sukan gemaputera ke-xv perlis 2018 28 - 31 mac · pdf file5.2 pendaftaran nama-nama pemain...

19
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC 2018 Pertandingan Futsal PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Upload: duongkhuong

Post on 01-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

KEJOHANAN

SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

28 - 31 MAC 2018

Pertandingan

Futsal

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Page 2: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

2 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

PERATURAN/UNDANG – UNDANG DAN FORMAT

PERTANDINGAN BAGI ACARA FUTSAL

1. NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERBUKA

DAN LELAKI VETERAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018”.

2. PERATURAN AM

2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan akan

dijalankan mengikut Undang-Undang Pertandingan Futsal Persatuan Bola

Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

(FIFA).

2.2 Semua peraturan-peraturan akan diputuskan berdasarkan Undang-

Undang dan peraturan AM kejohanan ini.

2.3 Mana-mana peraturan dan syarat –syarat yang tidak tercatat

Jawatankuasa Penganjur Sukan Futsal berhak/berkuasa mengubahsuai

akan syarat-syarat tersebut jika perlu.

3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN

3.1 Pada 28 hingga 31hb Mac 2018 (Rabu - Sabtu)

4. TEMPAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan Futsal akan diadakan di gelangang ARENA FUTSAL,

STADIUM TUANKU SYED PUTRA, KANGAR.

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018

ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

Page 3: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

3 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

5. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang

berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah

diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan

menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

dan hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk

mengambil bahagian.

5.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.

Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan

kemudiannya bermain untuk pasukan lain (terbuka/veteran) maka

penyertaan yang kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

5.4 Sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum bermulanya

perlawanan, setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama dua belas

(12) pemain melalui ‘start list’ yang disediakan oleh pihak Urusetia.

5.5 Untuk memulakan permainan, bilangan minimum pemain untuk satu

pasukan ialah lima orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di

perintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga

pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.

5.6 Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah 7 orang.

5.7 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seorang

pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai

pengganti kepada pemain lain.

5.8 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa

bola dalam permainan :

i) Pemain yang meninggalkan padang hendaklah keluar melintasi

garisan tepi di kawasan zon penggantian.

ii) Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat

demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah

menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi

garisan tepi.

Page 4: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

4 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

iii) Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan

kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk

bermain.

iv) Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke

gelanggang di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang

diganti tidak lagi di anggap pemain.

5.9 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain

dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta

terlebih dahulu.

5.10 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan untuk bermain Nama mereka

hendaklah didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain.

5.11 Ketua pasukan hendaklah (wajib) memakai lilitan lengan (armband) yang

nyata di tangan kiri jersi.

5.12 Pemakaian ‘shin pad’ dengan stoking panjang adalah diwajibkan untuk

semua pemain.

6. PENDAFTARAN/KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan Dua Belas (12) orang pemain

dan termasuk Dua (2) orang pegawai iaitu seorang Pengurus pasukan

dan seorang Jurulatih.

6.2 Senarai dan pendaftaraan ini hendaklah disertakan dengan butiran dan

maklumat seperti berikut:-

i) Nama penuh pemain/pegawai dan no. kad pengenalan (No. IC)

ii) Nombor jersi pemain iaitu dari 1 hingga 50 (jersi pertama dan kedua,

tidak boleh ditukar sehingga pertandingan selesai).

iii) Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai.

Page 5: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

5 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

6.3 Borang ini hendaklah disahkan oleh Ketua Eksekutif/Pengurus Besar

agensi masing-masing dengan disertakan dengan surat lantikan jawatan,

pemain yang terlibat.

6.4 Sebarang pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa

mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari

sebelum pertandingan.

6.5 Senarai dua belas (12) orang pemain hendaklah disahkan semasa

mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

6.6 Semua pasukan diminta mengisytiharkan warna jersi, seluar, stokin dan

warna jersi penjaga gol yang dipakai semasa menjadi tuan rumah didalam

pertandingan ini. Nama pasukan yang disebut dahulu adalah tuan rumah

dan yang kedua adalah pelawat.

6.7 Kelayakan pemain sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama satu (1)

tahun (12 bulan).

6.8 Bagi pemain Veteran mestilah berumur 45 tahun keatas iaitu lahir pada

tahun 1973.

