kajian manuskrip melayu di paris · 4 hikayat tuan puteri jauhar manikam, hikayat pencuri, syair...

18
1 MENJEJAKI MANUSKRIP MELAYU DAN SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT DI PERANCIS Dr. Jelani Harun Universiti Sains Malaysia Abstrak Pengajian Melayu sudah mendapat tempat di Perancis sekitar pertengahan abad ke-19 yang lalu melalui tokoh-tokoh awalnya seperti Adouard Dulaurier, Pierre Farve dan Aristide Marre. Mereka bukan sahaja mengajar bahasa dan sastera Melayu, mengumpul dan membuat salinan manuskrip, malah juga menterjemahkan beberapa buah karya penting Melayu ke dalam bahasa Perancis. Adouard Dulaurier juga telah membuat salinan terhadap surat-surat Francis Light yang berasal dari Pulau Pinang yang kini tersimpan di Paris dan Tournus. Kertas kerja ini akan meneliti kembali sejarah awal penyalinan manuskrip Melayu di Perancis khususnya dalam konteks hubungan Perancis dengan Pulau Pinang. Perbincangan adalah berdasarkan penjejakan kembali beberapa buah manuskrip Melayu dari Pulau Pinang yang terdapat di beberapa buah perpustakaan di Perancis termasuk salinan surat-surat Francis Light. Perbincangan turut membicarakan bagaimana penyalinan manuskrip Melayu dan surat-surat Francis Light telah berlaku di Perancis pada pertengahan abad ke-19 yang lalu untuk keperluan pengajian Melayu di Perancis ketika itu. Kata kunci : bahasa dan sastera Melayu, manuskrip, surat-surat Francis Light, Perancis, Pulau Pinang Pengenalan Sebuah katalog awal tentang koleksi manuskrip Melayu di Perancis telah pun dibuat oleh Cabaton pada tahun 1912. Pada tahun 1973, katalog yang dibuat oleh Cabaton telah dihuraikan semula oleh Voorhoeve secara lebih sistematik dan mendalam. 1 Tidak kurang daripada 110 buah manuskrip Melayu telah disenaraikan oleh Voorhoeve tersimpan dalam koleksi Manuscrits Orientaux, Departement des Manuscrits (Division Orientale), Perpustakaan Rechelieu, Paris, sebagai sebahagian daripada rangkaian Bibliotheque Nationale de France. Semua manuskrip Melayu yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu diberi singkatan nombor panggilannya “Mal-Pol” yang bermaksud “Malayo-Polynes”. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar karya yang terdapat dalam simpanan Perpustakaan Richelieu adalah jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah manuskripnya kerana kebanyakan manuskrip mengandugi tiga hingga lima buah kompilasi karya yang berbeza-beza di dalamnya. Kedua-dua tulisan oleh Cabaton dan Voorhoeve diterbitkan dalam bahasa Perancis. Sebuah katalog ringkas tentang koleksi manuskrip di Perancis telah diterbitkan kemudiannya oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan judul Katalog Manuskrip Melayu di Perancis (1991) dan sebuah lagi oleh Henri Chambert-Loir dalam bukunya Khazanah Naskah (1999) yang mengandungi maklumat ringkas tentang manuskrip di Paris, Marseille, Rouen dan Tournus. Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 10-Nov-2020

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

1

MENJEJAKI MANUSKRIP MELAYU DAN SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT DI PERANCIS

Dr. Jelani Harun

Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Pengajian Melayu sudah mendapat tempat di Perancis sekitar pertengahan abad ke-19 yang lalu melalui tokoh-tokoh awalnya seperti Adouard Dulaurier, Pierre Farve dan Aristide Marre. Mereka bukan sahaja mengajar bahasa dan sastera Melayu, mengumpul dan membuat salinan manuskrip, malah juga menterjemahkan beberapa buah karya penting Melayu ke dalam bahasa Perancis. Adouard Dulaurier juga telah membuat salinan terhadap surat-surat Francis Light yang berasal dari Pulau Pinang yang kini tersimpan di Paris dan Tournus. Kertas kerja ini akan meneliti kembali sejarah awal penyalinan manuskrip Melayu di Perancis khususnya dalam konteks hubungan Perancis dengan Pulau Pinang. Perbincangan adalah berdasarkan penjejakan kembali beberapa buah manuskrip Melayu dari Pulau Pinang yang terdapat di beberapa buah perpustakaan di Perancis termasuk salinan surat-surat Francis Light. Perbincangan turut membicarakan bagaimana penyalinan manuskrip Melayu dan surat-surat Francis Light telah berlaku di Perancis pada pertengahan abad ke-19 yang lalu untuk keperluan pengajian Melayu di Perancis ketika itu. Kata kunci : bahasa dan sastera Melayu, manuskrip, surat-surat Francis Light, Perancis, Pulau Pinang

Pengenalan

Sebuah katalog awal tentang koleksi manuskrip Melayu di Perancis telah pun dibuat oleh Cabaton pada tahun 1912. Pada tahun 1973, katalog yang dibuat oleh Cabaton telah dihuraikan semula oleh Voorhoeve secara lebih sistematik dan mendalam.1

Tidak kurang daripada 110 buah manuskrip Melayu telah disenaraikan oleh Voorhoeve tersimpan dalam koleksi Manuscrits Orientaux, Departement des Manuscrits (Division Orientale), Perpustakaan Rechelieu, Paris, sebagai sebahagian daripada rangkaian Bibliotheque Nationale de France. Semua manuskrip Melayu yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu diberi singkatan nombor panggilannya “Mal-Pol” yang bermaksud “Malayo-Polynes”. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar karya yang terdapat dalam simpanan Perpustakaan Richelieu adalah jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah manuskripnya kerana kebanyakan manuskrip mengandugi tiga hingga lima buah kompilasi karya yang berbeza-beza di dalamnya. Kedua-dua tulisan oleh Cabaton dan Voorhoeve diterbitkan dalam bahasa Perancis. Sebuah katalog ringkas tentang koleksi manuskrip di Perancis telah diterbitkan kemudiannya oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan judul Katalog Manuskrip Melayu di Perancis (1991) dan sebuah lagi oleh Henri Chambert-Loir dalam bukunya Khazanah Naskah (1999) yang mengandungi maklumat ringkas tentang manuskrip di Paris, Marseille, Rouen dan Tournus.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

