untuk paling

dominan menstabilkan emosi mereka? 85

4.3.2.6 Taburan Tahap Kaedah Beriadah Yang

Digunakan Untuk Paling Dominan

Menstabilkan Emosi 87

Page 15: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xii

4.3.2.7 Apakah kaedah seperti mendekatkan diri

pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar

untuk paling dominan menstabilkan

emosi mereka? 88

4.3.2.8 Taburan Tahap Kaedah Mendekatkan

Diri Pada Tuhan Yang Digunakan Untuk

Paling Dominan Menstabilkan Emosi 91

4.3.2.9 Apakah Kaedah yang Dominan yang

Digunakan Untuk Menstabilkan Emosi

Pelajar 92

4.3.3 Apakah Kecerdasan Emosi Pelajar ? 92

4.3.3.1 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang

Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi

Keupayaan Megenal Emosi Kendiri 93

4.3.3.2 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang

Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi

Keupayaan mengurus emosi kendiri 96

4.3.3.3 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang

Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi

Motivasi kendiri 98

4.3.3.4 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang

Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi

Keupayaan mengendalikan perhubungan

secara berkesan 100

4.3.3.5 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang

Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi

Keupayaan mengenal emosi orang lain 103

4.3.3.6 Taburan Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar 105

4.4 Pengujian Hipotesis 105

Page 16: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xiii

4.4.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara Masalah Pengaruh Rakan

Sebaya yang dihadapi oleh pelajar dengan

prestasi pencapaian akademik (PMR) 107 4.4.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara Masalah Kekeluargaan yang

dihadapi oleh pelajar dengan prestasi

pencapaian akademik (PMR) 108

4.4.3 Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara masalah kewangan

yang dihadapi oleh pelajar dengan

prestasi pencapaian akademik (PMR) 109

4.4.4 Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara kaedah Perjumpaan

dengan Kaunselor, yang digunakan untuk

menstabilkan emosi oleh pelajar dengan

prestasi pencapaian akademik (PMR) 110

4.4.5 Hipotesis 5: Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara kaedah Bercerita

pada Rakan, yang digunakan untuk

menstabilkan emosi oleh pelajar

dengan prestasi pencapaian

akademik (PMR) 111

4.4.6 Hipotesis 6: Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara Kaedah Beriadah,

yang digunakan untuk menstabilkan emosi

oleh pelajar dengan prestasi pencapaian

akademik (PMR) 112

4.4.7 Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara Kaedah Mendekatkan