6.9 Bagi pemain bertaraf pemain Negeri @ Kebangsaan @ Profesional

perlulah mengikut syarat dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Gemaputra

XV Perlis 2018 (perkara 2.7 dan 2.8).

7. CARA DAN SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Kejohanan ini adalah pertandingan di antara pasukan.

7.2 Pasukan Futsal Lelaki Terbuka akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan

Lelaki Veteran 2 kumpulan. Pasukan-pasukan akan diundi untuk

menentukan kedudukan masing-masing..

7.3 Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga

kumpulan.

7.4 Pertandingan peringkat suku akhir, separuh akhir dan tempat ketiga dan

akhir akan dijalankan secara kalah mati.

7.5 Johan dan Naib Johan kumpulan diperingkat liga akan layak ke pusingan

seterusnya mengikut format seperti dibawah.

Page 6: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

6 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR

b) Lelaki Veteran

7.6 Sekiranya pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini tidak melebihi 10

pasukan, maka pembahagian kumpulan akan dikurangkan kepada dua (2)

kumpulan. Dua pasukan yang berjaya dikedudukan teratas akan layak ke

peringkat separuh akhir dan seterusnya dengan format berikut:-

a) Lelaki Terbuka

Johan A

Naib Johan C

Johan D

Naib Johan B

Johan B

Naib Johan D

Johan C

Naib Johan A

Johan A

Naib Johan B

Johan B

Naib Johan A

AKHIR

SEPARUH AKHIR

Page 7: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

7 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

8. KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERSOPAN :

8.1 Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah laku dari sebelas

kesalahan-kesalahan berikut :-

i) Menendang atau cuba menendang pemain lawan.

ii) Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba

menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan

membongkok di hadapan atau di belakang.

iii) Melompat ke pemain lawan.

iv) Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.

v) Merempuh pemain lawan dari belakang.

vi) Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau meludahnya.

vii) Memegang pemain lawan.

viii) Menolak pemain lawan.

ix) Merempuh pemain lawan dengan bahu.

x) Menggelongsor (sliding tackle) untuk memainkan bola yang

sedang dimainkan atau cuba dimainkan pemain lawan.

(Dibenarkan kecuali pengadil mengatakan sebaliknya.

xi) Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau

mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali

penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).

Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak

lawan dari mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang pemain dari

pasukan bertahan sengaja melakukan salah laku dari sebelas kesalahan

tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya akan dihukum dengan satu

sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di

dalam permainan.

8.2 Sesorang pemain yang melakukan salah satu dari empat kesalahan

berikut :

Page 8: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

8 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

i) Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya,

contohnya cuba menendang bola dalam pegangan penjaga gol.

ii) Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang

pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola atau

menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.

iii) Merempuh penjaga kecuali setelah keluar dari kawasan penalti.

iv) Apabila bermain sebagai penjaga gol :-

a. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah

dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan

kepadanya.

b. Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah

menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.

c. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di

mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat.

d. Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya

sebelum disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan.

Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus

kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali

kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan

percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir

dengan tempat kesalahan dilakukan.

8.3 Seorang pemain diberi amaran jika :

i) Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain

yang diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau

pengganti masuk dari tempat yang tidak sepatutnya.

ii) Sentiasa melanggar undang-undang permainan.

iii) Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai sebarang

keputusan pengadil.

iv) Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.

Page 9: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

9 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

Untuk sebarang kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan

percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan

dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti,

sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan 6 meter,

paling hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran

berkaitan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih berat

berlaku.

8.4 Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada

pendapat pengadil, ia :-

i) Bersalah kerana bermain dengan amat kasar.

ii) Bersalah kerana berkelakuan ganas.

iii) Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, perasaan

atau kata-kata kesat.

iv) Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang kepada

pemain di atas tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan

dimulakan dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari

tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di

dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah

diambil dari garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan

berlaku.

8.5 Mana-mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau pemain-

pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung

bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil kehadapan

Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib sewajarnya.

8.6 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang kesalahan di luar

padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai

melakukannya di dalam padang.

Page 10: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

9. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN :

9.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada format

berikut :-

9.2 Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan

menjadi johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua

terbanyak akan menjadi naib johan kumpulan.

