sukan rekreasi

10
1.0 Pengenalan Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan. 2.0 KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI 2.1 Konsep Sukan Sepanjang Hayat Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Sukan massa merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Sukan massa atau sukan untuk semua menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian di dalam sebarang kegiatan sukan. rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat sehingga ianya dapat dijadikan satu gaya hidup masyarakat.

Upload: halil-chik

Post on 04-Aug-2015

72 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sukan rekreasi

1.0 PengenalanPerkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan.

2.0 KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI2.1 Konsep Sukan Sepanjang HayatSukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Sukan massa merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Sukan massa atau sukan untuk semua menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian di dalam sebarang kegiatan sukan. rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat sehingga ianya dapat dijadikan satu gaya hidup masyarakat.42.2 Konsep sukan rekreasiSukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan

Page 2: sukan rekreasi

kendiri.Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.

3.0 Definisi sukan rekreasi3.1 Definisi.Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.54.0 Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah.Sukan sepanjang hayat bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkantahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan jenis ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskandengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan disekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkanmodal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan serta membantu memperkembangkan keadaan psikomotor, kognitif serta afektif mereka.

Berikut merupakan kepentingan sukan sepanjang hayat berdasarkan:a) Domain psikomotorMeningkatkan daya tahan otot.Menguatkan sistem kardiovaskular .

Page 3: sukan rekreasi

Mengelakkan kecederaan kepada anggota badan.Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan.Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktivitisukan yang dijalankan.Meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit kronik.Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatandan perlakuan motor.b) Domain KognitifMembentuk daya pemikiran yang positif.Melahirkan modal insan yang celik akal.Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis.6Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat.Membentuk idea-idea yang bernas.Dapat berfikir dengan waras.Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir.c) Domain AfektifMenolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingdan masyarakat.Mewujudkan persekitaran yang yang sihat.Menggalakkan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi.Menggalakkan gaya hidup sihat dalam semua lapisan masyarakat.Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepadamasyarakat.Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan.Membina hubungan yang sihat antara ahli masyarakat.5.0 PROGRAM SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI YANG REALISTIK DAN MAMPU DILAKSANAKAN DI SEKOLAHi. Senamrobik 1 murid 1 sukanPada 10 julai 2012, semua sekolah seluruh negara telah melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing padawaktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. Sehubungan dengan itu, aktiviti ini perlu diteruskan di sekolah – sekolah untuk memastikan kelansungan kebaikan aktiviti inikepada murid-murid. Aktiviti senamrobik ini boleh dilaksanakan setiap hari pagi Rabu berikutan hari tersebut merupakan hari kokurikulum bagi murid-murid.7Kebiasaanya , aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid tahap 2 dan keperluan jasmani murid tahap 1 kurang dititikberatkan .Oleh kerana itu , senamrobik ini boleh dijadikan aktiviti mingguan untuk setiap warga sekolah disamping memberi peluang untuk semua memiliki tahap kesihatan yang lebih

Page 4: sukan rekreasi

baik . Tambahan pula , warga sekolah memiliki kesempatan untuk beramah mesra dan meningkatkan lagi interaksi sesama mereka terutamanya untuk para guru dan staf-staf sokongan . Aktiviti ini dapat melibatkan setiap lapisan masyarakat untuk menjalani aktiviti sukan dalam suasana yangharmoni dan aman.ii. Aktiviti rekreasi bulanan.Aktiviti luar jarang didedahkan kepada murid-murid. terdapat persepsi yang beranggapan aktiviti rekreasi di luar membahayakan keselamatan murid-murid. namun begitu, hal ini akan menyebabkan penafian hak untuk mereka belajar meneroka alam sekitar dan bermain dengan aktiviti yang bersesuaian. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah berkayak , mendaki gunung, berbasikal secara berkumpulan ataupun aktiviti jungle-trekking.Aktiviti-aktiviti bukan sahaja memberi peluang untuk murid mencuba aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlainan malah dapat mengeratkan silaturrahim antara murid dengan murid, murid dengan guru. Rata-rata murid tidak berpeluang melakukan aktiviti rekreasi ini bersama keluarga mahupun sendiri. Pihak sekolah boleh memberi peluangkepada murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti sihat di samping mengurangkan gejalasosial di kalangan murid. Aktiviti rekreasi ini boleh dirancang dengan baik dan melibatkan seramai murid yang mungkin.Permulaan pelaksaan program ini boleh dilakukan di kawasan sekitar sekolah dan seterusnya melibatkan tempat-tempat lain yang lebih menarik minat murid. satu aktiviti setiap bulan sudah mencukupi dan segala perancangan harus dijalankan dengan teliti untuk memastikan kelancaran program ini dijalankan kelak.iii. Program terapi.Program ini sudah lama dijalankan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah. Namun begitu, hanya murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menjalani program terapi ini. Terapi boleh dijalankan untuk menggalakkan nilai-nilai positif dalamdiri murid seperti yakin diri, komunikasi serta motivasi diri murid. antara contoh terapi yang boleh dilakukan adalah seperti terapi berkuda, terapi renang dan terapi pasir.8Selain bermain, murid-murid boleh belajar untuk berkomunikasi dengan haiwan,alam sekitar dan ahli komuniti di sekeliling mereka. Program ini sesuai dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Oleh kerana itu, program ini boleh dirancang dan disusun mengikut kesesuaian kelompok yang telah dipilih.Program terapi ini akan melibatkan domain-domain psikomotor, kognitif serta afektif murid. Hal ini bertepatan dengan konsep suukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam meningkatkan lagi penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti – aktiviti fizikal6.0 KAJIAN & TINJAUAN PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DANREKREASI DI SEKOLAH LUAR NEGARASecara puratanya, remaja dan kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami

Page 5: sukan rekreasi

masalah berat berlebihan atau obesiti.Masalah ini menyebabkan para ibu bapa bimbang tentang tahap kesihatan anak-anak mereka.Melalui arikel yang saya baca bertauk Improve Physical Education Programs in U.S Schools tulisan Alison Johnson,Sekolah-sekolah di Amerika Syarikat sering mengabaikan Pendidikan Jasmani untuk murid mereka.Didapati hanya 6 buah sekolah sahaja yang menitikberatkan aktiviti fiikal yang bersesuaian untuk sekolah rendah.Menurut The National Association of Sport and Physical Education , murid seharusnya diberi peruntukkan 150 minit seminggu untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan 225 minit di sekolah menengah tinggi. Namun begitu, angka tersebut tidaklah membawa apa-apa erti kepada pihak sekolah. Secara puratanya, murid hanya menerima 70 minit seminggu. Ibu bapa juga kurang membantu di dalam menggalakkan perkembangan aktiviti fizikal murid anak mereka dan terdapat 75 peratus kanak-kanak yang tidak mendapatkan aktiviti fizikal secara kerap.Hal ini membawa kepada peruntukkan perbelanjaan yang banyak dalam menanggung kos perubatan yang berkaitan dengan masalah obesiti. Amerika Syarikat memperuntukkan 147 billion dolar setiap tahun untuk tujuan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan pengkaji terdiri daripada James F. Sallis,Thomas L. McKenzie, Bohdan Kolod, Michael Lewis, Simon Marsha dan PaulRosengard telah menjalankan kajian ke atas 7 buah sekolah untuk melihat kesan aktiviti fizikal ke atas pencapaian akademik murid melalui Project SPARK9Project SPARK merupakan akronim bagi Sports, aplay, and active Recreation for Kids Program ini direka sebagai pendidikan Jasmani kepada murid.Selain itu,program ini melibatkan aktiviti kecergasan seperti melompat tali , senamrobik, begitu juga sukan kecergasan seperti bola sepak dan permainan Frisbee.Program ini juga menggalakkan aktiviti fizikal di luar sekolah dan ganjaran diberikan sekiranya murid melakukan aktiniti fiikal bersama keluarga mereka.Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, mendapati murid yang menjalani aktiviti fiikal di bawah program ini mengalami peningkatan pencapaian akademik di dalam kelas.Hal ini jelas menunjukkan kepentingan aktiviti fiikal dalam membantu memperkembanngkan lagi potensi diri murid seterusnya memberi peluanng untuk mereka memperbaiki tahap kesihatan mereka.Di Scotland, purata kanak-kanak di sana juga mengalami masalah obesiti sepertidi Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Pendidikan Jasmani diberi penekanan di sekolah bagi membantu mengurangkan lambakan kes kesihatan yang berkaitan obesit di kalangankanak-kanak mereka. Melalui laporan yang disediakan oleh HM Inspectorate of Education di Scotland,terdapat beberapa buah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk menggalakkan penglibatan aktiviti fizikal di kalangan pelajar mereka. Antaranya,mengelolakan aktiviti sukan dan aktiviti luar sekolah untuk

