anizan che mat hbmt3403

Upload: anizan-che-mat

Post on 02-Jun-2018

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    1/19

    FAKULTI :PENDIDIKKAN DAN BAHASA

    SEMESTER / TAHUN MEI / 2014

    KOD KURSUSHBMT3403_V2SMP

    TAJUK KURSUSPENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH

    BAHAGIAN II

    DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT

    NO. MATRIKULASI : 770805035800001NO. KAD PENGENALAN : 770805035800NO. TELEFON : 0129601122

    E MEL : [email protected] PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    2/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~1~

    1.0 PENGENALAN

    Kurikulum Matematik sekolah Malaysia mengekalkan hasratnya untuk

    memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap

    matematik dalam kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang

    untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik serta memperkembangkan

    kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid

    menangani cabaran kehidupan harian. Seperti mata pelajaran lain dalam kurikulum sekolah

    menengah, kurikulum Matematik bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara

    dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah

    keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

    Pedagogi ialah cara penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan. Namun, guru-guru telah

    menghadapi satu keadaan di mana mereka sukar menentukan kaedah dan pelaksanaan yang

    sesuai untuk pengajaran matematik. Seperti yang dinyatakan, pengajaran yang berkesan

    memerlukan persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan

    menyelesaikan masalah adalah sangat diperlukan (NCTM, 2000). Oleh yang demikian, pada

    hari ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat

    digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan

    pelajar secara aktif. Ini bermakna guru berperanan sebagai fasilitator bagi membantu pelajar

    menyelesaikan masalah semasa proses P&P. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang

    menggalakkan pemahaman konsep dan prosedur matematik.

    Kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa

    hasil prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh

    dibina melalui pengalaman yang luas. Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi

    berkesan jika berpusatkan pelajar. Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip

    pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran.

    Guru perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    3/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~2~

    mengapa dan bagaimana pula pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang ceria dan

    kondusif juga akan merangsang pelajar untuk belajar matematik.

    Secara umumnya, strategi bermaksud kemahiran merancang dan mengurus kaedah

    dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Manakala pengajaran pula

    membawa maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan

    atau kemahiran tertentu. Menurut Kamus Dewan 1998, Strategi pengajaran bermaksud

    rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di dalam konteks

    pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih pendekatan serta

    kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif

    pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik

    perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan

    mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

    Strategi pengajaran boleh diklafikasikan kepada tiga kategori yang utama iaitu

    strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan sumber / bahan pelajaran. Strategi

    pemusatan guru berlaku di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.

    Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan

    ini merupakan suatu penekatan yang mudah dirancang dan diurus.

    Antara contoh strategi atau teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah

    penerangan, demostrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, pengajaran mikro, bercerita dan

    keseluruhan kelas. Manakala ciri-ciri strategi pemusatan guru pula ialah komunikasi sehala,

    murid pasif dan mendengar sahaja, guru mengarah dan mengawal pembelajaran, murid

    kurang kreatif dan tidak berinisiatif, mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru,

    guru berkuliah, kepimpinan bercorak autokratik, murid kurang berminat terhadap penerangan

    guru, menekankan ujian sumatif, sifat-sifat sosial kurang dipupuk dan yang terakhir ialah

    guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan penting dalam proses

    pembelajaran, mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    4/19

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    5/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~4~

    poligon, pembentangan, putaran dan lokus dua dimensi. Nasional Concul of Supervisor of

    Mathematics, NTCM (1989) mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah

    salah satu kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik. Seharusnyalah

    kemahiran ini dapat disampaikan kepada pelajar dengan cara yang betul. Namun begitu,

    dalam situasi sebenar yang berlaku di sekolah, sering kali terjadi kegagalan dalam kurikulum

    Matematik terutama dalam topik geometri.

    Untuk tugasan kali ini, pelajar diminta untuk membuat penilaian kebaikan dan

    keburukan strategi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk transformasi menengah

    rendah dengan berpandukan artikel-artikel yang dipilih. Seterusya pelajar diminta untuk

    merangka satu aktiviti pengajaran untuk mengenal ciri-ciri transformasi, memberi cadangan

    untuk meningkatkan strategi pengajaran transformasi dan membuat justifikasi tentang

    cadanagn tersebut.

