sukan alat perpaduan

8

Click here to load reader

Upload: praba-rajamanickam

Post on 20-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sukan Alat Perpaduan.

TRANSCRIPT

PENGENALANPerpaduan atau solidarity didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Pada awal abad ke-19, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pada ketika ini, British menjalankan dasar Pecah dan Perintah. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza, bukan sahaja tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini malah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Namun begitu, pada tahun 1957, kejayaan membentuk perpaduan kaum di antara masyarakat Melayu, Cinda dan India telah membawa kepada kemerdekaan negara kita, Malaysia.Pada 13 Mei 1969, berlaku peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan telah memaksa pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di dalam negara. Peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta benda memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya untuk mengekalkan dan mengkukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan negara kita serta memastikan bahawa peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi. Antara usaha-usaha tersebut termasuklah menjadikan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia.Sukan secara umumnya adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai jenis tujuan seperti untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Sukan juga ditakrifkan sebagai aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi serta mengandungi peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DI MALAYSIABidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum.Ini kerana sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.Bermula di peringkat sekolah, setiap sekolah pastinya akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap tahun. Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada empat atau lima kumpulan besar atau dipanggil rumah sukan secara rawak di mana setiap rumah sukan itu bukan sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur (daripada Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) malah terdiri daripada para pelajar yang berlainan kaum. Setiap ahli rumah sukan diberikan peluang untuk mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan masing-masing dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan mengikut kategori umur (acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17 tahun). Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut kaum atau agama masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakan penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akan menyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa mereka. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini.. Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin, dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.Seterusnya, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampu memperlihatkan peranan sukan sebagai medium dalam membentuk perpaduan kaum. Kejohanan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun. Selain itu, kejohanan ini selalunya disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil. Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita dapat melihat atlet-atlet yang berlatarbelakangkan daripada pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita dapat melihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun sebelah menyebelah yang disusun secara rawak atau secara cabutan undi tanpa mengira jenis sekolah. Keadaan ini membuka peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat kerjasama antara pegawai-pegawai kejohanan dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar di mana mereka ini telah dilantik berdasarkan ilmu serta kemahiran mereka dan bukannya berdasarkan bangsa mahupun agama mereka. Selain kejohanan di peringkat sekolah, kita juga mempunyai Sukan Malaysia atau secara ringkasnya SUKMA. SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan Peranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh dilihat melalui acara sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar dan sebagainya. Tidak kiralah wakil bagi peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa, pemilihan ahli kumpulan pastinya berdasarkan bakat, kebolehan dan potensi seseorang atlet itu dalam acara terbabit. Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli kumpulan tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan masing-masing. Sekiranya masing-masing membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan yang berlainan bangsa, pastinya kumpulan sukan itu mampu mencapai kemenangan serta melangkah lebih jauh. Sebagai contoh, kebolehan bekas penjaga gol pasukan Malaysia, Datuk Ho Koh Chye yang menggunakan tangan untuk makan nasi tanpa kekok kerana percampurannya dengan rakan-rakan pemain hoki keturunan Melayu dan India yang memang menggunakan tangan ketika makan. Datuk Ho Koh Chye tinggal di dalam bandar Seremban bukan di kampung. Pergaulan beliau dengan rakan-rakan Melayu dan India diperoleh banyak melalui aktiviti sukan khususnya ketika berada dalam pasukan kebangsaan. Kemampuan beliau makan nasi menggunakan tangan bukan diperolehi kerana beliau duduk di kampung tetapi kerana percampuran beliau dalam sukan.Contoh lain yang boleh diambil ialah semangat kerjasama antara ahli pasukan bola sepak Malaysia sebelum terbentuknya Malaysia yang lebih dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini dianggotai pemain-pemain yang berlainan bangsa seperti Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel. Pada hari ini, pasukan bola sepak Malaysia lebih dikenali sebagai Harimau Malaya dan diletakkan di bawah jagaan Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy, bekas pemain kebangsaan pada era 80-an walaupun majoriti anak didikannya ialah orang Melayu. Di sini kita boleh lihat bahawa perbezaan agama dan bangsa bukanlah satu penghalang atau gangguan dalam sukan. Sebaliknya, sukan merupakan alat yang sesuai dalam membentuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Seterusnya, seringkali ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan. Baik sukan bola sepak Piala Dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali, lumba kereta F1, dan bola keranjang, penyokongnya bukan sekadar di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya. Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd. Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012 yang lepas. Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik? Sokongan padu dan harapan setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh beliau kerana beliau bukan sekadar mewakili dirinya tetapi beliau juga menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kepulangan beliau serta atlet-atlet yang lain dihujani dengan kata-kata tahniah .Mereka disambut dan diraikan oleh para peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

KESIMPULANKesimpulannya, jelaslah peranan sukan sebagai jambatan perpaduan kaum di Malaysia kerana sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Di samping itu, sukan juga merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan di kalangan masyarakat Malaysia serta 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.

4