Page 17: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xiv

diri pada Tuhan, yang digunakan untuk

menstabilkan emosi oleh pelajar dengan

prestasi pencapaian akademik (PMR) 113

4.4.8 Hipotesis 8: Tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara EQ dengan prestasi

pencapaian akademik pelajar (PMR) 114

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 115

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 116

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 117

5.2.2 Perbincangan Prestasi Pencapaian

Akademik Pelajar 117

5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian bagi masalah-

masalah yang dihadapi oleh pelajar 118

5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian bagi kaedah

-kaedah yang digunakan untuk

menstabilkan emosi oleh pelajar 120

5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian bagi

Kecerdasan Emosi pelajar 122

5.2.5.1 Kecerdasan Emosi Dimensi

Keupayaan Mengenal Emosi

Kendiri 123

5.2.5.2 Kecerdasan Emosi Dimensi

Keupayaan mengurus emosi

Kendiri 124

5.2.5.3 Kecerdasan Emosi Dimensi

Motivasi Kendiri 124

Page 18: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xv

5.2.5.4 Kecerdasan Emosi Dimensi

Mengendalikan Perhubungan

Secara Berkesan 125

5.2.5.5 Kecerdasan Emosi Dimensi

Keupayaan mengenal emosi

orang lain 126

5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian berdasarkan

hipoteis kajian 126

5.2.6.1 Hubungan yang signifikan antara

masalah pengaruh rakan sebaya, masalah

kekeluargaan dan masalah kewangan yang

dihadapi oleh pelajar dengan prestasi

pencapaian akademik 127

5.2.6.2 Hubungan yang signifikan antara

kaedah perjumpaan dengan kaunselor,

yang digunakan untuk menstabilkan

emosi oleh pelajar dengan prestasi

pencapaian akademik 128

5.2.6.3 Hubungan yang signifikan antara

kaedah bercerita pada rakan, yang

digunakan untuk menstabilkan emosi

oleh pelajar dengan prestasi

pencapaian akademik 129

5.2.6.4 Hubungan yang signifikan antara

kaedah beriadah, yang digunakan

untuk menstabilkan emosi oleh

pelajar dengan prestasi pencapaian

akademik 129

Page 19: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xvi

5.2.6.5 Hubungan yang signifikan antara

kaedah mendekatkan diri pada Tuhan,

yang digunakan untuk menstabilkan

emosi oleh pelajar dengan prestasi

pencapaian akademik 130

5.2.6.6 Hubungan yang signifikan antara

EQ dengan prestasi pencapaian

akademik pelajar 131

5.3 Rumusan 132

5.4 Cadangan 133

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 135

RUJUKAN 137

LAMPIRAN : A - D 141

Page 20: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xvii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.3 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie,

R. V. & Morgan, D. W. (1970) 40

3.4 : Pecahan senarai nama sekolah mengikut

Negeri dan Daerah 41

3.5.2 (a) : Skor Maklum Balas Skala Likert 42

3.5.2 (b) : Spesifikasi Jumlah Item Bagi Kategori

Kecerdasan Emosi 43

3.8.1 : Analisa Korelasi Pearson 48

3.8.2 : Ringkasan Pengujian Statistik

Objektif Kajian 48

3.8.3 : Jadual Pengujian Hipotesis Kajian 50

3.8.4 : Analisa Tahap Mengikut Min 52

3.8.5 : Skor pencapaian mata pelajaran 52

3.8.6 : Tahap prestasi pencapaian akademik 53

4.1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Jantina 55

4.2 : : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Bangsa 56

4.3 : Taburan Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai

Responden Mengikut Pencapaian MataPelajaran 60

4.4 : Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 61

Page 21: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xviii

4.5 : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Kategori Tahap Pendidikan Bapa 62

4.6 : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Kategori Tahap Pendidikan Ibu 63

4.7 : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Pendapatan Bapa 64

4.8 : Taburan Bilangan Responden Mengikut

Pendapatan Ibu 65

4.9 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah

Pengaruh Rakan Sebaya 68

4.10 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek

Masalah Pengaruh Rakan Sebaya 69

4.11 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah

Kekeluargaan 71

4.12 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek

Masalah Kekeluargaan 73

4.13 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah

Kewangan 75

4.14 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek

Masalah Kewangan 76

4.15 : Taburan Min Bagi Setiap Masalah 77

4.16 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah

Perjumpaan dengan Kaunselor 80

4.17 : Tahap Kaedah Perjumpaan dengan

Kaunselor Yang Digunakan Untuk

Paling Dominan Menstabilkan Emosi 81

Page 22: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xix

4.18 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah

Bercerita pada rakan 83

4.19 : Tahap Kaedah Bercerita Pada Rakan

Yang Digunakan Untuk Paling

Dominan Menstabilkan Emosi 84

4.20 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah

Beriadah 86

4.21 : Tahap Kaedah Beriadah Yang

Digunakan Untuk Paling

Dominan Menstabilkan Emosi 87

4.22 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah

Mendekatkan Diri Pada Tuhan 89

4.23 : Tahap Kaedah Mendekatkan Diri Pada

Tuhan Yang Digunakan Untuk Paling

Dominan Menstabilkan Emosi 90

4.24 : Taburan Min Bagi Setiap Kaedah 91

4.25 : Taburan Min Keseluruhan Dimensi

Kecerdasan Emosi 91

4.26 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi

Keupayaan Megenal Emosi Kendiri 94

4.27 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi

Keupayaan mengurus emosi kendiri 96

4.28 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi

Motivasi kendiri 98

4.29 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Page 23: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xx

Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi

Keupayaan mengendalikan perhubungan

secara berkesan 100

4.30 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi

Keupayaan mengenal emosi orang lain 103

4.31 : Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar 104

4.32 : Korelasi Masalah Pengaruh Rakan

Sebaya Dengan Prestasi Pencapaian

Akademik 106

4.33 : Korelasi Masalah Kekeluargaan

Dengan Prestasi Pencapaian Akademik 107

4.34 : Korelasi Masalah Kewangan Dengan

Prestasi Pencapaian Akademik 108

4.35 : Korelasi Kaedah Perjumpaan dengan

Kaunselor Dengan Prestasi Pencapaian

Akademik 109

4.36 : Korelasi Kaedah Bercerita pada Rakan

Dengan Prestasi Pencapaian Akademik 110

4.37 : Korelasi Kaedah Beriadah Dengan

Prestasi Pencapaian Akademik 111

4.38 : Korelasi Kaedah Mendekatkan Diri

pada Tuhan Dengan Prestasi

Pencapaian Akademik 112

4.39 : Korelasi EQ Dengan Prestasi

Pencapaian Akademik 113

Page 24: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xxii

SENARAI SINGKATAN

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Science

EPRD - Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Page 25: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

xxi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.7.1 : Model Empat Cabang Kecerdasan 35

Emosi

2.8 : Model Kajian 36

Page 26: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang

membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah pengurniaan

akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia

seiring dengan peredaran masa.

Emosi dan perasaan seperti tangisan, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan dan

ketakutan adalah satu bentuk perilaku yang dizahirkan, dalam mencorakkan kehidupan

seseorang individu itu, selari dengan norma-norma masyarakat.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997) dalam buku mereka yang bertajuk

“Psikologi Personaliti”, ketakutan dan kerisauan adalah perasaan yang wujud apabila

seseorang menjangka bahawa sesuatu perkara buruk akan berlaku. Kedua-dua perasaan

ini ialah emosi yang saling berkaitan, tetapi terdapat perbezaan yang nyata antaranya.

Sebagai contoh, ketakutan ialah emosi yang wujud secara khusus, iaitu satu gerak balas

kepada sesuatu bahaya yang sebenar seperti takut kepada binatang buas atau kereta yang

dipandu terlalu laju.

Page 27: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

2

Sebaliknya pula, kerisauan adalah perasaan takut kepada sesuatu perkara yang

tidak wujud atau yang belum berlaku, contohnya risau dengan kelahiran seorang adik

kerana akan berasa terancam jika diabaikan oleh ibu bapa. Perasaan takut boleh

dikurangkan dengan mencantumkan ransangan yang ditakuti dengan sesuatu yang

menarik kepada kanak-kanak. Manakala, kanak-kanak yang sering berasa risau boleh

dibantu untuk mengatasi perasaan negatif tersebut melalui teknik mekanisme bela diri.

Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada Greek, iaitu, “emovere” yang

membawa maksud “untuk keluar”. Emosi yang dizahirkan oleh manusia adalah satu

bentuk tindakan yang memenuhi kepuasan diri individu berkenaan. Ia juga boleh

dikatakan sebagai satu keadaan dimana, perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi

dan psikologi seseorang individu (Mohd Nazar Mohamad, 1992). Ia merupakan satu set

tindakbalas autonomik, visceral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan,

tingkah laku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu.

Bila dikaji dengan lebih mendalam lagi, perasaan dan emosi adalah penting

untuk kesejahteraan dan kebahgiaan serta keselarasan ruang lingkup hidup. Oleh itu,

kecenderungan dalam mengawal emosi dengan baik adalah faktor penentu

kecemerlangan sesuatu urusan sama ada secara personal mahupun professional

(Goleman, 1995, dalam : Prakas Rao, 2001).