    2.0 Penilaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Transformasi Dalam Artikel-

    Artikel Terpilih.

    Secara umumnya, transformasi boleh di definisikan sebagai satu proses yang

    melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek dari posisi asal ke satu posisi yang baru.

    Objek pada kedudukan posisi yang baru dipanggil imej . Setiap titik pada objek akan

    dipetakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut. Transformasi merupakan

    satu istilah umum untuk empat cara khusus untuk memanipulasikan bentuk titik, garis, atau

    bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil pra-imej dan bentuk akhir serta kedudukan

    akhir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi.

    Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap

    imej yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita juga boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah

    bersifat kongruen.

    Transformasi peluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini

    adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses transformasi ini

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    6/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~5~

    adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej yang terhasil adalah sama

    dari segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza.

    Terdapat empat jenis transformasi iaitu Translasi, Refleksi ( Pantulan ), Rotasi (

    Putaran ) dan Peluasan. Sebuah komposisi transformasi atau dalam buku-buku tertentu yang

    disebut gabungan dari transformasi bererti bahawa dua atau lebih transformasi akan

    dilakukan pada satu objek. Sebagai contoh, kita boleh melakukan pantulan dan kemudian

    translasi pada titik. Terdapat beberapa teori yang menarik yang melibatkan beberapa

    komposisi pantulan.

    Rotasi ( Putaran )

    Refleksi ( Pantulan )

    Translasi

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    7/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~6~

    Selepas mana-mana transformasi (translasi, putaran dan pantulan), bentuk akan kekal

    iaitu saiz, luas, sudut dan panjang garisannya tidak berubah. Jika sesuatu bentuk boleh

    menjadi bentuk yang lain dengan menggunakan putaran, pantulan dan translasi kedua-dua

    jenis bentuk tersebut dipanggil kongruen.

    Berikut merupakan dua artikel yang akan dikupas mengenai strategi pengajaran dan

    pembelajaran transformasi di sekolah menengah rendah.

    2.1 Artikel Pertama

    Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak Bin Idris & Noor Suriati Binti Jainuri

    (2011) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk

    membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bertajuk

    Penjelmaan ( Transfration ) iaitu satu subtopik dari Matematik KBSM Tingkatan Dua. Dalam

    kajian berkenaan, penerangan tentang perisian PBK yang disediakan bertujuan untuk

    meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan menggunakan pembelajaran berdasarkan

    komputer (PBK). Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan penggunaan (PBK) didalam mata

    pelajaran matematik bahkan semua mata pelajaran. Perisian PBK sesuai digunakan untuk

    pelajar kerana ia adalah salah satu alternatif untuk meningkatkan minat pelajar terhadap

    sesuatu subjek dan mempersiapkan generasi muda untuk berdepan dengan teknologi

    pendidikan dimasa hadapan.

    Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu

    proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.

    Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai

    dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi

    dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada

    pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    8/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~7~

    Antara kekuatan penggunaan PBK ini adalah teori pembelajaran behaviorisme telah

    diterapkan dalam perisian PBK ini. Dalam mengaplikasikan teori ini, objektif pembelajaran

    dipaparkan pada menu utama supaya pengguna jelas dengan objektif yang hendak dicapai.

    Objektif ini dinyatakan dengan jelas dan mudah dicapai kerana teori ini sangat menekankan

    penghasilan output yang boleh diperhatikan dan diukur (Baharuddin Aris et al, 2002).

    Seterusnya , perisian ini juga turut mengambil kira pengetahuan lepas pengguna, di mana

    pengguna perlu menjawab beberapa soalan selepas berjaya mendaftar nama. Pengetahuan ini

    diperlukan untuk mempelajari topik ini dengan lebih berkesan.

