sukarnya membendung jenayah siber

10
KARANGAN PENDAPAT Tajuk : SUKARNYA MEMBENDUNG JENAYAH SIBER CONTOH 1 Pendahuluan Pada era moden ini, kemunculan teknologi yang canggih adalah seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Pelbagai jenis peralatan moden telah dicipta dan dikeluarkan ke dalam pasaran global. Peralatan canggih ini bersamaan dengan Internet sememangnya membawakan manfaat yang banyak kepada manusia dalam kehidupan seperti komunikasi, perdagangan dan perniagaan. Namun, peralatan canggih tersebut telah disalahgunakan oleh sesetengah orang untuk melakukan jenayah siber. Justeru, fenomena ini telah mencetuskan kebimbangan masyarakat kita. Isi (Bersetuju/Pro) Sebenarnya, pembendungan jenayah siber secara menyeluruh adalah sukar untuk dicapai. Kelonggaran undang-undang telah menyebabkan masalah ini (AYAT TOPIK). Penalti atau denda terhadap pesalah adalah ringan dan tidak dapat menakutkan mereka. Sesetengah penjenayah mampu melepaskan diri daripada kesalahan dengan mudahnya. Oleh itu, ramai orang masih terlibat dalam jenayah siber untuk mengaut keuntungan (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Sebagai contoh, penipuan wang yang dilakukan oleh pendatang asing terhadap wanita tempatan yang

Upload: chinyc

Post on 09-Dec-2015

166 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

KARANGAN PENDAPAT

Tajuk : SUKARNYA MEMBENDUNG JENAYAH SIBER

CONTOH 1

Pendahuluan

Pada era moden ini, kemunculan teknologi yang canggih adalah

seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Pelbagai jenis peralatan

moden telah dicipta dan dikeluarkan ke dalam pasaran global. Peralatan

canggih ini bersamaan dengan Internet sememangnya membawakan

manfaat yang banyak kepada manusia dalam kehidupan seperti

komunikasi, perdagangan dan perniagaan. Namun, peralatan canggih

tersebut telah disalahgunakan oleh sesetengah orang untuk melakukan

jenayah siber. Justeru, fenomena ini telah mencetuskan kebimbangan

masyarakat kita.

Isi (Bersetuju/Pro)

Sebenarnya, pembendungan jenayah siber secara menyeluruh

adalah sukar untuk dicapai. Kelonggaran undang-undang telah

menyebabkan masalah ini (AYAT TOPIK). Penalti atau denda terhadap

pesalah adalah ringan dan tidak dapat menakutkan mereka. Sesetengah

penjenayah mampu melepaskan diri daripada kesalahan dengan

mudahnya. Oleh itu, ramai orang masih terlibat dalam jenayah siber

untuk mengaut keuntungan (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Sebagai

contoh, penipuan wang yang dilakukan oleh pendatang asing terhadap

wanita tempatan yang terpedaya dengan kata-kata manis pendatang

asing tersebut (AYAT SOKONGAN KECIL). Selain itu, penjenayah siber

tidak dapat dikesan dengan mudah (AYAT SOKONGAN UTAMA 2).

Mereka mampu menyembunyikan identiti sebenar dengan menggunakan

nama dan maklumat palsu dalam pendaftaran akaun. Keadaan ini telah

mengelirukan pihak penguatkuasa untuk mengesan kewujudan mereka.

Page 2: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

Pada masa yang sama, mereka dapat memusnahkan bukti-bukti

kesalahan jenayah siber dengan penggunaan ilmu ICT (AYAT

SOKONGAN KECIL). Oleh itu, faktor-faktor ini telah menghalang dan

menyukarkan masalah ini untuk diatasi (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Isi (Tidak bersetuju/Kontra)