2

Tanda Jalan Menuju ke Perpustakaan Richelieu, Paris

Dari segi jumlahnya, koleksi manuskrip Melayu di Paris tidaklah sebanyak yang terdapat di London atau di Leiden. Sungguh pun begitu, penghargaan harus diberikan kepada minat awal sarjana-sarjana Perancis terhadap manuskrip Melayu. Berdasarkan huraian Voorhoeve (1973), sekurang-kurangnya 24 buah manuskrip dikaitkan dengan nama Edouard Dulaurier (1807-1881) dan 5 buah kepada Pierre Favre (1812-1887).2 Kedua-dua tokoh ini adalah antara sarjana awal Perancis yang banyak melibatkan diri dalam pengajian bahasa dan sastera Melayu termasuk sebagai pensyarah bahasa Melayu di Ecole des Langues Orientales (Sekolah Tinggi Bahasa-bahasa Timur), Paris.3

Antara manuskrip penting yang terdapat dalam simpanan Perpustakaan Richelieu ialah Bustan al-Salatin, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Adat Raja-Raja, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Di perpustakaan tersebut juga terdapat salinan Hikayat Abdullah dan Syair Kampung Gelam Terbakar oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Malah tidak kurang pentingnya juga, Perpustakaan Richelieu turut menyimpan beberapa buah syair karangan Tuan Simi di Singapura berjudul Syair Dagang Berjual Beli, Syair Potong Gaji dan Syair Tengku Perabu.

Voorhoeve dalam katalognya turut menyenaraikan sebanyak 20 buah manuskrip yang

tersimpan di Musee national des Arts asiatiques-Guimet (Musee Guimet), Paris. 4

Antara manuskrip yang utama termasuklah Hikayat Indera Putera, Syair Bidasari, Syair Ken Tambuhan, Hikayat Indera Bangsawan, Bustan al-Salatin dan Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham. Agak menariknya, dalam koleksi manuskrip di muzium ini terdapat cerita-cerita nasihat tentang kisah ikan di dalam air dan raja gajah (Mal-Pol. 266) yang tiada ditemui di tempat lain. Dalam Mal-Pol. 274 pula, terdapat dua buah syair yang ditulis dengan gaya tulisan Jawi yang berseni berjudul Syair Orang Dagang di Selangor dan Syair Belalang dan Kumbang.

Kedua-dua koleksi manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu dan Musee Guimet adalah sumber terpenting manuskrip Melayu yang terdapat di Perancis. Tidak banyak yang diketahui tentang nilai sebenar karya-karya tersebut kerana belum banyak kajian khusus dibuat terhadap manuskrip-manuskrip yang ada sama ada dari sudut isi mahu pun dari aspek keaslian naskhah, pengarang atau penyalinnya. Di samping karya-karya yang telah

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

3

disebutkan di atas, terdapat juga puluhan cerita tentang Nabi Muhammad, hikayat, syair, pantun, surat dan pelbagai bentuk karya lainnya yang telah disenarikan dalam katalog Catabon (1912) dan Voorhoeve (1973).

Selain di Perpustakaan Richelieu dan Musee Guimet, koleksi manuskrip Melayu di Paris turut dikesan tersimpan di Archives Des Missions Etrangeres, Paris. Penulis telah berpeluang meneliti dua buah manuskrip Melayu yang tersimpan di situ yang terdiri daripada sebuah cerita panji (MS 1080) dan Hikayat Pelanduk Jenaka (MS 1085). Manuskrip cerita panji bertarikh tahun 1820 dan disalin oleh penyalin bernama Syeikh Ali al-Din. Sementara Hikayat Pelanduk Jenaka bertarikh 1237 Hijrah (1828), berukuran 19.5 sm x 14.5 sm, terdiri daripada 78 halaman. Tulisan menggunakan dakwat hitam dan merah. Manuskrip berasal dari Melaka. Besar kemungkinan, manuskrip-manuskrip tersebut telah dibawa ke Paris oleh paderi yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu pada masa dahulu.5

Dulaurier dikesani pernah membuat salinan terhadap Hikayat Raja Pasai, mungkin merupakan manuskrip yang kini tersimpan di Perpustakaan Richelieu (Mal-Pol. 50). Hal ini telah dibicarakan oleh Monique-Zaini Lajoubert (2004 & 2008) sewaktu beliau membuat kajian semula terhadap Hikayat Raja Pasai. Menurutnya, pada tahun 1849, Dulaurier telah membuat sebuah salinan Jawi manuskrip Hikayat Raja Pasai yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London (Raffles Malay 67). Pada tahun 1874 manuskrip Jawi salinan oleh Dulaurier itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Aristide Marre (1823-1918) yang merupakan buat julung-julung kalinya Hikayat Raja Pasai boleh dibaca dalam bahasa Perancis. Pada tahun 2004, terjemahan Hikayat Raja Pasai dalam bahasa Perancis tersebut telah diedit semula oleh Monique Zaini-Lajoubert dan diterbitkan dengan judul Histoire des rois de Pasey.6

Selepas menterjemahkan Hikayat Raja Pasai, Aristide Marre menterjemahkan pula Makota Radja-Radja (Taj al-Salatin) pada tahun 1875, Sejarah Melayu pada tahun 1896 dan Hikayat Jauhar Manikam pada tahun 1897. Misalnya, terjemahan Taj al-Salatin dibuat dengan judul Makota Radja-Radja Ou La Couronne Des Rois Par Bokhari De Djohore, terdiri daripada 24 bab lengkap dengan cacatan dan indeks. Teks diterbitkan oleh penerbitan Maisonneuve di Paris. Agak menariknya, Aristide Marre mengatakan teks Makota Radja-Radja itu dikarang oleh Bokhari dari Johor, dan bukannya Bukhari al-Jauhari.

Pierre Favre terkenal dalam sejarah pengajian Melayu kerana usaha beliau

menerbitkan Kitab Qamus Bahasa Melayu Dengan Bahasa Perancis (1875) dan Kitab Qamus Bahasa Perancis Dengan Bahasa Melayu (1880). 7

Dalam Kitab Qamus Bahasa Melayu Dengan Bahasa Perancis (1875, hlm. xxv-xxvi), Pierre Farve menyenaraikan beberapa buah teks kesusasteraan Melayu yang telah digunakannya sebagai bahan rujukan iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Bispu Raja, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Abdullah, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Isma Yatim, Hikayat Kalilah dan Daminah, Syair Ken Tambuhan, Makota Raja-Raja, Hikayat Seri Rama, Syair Bidasari, Hikayat Sultan Abdul Muluk, Hikayat Sultan Ibrahim dan Sejarah Melayu. Hal ini menunjukkan Pierre Favre telah membaca sebahagian daripada karya kesusasteraan Melayu yang utama ketika itu.