    Dalam bahagian nota, langkah-langkah menyelesaikan sesuatu contoh permasalahan

    dinyatakan langkah demi langkah menuju ke matlamat penyelesaianya. Ianya disediakan

    secara interaktif, di mana ia memerlukan pengguna mengklik butang untuk melihat langkah

    demi langkah tersebut. Ia juga boleh dicapai bila-bila masa membolehkan pengguna

    mengulung beberapa kali setiap contoh yang diberi. Perisian PBK bertajuk Transformation

    ini telah dibangunkan berdasarkan Model Hannafin & Peck. Model ini mengadungi 3 fasa

    yang utama iaitu Need Assessment Phase (Fasa Analisa Keperluan), Design Phase

    (Fasa Rekabentuk) dan Develope & Implement Phase (Fasa Pembangunan dan

    Perlaksanaan). Di samping itu, setiap fasa tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan

    penyemakan atau pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan. Teks yang disediakandalam perisian ini adalah menarik dan senang dibaca. Grafik perisian PBK ini direka

    berdasarkan tema Penjelmaan. Oleh itu, dalam pap aran-paparan utama perisian, pengguna

    mesti boleh menjumpai gambar-gambar yang berkaitan dengan penjelmaan. Ini bertujuan

    untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang membawa pengguna ke dalam dunia

    penjelmaan. Muzik latar yang tenteram, animasi yang memberi gambaran serta memainkan

    peranan yang sangat penting dalam perisian ini.

    Walaupun terdapat banyak kekuatan penggunaan PBK ini, terdapat juga kelemahan di

    dalam perisian ini, salah satu daripadanya ialah bahasa yang digunakan di dalam perisian ini

    ialah Bahasa Inggeris. Untuk murid pandai dan berkebolehan berbahasa inggeris mungkin

    tidak menjadi masalah untuk memahami dan menggunakan perisian ini, tetapi untuk murid

    lemah, tidak dapat membantu mereka untuk memahami tajuk tersebut. Sekiranya PBK ini

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    9/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~8~

    menggunakan dwi bahasa, iaitu menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu, PBK ini

    mungkin dapat menarik minat murid yang lemah untuk belajar kerana PBK ini mempunyai

    animasi yang menarik.

    Selain penggunaan bahasa, masalah teknikal juga menjadi halangan untuk

    penggunaan PBK ini. Masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi

    peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan

    minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak,

    serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika

    proses membangunkan perisian menganggu keluaran hasil yang berkualiti.

    Walaubagaimanapun, hasil dari rujukan, bantuan pensyarah dan pembantu makmal serta

    pertolongan dari rakan-rakan telah menyebabkan masalah tersebut dapat diselesaikan dandiminimumkan.

    2.2 Artikel Kedua

    Kajian yang dijalankan oleh Dr Azlina binti Mohd Kosnin dan Puan Suhaila binti

    Abdullah ( 2008 ) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam

    Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik (11 12 Okt 2008) adalah mengenai

    kaitan keupayaan spatial dengan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah

    transformasi dan keberkesanan penggunaan perisian Geometers Sketchpad (GSP) dalam

    meningkatkan keupayaan pelajar dalam topik transformasi.

    Pengajaran dan pembelajaran matematik, terutama geometeri telah banyak

    mengalami perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini adalah sejajar dengan

    pembangunan teknologi yang berlaku. Satu perisian yang dapat digunakan dalam bilik darjah

    bagi pengajaran dan pembelajaran geometri ialah Geometer Sketchpad GSP (Jackiw,

    1991). Perisian Geometers Sketchpad ini membolehkan pelajar dan guru menggunakan

    komputer sebagai alat bantu mengajar dalam topik geometri. Geometers Sketchpad ini

    membantu pelajar mencipta keadaan di mana mereka dapat mengkaji geometri bermula dari

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    10/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~9~

    tajuk yang asas seperti garisan, sudut dan bentuk kepada tajuk yang lebih sukar seperti

    lengkungan, putaran dan transformasi. Pelajar dapat mengaitkan antara garisan dan bentuk

    yang dihubungkan dengan sudut melalui animasi yang lebih mudah untuk difahami. Melalui

    perisian Geometers Sketchpad ini, pelaja r dikatakan dapat mengabstrak konsep yang sukar

    kepada kaedah manipulatif di mana pelajar dapat membina dan mengkaji kegunaan, sifat dan

    fungsi geometri.