Menurut Goleman (1995) lagi, EQ (kecerdasan emosi) boleh dikaitkan juga

dengan kebolehan mengenal pasti perasaan individu lain dan mengambilnya sebagai

pengalaman sendiri, empati kepada perasaan orang lain, mempunyai motivasi diri serta

kebolehan untuk berinteraksi dengan berkesan.

Habibah Elias (1997) pula menakrifkan maksud kecerdasan sebagai kebolehan

menaakul dengan baik dan logik, kebolehan menyelesaikan masalah, kebolehan bertutur

dengan lancar, kebolehan membaca dengan meluas, menguasai perbendaharaan kata

yang baik, kebolehan membaca dengan kefahaman, kebolehan menulis dengan baik,

Page 28: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

3

ingatan yang baik dan pengetahuan yang luas. Sesetengah orang juga menganggap

kecerdasan sebagai kebolehan untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang baik.

Kecerdasan Emosi boleh didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang

bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, mengdiskriminasi suatu

emosi, menggunakan maklumat berkaitan untuk mengawal pemikiran dan tindakan

(Mayer & Salovey, 1993).

Manakala prestasi pencapaian akademik pelajar adalah berkaitan dengan tahap

kecermelangan seseorang individu atau sejauh mana seseorang individu dapat

menguasai ilmu yang dipelajari berdasarkan kepada mata nilai yang tertinggi yang dapat

dikumpul, yakni yang dapat dilihat dan diukur nilainya untuk menjalankan kajian ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Konsep “Kecerdasan Emosi” adalah tidak asing lagi di dunia pendidikan kini.

Jika dikaji, konsep “Kecerdasan Emosi” ini bermula daripada kajian 2 orang

cendekiawan terkenal dalam bidang psikologi, iaitu, Peter Salovery dan John Meyer dari

Universiti Yale dan New Hampshire, USA (Ng, 2002).

Selain itu, ada juga pendapat mengatakan kecedasan emosi juga amat berkait

rapat dengan konsep “Kecerdasan Sosial” yang dikemukakan oleh E.L Thorndike pada

tahun 1920. Konsep ini menekankan keupayaan individu untuk memahami dan

berhubung dengan individu lain secara berkesan (Ng, 2002).

Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu

adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu,

terutamanya pelajar. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995)

berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20%

Page 29: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

4

daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi

secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi” yang baik

adalah faktor yang amat dititikberatkan dalam kehidupan seseorang individu yang

berjaya (Zainuddin, 2000).

Selain itu, dalam bidang pekerjaan juga mengikut Goleman, “orang yang

mempunyai IQ yang tinggi tidak melakukan kerja dengan sempurna berbanding dengan

individu yang mempunyai IQ yang sederhana, kurangnya kestabilan emosi boleh

menyebabkan prestasi kerjaya dan akademik terganggu”. Ini membawa maksud

kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan aspek emosi (Ismail,

2005).

Mengikut Lindenfield, (1997) dalam Ismail Zain (2005) melalui buku

"Emotional Confidence", keyakinan emosi bermaksud "satu keadaan di mana kita dapat

menaruh kepercayaan terhadap kebolehan diri kita untuk mengawal perasaan". Ianya

juga merupakan salah satu komponen dalam konsep keyakinan diri (self-confidence).

Dalam ertikata yang mudah aspek keyakinan emosi ini memberi penekanan bahawa

segala bentuk idea yang lahir dalam jiwa kita akan terlaksana untuk dihasilkan sekiranya

kita yakin pada apa yang kita fikirkan itu tanpa dipengaruhi oleh apa-apa unsur yang

boleh melemahkan tindakan kita

Dalam kehidupan manusia seharian, perkara seumpama ini selalu berlaku pada

diri kita. Bagi golongan pelajar, kurang keyakinan dalam emosi mengakibatkan mudah

rasa bosan dan mudah mengalah. Manakala golongan usahawan, pekerja, pegawai dan

para pemimpin pula, kurangnya keyakinan emosi ini akan menyebabkan kurangnya

minat dan keberanian untuk mengambil risiko, membuat keputusan atau meyampaikan

pendapat serta membuat satu anjakan paradigma dalam bidang yang diceburinya.