Page 6: sukan rekreasi

meningkatkan kemahiran fizikal murid disamping menggalakkan perkembangan sosial diri murid secara personal.Terdapat juga sekolah yang menawarkan kelas tambahan untuk lawatan ke pusat-pusat sukan yang menawarkan pelbagai aktiviti fizikal menarik untuk murid mereka bagi tujuan untuk menggalakkan perkembangan tingkah lau mereka. Di sesetengah kawasan pedalaman di Scotland, mereka telah bekerjasama dengan beberapa kelab sukan tempatan untuk menawarkan penyertaan dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal di luar sekolah dan usaha mencari bantuan kewangan daripada badan sukan kebangsaan untuk menyediakan pelbagai aktiviti tersebut juga giat dijalankan. Selain itu, terdapat guru besar yang menawarkan kelas tarian di waktu rehat untuk menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti tarian.Tambahan pula, ada sekolah yang menyediakan tempat permainan untuk murid mereka bermain permainan tradisional dan peralatan untuk permainann tersebut disediakan.Hal ini memberi peluang untuk murid melakukan aktiviti aktif dan menyeronokkan ketika waktu rehat tengah hari.10Contoh-contoh di atas merupakan pogarm-program yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di Scotland dalam menggalakan penyertaan murid mereka dalam aktiviti fizikal dan mereka bersetuju penglibatan aktif kanak-kanak ini banyak memberi kesan dalam pencapaian akademik murid-murid mereka.Di bandar New York pula, sekolah-sekolah diselia oleh Office of School Wellness yang menggariskan panduan untuk sekolah, guru-guru dalam melaksanakan pendidikan jasmani di sekolah. Sebagai contoh garis panduan yang telah ditetapkan, bagi sekolah rendah, gred K-3 akan terlibat dalam Pendidikan Jasmani asas setiap hari. Manakala gred 4 hingga 6 akan menjalani Pendidikan Jasmani tidak kurang 3 kali seminggu. Saiz kelasPendidikan Jasmani juga dinyatakan dengan jelas. Melalui satu laporan mengenai sekolah-sekolah di sana, telah terbukti, Pendidikan Jasmani memberi impak yang positif dalam perkembangan kanak-kanak di sekolah. Rata-rata sekolah yang menjalankan Pendidikan Jasmani dengan baik, memiliki murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik di samping perkembangan sosial dan tingkah laku yang positif.Hasil tinjauan daripada ketiga-tiga tempat ini, jelas menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani atau pendidikan sukan sepanjang hayat kepada diri kanak-kanak disekolah..117.0 Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan disekolah.1 Meningkatkan kecergasan dantahap kesediaan murid dan guruuntuk bersukan;2 Melibatkan penyertaansemua murid;

Page 7: sukan rekreasi

3 Mengamal dan mempraktikkangaya hidup sihat dan cergas;4 Mengamalkan aktivitikecergasan fizikal dengan carayang betul;5. Meningkatkan kesepakatandan menyemarakkansemangat esprit de corp;OBJEKTIF SENAMROBIK SERENTAKATUR CARA7.00 pagi: Semua peserta melapor diri7.15 pagi: Ketibaan dif-dif Jemputan7.30 pagi: Perhimpunan rasmi sekolah: Bacaan Doa:Ucapan PelancaranSenamrobik Serentak 1Murid 1 Sukan 1 Malaysiaoleh Guru Besar.: Pengesahan Penyertaanoleh GuruBesar.: Gimik Pelancaran7.50 pagi : Senaman ringanmemanaskan badan8.00 pagi : SenamrobikSerentak 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia bermula: P & P bermulasebaik tamat sesisenamrobikSENAMROBIKSERENTAK1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIABULAN JULAI BULAN KECERGASANTARIKH : 13 MAC 2012HARI : RABUMASA ; 8.00 PAGITEMPAT : TAPAK PERHIMPUNANSK PARIT SAMSU, MUARTERIMA KASIHSEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKANPROGRAM INI.12

Page 8: sukan rekreasi

8.0 PENUTUPSelain perkembangan fizikal, kanak-kanak juga dapat memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru mahupun rakan-rakan yang berbilang kaum melalui aktiviti fizikal. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi.139.0 RUJUKANJohnson Ebing, Frankie Muli, Lawrence Agansuk. (2011). Kepentingan Sukan Rekreasi dalam Kurikulum. Didapati daripada esukan.blogspot:http://esukan. blogspot.com/kepentingan-sukan-rekreasi-dalam.htmlJulismah Jani.(_____).Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Didapati daripada Freewebs.com:http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-%20dr%20julismah%20article.pdfKementerian Belia dan Sukan.(1988).Dasar Sukan Negara. Kuala Lumpur:Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.__________ Konsep Sukan untuk Semua.(2012).Di dapati daripada cemerlang bahasa dan sastera blogspot:httpba cemerlang bahasa dan sastera.blogspot.com/konsep-sukan-untuk-semua-sukan-untuk.html1415