summary cm 1

8
Jurnal : Hubungan Komunikasi Keluarga Dalam Menangani Konflik Dalam Kalangan Remaja Penulis: Aziyah Abu Bakar, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin, Che Hasniza Che Noh & Mohd Yahya Mohamed Arifin. Pengenalan Hubungan ibu bapa dengan anak remaja mereka yang kurang rapat menyebabkan golongan ini terlibat dengan pelbagai masalah tingkah laku dan juga jenayah berat. Komunikasi keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan situasi komunikasi yang harmoni. Pola komunikasi keluarga banyak menyumbang kepada konflik dalam hubungan remaja dengan ibu bapa. Cara mengurus konflik yang sesuai untuk mengoptimumkan pencapaian matlamat remaja kerana strategi konflik boleh memberi kesan kepada fungsi dan kesejahteraan diri remaja. Objektif 1. Mengenal pasti pola komunikasi keluarga di nnegeri pantai timur semenanjung Malaysia. 1

Upload: wbf8264

Post on 26-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hrd

TRANSCRIPT

Page 1: Summary CM 1

Jurnal : Hubungan Komunikasi Keluarga Dalam Menangani Konflik Dalam Kalangan

Remaja

Penulis: Aziyah Abu Bakar, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin, Che Hasniza Che Noh &

Mohd Yahya Mohamed Arifin.

Pengenalan

Hubungan ibu bapa dengan anak remaja mereka yang kurang rapat menyebabkan golongan ini

terlibat dengan pelbagai masalah tingkah laku dan juga jenayah berat. Komunikasi keluarga

memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan situasi komunikasi yang harmoni.

Pola komunikasi keluarga banyak menyumbang kepada konflik dalam hubungan remaja dengan

ibu bapa. Cara mengurus konflik yang sesuai untuk mengoptimumkan pencapaian matlamat

remaja kerana strategi konflik boleh memberi kesan kepada fungsi dan kesejahteraan diri remaja.

Objektif

1. Mengenal pasti pola komunikasi keluarga di nnegeri pantai timur semenanjung Malaysia.

2. Mengenalpasti strategi konflik dalam kalangan remaja di pantai timur semenanjung

Malaysia.

3. Mengenalpasti perkaitan pola komunikasi keluarga dengan strategi konflik di negeri

pantai timur semenanjung Malaysia.

Hipotesis

1. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi mengelak remaja dengan orientasi

perbualan

1

Page 2: Summary CM 1

2. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi mengelak remaja dengan orientasi

keakuran.

3. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi bekerjasama remaja dengan orientasi

perbualan

4. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi bekerjasama remaja dengan orientasi

keakuran

5. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi menyerang remaja dengan orientasi

perbualan

6. Terdapat hubungan yang signifikan antara strategi menyerang remaja dengan orientasi

keakuran.

Metod

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk ‘cross sectional’ iaitu data dikumpulkan

sekali sahaja dalam satu tempoh masa. Borang soal selidik digunakan untuk tujuan data. Sampel

kajian terdiri daripada 360 remaja di kawasan bandar Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota

Bharu.

Pola Komunikasi Keluarga Dan Strategi Konflik

Pola komunikasi keluarga dikembangkan oleh Ritche dan Fitzpatrick (1990). Ianya terdiri

daripada dua dimensi iaitu orientasi perbualan dan orientasi keakuran Orientasi perbualan

merujuk kepada pembentukan suasana menggalakkan semua ahli keluarga untuk berinteraksi

secara bebas dalam pelbagai topik dan isu serta berbentuk dua hala. Orientasi keakuran pula

adalah pembentukan suasana yang menekankan homogeny berkaitan sikap, nilai dan

kepercayaan dan suasana komunikasi yang berbentuk sehala. Strategi konflik adalah alat untuk

2

Page 3: Summary CM 1

mengurus konflik. Menurut Reis (2005) individu tidak hanya menggunakan satu strategi konflik

sahaja kerana strategi konflik bukan bentuk tingkah laku yang statik, tetapi dipengaruhi oleh

pelbagai faktor seperti situasi, hubungan, keluarga dan budaya yang dipegang oleh sesebuah

keluarga. Pemilihan strategi konflik juga turut dipengaruhi oleh adab dan tingkahlaku yang

diperolehi atau dipelajari daripada proses sosialisasi daripada keluarga dan orientasi bentuk

sesuatu keluarga itu sendiri. Tiga dimensi strategi konflik iaitu strategi mengelak, strategi

bekerjasama dan strategi menyerang diaplikasi sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. Strategi

konflik mengelak adalah keadaan apabila individu dengan pasangan akan mengelak daripada

berbicara secara terbuka. Strategi konflik bekerjasama ialah tindak balas terhadap konflik dalam

keluarga yang melibatkan komunikasi aktif dan positif digunakan untuk mengurus konflik.