Imam Al-Ghazali sendiri berpendapat bahawa akal hanyalah penasihat kepada

hati yang mempengaruhi pelakuan manusia (Irana’an, 2002). Di sini menunjukkan

adanya perkaitan yang jelas di antara kecerdasan emosi dengan masalah yang dihadapi

Page 30: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

5

oleh pelajar, seterusnya memberikan impak yang besar kepada prestasi akademik pelajar

berkenaan.

Pernyataan di atas juga turut disokong oleh Child (1986) dalam Irana’an (2002)

yang membahagikan emosi kepada tindak balas fisiologi dan psikologikal, yang mana

mempengaruhi persepsi pembelajaran dan pengajaran. Menurut Ismail Zain pula, dalam

artikelnya yang bertajuk “Kecerdasan emosi Menstabilkan Diri Individu. ”, masalah

kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di antara

beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas

harian. "Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat

menjejaskan kedudukan dan hubungan mesra antara individu.

Selain itu, EQ boleh dicirikan kepada 2 komponen utama iaitu interpersonal

(emosi untuk perhubungan orang lain) dan intrapersonal (emosi perhubungan kendiri).

Persoalannya di sini, adakah pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan

emosi yang rendah turut dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap

pencapaian akademik yang rendah. Ini mungkin kerana mereka mempunyai kurang

daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, sentiasa berfikiran negatif, sukar

menjalinkan persahabatan dengan orang lain dan juga terdorong untuk melakukan

kegiatan jenayah yang kian berleluasa di Negara ini.

Sebagai bukti yang nyata, terpampang jelas didada-dada akhbar, yang

menunjukkan semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan

rompakan, perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan

perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami, walhal

untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi pembelajaran

mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat

sekitar.

Page 31: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

6

Salah perilaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin disebabkan mereka

terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh rakan sebaya, masalah

kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan emosi yang

terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada beberapa masalah tertentu,

seterusnya menggugat prestasi akademik pelajar berkenaan.

Hasil daripada pendapat dan kajian tersebut, penyelidik cuba untuk meninjau

perkaitan hubungan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik

pelajar. Tinjauan ini dijalankan di dalam ruang lingkup pelajar-pelajar yang bersekolah

di beberapa buah sekolah utama di sekitar negeri Johor, Kelantan dan Terengganu.

1.3 Pernyataan Masalah

Dewasa ini, tidak hairan jika ramai cendekiawan-cendekiwan baru yang muncul

dengan tahap kepintaran intelek (IQ) yang tinggi, tetapi tidak kurang juga yang

berpeleseran di Bandar-bandar besar, semata-mata ingin mencari sesuap nasi akibat dari

pencapaian akademik yang merosot. Oleh itu, satu kajian diperlukan untuk mengenal

pasti sama ada terdapat kelangsungan hubungan di antara kestabilan emosi dan prestasi

pencapaian akademik mereka, yang menyebabkan masalah di atas berlaku.

Selain itu, kajian ini dijalankan, supaya masalah yang berkaitan dengan pelajar

dapat dikaji. Peringkat remaja dikatakan sukar dan menimbulkan banyak masalah

seperti ponteng sekolah, mencuri, mencederakan orang lain, lari dari rumah, pelacuran

dan membunuh diri. Kebanyakkan remaja melakukan perkara-perkara yang diketahui

mereka memang salah. Tetapi biasanya remaja hanya terlibat dengan kesalahan-

kesalahan kecil seperti menyeluk poket, mencuri, menyerang guru atau kawan. Kajian

tentang kenakalan remaja menunjukkan bahawa remaja yang melakukan kesalahan

didapati mendapat markah yang rendah dalam ujian penglihatan, pertuturan, bacaan,

matematik, dan kecerdasan am (Brickman, 1984, dalam : Habibah, 1997). Remaja yang