Walau bagaimanapun, jenayah ini boleh dikawal dan dikurangkan

jika dipandang serius oleh pihak tertentu (AYAT TOPIK). Pihak berkuasa

harus menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada mengikut

keperluan semasa (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Hukuman terhadap

penjenayah siber patut diberatkan supaya dapat menakutkan orang lain

daripada melanggari undang-undang ini. Sebagai contoh, seseorang

pesalah dikenakan tempoh penjara yang lebih panjang, denda yang lebih

banyak dan juga sebatan (AYAT SOKONGAN KECIL). Selain itu,

kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa juga penting dalam

menangani masalah ini (AYAT SOKONGAN UTAMA 2). Semua lapisan

masyarakat patut peka terhadap isu ini dan melindungi diri daripada

menjadi mangsa. Mereka mesti melaporkan kes-kes penyalahgunaan

identiti kepada pihak polis (AYAT SOKONGAN KECIL). Peranan kedua-

dua pihak ini adalah amat penting untuk menangani jenayah siber (AYAT

PENUTUP PERENGGAN).

Penutup

Kesimpulannya, jenayah siber ini harus diatasi secara menyeluruh.

Hal ini penting kerana usaha pembendungan jenayah ini dapat

mengelakkan identiti mangsa daripada disalahgunakan. Pada masa yang

sama, masyarakat dapat menjalani kehidupan yang harmoni tanpa

sebarang kerisauan mengenai hal tersebut.

CONTOH 2

Page 3: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

Pendahuluan

Dewasa ini, jenayah siber semakin berleluasa di negara kita. Hal ini

telah menimbulkan kebimbangan kepada pelbagai pihak sama ada

kerajaan, sektor swasta ataupun orang ramai. Oleh itu, langkah-langkah

penyelesaian perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk membendung

jenayah yang semakin serius ini. Jenayah siber ini boleh diertikan sebagai

suatu kelakuan yang salah dari sisi undang-undang dan perbuatan

tersebut berlaku melalui Internet.

Isi (Bersetuju/Pro)

Jenayah siber adalah sukar untuk dibendung kerana sebab-sebab

tertentu Jenayah siber berlaku melalui Internet dan sukar untuk dikesan

oleh pihak polis atau pihak bertanggungjawab (AYAT TOPIK).

Penjenayah yang melakukan penipuan, penyelewengan dan pencurian

maklumat-maklumat penting selalunya menggunakan identiti palsu dalam

laman web dan hal ini telah menyukarkan pengenalpastian penjenayah

tersebut (AYAT SOKONGAN UTAMA). Sebagai contoh, penipuan yang

berlaku melalui laman web bank dan laman sesawang sosial seperti

‘Facebook’(AYAT SOKONGAN KECIL). Selain itu, penjenayah siber juga

boleh menafikan bahawa dia merupakan orangnya yang melakukan

jenayah siber tersebut kerana jenayah tersebut tidak bersifat fizikal dan

sukar mendapat bukti kukuh untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya

(AYAT SOKONGAN UTAMA 2). Jenayah siber selalunya dilakukan oleh

orang yang cerdik pandai dan mempunyai pengetahuan mendalam

mengenai ilmu teknologi (AYAT SOKONGAN KECIL 1). Sebagai contoh,

penjenayah yang memasuki laman web peribadi tanpa kebenaran

pemiliknya perlu mempunyai kemahiran dan ilmu untuk berbuat demikian

dan mereka juga mampu mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak

polis (AYAT SOKONGAN KECIL 2). Ilmu pengetahuan mereka telah

disalahgunakan untuk melakukan jenayah dan hal ini merupakan batu

penghalang untuk membanteras jenayah siber. Sememangnya

Page 4: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

penjenayah yang mempunyai ilmu pengetahuan serta menggunakan

identiti palsu melalui Internet menjadikan jenayah siber amat sukar

dibendung (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Isi (Tidak bersetuju/Kontra)

Jenayah siber boleh dibendung dengan efektif sekiranya semua

pihak berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini (AYAT TOPIK).