Strategi konflik menyerang merupakan komunikasi yang dilontar secara marah atau menentang

orang lain atau dengan mereka yang sedang berkonflik. Dalam perspektif negara barat, Konflik

antara remaja dengan ibu bapa merupakan asas dalam kebahagian keluarga contohnya strategi

menyerang terhadap ibu bapa bukan dianggap sebagai satu kesalahan kerana ianya menunjukkan

remaja tersebut bersedia meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap peraturan atau tindakan

ibu bapa manakala di pihak ibu bapa pula mereka melihat remaja tersebut memberikan

kerjasama atau terbuka terahadap pandangan anak-anak. Dalam perspektif budaya cina pula, bagi

mengekalkan keharmonian dalam keluarga, individu patut berkomunkasi dalam cara yang dapat

membantu memelihara dan mengekalkan hubungan harmoni disamping mengelak daripada

berlakunya konflik. Kajian yang berkaitan dengan pola komunikasi keluarga dengan strategi

konflik remaja dalam keluarga Cina Amerika berkait secara signifikan dan positif dengan

keharmonian hubungan antara remaja dengan ibu bapa. Bagi mereka tanggungjawab ibu bapa

adalah mengawal, menghukum dan memotivasikan anak-anak untuk menjadikan mereka

3

Page 4: Summary CM 1

individu yang berjaya dan anak-anak bertanggungjawab mematuhi peraturan yang disediakan

oleh keluarga demi menjaga maruah keluarga. Kebanyakkan remaja Cina menggunakan strategi

mengelak dan strategi bekerjasama dengan ibu bapa mereka. Ini kerana kegagalam mereka akan

menyebabkan keluarga dipandang rendah dan begitu juga sebaliknya.

Teori Pendekatan Interaksi

Paul Watzlawick mengemukan teori ini pada tahun 1967. Beliau menyatakan bahawa pola

komunikasi keluarga dan strategi konflik amat penting dalam sosialisasi. Aksiom keempat dalam

Teori Pendekatan Interaksi menerangkan bahawa hubungan remaja dan ibu bapa bergantung

kepada bagaimana setiap pihak menandakan rangkaian komunikasi mereka. Teori ini juga

menyatakan terdapat banyak kajian yang menunjukkan signifikan strategi konflik dengan

kelemahan dari aspek pembangunan psikologikal, tingkah laku sosial dan pencapaian akademik.

Ibu bapa dan remaja yang boleh menandakan rangkaian komunikasi dengan cara yang sama akan

mewujudkan persamaan dan persefahaman dalam hubungan mereka. Ini dapat membantu remaja

mencapai kepuasan diri yang tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Hasil Kajian Dan Perbincangan

Secara keseluruhan, hasil analisis kajian ini mendapati strategi mengelak, strategi bekerjasama

dan strategi menyerang dalam kalangan remaja adalah signifikan dan positif dengan orientasi

perbualan dan orientasi keakuran. Ini menunjukkan remaja menggunakan strategi konflik dalam

mengurus persengketaan dengan ibu bapa mereka. Kajian ini memberi kesan kepada Teori

Pendekatan Interaksi yang menjelaskan bahawa strategi mengelak, strategi bekerjasama dan

strategi menyerang yang berkait dengan pola komunikasi berorientasikan perbualan dan

4

Page 5: Summary CM 1

berorientasikan keakuran dapat membentuk persetujuan dan persefahaman bergantung pada cara

setiap pihak menandakan rangkaian komunikasi mereka.

Rumusan Kajian

Kajian tersebut merumuskan bahawa pola komunikasi keluarga kajian ini berorientasikan

keakuran yang tinggi dan rendah orientasi perbualan. Pola komunikasi keluarga responden

menunjukkan bahawa responden mementingkan ketegasan, kepatuhan dan disiplin diri yang

tinggi dapat membantu remaja menahan diri daripada terjebak kepada gejala-gejala yang negatif

hasil daripada pengaruh rakan sebaya. Dapatan menunjukkan bahawa dalam strategi konflik

remaja, mereka lebih gemar menggunakan strategi mengelak dan strategi bekerjasama

berbanding strategi menyerang. Ini membuktikan strategi menyerang lebih rendah berbanding

dua lagi strategi yang telah dinyatakan. Ianya juga menunjukkan bahawa responden kajian ini

menunjukkan kepatuhan yang tinggi terhadap ibu bapa mereka. Manakala pola komunikasi

keluarga iaitu orientasi perbualan dan orientasi keakuran berkait secara positif dengan strategi

konflik iaitu strategi mengelak, strategi bekerjasama dan strategi menyerang remaja. Ini

membuktikan dengan strategi konflik yang digunakan membantu remaja meningkatkan

kebolehan remaja menangani masalah yang timbul akibat berkonflik dengan ibu bapa mereka.

5