sumber menurut istilah bahasa melayu sumber bermaksud asal

2
PENGENALAN Sumber dapat diertikan sebagai sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan pengajaran seseorang guru dan kaedah yang digunakan. Sumber dapat dibahagikan kepada dua iaitu sumber pengajaran dan sumber pembelajaran. Sumber pengajaran ialah bahan- bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan pengajaran bagi sesuatu tajuk atau topik tertentu. Manakala, sumber pembelajaran ialah bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas. Istilah sumber dalam bahasa Melayu ialah asal, mula, dan punca. Misalnya, cukai eksport merupakan sumber kewangan negara yang penting. Selain itu, mengikut istilah bahasa Inggeris iaitu bahasa kedua rakyat Malaysia sumber ialah source yang membawa maksud a person, book, or document that provides information. Manakala, jika kita lihat daripada perspektif pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dikatakan sebagai sebarang penerbitan, carta, gambar, objek, perkakas, model, alat, radas, atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ikhsan dan Norila (2005) mendefinisikan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman (2005) pula, sumber pengajaran dan pembelajaran adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Naim (2000) pula, media pengajaran ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan eksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara ringkasnya sumber dapat dikatakan bahawa bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber atau bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dibahagikan kepada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh guru yang dapat membantunya dalam proses pengajaran. Antara jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Sumber bercetak dapat didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan, wujud secara fizikal, boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus.

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 27-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumber Menurut Istilah Bahasa Melayu Sumber Bermaksud Asal

PENGENALAN

Sumber dapat diertikan sebagai sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi

kecekapan dan keberkesanan pengajaran seseorang guru dan kaedah yang digunakan.

Sumber dapat dibahagikan kepada dua iaitu sumber pengajaran dan sumber pembelajaran.

Sumber pengajaran ialah bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan

pengajaran bagi sesuatu tajuk atau topik tertentu. Manakala, sumber pembelajaran ialah

bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses pembelajaran

mereka bersama guru di dalam kelas.

Istilah sumber dalam bahasa Melayu ialah asal, mula, dan punca. Misalnya, cukai

eksport merupakan sumber kewangan negara yang penting. Selain itu, mengikut istilah

bahasa Inggeris iaitu bahasa kedua rakyat Malaysia sumber ialah source yang membawa

maksud a person, book, or document that provides information. Manakala, jika kita lihat

daripada perspektif pendidikan, sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat

dikatakan sebagai sebarang penerbitan, carta, gambar, objek, perkakas, model, alat, radas,

atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan atau meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Ikhsan dan Norila (2005) mendefinisikan sumber pengajaran

dan pembelajaran (PdP) sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi menggerakkan

proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai objektif sesuatu pengajaran dan

pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman (2005) pula, sumber pengajaran dan pembelajaran

adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Naim (2000) pula, media pengajaran

ialah apa-apa sahaja bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak

yang dapat digunakan dan eksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif

pembelajaran. Secara ringkasnya sumber dapat dikatakan bahawa bahan yang digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber atau bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dibahagikan

kepada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh guru yang dapat membantunya dalam

proses pengajaran. Antara jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan

bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai

ciri-ciri yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan

murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Sumber bercetak dapat didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan, wujud

secara fizikal, boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Antara ciri-ciri pentingnya ialah

Page 2: Sumber Menurut Istilah Bahasa Melayu Sumber Bermaksud Asal

bahan bercetak mesti dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan

mana-mana individu. Antara bahan yang meliputi bahan yang dihasilkan secara bercetak

ialah buku teks, majalah, risalah, surat khabar, carta, kad aktiviti, brosur, modul dan

seumpamanya. Manakala, bahan teknologi maklumat pula dapat ditakrifkan sebagai bahan

yang terdiri daripada bahan perisian dan bahan perkakasan. Guru-guru yang menggunakan

bahan teknologi maklumat dalam pengajaran, mereka boleh menggunakan portal

pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan multimedia. Bahan maujud pula ialah

bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Tambahan pula,

bahan maujud adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan

hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam

sumber PdP sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran

juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber PdP pula bahan-

bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Dalam pada itu, bagi kerja kursus ini saya telah menyediakan sebuah bahan

bercetak iaitu brosur. Hal ini kerana, saya berpendapat bahawa dalam pembelajaran mata

pelajaran Sejarah penggunaan bahan bercetak iaitu brosur dapat merangsang deria

rangsangan murid-murid, mengekalkan minat dan tumpuan, meningkatkan daya ingatan,

kemahiran berfikir, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan

intrapersonal serta kemahiran psikomotor murid-murid. Hal ini disokongkan oleh Gagne

dalam teori beliau dan beliau juga memilih bahan cetakan sebagai sumber pengajaran dan

pembelajaran yang paling sesuai. Maka, dengan ini saya berpendapat bahawa bahan

cetakan iaitu brosur dapat menjadikan pengajaran Sejarah sebagai sesuatu yang inovatif,

kreatif dan menarik perhatian murid.

Akhir sekali, saya telah diberikan beberapa tugasan bagi kerja kursus. Antaranya

ialah, saya telah menyediakan sumber bahan bercetak brosur bagi tajuk Zaman Prasejarah

kemudian saya telah menjelaskan keberkesanaan sumber bahan bercetak brosur yang

dihasilkan oleh saya sediri dalam membantu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran

Sejarah dan akhir sekali menyediakan microsoft powepoint tentang penghasilan sumber

bahan bercetak brosur yang disediakan. Kesemua tugasan ini merangkumi semua faktor

seperti yang berikut.