    Peris ian Geometers Sketchpad dapat membantu guru menerangkan konsep

    transformasi dengan lebih mudah serta dapat menerangkan proses transformasi dengan lebih

    jelas kerana pelajar dapat melihat semua pergerakan yang berlaku ke atas objek ketika

    sesuatu permasalahan diselesaikan. Penyelesaian masalah adalah menjadi lebih mudah

    kepada pelajar apabila mereka memahami konsep dengan betul.

    Aplikasi perisian Geometers Sketchpad berupaya memenuhi ciri yang dapat

    menyimpan 90% iaitu dapat lihat, dengar dan buat secara serentak (Ismail Zain, 2002).

    Menurut kajian Jaya Kumar (2001) pula , aplikasi komputer diperlukan bagi memenuhi gaya

    pembelajaran yang berbeza-beza antara pelajar samada dari sosio- ekonomi mahupun jantina.

    Penggunaan perisian Geometers Sketchpad adalah sejajar dengan prinsip pembelajara n

    secara konstruktisvisme iaitu menggalakkan pelajar berfikir untuk meyelesaikan masalah,

    menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan

    dan cabaran dalam topik transformasi.

    Berikut merupakan beberapa kelemahan menggunakan perisian Geometers

    Sketchpad :

    Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini

    samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan

    menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer

    itu sendiri.

    Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau

    ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna

    pengganti.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    11/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~10~

    Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun

    dijangkakan akan menurun.

    Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian

    semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itusendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut.

    3.0 Rangka Aktiviti Pengajaran Transformasi

    Aktiviti 1 Memperkenalkan Jenis-Jenis Transformasi secara umum

    Putaran Refleksi ( Putaran )

    Translasi Peluasan

    Aktiviti 2 Memperkenalkan Jenis-Jenis Transformasi secara terperinci

    Guru menunjukkan gambar slaid kepada murid

    1. Putaran

    Putaran

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    12/19

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    13/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~12~

    Contohnya :

    Di bawah pantulan, bentuk dan size imej adalah sama dengan bentuk

    asal. Transformasi jenis ini dipanggil transformasi isometrik .

    Orientasi yang benar-benar terbalik, di mana kedua-dua objek

    menghadap arah yang bertentangan.

    Garis pantulan adalah pembahagi dua serenjang pada garisan yang

    menghubungkan mana-mana titik dengan imejnya. Semua titik pada

    garis pantulan tidak berubah.

    3. Translasi

    Dalam translasi, semua titik objek digerakkan dalam garis lurus di mana

    arahnya adalah sama. Size, bentuk, dan orentasi imej adalah sama dengan

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    14/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~13~

    objek asal. Orentasi yang sama bermakna objek dan imej mengadap arah yang

    sama.

    Contohnya :

    Aktiviti 3 : Aktiviti Kumpulan, Siapa Cepat Dia Dapat

    Setelah murid dapat mengenal pasti jenis-jenis transformasi, guru menjlankan

    aktiviti kumpulan.

    Setiap Kumpulan di beri gambarajah berkaitan dengan jenis-jenis

    transformasi, murid diminta mengelas mengikut jenis-jenis transformasi di

    atas kad manila.

    Kumpulan yang siap mengelas dan jawapannya betul di kira pemenang.

    Aktiviti 4 : latihan Pengukuhan

    Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji kefahaman murid.

    4.0 Cadangan Meningkatkan Strategi Pengajaran Transformasi.

    Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan

    teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Murid lemah biasanya lebih

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    15/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~14~

    cenderung kepada strategi berpusatkan bahan/ sumber. Mengajar murid lemah merupakan

    cabaran bagi seorang guru, terutamanya berkaitan dengan tajuk yang sukar. Oleh yang

    demikian pemilihan strategi amat penting untuk membolehkan murid memahami konsep

    sesuatu tajuk.

    Strategi yang dipilih ialah strategi berpusatkan kepada bahan / sumber. Strategi

    berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok

    binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan

    lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang

    luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar.

    Untuk tajuk transformasi, guru boleh menjelaskan jenis-jenis transformasi

    menggunakan pelbagai gambar rajah yang sesuai supaya murid mendapat maklumat dan

    gambaran yang jelas mengenai jenis-jenis transformasi tersebut. Selain daripada

    menggunakan gambar rajah, guru juga boleh menunjukkan gambar animasi supaya gambaran

    lebih jelas tentang jenis-jenis transformasi tersebut.