Selain Hikayat Raja Pasai, Dulaurier juga telah membuat salinan Jawi bagi Undang-Undang Melaka dan pelbagai undang-undang adat Melayu yang lain, Hikayat Raja Banjar dan Kotaringin, Syair Perang Inggeris di Betawi, Syair Selindung Delima, Syair Ken Tambuhan, Syair Bidasari, Hikayat Hatim Tai, Hikayat Si Miskin, Hikayat Indera Putera,

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

4

Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat-surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain lagi (lihat Voorhoeve, 1973). Usaha dan keupayaan Dulaurier menyalin manuskrip Melayu dalam tulisan Jawi adalah sesuatu yang agak istimewa sifatnya kerana lazimnya sarjana Eropah akan menggunakan khidmat pengarang atau penyalin Melayu bagi melaksanakan kerja-kerja penyalinan manuskrip yang rumit dan memakan masa itu. Malah, Dulaurier pernah menerbitkan sebuah hasil tulisan beliau yang menceritakan usahanya dalam membuat pengumpulan dan penyalinan manuskrip Melayu termasuk daripada koleksi manuskrip yang terdapat di London sekitar tahun 1841-1842. Penerbitan dalam bahasa Perancis itu ialah :

Dulaurier, E., 1843. Memoire, Lettres Et Rapports Relatifs Au Cours De Langues Malaye Et Javanaise Fait a la Bibliotheque Royale Pendant Les Annees 1840-1841, 1841-1842, Et A Deux Voyages Litteraires Entrepris En Angleterre Pendant Les Annees 1838 Et 1840. Paris: B. Duprat.

Surat-surat Francis Light di London

Maklumat awal tentang kewujudan surat-surat Francis Light (Light Letters) di London adalah melalui sebuah tulisan oleh Kratz pada tahun 1987. Dalam tulisannya, Kratz telah mengenengahkan Light Letters yang terdiri daripada koleksi 1,200 pucuk surat-surat Francis Light yang kini tersimpan di School of Oriental and African Studies / SOAS (MS 40320) dalam sebelas buah fail (volume).8 Antara lain, surat-surat tersebut mengandungi maklumat-maklumat yang sangat berharga tentang hubungan Francis Light dengan raja-raja Melayu, meliputi urusan diplomatik, perdagangan, pertikaian, persahabatan, bantuan kewangan, keselamatan dan sebagainya.9

Penelitian yang menyeluruh terhadap surat-surat tersebut akan menuntut waktu dan usaha yang besar, apatah lagi dalam keadaan surat-surat yang masih belum tersusun secara sistematik, sebaliknya bercampur-campur dalam kesebelasan failnya. Dalam konteks sejarah Pulau Pinang, surat-surat Francis Light pastilah sangat penting sekali untuk diketahui isinya, khususnya tentang situasi yang berlaku di Pulau Pinang sekitar tahun 1786-1794.

Sebahagian Jilid Surat-surat Francis Light di SOAS, London

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

5

Mengikut catatan Kratz (1987), surat-surat Francis Light yang tersimpan di SOAS adalah koleksi yang diserahkan oleh William Marsden, pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Sumatera sekitar tahun 1771-1779. Pada tahun 1835, surat-surat tersebut telah diserahkan oleh William Marsden (1754-1836) kepada Perpustakaan King College, London. Apabila SOAS ditubuhkan pada tahun 1916 (ketika itu dikenali dengan nama School of Oriental Studies), keseluruhan surat-surat tersebut dipindahkan ke Perpustakaan SOAS sehingga sekarang. Tidak banyak yang diketahui tentang isi surat-surat Francis Light tersebut sehinggalah diketengahkan oleh Kratz pada tahun 1987 dengan tumpuan khusus kepada urusan perdagangan Francis Light dengan raja-raja Melayu. Dalam tulisannya, Kratz membahagikan surat-surat Francis Light kepada lima kumpulan berikut :

1. Letters sent to Light 2. Letters sent to Light’s business partner Scott 3. Originals, copies and drafts of letters sent by Light 4. Internal Malay correspondence 5. Other documents (bills, receipts, petitions, business contracts)

Di samping koleksi surat, bahagian “Other documents” tidak kurang mengandungi

berbagai-bagai catatan penting tentang Pulau Pinang masa lalu, antara lain termasuklah sekeping dokumen perjanjian Sayid Hussain Aidid dengan Francis Light yang dibuat pada tahun 1791. Selain itu, terdapat juga “Babat suku orang Kelang yang anak bini dalam pekan Pulau Pinang” (MS 40320 / Vol. 1) yang memuatkan senarai nama saudagar-saudagar yang tinggal di Pulau Pinang berserta dengan jumlah kedai, ahli keluarga dan hamba sahaya yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, jauh sebelum kajian oleh Kratz, surat-surat Francis Light tersebut telah menarik minat seorang sarjana pengajian Melayu dari Perancis bernama Edouard Dulaurier (1807-1881).

Salinan Surat-surat Francis Light di Perancis

Salinan surat-surat Francis Light oleh Dulaurier kini terkumpul dalam manuskrip Mal-Pol. 97 yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu. Manuskrip mengandungi kira-kira 100 salinan surat-surat Francis Light ketika di Pulau Pinang dengan raja-raja dan pembesar Melayu dalam pelbagai urusannya. Dalam kebanyakan surat, nama Francis Light disebut sebagai “Gurnadur” atau “Sinyor Gurnadur”. Di samping itu, terdapat juga dua surat yang ditujukan kepada Kapten Askat (Captain James Scott). Selain surat-surat Francis Light, manuskrip turut mengandungi surat-surat beberapa orang pegawai Inggeris di Sumatera (Fort Malborough) dengan raja-raja dan pembesar Melayu dari Moko-Moko, Bangkahulu, Andalas, Padang dan juga sepucuk surat Sultan Alauddin Mansur Shah dari Aceh kepada “Raja Perancis yang nama Louis Phillip”.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang telah menarik minat Dulaurier untuk membuat salinan surat-surat Francis Light kerana belum pernah ditemui suatu tulisan khusus Dulaurier terhadap surat-surat tersebut. Penulis hanya dapat membuat andaian, ketika tahun 1840-an itu, Dulaurier sangat berminat membuat salinan terhadap manuskrip-manuskrip Melayu yang terdapat di London untuk dibawa pulang ke Paris sebagai sebahagian daripada dokumen sejarah Alam Melayu, di samping sebagai bahan pengajarannya di Ecole des Langues Orientales ketika itu.10

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

6

Lebih menarik lagi, kepentingan surat-surat Francis Light turut mendapat perhatian seorang lagi pengarang atau penyalin manuskrip Melayu di Perancis yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya. Sebuah manuskrip yang mengandungi 38 salinan surat-surat Francis Light telah pun berjaya ditemui tersimpan di Bibliotheque Municipale de Tournus, Perancis. Penulis telah berpeluang berkunjung ke Bibliotheque Municipale de Tournus yang terletak kira-kira 350 kilometer dari Paris. Tournus sebuah bandar lama dalam wilayah Burgundy di selatan Paris, sebuah lokasi tumpuan pelancong yang ingin melawat kompleks bangunan dan gereja lama “Abbaye Saint-Philibert” yang sangat bersejarah. Di kawasan kompleks lama itu juga terletaknya Bibliotheque Municipale de Tournus, sebuah perpustakaan yang menyimpan sejumlah besar buku dan dokumen lama yang berhubungan dengan sejarah dan perkembangan sosio-budaya masyarakat Perancis.

