sukatan pelajaran pendidikan seni visual

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun : 4 Arif Bilangan Murid : 5 Orang Tarikh : 20 Ogos 2014 Hari : Rabu Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Boneka Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi Media : Bahan-Kertas Alat- Gam, Gunting Pengetahuan sedia ada : 1) Murid telah mengetahui apa itu boneka.

Upload: yu-yong-

Post on 18-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 Arif

Bilangan Murid : 5 Orang

Tarikh : 20 Ogos 2014

Hari : Rabu

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Tajuk : Boneka

Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi

Media : Bahan-Kertas

Alat- Gam, Gunting

Pengetahuan sedia ada : 1) Murid telah mengetahui apa itu boneka.

2) Murid-murid telah diajar cara melukis corak geometri dan dapat mengenali

bentuk-bentuk geometri.

Page 2: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Penerapan nilai : Memahami dan menghargai keindahan ciptaan tuhan, kerjasama,

ketelitian dan ketekunan.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:

1. Memotong kadboard kepada bentuk-bentuk geometri.

2. Tebuk lubang pada kadboard tiga segi.

3. Masukkan benang ke dalam jarum.

4. Masukkan jarum ke dalam lubang kadboard (jahit).

5. Jahit sampai habis.

6. Mengikat benang atau tali pada lubang yang ditebuk di kadboard geometri lain.

7. Ikat dengan kemas

8. Membentukkan boneka kadboard.

Bahan Bantu Mengajar:

Kadboard, kertas lukisan, pensil warna, gunting, pembaris, bentuk-bentuk geometri, benang, jarum

plastik, penebuk lubang (puncher) dan dawai warna

Page 3: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Standard Kandungan: 3.2 Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan

boneka.

Standard pembelajaran: 3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam

penghasilan karya.

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat binaan.

2. Menghasilkan boneka manusia daripada kadboard atau kotak tisu.

3. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.

Page 4: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Masa Aktiviti/Kandungan Catatan

Set induksi 1. Guru menunjukkan bentuk-bentuk geometri kepada murid.

2. Guru bertanya kepada murid nama bentuk-bentuk geometri

yang ditunjukkan.

3. Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti.

4. Murid melihat atau merasa contoh yang ditunjukkan.

5. Selepas melihat contoh-contoh bentuk geometri, guru

bersoal jawab dengan murid-murid tentang bentuk-bentuk

yang dilihat atau dirasa dengan sentuhan itu.

6. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak

menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid).

7. Murid meneka dahulu setelah melihat atau merasa dengan

sentuhan contoh yang guru berikan iaitu, bentuk-bentuk

geometri.

Sikap : Sikap ingin

tahu pelajar.

Teori Kecerdasan

Pelbagai.

Penerapan nilai :

Memahami dan

menghargai

keindahan ciptaan

tuhan, kerjasama,

ketelitian dan

ketekunan.

Page 5: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Bentuk-bentuk geometri.

Langkah 1

(5 minit)

1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan

untuk mereka dan cara menghasilkan boneka manusia

daripada bentuk-bentuk geometri.

2. Guru menyediakan bentuk dari kad board tebal bagi setiap

murid.

3. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima

potongan kadboard bentuk geometri.

4. Guru menyediakan contoh bentuk-bentuk geometri untuk

murid.

5. Guru meminta murid melukiskan bentuk-tersebut dengan

bimbingan guru berdasarkan bentuk yang ditunjukkan oleh

Sikap : Sikap ingin

tahu pelajar.

Teori Kecerdasan

Pelbagai.

Page 6: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

guru.

Langkah 2

(5 minit)

1. Guru mengedarkan warna dan meminta murid mewarna

bentuk-bentuk geometri dengan kemas. Murid mewarnakan

bentuk geometri dengan warna kegemaran sendiri.

2. Guru siap menebuk lubang di sekeliling bentuk segi tiga.

3. Guru menyediakan jarum plastik yang siap dimasukkan

benang.

6. Guru menunjukkan cara memasukkan benang di sekeliling

lubang kadboard segi tiga. Murid menjahit dengan kemas

dan menghiasi kadboard segi tiga dengan bimbingan guru.

BBM: Pensel warna

ABM : Gunting,

jarum dan gam.

Strategi

Pemerhatian

Strategi Berasaskan

Sumber

Kaedah Demonstrasi

Langkah 3

(35 minit)

1. Guru menunjukkan cara mencantumkan kadboard dengan

mengikat bentuk-bentuk tersebut. Murid melihat cara guru

mengikat bentuk-bentuk tersebut menjadi bentuk manusia.

2. Guru menunjukkan dan membantu murid dalam proses

mengikat.

3. Guru meminta murid melukis bentuk-bentuk geometri

menjadi bentuk muka pada kadboard tersebut.

Page 7: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

4. Murid melukis bentuk-bentuk geometri dengan melihat

contoh yang ditunjukkan oleh guru.

Boneka manusia yang siap dilukis bahagian-bahagian

muka.

Langkah 4

(5 minit)

1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas

tangan bagi membimbing murid memasukkan benang ke dalam

lubang kadboard yang disediakan.

2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara mengikat

tali atau dawai dengan cara yang betul dengan memegang

tangan mereka

Membanding beza.

Menganalisi.

Page 8: Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

3. Guru memegang tangan murid supaya mereka dapat

memegang pensil dengan betul dan mewarna dengan betul pada

kadboard.

4. Murid dapat memasukkan benang dengan sendiri dan

mengikat tali dengan baik walaupun memerlukan masa.

Penutup

(5 minit)

1. Guru melakukan penilaian terhadap hasil kerja murid.

2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan

hasil kerja kawan-kawan lain.

3. Guru memuji hasil kerja semua murid dan murid rasa dihargai.

Boneka manusia menggunakan kadbod.