Pihak bertanggungjawab khususnya pihak polis mesti berusaha mengesan

penjenayah siber dan menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap

mereka dengan kerjasama daripada orang ramai (AYAT SOKONGAN

UTAMA 1). Orang ramai patut membekalkan maklumat yang diperoleh

mereka secara tidak sengaja kepada pihak polis supaya pihak polis dapat

mengumpulkan bukti secepat mungkin dan menyelesaikan kes jenayah

siber (AYAT SOKONGAN KECIL). Di samping itu, kerajaan memainkan

peranan yang penting untuk mengehadkan kebebasan pengguna laman

web dan menyeru para pengguna untuk menjaga maklumat sulit sendiri

(AYAT SOKONGAN UTAMA 2). Kerajaan boleh mengadakan kempen

dan membuat promosi untuk memberikan maklumat kepada pengguna

laman web supaya tidak mudah tertipu dan terpedaya oleh penjenayah

siber (AYAT SOKONGAN KECIL). Justeru, pihak polis, kerajaan dan pihak

lain harus bersama-sama membanteras jenayah siber dengan habis-

habisan (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Penutup

Tuntasnya, jenayah siber yang menyebabkan kesan-kesan yang

teruk perlu dibendung secepat mungkin supaya ketenteraman dan

keharmonian masyarakat dapat dikekalkan. Walaupun terdapat banyak

halangan dalam mencari jalan penyelesaian untuk membanteras jenayah

siber, nescaya jenayah yang merugikan semua pihak ini boleh diatasi

sekiranya semua pihak bekerjasama untuk membendung masalah ini.

Page 5: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

CONTOH 3

Pendahuluan

Jenayah siber bukanlah perkara yang asing lagi. Jenayah siber

bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah melibatkan masalah

antarabangsa. Jenis-jenis jenayah siber yang biasa kita dengar ialah

penipuan, pengubahsuaian data komputer, kecurian maklumat,

penggodaman sistem komputer, pornografi dan sebagainya. Oleh itu,

pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang tegas bagi

membanteras jenayah tersebut.

Isi (Bersetuju/Pro)

Walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan,

tetapi ada pihak yang mengatakan bahawa jenayah siber ini sukar

dibendung dengan sepenuhnya kerana jenayah siber sukar dibuktikan

(AYAT TOPIK). Hal ini dapat dilihat melalui tindakan agensi-agensi

penguatkuasaan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang

menolak kes-kes jenayh siber walaupun Amerika Syarikat mempunyai

teknologi yang canggih (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Contohnya,

kebanyakan kes jenayah siber yang dirujuk kepada mereka ditolak kerana

tiada bukti niat jenayah, kelemahan atau kekurangan keterangan yang

boleh diterima (AYAT SOKONGAN KECIL). Selain itu, penjenayah-

penjenayah yang melaksanakan jenayah mereka sukar dijejaki (AYAT

SOKONGAN UTAMA 2). Hal ini kerana mereka boleh melaksanakan

jenayah mereka di tempat yang berbeza selagi mempunyai kemudahan

internet dan computer (AYAT SOKONGAN KECIL). (AYAT PENUTUP

PERENGGAN).

Isi (Tidak bersetuju/Kontra)

Page 6: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

Namun begitu, jenayah siber masih boleh dielakkan sekiranya

mendapat kerjasama daripada semua pihak (AYAT TOPIK). Hal ini

kerana, jenayah siber seperti judi siber dan Skim Cepat Kaya adalah

berpunca pada sikap tamak manusia. Sekiranya mereka sanggup

melepaskan niat mereka untuk mengaut keuntungan dengan cara yang

tidak halal ini, kegiatan haram tersebut mesti tidak akan bertahan lama

kerana tiada orang yang sanggup menyertai kegiatan haram itu (AYAT

SOKONGAN UTAMA). Contohnya, masyarakat haruslah bersatu hati

untuk membanteras jenayah siber dengan tidak menyertai kegiatan judi

siber dan melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis. Dengan cara

ini, pihak polis boleh menjejaki penjenayah-penjenayah siber dengan

menyerbu pusat siber yang berkenaan (AYAT SOKONGAN KECIL). Oleh

itu, pembanterasan jenayah siber ke satu tahap yang minimum bukanlah

suatu perkara yang mustahil (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Kesimpulan

Kesimpulannya, jenayah siber akan berleluasa sekiranya usaha untuk membendung masalah ini masih berada pada tahap yang rendah. Biarpun kegiatan-kegiatan haram siber ini sukar dibanteras secara sepenuhnya, tetapi jenayah siber ini tetap dapat dielakkan sekiranya manusia bersatu hati dan berpuas hati dengan apa-apa yang dimiliki oleh mereka pada setiap masa. Hargailah orang dan benda yang dimiliki supaya tidak terjerumus ke dalam kegiatan yang haram ini.