    Menggunakan bimbingan rakan sebaya juga merupakan salah satu strategi untuk

    membimbing murid-murid yang lemah. Mungkin dengan rakan sebaya dapat mengurangkan perasan rendah diri murid tersebut. Bimbingan secara individu di sertai dengan bahan sumber

    yang sesuai membolehkan murid yang lemah dapat memahami dengan lebih cepat.

    Namun begitu, di era globalisasi kini, teknologi matematik digunakan oleh guru

    sebagai bahan bantu mengajar agar pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar dapat

    memenuhi objektif pembelajaran yang ada agar pembelajaran yang disampaikan lebih jelas

    dan bermakna.Perisian Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara

    penggunaan komputer dalam pendidikan. Komputer mempunyai pelbagai kelebihan dan

    keistimewaan yang menarik dalam pengintegrasian elemen-elemen multimedia seperti teks,

    grafik, video dan animasi.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    16/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~15~

    Matematik merupakan suatu pembelajaran yang abstrak, begitu juga dengan

    transformasi. Untuk menyelesaikan persoalan transformsi tersebut, maka pelajar perlu

    menguasai konsep asas trnsformasi dengan baik. Sehingga pelajar mampu untuk membuat

    penerokaan sendiri terhadap persoalan matematik sama ada untuk pelajar yang lemah

    mahupun untuk pelajar yang cerdas. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi

    masalah untuk mengabstrakkan maklumat yang sesuai daripada dua sumber iaitu secara

    ilustrasi atau teks (Norlemi & Akmar 2007). Maksudnya di sini, pelajar lemah sulit untuk

    mengkhayalkan dan menyelesaikan persoalan matematik tanpa ada objek yang jelas dalam

    matematik tersebut. Oleh itu, pelajar memerlukan suatu media yang dapat memperjelas objek

    matematik tersebut. Oleh yang demikian perisian PBK, yang mudah di dapati sekarang boleh

    digunakan untuk mrngajar murid yang lemah dengan bimbingn guru.

    5.0 Justifikasi

    Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu

    proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.

    Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai

    dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi

    dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

    Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis

    maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia

    berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia

    mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan

    memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.

    Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan

    bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus

    pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    17/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~16~

    mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi

    sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-

    ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan

    menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang

    kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu

    dilakukan oleh pelajar.

    Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di

    sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang

    positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubah daripada

    sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif

    dengan menggunakan teknologi terkini.

    Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan

    komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan

    penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan

    salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalamkelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan

    tentang apa yang di sampaikan. Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik

    berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh

    guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa

    berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya

    dalam bidang IT.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    18/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~17~

    Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar

    disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

    6.0 Kesimpulan

    Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan

    belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan alam

    persekitaran. Ia juga perlu mengambil kira keperluan, minat, potensi, kebolehan dan

    perbezaan latar belakang pelajar. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan

    menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya

    kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang

    mendatang. Dengan ini, jelaslah bahwa tujuan utama pendidikan matematik ialah untuk

    membolehkan pelajar membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap konsep yang

    dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara

    untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam

    pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.

  • 8/10/2019 Anizan Che Mat HBMT3403

    19/19

    ANIZAN BT CHE MAT

    770805035800~HBM3403~

    ~18~

    RUJUKAN / REFERENSI

    Cheang Chooi Yoong, Khaw Phoay Eng dan Yong Kien Cheng (2003). Intergrated

    CurriculumFor Secondary School Mathematics Form 2, Volume 2 . Kuala Lumpur: ArusIntelek SdnBhd.

    Jemaah Nazir Sek. Persekutuan Kem. Pendidikan Malaysia (1990). Laporan PemeriksaanStatus Matapelajaran Peringkat Sek. Menengah 1990. Kuala Lumpur.

    Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM.Kuala Lumpur: DBP

    http://eprints.utm.my/10976/1/Pembangunan_Perisian_Pembelajaran_Berdasarkan_Kompute

    r.pdf

    http://nupusasyfahayatun.blogspot.com/2013/05/hayatun-nupus.html

    http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/5981/Artikel_1_Bil_2_Isu_1.pdf

    http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4559/Bil1_2_Artikel3.pdf