Bibliotheque Municipale de Tournus

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

7

Penelitian mendapati, Bibliotheque Municipale de Tournus memiliki tiga buah

manuskrip Melayu yang tercatat dalam sebuah buku katalog tulisan tangan berjudul

Bibliotheque de la Ville de Tournus. Katalog tersebut telah disusun oleh Jean Martin pada

tahun 1886 yang bertugas selaku ketua Bibliotheque Municipale de Tournus ketika itu. Tiga

buah manuskrip Melayu itu tercatat pada halaman 387 katalog dengan diberi nombor

panggilan sebagai M 29, M 30 dan M 31. Tidak dapat dipastikan bagaimana ketiga-tiga

buah manuskrip Melayu itu berada di Tournus, tetapi apa yang lebih pasti, koleksi karya

Melayu di Tournus tersebut belum pernah mendapat penelitian sarjana Melayu sehingga

kini.

Tiga Buah Manuskrip Melayu di Tournus, Perancis

Manuskrip M 29 berukuran 25 sm x 19 sm, berjilid kertas kadbod dengan tulisan Jawi berdakwat hitam dan merah. Manuskrip terdiri daripada 105 halaman dan mengandungi 22 baris ayat pada satu halaman. Kertas agak lusuh dengan watermarks lambang tiga bulan sabit. Manuskrip tiada mempunyai pengenalan dan kolofon, sementara isinya mengandungi 17 kisah dan riwayat yang bersumber daripada cerita-cerita dalam sejarah Islam. Matlamat penulisan kisah dan riwayat adalah memberi pengetahuan dan nasihat kepada pembaca tentang pengajaran baik dan buruk dalam kehidupan, sebuah corak penulisan yang lazim ditemui dalam karya-karya seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan sebagainya. Nama penyalin dan tahun penyalinan tiada dicatatkan.

Manuskrip M 31 pula mengandungi salinan dua buah karya berjudul Syair Si

Burung Nuri serta Si Bunga Chempaka (hlm. 1-52) dan Syair Ikan Tambera berganding sama Kakap (hlm. 53-87). Syair Si Burung Nuri serta Si Bunga Chempaka mencatatkan tarikh pada kolofonnya 7 haribulan Ogos 1728 M sementara Syair Ikan Tambera

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

8

berganding sama Kakap mempunyai kolofon bertarikh bulan Rejab tahun 1235 H (1826 M). Manuskrip berukuran 22 sm x 17 sm, terdiri daripada 112 halaman, dengan tulisan Jawi berdakwat hitam. Semua gaya tulisan Jawi adalah sama dan adalah dipercayai hasil buah tangan seorang penyalin manuskrip yang sama.

Selepas kedua-dua buah syair di atas, M 31 turut mengandungi salinan sepucuk

surat Sultan Ibrahim di Selangor kepada pemerintah Inggeris di Bengal (hlm. 90-91), sepucuk surat daripada Raja Benchana (hlm. 93-95), sepucuk surat Sultan Mansur Syah di Terengganu kepada pihak Inggeris (hlm. 95-97), sepucuk surat saudagar Qamar al-Din kepada Gurnadur di Pulau Pinang (hlm. 97-100), salinan petikan daripada sebuah hikayat berunsur Hindu (hlm. 100-103) dan diakhiri dengan beberapa rangkap pantun kasih sayang (hlm. 106-112). Secara keseluruhannya, manuskrip M 31 terdiri daripada kompilasi beberapa buah karya dan surat raja-raja Melayu yang pelbagai sifatnya. Siapa pun penyalinnya, beliau adalah seorang yang melakukan kerja-kerja penyalinan dengan begitu berhati-hati sehingga tiada terdapat sebarang tanda kesalahan pada karya atau surat yang disalinnya.

Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu

terdapat sebuah karya yang berjudul Syair Ikan Tambera (Mal-Pol. 88) yang merupakan salinan oleh Dulaurier dan Syair Nuri (Mal-Pol. 92) yang berasal dari Batavia. Menurut catatan Voorhoeve (1973: 44), Syair Ikan Tambera adalah salinan yang dibuat oleh Dulaurier daripada manuskrip asal di RAS (Raffles Malay 7). Berdasarkan maklumat ini, tidak mungkin pula manuskrip M 31 yang tersimpan di Tournus adalah salinan yang dibuat oleh Dulaurier kerana beliau sudah pun membuat sebuah salinan Syair Nuri. Besar kemungkinannya, penyalin manuskrip M 31 yang tersimpan di Tournus adalah seorang yang lain, yang telah membuat salinan manuskrip sama ada bersumber daripada manuskrip yang terdapat di Perpustakaan Richelieu atau langsung daripada sumber yang asal di London atau pun daripada sumber-sumber yang lainnya.

Persoalan tentang penyalin manuskrip M 31 ada hubungannya pula dengan

manuskrip M 30 yang tersimpan di Bibliotheque Municipale de Tournus. Manuskrip berukuran 22 sm x 17 sm, tertulis dalam kertas tanpa watermarks dan berjilid kemas. Tulisan Jawi menggunakan dakwat hitam, sangat kemas, rapi dan agak berseni. Gaya tulisan Jawi adalah sama bagi keseluruhan manuskrip dan dipercayai daripada tangan seorang penyalin manuskrip yang sama. Malah, gaya tulisan Jawi pada manuskrip M 30 adalah sama dengan tulisan Jawi yang terdapat pada manuskrip M 31, dan besar kemungkinan kedua-dua manuskrip tersebut disalin oleh orang yang sama. Terdapat 15 baris ayat pada satu halaman yang keseluruhannya berjumlah 235 halaman.

