sumber sejarah

7
Konsep sumber: Menurut oxford english dictionary , sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. Kamus dewan bererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti. Muhd. Yusof ibrahim (pengarang ilmu sejarah falsafah pengertian kaedah dan pensejarahan) sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. !esimpulan istilah sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang kejadian sama ada secara bertulis yang mungkin tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti di mu"ium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi ahli sejara#an untuk mendapatkan bukti bagi penulisan persejarahannya. Jenis sumber $. %umber utama Menurut Muhd yusuf ibrahim& sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi terte pa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah Menurut abdul rahman haji abdullah pula& sumber pertama itu dimaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. taupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan asli yang belum sempurna lagi.

Upload: grace-teng

Post on 02-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumber sejarah

TRANSCRIPT

Konsep sumber: Menurutoxford english dictionary,sumber atau 'source' bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. Kamus dewanbererti 'keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti. Muhd. Yusof ibrahim (pengarang ilmu sejarah falsafah pengertian kaedah dan pensejarahan): sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Kesimpulan: istilah sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang kejadian sama ada secara bertulis yang mungkin tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod, rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi ahli sejarawan untuk mendapatkan bukti bagi penulisan persejarahannya.

Jenis sumber

1. Sumber utama Menurut Muhd yusuf ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah Menurut abdul rahman haji abdullah pula; sumber pertama itu dimaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan asli yang belum sempurna lagi.

SUMBER PERTAMA/PRIMER: -Sumber Artifak Dokumen Kerajaan -Sumber Peribadi Sumber Agama -Batu Bersurat Buku Harian -Warkah -Watikah -Titah Perintah -Catatan

Contoh:

Batu bersurat di Terenganu

Batu Nisan Mansur Batu Bersurat Terengganu Batu nisan yang terpahat namaSultan Mansur Shahdi atasnya. Piagam Madinah

2. Sumber kedua Sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi. Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, disertasi atau buku.

Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan berdasarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buku-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting.

Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.

Sumber kedua/sekunder: -sumber manuskrip lama -akhbar-akhbar -majalah -sumber karangan atau esei -latihan ilmiah -buku-buku -tesis -rencana

3. Sumber lisan Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.

Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.[12] Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan jepun di tanah melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 februari 1942 hinggalah 12 september 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan jepun di tanah melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh zaman tersebut.

Sumber lisan: -percakapan-pertuturan - temu bual -perbincangan -temuduga

Kelebihan sumber lisan : Pengumpulan data dapat dilakukan dengan adanya komunikasi dari dua arah (antara peneliti dengan tokoh) sehingga jika ada hal yang kurang jelas bisa langsung ditanyakan pada nara sumber. Penulisan sejarah menjadi lebih demokratis (terbuka) karena memungkinkan sejarawan untuk mencari informasi dari semua golongan masyarakat (baik rakyat biasa sampai pejabat) Melengkapi kekurangan data atau informasi yang belum termuat dalam sumber tertulis atau dokumen.Kekurangan sumber lisan : Keterbatasan daya ingat seorang pelaku/saksi sejarah terhadap suatu peristiwa. Memiliki subjektifitas yang tinggi dikarenakan sudut pandang yang berbeda dari masing-masing pelaku dan saksi terhadap sebuah peristiwa. Sehingga mereka akan cenderung memperberbesar peranannya dan menutupi kekurangannya.

Kepentingan sumber sejarah Kita haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan yang asasi. Ini kerana sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan karya kreatif, adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahannya; samaiah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham, maka ia akan terkapai-kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu, sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya.[14]

Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Ini kerana pemikiran penulis-penulis lalu melambangkan juga pemikiran masyarakat ataupun pemerintah sezamannya. Misalnya, karya-karya tempatan yang dihasilkan oleh abdullah munsyi sepertihikayat abdullah, salasilah raja-raja melayu dan bugis,yang menggambarkan corak pemikiran abdullah munsyi pada zaman itu. Penggunaan sumber juga penting sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu kenyatam yang ingin dijelaskan oleh sejarawan tentang pensejarahan yang ingin dikemukakannya. Dengan adanya sumber, sejarawan dapat membuktikan dan mengesahkan bahawa fakta atau kenyataan sejarah yang dibawa olehnya adalah benar dan tepat. Sebagai contoh; seorang pengkaji sejarah tanah melayu ingin membuktikan kekuatan angkatan tentera jepun sewaktu menyerang tanah melayu semasa perang dunia kedua. Untuk mengulculikan hujahnya, seorang penyelidik itu boleh meneliti sumber kedua. Misalnya sebuah bukti yang bertajukthe history of malayakarya henry miller yang menyatakan; pasukan tentera jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk tanah melayu serta pegawai-pegawai british apabila mereka berjaya menenggelamkan dua buah kapal british iaituprince of walesdanrepulse.Melalui sumber ini, kenyataan yang dikemukakan oleh sejarawan itu tidak akan dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Pada pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui peninggalan sumber yang ada, sejarawan dan masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu telah pun berlaku pada masa lalu dan ia harus diambil sebagai pengajaran untuk pedoman hidup pada masa-masa akan datang.

Daripada beberapa kenyatam yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini bahawa sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal inl, kita haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan asasi sejarah. Ini bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu. Tanpa sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai kelemasan dalam mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi menghasilkan pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumber yang mempunyai kaitan sama ada- secara langsung ataupun tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin dikajinya.