9.3 Jika dua atau lebih pasukan terikat kedudukannya dengan memperolehi

jumlah mata yang sama, maka kaedah-kaedah ini akan digunakan untuk

memutuskan kedudukannya:-

i) Pasukan yang layak akan ditentukan dengan perbezaan gol (goal

difference);

ii) Jika masih seri, maka pasukan yang telah menjaringkan lebih banyak

gol akan melayakkan diri untuk pusingan seterusnya;

iii) Jika masih seri, maka keputusan perlawanan di mana kedua-dua

pasukan bermain antara satu sama lain akan diambil kira (head to

head);

iv) Jika selepas menggunakan semua langkah di atas dan keputusan

masih seri maka Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan cara

untuk layak ke peringkat seterusnya dan keputusannya adalah

muktamad.

9.4 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri,

maka kemenangan akan ditentukan melalui (3) tendangan penalti dan jika

masih seri, tendangan penalti tambahan (1+1+1… seterusnya) yang akan

diambil pemain lain (pemain yang telah mengambil tendangan penalti

sebelumnya tidak dibenarkan mengambil tendangan ini) dilakukan dan

i) Menang - 3 Mata

ii)

iii)

Seri

Kalah

- 1 Mata

- 0 Mata

Page 11: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

11 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

jika masih seri juga penalti secara sudden death akan berkuatkuasa

mengikut peraturan FIFA.

10. MASA PERTANDINGAN

10.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.

10.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu

perlawanan di dalam satu hari.

10.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah

ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.4 Jangka masa permainan hendaklah di bahagi kepada dua tempoh yang

sama masa iaitu 20 minit bagi kategori Lelaki Terbuka dan 15 minit

bagi kategori Lelaki Veteran(running time) bagi setiap satu.

10.5 Pasukan-pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out) di

tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:

i) Jurulatih-jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa

(time out) satu minit dari penjaga masa. Permintaan boleh dibuat

pada bila-bila masa (satu di setiap separuh masa) tetapi hanya boleh

berbuat demikian apabila bola berada di bawah kawalan

pasukannya.

ii) Penjaga masa akan memberi isyarat kebenaran perhentian masa

ketika bola berada di luar permainan dengan meniup wisel atau

isyarat bunyi yang lain dan berbeza dengan yang digunakan oleh

pengadil.

iii) Bila perhentian masa (time out) di beri, pemain-pemain boleh

berkumpul di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima

arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi

gelanggang berhadapan bangku simpanan pasukan. Pemain-pemain

tidak dibenarkan keluar gelanggang dan begitu juga pegawai yang

memberi arahan tidak dibenarkan memasuki gelanggang.

Page 12: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

12 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

iv) Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang dibolehkan di

separuh masa pertama tidak boleh membawanya kehadapan dalam

separuh masa kedua.

10.6 Rehat pada separuh masa tidak kurang dari 5 minit.

10.7 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di

gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.8 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-

pemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

11. KAD KUNING DAN MERAH

11.1 Seorang pemain yang menerima dua (2) amaran bertulis (kad kuning)

dengan sendirinya digantung satu (1) perlawanan selepas perlawanan

dimana dia menerima amaran bertulis kedua.

11.2 Pemain yang mendapat kad merah akan digantung dua (2) perlawanan

berikutnya.

11.3 Seorang pemain yang diperintah keluar gelanggang kerana menyerang

pengadil/pemain dan melakukan kesalahan yang serius akan digantung

semua perlawanan.

11.4 Untuk penggantian pemain yang diarah keluar kerana mendapat kad

merah, ianya boleh diganti dengan pemain simpanan selepas pasukan

lawan menjaringkan gol atau dalam tempoh dua (2) minit selepas pemain

tersebut diarah keluar gelanggang.

12. PENANGGUHAN PERLAWANAN :

Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang

ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab

yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut

adalah diambil kira.

Page 13: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

13 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

12.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan

Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak

boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan

dengan sistem tendangan penalty, tanpa mengambil kira sebarang

jaringan yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh

masa pertama.

12.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan

Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh

diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga

perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai

lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun, jika

semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan

kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan

cara sistem tendangan penalti.

13. PERALATAN PEMAIN

13.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada

pemain-pemain lain.