Isi kandungan manuskrip M 30 terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama

terdiri daripada salinan Syair Ken Tambuhan yang lengkap dengan pengenalan dan kolofon. Syair tertulis dalam 137 halaman dengan kolofon bertarikh 20 haribulan Jamadil Akhir tahun 1235 Hijrah (1826 M). Nama penyalin dan sumber asal syair tiada dicatatkan. Di Perpustakaan Richelieu terdapat dua buah salinan Syair Ken Tambuhan yang telah dibuat oleh Dulaurier berasaskan manuskrip yang tersimpan di London. Manuskrip tersebut ialah Mal-Pol. 71 yang bersumber daripada manuskrip SOAS 12914B dan Mal-Pol. 72 yang bersumber daripada RAS Raffles Malay 7 (Voorhoeve, 1973: 43-44). Ada kemungkinan, penyalin M 30 telah membuat salinan berdasarkan manuskrip yang tersimpan di Paris ataupun terus daripada manuskrip yang berada di London.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

9

Bahagian kedua manuskrip M 30 adalah sebenarnya yang berhubungan secara langsung dengan Pulau Pinang, dengan Francis Light khususnya, kerana mengandungi sebanyak 38 salinan surat-surat Francis Light dengan raja-raja dan pembesar Melayu. Bahagian ini dimulai dengan judul (hlm. 148) “Inilah segala surat dari Tanah Melayu”. Sumber asal surat-surat tersebut tiada dinyatakan oleh penyalinnya. Semua surat disalin dengan kemas dan berhati-hati tanpa meninggalkan sebarang tanda kesalahan ejaan atau ayat. Penelitian mendapati, kesemua 38 salinan surat-surat Francis Light ini adalah menyamai seperti yang terdapat dalam Mal-Pol. 97. Penulis tidak ragu-ragu untuk mengatakan salinan surat-surat Francis Light dalam manuskrip M 30 di Tournus adalah bersumber daripada manuskrip Mal-Pol. 97 yang tersimpan di Perpustakaan Richelieu, Paris. Senarai bagi keseluruhan salinan 38 surat tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

1. hlm.152-155 Surat daripada Datu Kaya Batu Bahara kepada Gurnadur yang memerintah Bandar Pulau Pinang. 2. hlm. 155-157 Surat Encik Longok yang bermukim di Bandar Perlis Kota Indera Kayangan Negeri Kedah Dar al-Aman kepada Kapitan Askat di Negeri Salang. Surat bertarikh 1199 (1788). 3. hlm. 157-159 Surat daripada Tengku Kejuruan Muda yang duduk dalam Negeri Langkat kepada Gurnadur yang duduk dalam Negeri Pulau Pinang. 4. hlm. 159-161 Surat daripada Raja Long Omar di Negeri Kedah Dar al-Aman kepada Datuk Gurnadur yang arif bijaksana dan yang empunya perintah di dalam Bandar Pulau Pinang. Surat meminta Francis Light memeriksa pertikaian perniagaan antara dua orang saudagar di Pulau Pinang. 5. hlm. 162-163 Surat Raja Selangor kepada Kapitan Thomas Forest meminta beliau membantu Selangor untuk membuat perhubungan persahabatan dan perdagangan dengan pihak Inggeris di Benggala (Bengal, India). 6. hlm. 163-165 Surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir,

bertarikh 1203 Hijrah (1792), tentang penipuan wang yang dibuat oleh seorang Kapitan Belanda.

7. hlm. 165-167 Surat sembah saudagar Dato’ Marikan Kandu minta Francis Light menyelesaikan pertikaian beliau dengan seorang saudagar dari Kelang. 8. hlm. 168-169 Surat Datuk Paduka Seri Indera penghulu di dalam Lima Laras kepada Gurnadur Pulau Pinang. 9. hlm. 170-171 Surat Encik Piah dari Selangor kepada anakanda perempuan Gurnadur di Pulau Pinang. 10. hlm. 172-173 Surat Datuk Bayan kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 11. hlm. 174-176 Surat Raja Muda Perlis Indera Kayangan kepada Gurnadur di Pulau Pinang berkaitan perniagaan belerang dan minta diperbaiki tiga utas jam tangan yang rosak. 12. hlm. 176-177 Surat Datu Kaya Batu Bahara kepada Gurnadur di Pulau Pinang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

10

13. hlm. 178-179 Surat daripada Mahmud kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 14. hlm. 180-181 Surat daripada Datu Batu Bahara kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 15. hlm. 182-184 Surat Laksamana kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 16. hlm. 185-187 Surat Syahbandar Selangor kepada Sinyur Gurnadur Mister Light, bertarikh 1196 (1786), tentang perniagaan tembakau dan kain di Pulau Pinang. 17. hlm.187-189 Surat Orang Kaya Buluh China kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 18. hlm. 190-191 Surat daripada isteri Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Syah yang memerintah Bandar Negeri Selangor kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 19. hlm. 191-193 Surat kepada Gurnadur Pulau Pinang berkaitan urusan kapal ke Tanah Arab. 20. hlm. 194-195 Surat daripada Tengku Langkat kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 21. hlm. 196-197 Surat tentang perniagaan bijih timah. 22. hlm. 198-200 Surat daripada Salang kepada Kapitan Askat (Captain James Scott). 23. hlm. 201-203 Surat daripada saudagar di Negeri Kelantan kepada hakim Bandar yang empunya perintah di bawah Gurnadur dalam Pulau Pinang. Pada kolofon tercatat “Ini surat daripada rahsia raja dari Negeri Kelantan”. 24. hlm. 203-205 Surat daripada Paduka Maharaja Kedah kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 25. hlm. 206-208 Surat Pangeran Palembang kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 26. hlm. 208-210 Surat Raja Ali kepada Gurnadur di Pulau Pinang tersurat di Negeri Selangor. 27. hlm. 210-212 Surat Raja Selangor Badar al-Din kepada Gurnadur di Pulau Pinang tentang hal hutang-piutang. 28. hlm. 212-214 Surat Sultan Selangor kepada Sinyor Gurnadur di Pulau Pinang, bertarikh 1201 Hijrah (1790), tentang baginda ingin bertemu Francis Light berbincang tentang hal perniagaan. 29. hlm. 214-215 Surat Francis Light kepada Tok Saudagar Nasar al- Din minta dikirimkan timah dan lada ke Pulau Pinang. 30. hlm. 215-216 Surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir berkaitan hal perdagangan. 31. hlm. 217-219 Surat daripada Long Ismail kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 32. hlm. 219-221 Surat dari Batu Bahara kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 33. hlm. 221-222 Surat dari Langat kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 34. hlm. 222-225 Surat daripada saudagar rahsia Raja Kelantan kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 35. hlm. 225-228 Surat daripada Datuk Saudagar Nasar al-Din kepada Gurnadur di Pulau Pinang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

11

36. hlm. 228-230 Surat Encik Khamas di Johor kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 37. hlm. 230-233 Surat Syahbandar wakil sultan kepada Gurnadur di Pulau Pinang. 38. hlm. 234-235 Surat Laksamana di Negeri Perak kepada Gurnadur di Pulau Pinang, bertarikh tahun 1206 (1794).