Page 32: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

7

terlibat dalam jenayah, mempunyai masalah untuk berfikir secara abstrak, menyusun

objek, atau idea mengikut susunan yang teratur dan menumpukan perhatian. Keadaan

ini mungkin disebabkan oleh remaja yang belum lagi mempunyai kawalan kognitif

untuk menangani perasaan atau mood. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

mereka mungkin menjadikan mereka sukar untuk menumpukan perhatian dan mengawal

perasaan dan tindakan mereka.

Melarikan diri dari rumah merupakan penyelesaian yang digunakan oleh

sesetengah daripada remaja untuk menyelamatkan diri daripada perhubungan keluarga

yang sudah retak. Biasanya remaja mengalami konflik dengan keluarga dan mereka

begitu terdesak untuk meninggalkan rumah mereka. Apabila remaja telah keluar dari

rumah mereka terpaksa menyara diri dan kadang-kadang terpaksa melakukan delinkuen

seperti mencuri. Remaja yang terlibat dengan jenayah didapati pernah berasa tidak

gembira, kesunyian, berasa tidak selamat atau berasa malu (Weisberg, 1985 dalam :

Habibah, 1997).

Oleh itu, melalui kajian ini, kaedah-kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk

menstabilkan emosi mereka dikenalpasti dan seterusnya meramalkan tahap prestasi

sebenar pelajar-pelajar sekolah berdasarkan daripada keputusan peperiksaan yang telah

ditetapkan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

(i) Mengenalpasti masalah-masalah yang dominan dari aspek masalah

pengaruh rakan sebaya, kekeluargaan dan kewangan yang dihadapi oleh

pelajar

Page 33: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

8

(ii) Mengenalpasti kaedah-kaedah yang dominan dari aspek perjumpaan

dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri

pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar untuk menstabilkan emosi

mereka

(iii) Mengenalpasti Kecerdasan Emosi (EQ) pelajar

(iv) Mengenalpasti tahap akademik pelajar

(v) Melihat hubungan antara masalah-masalah yang dominan seperti masalah

kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, dan kewangan yang dihadapi oleh

pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar

(vi) Melihat hubungan antara kaedah-kaedah yang dominan seperti

perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan

mendekatkan diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi

oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar

(vii) Melihat hubungan antara EQ dengan prestasi pencapaian akademik

pelajar

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan yang dikenalpasti berkaitan dengan objektif kajian adalah

seperti berikut :

(i) Adakah terdapat masalah-masalah yang dominan seperti masalah

pengaruh rakan sebaya, kekeluargaan dan kewangan yang dihadapi oleh

pelajar?

(ii) Adakah terdapat kaedah-kaedah yang dominan seperti perjumpaan

dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri

pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar untuk menstabilkan emosi

mereka?

(iii) Apakah Kecerdasan Emosi (EQ) pelajar?

(iv) Apakah prestasi akademik pelajar?

Page 34: NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Batasan Kajian 13 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Remaja 14 1.9.2 Prestasi Akademik

9

(v) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah pengaruh

rakan sebaya yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian

akademik pelajar?

(vi) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah kekeluargaan

yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik

pelajar?

(vii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah kewangan

yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik

pelajar?

(viii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah perjumpaan

dengan kaunselor, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar

terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar?

(ix) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah bercerita pada

rakan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar terhadap

prestasi pencapaian akademik pelajar?

(x) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah beriadah, yang

digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar terhadap prestasi

pencapaian akademik pelajar?

(xi) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah mendekatkan

diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar

terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar?

(xii) Adakah terdapat hubungan antara EQ dengan prestasi pencapaian

akademik pelajar?

1.6 Hipotesis Nol Kajian

Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis berikut :