Contoh 4

Pendahuluan

Pada era gobalisasi ini, kemajuan teknologi maklumat yang pesat telah menyebabkan peningkatan jenayah siber. Jenayah siber ialah jenayah yang dilakukan dengan menggunakan komputer melalui Internet. Perkongsian maklumat dan jalinan hubungan dagangan oleh masyarakat kini telah menyebabkan mereka terdedah pada jenayah siber dan seterusnya mengakibatkan kerugian yang besar. Memang tidak dapat

Page 7: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

dinafikan bahawa jenayah siber semakin berleluasa dan harus dibendung dengan berkesan.

Isi (Bersetuju/Pro)

Dalam konteks ini, jenayah siber lebih sukar dibendung berbanding

dengan jenayah biasa (AYAT TOPIK). Jenayah siber berbeza dengan

jenayah yang lain iaitu jenayah tersebut berlaku di alam maya iaitu

internet (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Oleh itu, jenayah siber tidak

mudah diketahui dan biasanya mangsa mendapati jenayah tersebut

selepas beberapa hari kemudian. Sebagai contoh, mangsa-mangsa kes

penipuan dan kes menggodam akaun bank hanya akan mengetahui

kerugian mereka apabila mereka memeriksa baki akaun mereka. Apabila

mangsa mendapati masalah tersebut, penjenayah tidak dapat dikesan

lagi (AYAT SOKONGAN KECIL). Selain itu, penjenayah siber tidak perlu

berdepan dengan mangsa dan identiti sebenar mereka tidak dapat

diketahui dengan mudah (AYAT SOKONGAN UTAMA 2). Keadaan ini

memudahkan mereka melakukan jenayah dan menyelamatkan diri

daripada undang-undang (AYAT SOKONGAN KECIL). Faktor-faktor

tersebut telah menyukarkan pembendungan jenayah siber (AYAT

PENUTUP PERENGGAN).

Isi (Tidak bersetuju/Kontra)

Walau bagaimanapun, jenayah siber dapat dibendung jika pihak

tertentu menggunakan jalan penyelesaian yang tepat (AYAT TOPIK).

Salah satu langkah untuk menjejaki penjenayah siber ialah menggunakan

forensik komputer (AYAT SOKONGAN UTAMA 1). Pakar forensik

komputer harus dilatih dalam penyiasatan dan analisis untuk

mendapatkan bukti-bukti jenayah dalam Internet (AYAT SOKONGAN

KECIL). Di samping itu, masyarakat harus dididik supaya tidak

mendedahkan maklumat peribadi dalam Internet untuk mengelakkan

penjenayah siber mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan

(AYAT SOKONGAN UTAMA 2). Sebagai contoh, nombor telefon, alamat

Page 8: Sukarnya Membendung Jenayah Siber

dan nombor akaun bnk kita tidak harus dikongsi dalam laman web sosial

(AYAT SOKONGA KECIL). Penjenayah siber dapat dielakkan jika

masyarakat mempunyai kesedaran tentang kepentingan melindungi

maklumat peribadi dan privasi (AYAT PENUTUP PERENGGAN).

Kesimpulan

Kes jenayah siber telah meningkat secara mendadak di negara kita

dan keadaan ini harus dititikberatkan oleh semua pihak. Jenayah siber

yang berbentuk maya memang sukar dibendung, tetapi dengan

kerjasama kerajaan dan rakyat serta langkah-langkah yang berkesan,

jenayah tersebut dipercayai akn diselesaikan.