Daripada senarai surat di atas, memberikan sedikit-sebanyak maklumat berkaitan hubungan Francis Light dengan raja-raja dan pembesar Melayu masa lalu, terutamanya bagi negeri-negeri Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Johor, dan beberapa buah kesultanan Melayu di Sumatera seperi Langkat, Batu Bahara dan Palembang. Isi surat merangkumi berbagai-bagai persoalan berhubungan dengan perdagangan, permohonan bantuan kewangan, pertikaian jual-beli dan juga hal-hal yang lebih bersifat persahabatan dan peribadi. Walaupun pendudukan Inggeris di Pulau Pinang masih lagi baharu ketika itu, tetapi kelihatannya Francis Light sudah pun memberi pengaruh yang kuat kepada raja-raja Melayu, sehingga beliau diberikan aneka puji-pujian oleh raja-raja dan pembesar Melayu. Suatu contoh tergambar dalam mukadimah surat yang diberikan oleh Raja Long Omar dari Kedah kepada Francis Light (hlm. 159-160) seperti berikut :

Omar ibn Muhammad Taha Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Raja Long Omar di Negeri Kedah Dar al-Aman sampai pada sahabat beta Dato’ Gurnadur yang arif bijaksana dan yang mempunyai perintah di dalam Bandar Pulau Pinang serta yang amat mengasihani segala hamba Allah yang teraniaya supaya jadi ramailah segala dagang masuk berniaga ke dalam Pulau Pinang itu dengan sebab baik bicara dan tuah sahabat beta jadi makmurlah di dalam Bandar Pulau Pinang itu.

Koleksi salinan surat Francis Light yang terdapat dalam manuskrip M 30 turut mengandungi tiga salinan surat Francis Light kepada raja-raja dan pembesar Melayu, iaitu dua pucuk surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir (hlm. 163-165 & hlm. 215-216) dan sepucuk surat Francis Light kepada Tok Syahbandar Nasar al-Din (hlm. 214-215). Dalam ketiga-tiga surat ini, Francis Light memperlihatkan konvensi penulisan surat yang agak seragam, dengan kata-kata mukadimah yang manis penuh puji-pujian, diikuti dengan maksud surat dan ungkapan penutup serta tarikhnya. Francis Light pastinya memiliki jurutulis surat Melayu yang berpengalaman bagi membantu beliau berurusan dengan raja-raja dan pembesar Melayu.

Contoh yang ketara tergambar dalam surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir (hlm. 163-165), dalam mana Tengku Raja Pidir telah diberikan puji-pujian sebagai orang yang bijaksana dan masyhur namanya. Walau bagaimanapun, isi surat adalah berkaitan dengan peristiwa seorang Kapitan Belanda yang dikatakan telah menipu Francis Light sebanyak 368 riyal, wang yang sepatutnya diberikan kepada Tengku Raja Pidir. Siasah Francis Light begitu terserlah dengan janji beliau akan membayar ganti wang itu kepada Tengku Raja Pidir dan menghukum Kapitan Belanda tersebut. Sebagai balasannya, Francis Light memohon agar Tengku Raja Pidir memberikan bantuan kepada Kapitan Askat (Captain James Scott) yang sedang berurusan dagang di Pidir. Tengku Raja Pidir pastinya gembira dengan surat daripada Francis Light ini dan terus saling berkerjasama dalam urusan politik dan dagang antara Pidir dengan Pulau Pinang. Surat bertarikh tahun 1203 Hijrah (1792), yakni kira-kira selepas enam tahun Francis Light di Pulau Pinang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

12

Dalam pada itu, koleksi salinan surat yang tersimpan di Bibliotheque Municipale de Tournus turut mengandungi sepucuk surat yang agak berlainan cara penulisan dan matlamatnya. Surat tersebut datangnya daripada seorang yang bernama Marikan Kandu yang ditujukan kepada Francis Light ataupun kepada seorang pegawai Inggeris yang dipanggil “qadam Dato’ Gurnadur”. Dalam suratnya, Marikan Kandu mengadu tentang seorang yang digelarnya sebagai “fakir Saba” dari Kelang yang telah menipunya dan tidak mahu membayar hutangnya sebanyak 210 riyal, walaupun setelah mendapat perintah daripada pihak pengadilan (daftar). Surat tanpa tarikh ini memberi gambaran tentang bagaimana pertikaian-pertikaian dalam perniagaan yang berlaku di Pulau Pinang masa lalu yang memerlukan pengadilan daripada pihak Inggeris. Agak menariknya, surat adalah ditulis oleh Marikan Kandu, sebagai suatu maklumat penting tentang kehadiran keturunan “Merican” atau “Marican” pada zaman awal Pulau Pinang. Cara penulisan surat dan penggunaan bahasa Melayu juga agak kurang teratur, berbeza daripada kelaziman surat-surat yang datang dari raja-raja atau pembesar Melayu.

Rumusan

Pengajian Melayu sudah mendapat tempat di Perancis sekitar pertengahan abad ke-19 yang lalu melalui tokoh-tokoh awalnya seperti Adouard Dulaurier, Pierre Farve dan Aristide Marre. Mereka bukan sahaja mengajar, malah juga mengumpul, membuat salinan manuskrip Jawi dan menterjemahkan beberapa buah karya penting Melayu ke dalam bahasa Perancis. Usaha Dulaurier membuat salinan Jawi terhadap sebahagian daripada surat-surat Francis Light yang tersimpan di London telah menyebar-luaskan surat-surat tersebut ke Paris. Dari Paris, sebahagian daripada surat-surat Francis Light itu disalin semula dan dibawa pula ke Tournus, sebuah bandar lama yang sungguh asing dengan dunia pengajian Melayu. Melalui salinan surat-surat itu, nama Francis Light dan Pulau Pinang pernah berada dalam koleksi manuskrip di Bibliotheque Municipale de Tournus dan sehingga kini masih abadi di sana. Penelitian lebih lanjut wajar dilakukan terhadap koleksi manuskrip Melayu dan surat-surat Francis Light yang terdapat di Perancis sebagai sebahagian daripada kesinambungan sejarah pengajian bahasa dan sastera Melayu yang pernah wujud antara Perancis dengan Tanah Melayu secara amnya, dan hubungan Perancis-Pulau Pinang secara khususnya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