13.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stoking, shinguard

dan kasut futsal. Hanya alas kaki yang di perbuat dari ‘canvas’ atau kasut

latihan dari kulit yang lembut atau kasut dengan tapak getah atau dari

bahan-bahan yang sama. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

13.3 Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain tersebut

hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju penjaga yang di

pakainya (bip dengan nombor yang sama).

14. PENGADILAN

14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil

yang bertauliah disepanjang pertandingan yang diadakan dengan

kerjasama Persatuan Pengadil Bolasepak Negeri Perlis (PFA).

Page 14: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

14 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

15. BANTAHAN

15.1 Kelayakan Peserta

i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan

secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Acara

Futsal dalam masa lima belas (15) minit selepas pertandingan tamat

dengan disertakan wang tunai RM2,000.00 sebagai pertaruhan

sepertimana yang diperuntukan dalam Peraturan Am Kejohanan.

Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu

ditolak oleh Jawatankuasa, sepertimana yang dinyatakan dalam

Perkara 6.1, Undang-Undang dan Peraturan Am, Kejohanan Sukan

Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.

ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukan bukti kukuh

berkenaan bantahan yang dibuat.

iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti di dalam majlis

bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang dibantah adalah

SAH bermain dan tidak mengikut syarat kelayakan bermain.

iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontigen yang membawa dan

menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan

bukan kakitangan serta di dapati bersalah dalam majlis

bantahan. Pemain tersebut tidak akan dibenar menyertai

kejohanan ini.

v) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa

penganjur dan tatatertib adalah muktamad.

16. JAWATANKUASA KECIL BANTAHAN & DISPLIN

16.1 Keahlian Jawatankuasa Bantahan dan Displin adalah sepertimana yang

dinyatakan dalam Perkara 6.3, Undang-Undang dan Peraturan AM,

Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.

Page 15: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

15 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018

17. HADIAH-HADIAH

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

EMAS PERAK GANGSA

1 Pasukan (14 medal)

1 Pasukan (14 medal)

1 Pasukan (14 medal)

18. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PERTANDINGAN

18.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017.

18.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia :

Seribu Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan.

18.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan

resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan.

SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH

DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN

Page 16: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP

1 Pengurus

2 Jurulatih

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI

PERMAINAN NO. PEKERJA/

KWSP

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan

Futsal & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.

** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017

Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang

kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam

borang pendaftaran individu

Pengurus Pasukan Disahkan oleh

Nama :

No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua

No. Tel : Jabatan/Eksekutif)

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN FUTSAL GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

PERMAINAN/SUKAN : FUTSAL LELAKI TERBUKA

PASUKAN : _

Page 17: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

Sediakan 2 Keping

gambar berukuran

passport dan 1 keping

dilekatkan di sini

BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA

GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

NAMA PENUH :

NO. K/P :

TARIKH LAHIR :

ALAMAT :

(Tempat Bertugas) :

NO. PEKERJA :

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :

NO. TEL :

Tarikh :

PENGURUS

JURULATIH

PEMAIN

Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua

maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Penyata KWSP/KWAP

Gambar dua (2) keping berukuran passport

Page 18: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP

1 Pengurus

2 Jurulatih

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI

PERMAINAN NO. PEKERJA/

KWSP

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan

Futsal & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.

** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017

Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang

kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam

borang pendaftaran individu

Pengurus Pasukan Disahkan oleh

Nama :

No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua

No. Tel : Jabatan/Eksekutif)

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN FUTSAL GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

PERMAINAN/SUKAN : FUTSAL LELAKI VETERAN

PASUKAN : _

Page 19: SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018 28 - 31 MAC · PDF file5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,

Sediakan 2 Keping

gambar berukuran

passport dan 1 keping

dilekatkan di sini

BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU

KEJOHANAN FUTSAL VETERAN

GEMAPUTERA XV PERLIS

2018

NAMA PENUH :

NO. K/P :

TARIKH LAHIR :

ALAMAT :

(Tempat Bertugas) :

NO. PEKERJA :

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :

NO. TEL :

Tarikh :

PENGURUS

JURULATIH

PEMAIN

Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua

maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Penyata KWSP/KWAP

Gambar dua (2) keping berukuran passport