13

Lampiran 1 :

Salinan surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir [Sumber: Manuskrip M 30, Bibliotheque Municipale de Tournus, hlm. 163-165] Al-qamr wa al-syams Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada chakrawala matahari dan bulan daripada beta Gurnadur yang memerintahkan di kota Bandar Pulau Pinang, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada pihak sahabat beta Tengku Raja Pidir yang aqil bijaksana, telah masyhur gah kepujian sampai ke mana-mana. Wa ba’du dari itu ahwal akan surat sahabat beta dibawa kerani itu sampailah kepada beta dengan sempurnanya. Maka akan perintah piutang Kapitan Belanda pada sahabat beta itu maka sudah beta periksanya akunya tiga ratus enam puluh dulapan riyal itu kepada sahabat beta serta dengan surat beta pun dibawanya sama pergi. Maka ini khabarnya ia sudah pergi ke Benggala. Maka pasal riyal tiga ratus enam puluh dulapan riyal seperti akuan Kapitan Belanda itu betalah ganti bayar. Apabila ia datang dari Benggala boleh beta kerasi ambil riyal itu kerana ditipunya beta hendak pergi bayar kepada sahabat beta. Sebermula Kapitan Askat pun beta suruh pergi ke Pidir, itu pun minta sahabat beta tolong barang sesuatu hal-ahwal mereka itu, boleh balik dengan segeranya. Amin. Perbuat surat ini pada dua hari timbul bulan Rejab hari Ahad sanat 1203 tahun Ba. Tamat.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

14

Lampiran 2 :

Salinan surat Marikan Kandu kepada Francis Light [Sumber: Manuskrip M 30, Bibliotheque Municipale de Tournus, hlm. 165-167] Ya Aziz Ampun hamba Dato’, Marikan Kandu sakai hamba yang teramat hina maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnadur yang teramat mulia. Hamba Dato’ maklumkan ahwal hal diri hamba Dato’ duduk selama makan pagi sekalian anak-beranak hamba Dato’ pun dengan ‘asar rahim qadam Dato’. Di dalam antara itu datang fakir Saba dari Negeri Kelang tanya pada hamba Dato’ andak duduk dengan hamba Dato’, maka modalnya pun tiada. Kemudian hamba Dato’ kasihan sebab dia orang tiada modal, hamba Dato’ ajak tiarah di dalam kedai, sekalian sambut-menyambut pada orang kapal atau kepada orang di negeri pun hamba Dato’ seorang. Maka fakir Saba itu duduk di kedai sahaja. Kemudian ia antar pergi ke Pidir dua ratus riyal pun dagangan kain-kain di kedai itu pun tiada ia beri tahu kepada hamba Dato’, orang datang kata kepada hamba Dato’, kemudian hamba Dato’ tahu. Dan lagi beberapa pulak ia antar pergi ke Negeri Kelang itu pun tiada hamba Dato’ tahu, kemudian hamba Dato’ tahu. Budi perangai fakir Saba hamba Dato’ ajak selesaikan daftar berhadapan saudagar Banna Saba dan berhadapan Mira Lebai, selesai sekalian daftar tinggal lagi baki atas fakir Saba dua ratus sepuluh riyal. Maka sekarang ia pulak tengah duduk kiranya daftar banyak sangat pulasnya. Sebab pun hamba Dato’ teriak kepada qadam Dato’ suruh selesaikan berhadapan nakhoda kapal Kelang itu pun Takdur Husin pun mau panggil sekalian nakhoda itu. Sebab pun hamba Dato’ datang mari teriak pada ke bawah qadam Dato’ jika dengan benar qadam Dato’ pinta qadam Dato’ suruh pada nakhoda kapal Kelang selesaikan daftar itu, kemudian boleh qadam Dato’ tahu ia kepada salah benar hamba Dato’. Adapun duduk hamba Dato’ anak-beranak melainkan harap kepada qadam Dato’. Ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan pada ke bawah qadam Dato’. Tamat.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

15

Lampiran 3 : Mukadimah Surat Raja Long Omar kepada Francis Light

[Sumber: MS M 30, Bibliotheque Municipale de Tournus, hlm. 159]

Lampiran 4 : Mukadimah Surat Francis Light kepada Tengku Raja Pidir

[Sumber: MS M 30, Bibliotheque Municipale de Tournus, hlm. 215]

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

16

1 Menurut Chambert-Loir (1999: 167), senarai manuskrip Melayu di Perancis pernah dibuat oleh Dulaurier pada tahun 1894 dan kemudiannya oleh Feer pada tahun 1898 tetapi tidak diterbitkan. Menurutnya lagi, sebanyak 12 buah manuskrip adalah diperolehi daripada P.P. Roorda van Eysinga (1796-1856).

2 Dalam Memorial Societe Des Missions-Etrangeres (Launay, 1916: 238), nama Pierre Favre diberikan dengan lengkapnya sebagai Pierre-Etienne-Lazare Favre, lahir pada tahun 1812 dan meninggal dunia pada tahun 1887. Beliau pernah berada di Melaka sebelum ke Pulau Pinang pada tahun 1856.

3 “pengajian bahasa dan sastera Melayu” dalam tulisan ini merujuk kepada pengajian bahasa dan sastera berbahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia, walaupun pada hakikatnya terdapat dalam kalangan sarjana di Perancis yang hanya mengkhusus dalam pengajian bahasa Melayu di Malaysia atau pengajian bahasa Melayu di Indonesia. Ecole des Langues Orientales sekarang dikenali dengan nama Institut National des Langues et Civilisations Orientales atau INALCO. Edouard Dulaurier adalah pensyarah bahasa Melayu yang pertama, Pierre Fevre yang kedua dan Aristide Marre yang ketiga (Zaini-Lajoubert, 2008).

4 Maklumat manuskrip Melayu di Musee Guimet ini berdasarkan keterangan dalam Voorhoeve (1973: 68-73). Sewaktu penulis membuat pesanan beberapa buah manuskrip di Perpustakaan Richelieu, manuskrip-manuskrip yang diminta dikatakan berada dalam simpanan Musee Guimet. Walau bagaimanapun, kunjungan penulis ke Musee Guimet pada Julai 2011 tidak berjaya membaca manuskrip-manuskrip Melayu yang dikatakan berada di situ kerana masalah data lokasi penyimpanan manuskrip yang tidak lengkap (berdasarkan keterangan Bibliothecaire, Aroquiadasse Adeikalam). Penulis hanya membaca manuskrip-manuskrip tersebut melalui mikrofilem.

5 Di Archives Des Missions Etrangeres juga terdapat sebuah buku cetakan Rumi berjudul Le Roman De Pelandok Le Chevrotain yang diterbitkan di Bruges (Belgium) pada tahun 1935. Buku mengandungi terjemahan Hikayat Pelanduk Jenaka ke dalam bahasa Perancis yang dibuat oleh R.P. R. Cardon, salah seorang paderi yang pernah berada di Pulau Pinang. Di arkib yang sama terdapat sebuah buku berjudul Bahua Terteralah Kitab ini di Pulo Pinang dengan izin Terhormati Tuan J.B. Boucho. Buku diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1860 yang mengandungi bahan-bahan pengajaran Roman Catholic dalam bahasa Melayu. Boucho juga pernah menjadi paderi di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1871 (Launay, 1916: 204).

6 Monique Zaini-Lajoubert (2008) dalam perbincangannya terhadap terjemahan bahasa Perancis bagi Hikayat Raja Pasai yang dibuat oleh Aristide Marre mendapati beberapa kesalahan dan kesilapan makna bagi teks tersebut yang antara lain berpunca daripada kesilapan atau kesalahan Dulaurier membuat salinan Jawi pada tahun 1849.

7 Lihat perbincangan terhadap kamus tulisan Pierre Farve oleh Labrousse (1976) secara membandingkannya dengan kamus tulisan Pijnappel dan Wilkinson. Pierre Favre juga telah menterjemahkan Syair Singapura Terbakar karya Abdullah Munshi ke dalam bahasa Perancis (lihat Favre, 1883).

8 E.U. Kratz, bekas profesor Pengajian Melayu di Faculty of Languages and Cultures, SOAS, London.

9 Kesemua surat dan dokumen dijilid dalam sebelas volume berbentuk fail berwarna biru pelbagai saiz, sudah dipulihara dengan baik oleh pihak Perpustakaan SOAS.

10 Buat masa ini, tidak dapat dipastikan dengan tepat sumber asal surat-surat Francis Light yang disalin oleh Dulaurier, sama ada berasaskan koleksi Light Letters yang tersimpan di School of Oriental and African Studies, London (MS 40320) atau bersasaskan surat-surat Francis Light yang lain. Penelitian terhadap Light Letters akan dilakukan kemudian.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 17: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

17

RUJUKAN

Cabaton, A., 1912. Catalogue sommaire des manuscripts Indiens, Indochinois et Malayo-Polynesiens de la Bibliotheque Nationale. Paris: Leroux.

Cardon, R.P.R., 1935. Le Roman De Pelandok Le Chevrotain. Bruges: Librairie De L’oevre Saint-Charles.

Chambert-Loir, H., 1999. Khazanah Naskah: Panduan Koleksi Naskah-Naskah Indonesia Sedunia. Jakarta: Ecole Francaise D’Extreme-Orient & Yayasan Obor Indonesia.

Dalrymple, A., 1886. “Formation of the Establishment on Poolo Peenang” dlm. Miscellaneous Papers Relating to Indo-China. Vol. 1. W.E. Maxwell (ed.). London: Trubner & Co. and Ludgate Hill.

Dulaurier, E., 1843. Memoire, Lettres Et Rapports Relatifs Au Cours De Langues Malaye Et Javanaise Fait a la Bibliotheque Royale Pendant Les Annees 1840-1841, 1841-1842, Et A Deux Voyages Litteraires Entrepris En Angleterre Pendant Les Annees 1838 Et 1840. Paris: B. Duprat.

Favre, L’abbe P., 1845. An Account of the Wild Tribes Inhabiting the Malayan Peninsula, Sumatra and a few Neighbouring Islands, with a Journey in Johore and a Journey in the Minangkabaw of the Malayan Peninsula. Paris: The Imperial Printing Office.

Favre, L’abbe P., 1875. Kitab Qamus Bahasa Melayu Dengan Bahasa Perancis. Dictionnaire Malais-Francais. Vienne. Imprimerie Imperiale Et Royalle.

Favre, L’abbe P., 1880. Francais-Malais. Kitab Qamus Bahasa Perancis Dengan Bahasa Melayu. Vienne: Imprimerie Imperiale Et Royalle.

Favre, L’abbe P., 1883. L’incendie De Singapour En 1828: Poeme Malais De Abdullah bin Abd. Kader” dlm. Malanges Orientaux. Paris: Ernest Leroux, hlm. 127-166.

Garnier, Revd. K., 1923. “Early Days in Penang” JMBRAS (1): 5-12.

Histoire des rois de Pasey. Aristide Marre (Trad. par) & Monique Zaini-Lajoubert (Pres. par), 2004. Toulouse: Anacharsis.

Jelani Harun, 2013. Pulo Ka Satu: Warisan Sejarah Awal Persuratan Melayu di Pulau Pinang. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Johns, R., 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Katalog Manuskrip Melayu di Perancis, 1991. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Kratz, E.U., 1987. “Some Malay Letters on Trade” Indonesia Circle (44): 3-16.

Labrousse, P., 1976. “Histoire Des Dictionnaires Du Malais Et De L’Indonesien”. Archipel (12): 9-45.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 18: KAJIAN MANUSKRIP MELAYU DI PARIS · 4 Hikayat Tuan Puteri Jauhar Manikam, Hikayat Pencuri, Syair Dagang Berjual-beli, surat- surat Francis Light dan beberapa buah karya yang lain

18

Launay, A., 1916. Memorial Societe Des Missions-Etrangeres. Paris: Seminaire Des Missions-Etrangeres.

Makota Radja-Radja Ou La Couronne Des Rois Par Bokhari De Djohore: Traduit Du Malais Et Annote. Aristide Marre (Trad. Par), 1878. Paris: Maissonneuve.

Marre, A., 1875. Kata-Kata Malayou Ou Recueil Des Mots Malays Francises. Paris: Maisonneuve.

Martin, J., 1886. Bibliotheque de la Ville de Tournus. (belum diterbitkan).

Moussay, G., 1995. Dictionnaire Minangkabau Indonesien-Francais. Paris: L’Harmattan.

Reid, A., 2009. “Fr Pecot and the Earliest Catholic Imprints in Malay” dlm. Lost Times and Untold Tales from the Malay World. Jan van der Putten & Mary Kilcline Cody (eds.). Singapore: NUS Press, hlm. 177-185.

Voorhoeve, P., 1973. “Les Manuscrits Malais de la Bibliotheque Nationale de Paris” Archipel (6): 42-80.

Zaini-Lajoubert, M., 2008. “Hikayat Raja Pasai dalam bahasa Perancis karya terjemahan Aristide Marre (1874)” dlm. Psosiding Persidangan Antarabangsa Penterjemahan Ke-11. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia