suara perak edisi...

20
Peruntukan Pembangunan Lebih Tinggi IPOH – Perak adalah antara negeri di Malaysia yang memperuntukkan bajet yang tinggi bagi perbelanjaan pembangu- nan, berbanding negeri-negeri lain. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sejak menera- jui kepimpinan negeri pada 2009, Perak memperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus bajet tahunan untuk tujuan pem- bangunan. Oleh itu, beliau turut membayangkan bajet untuk pembangunan tahun 2016 juga mungkin lebih tinggi berbanding tahun- tahun lalu. “Perak agak menarik kerana kita mene- kankan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada bajet tahunan adalah untuk perb- elanjaan pembangunan dan kali ini mung- kin lebih lagi,” katanya kepada pemberita ketika majlis minum pagi bersama media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini baru- baru ini. Menurut beliau, walaupun sejak lima tahun lalu Perak mencatatkan belanjawan lebihan (surplus), namun kerajaan negeri mengambil pendekatan berhati-hati sa- mada sesuai atau tidak menyediakan bajet seumpama itu. Beliau berkata, pelbagai perkara perlu di- ambil kira seperti keadaan ekonomi semasa dan struktur bajet negara yang telah diben- tangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak. Selain itu, kata beliau, kerajaan negeri juga perlu berhati-hati, khususnya bajet untuk pengurusan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. “Belanja pengurusan ini jarang menurun, apabila kita bergerak, kita memerlukan lebih ramai staf, mendapatkan lebih ramai pegawai, pekerja dan peningkatan kes- edaran awam yang memerlukan penambah bajet,” ujarnya. Sambil membayangkan bajet untuk tahun 2016 juga bajet defisit, Dr Zambry berkata, selama ini kerajaan negeri berjaya mengu- ruskan perbelanjaan dengan baik, termasuk keperluan dan sumber pendapatan. Beliau memberitahu, secara purata perbelanjaan sebenar Perak mencatatkan lebihan kira-kira RM10 juta kecuali tahun 2010 yang mencatatkan lebihan RM130 juta kerana kerajaan Persekutuan membuat bayaran terhadap tanah yang diluluskan ke- pada KPTG untuk kegunaan Persekutuan. Sila layari laman kami di Facebook https://www.facebook.com/pages/Suara-Perak EMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected] - Telefon - 05-2410257 (1 - 15) NOV 2015 - EDISI RAKYAT PERCUMA Pengalaman Manis Di Kampung Pahit Perak Sedia Pelan Strategik NGO 2015 – 2020 20 9 Cahaya Deepavali Untuk Keluarga Miskin Tegar 5 Bajet Yang Lebih Sihat - MB IPOH – YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir membayangkan bakal membentangkan bajet yang lebih ‘sihat’ un- tuk negeri ini pada 17 November depan den- gan menambah peruntukan pembangunan berbanding tahun lalu. Beliau mengakui, pihaknya kini sedang menyediakan satu bajet seimbang malah turut menimbang untuk mengambil risiko sebagai suatu cabaran, biarpun berdepan persekitaran ekonomi yang tidak begitu baik. Menurut beliau, berdasarkan trend semasa, beberapa sektor di negeri ini dijangka terus berkembang, antaranya sektor pembinaan, mineral dan hartanah yang mungkin ada kaitan dengan faktor penurunan nilai ringgit. “Namun, apabila melihat kepada keselu- ruhan ekonomi negeri, kita kena selaraskan dengan kerajaan Persekutuan, kita tidak boleh lari sepenuhnya daripada struktur bajet di peringkat Pusat,” katanya kepada pember- ita di kediaman rasmi beliau di sini baru-baru ini. Dr Zambry berkata, kerajaan negeri bakal memfokuskan kepada pembangunan ka- wasan pertumbuhan baharu seperti perancan- gan Koridor Selatan yang merangkumi ka- wasan Tanjung Malim hingga ke Hilir Perak. Menurut beliau, pembangunan itu turut melibatkan daerah baru yang bakal diisyti- har secara rasmi iaitu Mu’alim di Tanjung Malim, hasil pecahan daerah Batang Padang kepada dua daerah kelak. “Kerajaan negeri juga telah memulakan kajian pewujudan daerah kecil Bagan Datoh dalam Hilir Perak untuk dibangunkan seba- gai kawasan perindustrian baharu. “Kita perlu menyediakan infrastruktur di kawasan tersebut dan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan komitmen ke arah itu,” ujarnya. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri ber- cadang untuk mewujudkan bandar teknopolis di Lembah Beriah dengan penubuhan sebuah universiti yang menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan tersebut. Beliau memberitahu, satu lagi mercu tan- da bandar raya ini bakal didirikan di bandar raya Ipoh dengan pembinaan Ipoh Sentral selain penubuhan sebuah ‘auto city’ terbesar berdekatan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng yang turut menyediakan litar perlumbaan Formula 2 (F2). Lagi Berita Di Muka Surat 6,7 Bajet 2016

Upload: vocong

Post on 17-Aug-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

Peruntukan Pembangunan Lebih TinggiIPOH – Perak adalah antara negeri di Malaysia yang memperuntukkan bajet yang tinggi bagi perbelanjaan pembangu-nan, berbanding negeri-negeri lain. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sejak menera-jui kepimpinan negeri pada 2009, Perak memperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus bajet tahunan untuk tujuan pem-bangunan. Oleh itu, beliau turut membayangkan bajet untuk pembangunan tahun 2016 juga mungkin lebih tinggi berbanding tahun-tahun lalu. “Perak agak menarik kerana kita mene-kankan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada bajet tahunan adalah untuk perb-elanjaan pembangunan dan kali ini mung-kin lebih lagi,” katanya kepada pemberita ketika majlis minum pagi bersama media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini baru-baru ini. Menurut beliau, walaupun sejak lima tahun lalu Perak mencatatkan belanjawan lebihan (surplus), namun kerajaan negeri mengambil pendekatan berhati-hati sa-mada sesuai atau tidak menyediakan bajet seumpama itu. Beliau berkata, pelbagai perkara perlu di-ambil kira seperti keadaan ekonomi semasa dan struktur bajet negara yang telah diben-tangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak. Selain itu, kata beliau, kerajaan negeri juga perlu berhati-hati, khususnya bajet untuk pengurusan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. “Belanja pengurusan ini jarang menurun, apabila kita bergerak, kita memerlukan lebih ramai staf, mendapatkan lebih ramai pegawai, pekerja dan peningkatan kes-edaran awam yang memerlukan penambah bajet,” ujarnya. Sambil membayangkan bajet untuk tahun 2016 juga bajet defi sit, Dr Zambry berkata, selama ini kerajaan negeri berjaya mengu-ruskan perbelanjaan dengan baik, termasuk keperluan dan sumber pendapatan. Beliau memberitahu, secara purata perbelanjaan sebenar Perak mencatatkan lebihan kira-kira RM10 juta kecuali tahun 2010 yang mencatatkan lebihan RM130 juta kerana kerajaan Persekutuan membuat bayaran terhadap tanah yang diluluskan ke-pada KPTG untuk kegunaan Persekutuan.

Sila layari laman kami di Facebook https://www.facebook.com/pages/Suara-PerakEMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected] - Telefon - 05-2410257

(1 - 15) NOV 2015 - EDISI RAKYAT

PERC

UM

A

Pengalaman Manis Di Kampung Pahit

Perak Sedia Pelan Strategik NGO 2015 – 2020 209

Cahaya Deepavali Untuk Keluarga Miskin Tegar 5

Bajet Yang Lebih Sihat - MBIPOH – YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir membayangkan bakal membentangkan bajet yang lebih ‘sihat’ un-tuk negeri ini pada 17 November depan den-gan menambah peruntukan pembangunan berbanding tahun lalu. Beliau mengakui, pihaknya kini sedang menyediakan satu bajet seimbang malah turut menimbang untuk mengambil risiko sebagai suatu cabaran, biarpun berdepan persekitaran ekonomi yang tidak begitu baik. Menurut beliau, berdasarkan trend semasa, beberapa sektor di negeri ini dijangka terus berkembang, antaranya sektor pembinaan, mineral dan hartanah yang mungkin ada kaitan dengan faktor penurunan nilai ringgit. “Namun, apabila melihat kepada keselu-ruhan ekonomi negeri, kita kena selaraskan dengan kerajaan Persekutuan, kita tidak

boleh lari sepenuhnya daripada struktur bajet di peringkat Pusat,” katanya kepada pember-ita di kediaman rasmi beliau di sini baru-baru ini. Dr Zambry berkata, kerajaan negeri bakal memfokuskan kepada pembangunan ka-wasan pertumbuhan baharu seperti perancan-gan Koridor Selatan yang merangkumi ka-wasan Tanjung Malim hingga ke Hilir Perak. Menurut beliau, pembangunan itu turut melibatkan daerah baru yang bakal diisyti-har secara rasmi iaitu Mu’alim di Tanjung Malim, hasil pecahan daerah Batang Padang kepada dua daerah kelak. “Kerajaan negeri juga telah memulakan kajian pewujudan daerah kecil Bagan Datoh dalam Hilir Perak untuk dibangunkan seba-gai kawasan perindustrian baharu. “Kita perlu menyediakan infrastruktur di

kawasan tersebut dan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan komitmen ke arah itu,” ujarnya. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri ber-cadang untuk mewujudkan bandar teknopolis di Lembah Beriah dengan penubuhan sebuah universiti yang menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan tersebut. Beliau memberitahu, satu lagi mercu tan-da bandar raya ini bakal didirikan di bandar raya Ipoh dengan pembinaan Ipoh Sentral selain penubuhan sebuah ‘auto city’ terbesar berdekatan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng yang turut menyediakan litar perlumbaan Formula 2 (F2).

Lagi Berita Di Muka Surat 6,7

Bajet 2016

Page 2: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

2 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Diraja sem-pena Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Munazzahah Zulkifli, 24 pernah ditertawakan rakan sekolah apabila mengam-bil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam bidang keaga-maan. Menurut Munazzahah yang lebih mesra dipanggil Muna, rakan-rakan sekolah ketika itu meragui keputusannya kerana kononnya aliran agama tidak menjanjikan masa hadapan yang baik. Tekad hatinya untuk membuk-tikan bahawa pilihan itu adalah jalan terbaiknya, akhirnya ter-bukti apabila beliau dipilih se-bagai penerima Anugerah Diraja pada Istiadat Konvokesyen (KUISA) di sini baru-baru ini. Langkah yakin anak daripada sembilan beradik ketika men-erima anugerah tertinggi insti-tut pengajian daripada DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jelas mem-pamerkan kepuasan hatinya un-tuk meneruskan hajatnya meng-isi ilmu di dada dalam bidang keagamaan. “Saya pernah luahkan perkara itu kepada emak dan ayah, na-mun mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada saya, syukur atas apa yang saya nekadkan

dahulu,” katanya kepada Suara Perak sewaktu ditemui selepas istiadat konvokesyen tersebut. Muna yang menetap di Taman Maju Rapat, Ipoh berkata, ke-mungkinan besar pengalaman kedua ibubapanya yang meru-pakan bekas pendidik, mengajar mereka untuk tidak memberikan tekanan kepada anak-anak yang sedang mencari pilihan penga-jian mereka. “Doa itu senjata bagi orang mukmin, ‎apa yang saya dapat hari ini adalah hasil doa emak dan ayah saya. “Ada yang tidak percaya, namun setiap kali saya mem-beritahu emak yang saya akan menduduki apa juga ujian, dia akan membuat solat hajat dan yakin hati saya mengatakan, inilah yang menjadi berkat se-hingga saya merangkul anugerah

ini,” katanya yang kini mengajar subjek Agama Islam di SMK Hidayah, Ipoh. Bapanya, Zulkifli Abu, 71, yang meru‎pakan bekas pensya-rah di Politeknik Ungku Omar berkata, anaknya itu sememan-gnya seorang yang cekal dan tidak pernah berputus asa dalam apa sahaja perkara. “Kadang-kadang, yang men-jadi kelakar apabila si adik Muna mereka yang memperbetulkan pelajaran keagamaan mere-ka, maklumlah gadis jurusan Usuluddin. “Tapi prinsip saya cukup mu-dah, timba ilmu selagi hayat diberikan Allah dan saya cukup berbangga dengan Muna, bukan sahaja pada hari ini tetapi sejak dia dilahirkan,” ujarnya dengan wajah penuh kegembiraan.

KUALA KANGSAR: Tiga per-soalan utama perlu dijawab ketika negara berhadapan revolusi pendidi-kan yang dikomersialkan dan bukan lagi bertujuan untuk pembangunan ilmu sejagat. DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, huraian persoalan itu sekali gus mampu menyelesaikan persoalan pengajian tinggi yang semakin ber-canggah daripada falsafah asal pen-didikan negara. Titah baginda, tiga persoalan itu ialah bagaimana kemudahan penga-jian dapat diakses seramai mungkin pelajar; bagaimana penyebaran ilmu dapat dioptimumkan penyeb aran-nya seluas mungkin dan keseimban-gan falsafah asal program pendidi-kan dengan kepentingan komersial. Baginda bertitah, satu anjakan se-dang berlaku dan satu revolusi se-dang dicetuskan oleh pencinta tulen pendidikan yang tidak rela melihat pendidikan menjadi bahan komer-sial yang memberi kelebihan kepada

kumpulan elit dan menidakkan pe-luang kepada kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah. “Satu pendekatan radikal sedang rancak dirintis dan pendekatan radi-kal ini apabila berjaya akan menin-gkatkan pendemokrasian program pendidikan secara sejagat. “Institusi pengajian tinggi tem-patan tidak harus menjadi penon-ton yang pasif, di sebaliknya wajib mengikuti dinamik yang sedang berlaku ini secara aktif, sambil memikirkan pengubahsuaian dan adaptasi yang harus dilakukan,” titah baginda pada Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, (KUISAS) ke-8 di Dewan KUISAS di sini baru-baru ini. Titah baginda lagi, semuanya da-pat memastikan tiada pelajar berla-tarbelakangkan status sosio ekonomi rendah dinafikan peluang mendapat-kan pelajaran disebabkan yuran pen-gajian yang di luar kemampuan. “Falsafah asal pendidikan adalah

untuk mengilmukan insan, menca-pai status ekonomi lebih baik, sekali gus membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan. “Ia berlaku apabila universiti di seluruh dunia kini terbahagi kepada klasifikasi universiti elit yang la-zimnya dimiliki oleh badan amanah besar. “Ia akan menjadikan tempat pen-gajian satu komoditi yang terhad bekalan, menjadi rebutan dan men-gutamakan calon-calon dari latar belakang elit,” titah baginda.Senario itu, baginda bertitah, telah menyebabkan anak-anak dari ke-luarga berpendapatan rendah, perlu membuat pinjaman kewangan untuk membiayai pengajian tinggi. Baginda juga bertitah, revolusi dalam penyediaan pendidikan yang mudah diakses, murah sedang ran-cak dirintis dan kaedah pembangu-nan sekarang adalah usang beriku-tan permintaan tinggi sebelum ini.

Tiga Persoalan Revolusi Pendidikan

KUALA KANGSAR – Lima graduan menerima anugerah kecemerlangan sempena Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) ke-8 yang disempurnakan DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini. Mereka ialah Munazzahah Zulkifli (Augerah Diraja), Muhammad Shukri Mohd Khalil (Anugerah Menteri Besar), Nur Amelia Zaheed (Anugerah Rektor KUISAS), Nabilatul Huda Mohd Najmuddin (Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam) dan Na-emah Mudwan (Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat). Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna kolej tersebut menyaksikan seramai 478 graduan menerima diplo-ma mengikut bidang masing-masing.

Turut hadir, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Lembaga KUISAS. Majlis berkenaan terbahagi kepada dua sidang, iaitu pagi dan petang. Dalam pada itu, majlis turut dimeri-ahkan dengan penganjuran Festival Konvokesyen dan Landskap Kuala Kangsar 2015. Penganjuran festival tersebut meru-pakan pertama kali diadakan di luar kawasan kampus iaitu di Mini Area Bukit Chandan dan berlangsung sela-ma empat hari tiga malam, bermula 5 November lalu. Ia merupakan platform bagi mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat di mana ia berkonsepkan pesta perkampungan sukan, perhiasan landskap dan riadah santai.

Lima Graduan Terima Anugerah

Munazzahah Pernah Ditertawakan Rakan

Salah seorang graduan menerima kategori anugerah daripada Sultan Nazrin di istiadat itu.

Munazzahah (tengah) bersama rakannya membelek anugerah yang diterima.

Sultan Nazrin bertitah di Majlis Istiadat Konvokesyen KUISAS.

Page 3: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

3SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan ang-gota penguatkuasa awam di negeri Perak semakin serius dan perlu di-tangani segera. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak berkuasa undang-undang di negara ini perlu mengadakan satu undang-undang yang boleh membendung segera kegiatan tonto daripada terus berleluasa. Dr Zambry mendedahkan bagaimana beliau mengambil masa 25 minit mengikuti belakang kend-eraan tonto yang mengekori sebuah kenderaan anggota penguatkuasa di jalanraya baru-baru ini. ‘’Saya mengikuti kegiatan mere-ka ini selama 25 minit, saya meli-hat mata kepala sendiri, ia amat mengerikan dan saya pula telah diminta oleh pegawai keselamatan saya supaya tidak turun dari kender-aan kerana bimbangkan keselama-tan,” katanya kepada pemberita se-lepas mempengerusikan mesyuarat minggu Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. Dr Zambry bertanya apakah keg-iatan tonto tidak menyalahi undang-undang sehingga menyebabkan orang yang berada di sepanjang ja-lan raya yang melihat kegiatan tonto

mengikuti kenderaan penguatkuasa merasa cemas. ‘’Apakah tidak ada peraturan dan undang-undang yang boleh mena-han tonto-tonto ini yang mengekori pihak penguasa awam? soalnya. Dr Zambry berkata, beliau amat bimbang jika kegiatan tonto-tonto ini tidak dibendung, ia boleh men-gancam keselamatan pegawai dan

anggota penguatkuasa dalam melak-sanakan tugas penguatkuasaan bagi mengekang kegiatan mencuri pasir dan kesalahan lalulintas yang di-jalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau menyuarakan kebimban-gan itu kerana takut berlaku senario seolah-olah negara dan negeri ini dikuasai oleh siapa sebenarnya.

Kegiatan Tonto Di Perak Serius

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak telah mengenal pasti beberapa tonto yang disyaki aktif mengekori ken-deraan penguatkuasaan pihaknya di sekitar negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengarahnya, Ramli Awang Seberang berkata, kebanyakan tonto kebiasaannya dilihat di ru-ang hadapan bangunan JPJ negeri malah akan berada di sana sepan-jang hari.

Menurut beliau, pihaknya ada menggunakan beberapa taktik dalam mengelakkan konco-konco tonto ini mengekori kenderaan penguatkuasa sewaktu operasi ber-mula. “Kami telah merekodkan setiap kenderaan yang pernah dilihat mengekori pihak JPJ, dan kami juga akan mengumpan pihak mereka dengan membawa ke tem-pat lain sementara satu lagi ken-

deraan akan pergi ke tempat ope-rasi. “Selain itu, kami juga akan menggunakan teknik penyamaran dengan menggunakan kenderaan awam lain sewaktu kami hendak melakukan pemeriksaan kesalahan lalu lintas di sekitar negeri,” ka-tanya kepada Suara Perak sewaktu ditemui di ibu pejabat JPJ Perak baru-baru ini. Tambahnya, kebanyakan tonto itu bergerak bersendirian dan akan memberi informasi mengenai per-gerakan semasa pihak JPJ atau badan penguatkuasa lain, khususn-ya kepada pengusaha –pengusaha lori muatan pasir di sekitar Perak. Jelasnya, antara kawasan ‘hot-spot’ di sekitar negeri Perak adalah di Simpang Pulai, Malim Nawar, Jelapang, Chemor, Tapah dan Tanjung Tualang. Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Negeri, Abdul Aziz Abdul Malek berkata, pihaknya boleh mengambil tinda-kan ke atas tonto sekiranya mereka melanggari Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mana-mana kesalahan lalulintas. Bagaimanapun, menurut beliau,

sebarang tindakan mutlak seperti menahan atau memberhentikan kenderaan mereka tidak boleh di-laksanakan begitu sahaja. “Caranya, kita akan menahan mereka dan memeriksa status pe-mandu, kenderaan dan mana-mana kesalahan yang boleh membuat-kan mereka berhenti mengekori kami. “Tapi, mereka ini memang tidak akan serik, malah ada yang sampai membuat provokasi, membaling batu atau bertindak menumbuk pegawai, bila terjadi perkara ini barulah kita boleh merujuk kepada pihak polis,” katanya lagi. Abdul Aziz berkata, antara masalah kepada pendakwaan ialah pihak tonto akan menafikan

status mereka dan pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membawanya ke muka pen-gadilan. Ujarnya, ada juga di antara tonto yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya di perkarangan ke-diaman pegawai penguatkuasa semata-mata untuk mengetahui pergerakan mereka. Menurut beliau, tonto bukan han-ya mengekori JPJ atau polis, tetapi juga Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mana-mana badan agensi penguatkuasaan.

JPJ Perak Kenal Pasti Tonto

IPOH – YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir me-nyifatkan mantan Presiden India, Allahyarham Dr. A.P.J. Abdul Kalam seorang manusia yang cukup istimewa, berilmu dengan memberi harapan kepada dunia un-tuk hidup dalam suasana aman dan makmur.Menurut beliau, Abdul Kalam juga merupakan seorang pencetus cita-cita kepada golongan muda di mana idea-ideanya amat berfaedah dan berguna untuk dihayati oleh golongan itu. ‘’Allahyarham menceritakan ten-tang cita-cita, di mana-mana sahaja beliau bercerita tentang cita-cita, malah tumpuannya ialah kepada generasi muda, sebab itu beliau cukup selesa apabila menyampai-kan ucapannya kepada golongan muda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan setem man-tan Presiden India itu di Dewan Bandaran Ipoh baru-baru ini. Majlis anjuran Dewan

Perniagaan India Perak itu turut di-hadiri Pesuruhjaya Tinggi India, T. S. Tirumurti dan Presiden Dewan Perniagaan India Perak, K. Seven Munusamy. Dr Zambry, Abdul Kalam juga merupakan seorang pemimpin contoh yang berilmu dan ternama di mana apabila meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan sepa-sang kasut, jam tangan, tiga helai sut, empat helai baju dan wang tu-nai 2,500 rupee. Sementara itu, K. Seven dalam ucapannya menggalakkan generasi muda supaya menghayati kisah perjalanan hidup Dr Abdul Kalam yang dianggap seorang lagenda dan tokoh dan pemimpin ternama India. Katanya, golongan muda hari ini harus berani tampil menghadapi cabaran dengan berfikiran terbuka bagi mencapai impian untuk men-jadi manusia yang berjaya dalam hidup mereka.

Allahyarham Abdul Kalam Cukup Istimewa

Dr Zambry melancarkan setem mantan Presiden India, Allahyarham Abdul Kalam di DBI.

Ramli menunjukkan kenderaan JPJ yang diekori tonto baru-baru ini.

Dr Zambry menerangkan kepada wartawan gambar kenderaan tonto yang mengekori kenderaan JPJ.

Page 4: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

4 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

LENGGONG - Perak mahu men-jenamakan semula Daerah Kecil Lenggong sebagai destinasi anta-rabangsa, selaras dengan peng-isytiharan Lembah Lenggong se-bagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bagi mencapai matlamat itu, beberapa program bertaraf antarabangsa telah dicadangkan, antaranya Lenggong International Food Festival dan konvensyen antarabangsa mengenai arkeologi. Bagaimanapun, kata beliau, perkara tersebut masih di peringkat awal dan belum ada cadangan konk-rit mengenainya. “Penjenamaan Lenggong sangat

penting memandangkan daerah kec-il ini telahpun diisytiharkan sebagai kawasan arkeologi dibawah penyeli-aan UNESCO. “Saya juga telah mencadangkan kepada wakil-wakil rakyat kita untuk menjadikan Lenggong ini sebagai satu penjenamaan antara-bangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Lenggong di Kg Bukit Sapi baru-baru ini. Dr Zambry berkata, program Lenggong International Food Festival bukan sahaja untuk ma-kanan setempat, sebaliknya ma-kanan dari seluruh Perak dan anta-rabangsa.

“Kita sedang merangka untuk mengadakan program ini dengan NCIA dan juga dengan pihak yang berkepentingan seperti channel-channel TV antarabangsa yang ada food channel,” ujar beliau. Menurut beliau, pihaknya juga akan mencadangkan kepada pihak Universiti Sains Malaysia (USM) supaya konvensyen tahunan menge-nai arkeologi yang mereka adakan, dibawa ke Lenggong. Sambil mengakui masalah kemu-dahan infrastruktur yang mungkin menjadi masalah, Menteri Besar berkata, sebagai permulaan, pro-gram-program yang dicadangkan boleh dibuat pada skala yang kecil. Pada masa yang sama, kata be-liau, pihak-pihak yang berkenaan

boleh mula membuat perancangan untuk menyediakan kemudahan in-

frastruktur daripada sekarang.

Penjenamaan Lenggong Sebagai Destinasi Antarabangsa

LUMUT - Lumut City Centre (LCC) akan menjadi ikon dan mercu tanda terbaharu bagi bandar Lumut yang mampu me-narik kedatangan lebih ramai pelancong dalam dan luar ne-gara. LCC adalah merupakan inisi-atif pihak swasta dengan nilai pelaburan melebihi RM245 juta yang melibatkan pembinaan tiga bangunan 18 tingkat, dua untuk apartment manakala satu lagi untuk hotel yang akan diuruskan Ritz Garden Hotel. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun tanah projek itu mi-lik pohak swasta, tetapi mereka telah mengadakan perbincan-gan dengan pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bagi membangunkan bandar Lumut menjadi lebih tersusun dan sis-tematik. “Saya menjangkakan ia akan menjadi satu lagi mercu tanda bagi mereka yang datang ke Lumut untuk mendapatkan se-barang perkhidmatan dan se-bagai pusat bagi mengadakan sebarang persidangan, seminar dan lain-lain lagi,” katanya ke-pada pemberita selepas meny-empurnakan majlis pecah tanah projek tersebut di sini baru-baru ini. Dr Zambry berkata, beliau telah meminta pihak pengurusan projek itu untuk memikirkan as-

pek-aspek tersebut memandan-gkan Lumut adalah merupakan Bandar Tentera Laut yang terle-tak dalam peta dunia, di samp-ing yang terbesar di negara ini. “Jadi, mereka seringkali di-kunjungi oleh pasukan-pasukan tentera laut seluruh dunia, den-gan adanya hotel seperti ini dan juga apartmen yang bertaraf hotel ini, maka ia akan menjadi kemudahan bagi bandar Lumut dan sekaligus dapat menaikkan taraf bandar Lumut kita,” ujarn-ya. Dalam masa sama, kata Dr Zambry, beliau telah menekan-kan bahawa pentingnya Lumut dibangunkan sebagai bandar yang bercirikan bersih dan hijau. Beliau memberitahu, di dalam pelan pembangunan dae-rah Manjung, khususnya di ka-

wasan Lumut, Manjung dan Seri Manjung, ia telah dibahagikan kepada dua iaitu kawasan indus-tri dan zon pelancongan. “Oleh yang demikian, kita tel-ah menekankan supaya aspek ini diberi pertimbangan, kita hend-akkan pembangunan yang mam-pan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” tambah beliau. Menteri Besar berkata, walau-pun persekitaran ekonomi yang ada hari ini, Perak telah berjaya menerima ransangan-ransangan pelaburan, samada daripada FDI ataupun pelabur luar dan dalam negara. “Walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang agak lem-bab, tetapi projek-projek yang telah dirancang terus berjalan di negeri Perak kita,” kata Dr Zambry.

LCC Mercu Tanda Baharu Lumut

LENGGONG - Jika sekolah agama dan tahfiz sebelum ini digambarkan sebagai tempat longgokan pelajar bermasalah dan sekolah kelas kedua, Perak mahu mengubah persepsi negatif itu. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak mahu membuktikan bahawa sekolah agama dan tahfiz mampu menjadi sekolah ter-baik, setanding dengan sekolah ternama. Menurut beliau, hari ini, telah terbukti sekolah agama dan tahfiz di Perak ber-jaya melahirkan pelajar yang cemerlang, termasuk dalam peperiksaan awam. “Sekolah agama kini hebat, lebih-lebih lagi selepas diperkenalkan tahfiz, ramai pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan awam, walaupun masuk bukan dengan

keputusan yang baik,” katanya ketika berucap di majlis pecah tanah projek pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Lenggong di Kg Bukit Sapi baru-baru ini. Dr Zambry berkata, beliau mahu meli-hat SMTDR menjadi contoh kepada se-kolah agama di seluruh negara dan umat Islam keseluruhannya. Menurutnya, pembinaan SMTDR ada-lah adunan daripada sekolah dan maa-had tahfiz dari negara-negara lain seperti Indonesia, Turki dan Afrika Selatan. “Kita mahu lahirkan pelajar yang sa-haja menghafal al-Quran tetapi juga fa-ham apa yang dibacanya supaya boleh dijadikan sumber rujukan,” katanya.

Ubah Persepsi Sekolah Agama

Selaras pengisytiharan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia

Dr Zambry mencuba mesin memproses makanan ternakan ketika melawat ladang ternakan rusa di Lenggong.

Dr Zambry menyempurnakan gimik pecah tanah LCC.

Menteri Besar mengaut tanah menggunakan jengkaut sebagai simbolik pecah tanah SMTDR Lenggong.

Page 5: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

5SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

IPOH - IPOH: Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir memilih pendekatan berbeza meraikan kaum India yang menyambut Deepavali pada 10 Nov lalu dengan menziarah sebuah keluarga miskin tegar yang memerlukan perhatian dan bantuan segera kerajaan negeri. Melalui pendekatan itu, Dr Zambry bukan sahaja dapat berkongsi ke-meriahan bersama golongan susah kaum India, malah dapat mengenal-pasti dengan lebih dekat masalah ke-luarga miskin bandar ini yang ting-gal di Buntong, Ipoh. R.Shanmugam, 68, amat teruja dengan kedatangan Menteri Besar pada pagi beliau dan keluarganya menyambut Deepavali. Kehadiran Dr Zambry seolah-olah memberi keluarganya satu sinar baru apabila Menteri Besar men-

gumumkan peruntukan RM45,000 daripada kerajaan negeri bagi mem-bolehkan Shanmugam membina sebuah rumah baru tiga bilik dalam tempoh empat bulan lagi. Dr Zambry berkata, pembinaan rumah keluarga itu akan dilaksana-kan secepat mungkin dan buat se-mentara waktu, mereka akan ditem-patkan di Flat Harmoni yang terletak berhampiran. “Saya amat sedih melihat kead-aan rumah beliau dan kerajaan neg-eri melalui Yayasan Bina Upaya akan membina semula rumah untuk mereka ini bagi membolehkan kelu-arganya tinggal dalam sebuah rumah yang baik bagi kehidupan mereka seharian,” katanya kepada pember-ita semasa lawatan itu. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar

Bandar, Perladangan, Pertanian dan Modal Insan, YB Dato’ Saarani Mohamed yang juga Pengerusi YBU, Penasihat kepada Menteri Besar, Dato’ V. Elango, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man dan Ketua Eksekutif YBU, Dato’ Ismail Saffian. Dr Zambry berkata, beliau telah mengarahkan YBU untuk mengam-bil tindakan segera bagi memastikan masalah ini dapat diatasi. Di samping itu, katanya, be-liau juga telah meminta Majlis Bandaraya Ipoh supaya dapat men-gurangkan segala syarat-syarat ker-ana ia akan mengambil masa yang terlalu lama. “Kalau kita lihat dari segi keadaan rumahnya, kita tak tahu bila rumah akan runtuh kerana keseluruhan rumahnya telah dimakan anai-anai termasuk juga tiang-tiang serinya,” tambahnya. Selain elaun bulanan RM250

yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak beberapa tahun lalu, keluarga Shanmugam juga akan mendapat elaun tambahan un-tuk anak kurang upayanya sebanyak RM50 mulai Disember ini. Sementara itu, keluarga Shammugam melahirkan rasa sy-ukur dengan berita gembira yang

disampaikan oleh Menteri Besar itu. Anak bongsunya, S. Vasanthi, 29, berkata, mereka telah memohon be-berapa kali melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya. “Saya mengucapkan banyak ter-ima kasih kepada MB, kita banyak lama dah tunggu nak bina rumah ni, perasaan memang gembira sangat,” ujarnya.

Pendekatan Berbeza Meriahkan Deepavali

IPOH - Masyarakat perlu memainkan peranan mere-ka untuk bekerjasama den-gan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu membasmi wabak denggi yang menjadi kegusaran semua pihak. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Intergrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, YB Dato’ Dr Mah Hang Soon berkata, setiap anggota masyarakat perlu men-jaga kebersihan sama ada di sekitar kawasan rumah ataupun di luar kawasan rumah bagi menghalang masalah denggi ini terus menular. Menurut beliau, setakat 2 November 2015, statistik men-unjuk catatan 40 kawasan panas denggi berjaya dikurangkan ke-pada empat kawasan manakala catatan 170 wabak berjaya ditu-runkan kepada 30 wabak. “Ini adalah satu pencapa-ian yang baik dan kejayaan ini adalah berkat usaha bersepadu antara masyarakat bersama ke-

menterian dalam menangani masalah ini,” katanya pada si-dang media selepas mesyuarat anti denggi di UTC Perak di sini baru-baru ini. Dr Mah memberi jaminan ba-hawa usaha untuk membasmi denggi akan terus dijalankan dan setakat ini sudah tidak ada kawasan yang disenarai hitam sebagai kawasan denggi di neg-eri Perak. Namun begitu, kata beliau, masih terdapat beberapa tempat yang mencatatkan peningkatan kes, khususnya di kawasan ru-mah kosong yang terbiar sejak beberapa lama. Sehubungan itu, katanya, tin-

dakan tegas akan diambil ke-pada sesiapa yang gagal untuk membayar cukai atau caj yang dikenakan bagi membersihkan kawasan rumah mereka. “Kita tidak mahu taman peru-mahan menjadi tempat pembia-kan aedes dan kita tahu setiap taman mempunyai masalah ber-beza, pendekatan yang strate-gik telah diambil oleh Jabatan Kesihatan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah ini,” ujarnya. Terdahulu, Dr Mah menyam-paikan sijil penghargaan kepada individu dan pihak yang banyak membantu Jabatan Kesihatan dalam usaha membasmi denggi.

Masyarakat Mesti Bantu Basmi Wabak Denggi

IPOH - Felcra Berhad menyerahkan cek bayaran pendapatan terkumpul hasil pendapatan projek tanah kerajaan bagi ta-hun berakhir 2014 kira-kira RM5,607 juta kepada kerajaan negeri Perak. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dalam satu ma-jlis ringkas di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di

sini baru-baru ini. Dalam ucapan ringkasn-ya, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengada-kan pertemuan dengan be-berapa agensi dan syarikat perladangan tertentu bagi mendapatkan hasil penda-patan projek tanah yang diusahakan oleh syarikat-syarikat terbabit. “Pendekatan yang di-lakukan oleh Felcra Berhad ini perlu dijadikan contoh oleh badan-badan terpilih yang sebahagian-

nya turut terbabit dalam pembangunan tanah milik kerajaan negeri Perak,” katanya. Sementara itu, Felcra Berhad memaklumkan bahawa mereka telah membangunkan seluas 10,127.9 hektar tanah mi-lik kerajaan yang terletak di Daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dengan mengusahakan penanaman kelapa sawit dan padi. Sebahagian hasil pen-dapatan itu juga tel-ah disalurkan kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan turut mem-beri manfaat kepada 2,500 orang. Sehingga kini, sebanyak 1,161 buah rumah mam-pu milik generasi kedua telah dibangunkan di dua lokasi iaitu Seberang Perak melibatkan 1,059 buah rumah –pembinaan dan Lekir 102 buah ru-mah perancangan dengan jumlah kos pembangunan melebihi RM177.36 juta.

Agensi Lain Disaran Contohi Felcra

R.Shanmugam menerima kotak makanan YBU daripada Menteri Besar. Sebelah kiri Ketua Eksekutif YBU, Dato Ismail Saffian

PRIHATIN…Dr Zambry memeriksa keadaan rumah Shanmugam yang daif.

Dr Mah bergambar bersama barisan individu yang membantu Jabatan Kesihatan memerangi denggi.

Ramlee menyerahkan cek kepada Dr Zambry.

Dr Zambry raikan keluarga miskin

Kerajaan negeri terima RM5.6 juta

Page 6: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

6 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Harapan Rakyat Untuk Bajet 2016

Zainal Abidin Hamzah, 56Ketua Kampung Serapoh, ParitKami di Kampung Serapoh, Parit sentiasa terlibat dengan banjir, malah beberapa kampung lagi disebabkan sungai yang berdekatan, jadi saya harapkan sangat pada bajet negeri akan disediakan peruntukan untuk membaiki atau menyelenggara sungai yang menyebabkan banjir. Alasan yang diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mereka kekurangan dana, insy Allah, harapnya Menteri Besar akan umumkan sesuatu menambah dana sedia ada untuk pengurusan dan pemulihan sungai sedia ada. Ini kerana banjir yang berlaku bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda juga pelbagai kerugian kepada masyarakat kampung.

Mohd Hazami Zoulaauwal, 47Ketua Kampung Pantai Besar, Batu KurauHarapan saya agar lebih banyak peruntukan diberikan kepada masyarakat luar bandar kerana banyak infrastruktur yang tak lengkap. Selain itu, saya juga harapkan warga miskin terutamanya dari golongan ibu tunggal, warga emas dan OKU dapat dibantu dengan lebih baik bukan sekadar memberikan bantuan kewangan tetapi program komuniti dapat dianjurkan buat mereka agar mereka dapat beriadah dan bergaul bersama masyarakat. Satu lagi capaian Internet yang agak lambat di kawasan luar bandar, laksanakan Internet Tanpa Wayar dan mungkin perluaskan jalur lebar sebab kawasan kampung pun ramai pelajar dan orang bekerja jadi Internet amat mustahak.

Bernadine Jill Tay, 24Pelajar di IpohSebagai pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), saya harapkan dana-dana untuk memperkasakan pelajar-pelajar ini untuk meningkat dalam segala aspek, baik daripada program-program dan juga biasiswa. Saya difahamkan program pengupayaan mahasiswa pada tahun 2015 adalah RM1.5 juta, jadi kalau boleh ia perlu digandakan supaya banyak lagi program boleh dilakukan melibatkan lebih ramai orang. Untuk kumpulan biasiswa pula, lebih banyak lebih bagus, ramai pelajar amat memerlukannya.Saban tahun, bilangan pelajar baik Bumiputera dan bukan Bumiputera bertambah jadi saya harap perkara ini dipertimbangkan oleh kerajaan negeri untuk bakal pelajar.

S. Rajendran, 45,Pengusaha Baja Organik Dalam bajet lalu memang banyak yang berubah bagi negeri Perak, terutamanya dari segi pemilikan rumah khusus buat kaum belia dan ibu tunggal, hasil bantuan Yayasan Bina Upaya. Pada bajet kali ini, saya berharap lebih banyak rumah diberikan kepada generasi kedua peneroka di beberapa kawasan bukan sahaja FELDA kerana banyak lagi golongan belia tidak mempunyai rumah walhal sudah berumahtangga. Selain itu, pelbagai insentif telah diberikan untuk mendapatkan perniagaan sendiri, saya nasihatkan kepada mana-mana individu berminat untuk mencari jalan dan menggunakan peluang yang telah diberikan segera.

N. Senthil, 25Pekerja swasta di ManjungSaya rasakan pada bajet negeri kali ini, penekanan perlu diberi kepada sektor pertanian di mana kita boleh melihat trend ketika ialah antara sektor yang banyak menyumbang dalam bentuk pendapatan adalah sektor pertanian. Saya diberitahu untuk tahun 2015, dana yang dikhaskan ialah RM8 juta, kalau boleh tingkatkan lagi supaya golongan belia juga dapat dilibatkan dalam perkara ini. Program-program galakkan juga perlu dilakukan, khususnya untuk di luar bandar, 8 juta itu tidak cukup sebenarnya. Ramai belia yang tidak tahu pertanian boleh menjana pendapatan yang lumayan, jadi kerajaan negeri perlu memberi pendedahan supaya mereka tidak lari ke bandar-bandar besar dengan alasan tiada peluang pendapatan tinggi di negeri ini.

Leong Yu Shuen, 19PelajSaya berharap agar Bajet 2016 Negeri Perak ini peruntukan tajaan bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara akan dipertimbangkan kerana ramai yang mendapat tawaran untuk ke luar negara menimba ilmu. Sebagai pelajar yang bakal melangkah universiti ,perkara yang paling saya geruni adalah hutang yang perlu ditanggung sebaik sahaja saya menamatkan sesi pembelajaran kuliah. Justeru, saya meminta kerajaan negeri agar dapat membantu dalam melangsaikan pinjaman walaupun bagi mereka yang tidak cemerlang tetapi bagi mereka yang tergolong dalam keluarga tidak berkemampuan.

M. Veeran,38 Ahli Majlis Bandaraya IpohPengupayaan ekonomi belia sudah tentu menjadi antara perkara paling penting dalam penyediaan bajet negeri kali ini, kerajaan negeri perlu melihat perkara ini dengan serius. Kita dapat lihat, antara masalah golongan belia ketika ini ialah ekonomi dan juga perumahan, khususnya untuk belia dan keseluruhan masyarakat India secara amnya. Pada bajet negara, kita dapat lihat beban golongan sederhana dikurangkan, jadi di peringkat negeri, mereka seharusnya memberi penekanan kepada golongan keterbawahan. Antara perkara yang saya harap dinaikkan dari segi dananya ialah program-program perpaduan, program pengupayaan generasi muda dan juga skim-skim rumah mampu milik.

Mat Yatim Musa, 51Orang Kurang Upaya di TapahSebagai OKU, saya amat harapkan kerajaan negeri melihat kesusahan golongan OKU ini mendapat pekerajaan di mana-mana sektor, golongan kami ini seperti dipinggirkan dan susah mencari pekerjaan. Jadi saya harapkan kerajaan negeri mewujudkan platform atau peluang-peluang supaya OKU turut dapa menyumbang kepada negara dan juga diri sendiri. Pada bajet negeri ini, saya cuma mahu melihat kerajaan negeri adakan dana untuk program-program kemahiran supaya dapat mengajar golongan ini mengenai kemahiran supaya dapat membantu dalam mencari pekerajaan dan perkara-perkara lain pula seperti bantuan sudah tentu saya mihat melihat ianya meningkat.

Page 7: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

7FOKUSEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

RAKYAT mempunyai banyak alasan untuk ternanti-nanti setiap kali bajet atau belanjawan negara dibentangkan setiap tahun. Begitu juga bajet yang dibentang di peringkat negeri. Mereka mahu tahu apa yang bakal mereka perolehi dari bajet tersebut. Mereka teruja untuk melihat dan mendengar sendiri bagaimana bajet yang dibentangkan mampu memenuhi harapan, keperluan dan kehendak diri serta keluarga masing-masing. Mereka mahu tahu adakah bajet kali ini memungkinkan mereka membeli kediaman sendiri. Bagaimana pula dengan kecukupan makan minum mereka,

kesihatan, peluang pekerjaan, peningkatan gaji, bonus, keselamatan, pengangkutan sehinggalah kepada kos berkaitan persekolahan anak-anak. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka mengharapkan bajet boleh mampu mengubah atau menambah baik tahap sosioekonomi mereka. Dalam suasana hari ini, setidak-tidaknya mereka mengharapkan

kerajaan membantu agar kos kehidupan tidak menjadi satu kekangan yang menghimpit. Golongan pertengahan pula - kelompok yang selalu berasa dipinggirkan setiap kali bajet diumumkan - mahu melihat sejauhmana perancangan kerajaan untuk memastikan nasib dan harapan mereka turut dipedulikan bagi mendepani cabaran semasa yang semakin menekan. Bagi golongan berada, mereka mahu tahu bagaimana kerajaan boleh mewujudkan suasana yang lebih aman dan kondusif selain menyediakan peluang dan prospek niaga yang lebih baik pada tahun

mendatang. Rakyat keseluruhan mahu melihat bagaimana komitmen kerajaan untuk membela nasib mereka seperti yang sering diungkapkan di papan iklan, kaca televisyen, corong radio malahan media sosial, dapat ditinta dan diterjemahkan dalam setiap helaian buku bajet. Semua sedia maklum, kerajaan Persekutuan sudah

membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu, ditengah-tengah cengkaman ketidaktentuan ekonomi global sehingga turut menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit sekaligus menghambat keampuhan ekonomi negara. Begitu juga dengan trend kejatuhan harga minyak dunia yang turut menyebabkan pendapatan negara menyusut. Lihat sahaja bagaimana dividen yang diperolehi dari Petronas pada tahun ini hanya sekitar RM9 bilion berbanding RM26 bilion pada tahun sebelumnya. Dalam konteks negeri Perak pula, tidak dapat dinafi kan hambatan yang dihadapi di peringkat pusat akan turut dirasai jentera pentadbiran kerajaan negeri sekaligus mempengaruhi penyusunan bajet untuk tahun hadapan. Mahu tidak mahu, kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terpaksa mengambil kira persekitaran ekonomi negara yang dipengaruhi iklim ekonomi global yang masih tidak keruan selain nilai ringgit berbanding US dollar yang masih tidak stabil. Seperti pembentangan bajet tahun-tahun sebelumnya, Dr.

Zambry pasti akan sekali lagi berdepan kritikan dan serangan wakil rakyat pembangkang yang akan sedaya upaya mencari kecacatan pada bajet kali ini dengan memberi macam istilah sinikal seperti sebelum ini - ‘bajet syok sendiri’, ‘bajet ciplak’, ‘bajet gula-gula’ dan ‘bajet omong kosong’. Waima bagaimana keras sekali pun kritikan setiap kali Dr.

Zambry membentangkan bajet, rekod menunjukkan kepimpinan beliau berjaya membawa Perak merekodkan ‘surplus’ atau lebihan bajet untuk lima tahun berturut-turut sejak mengetuai jentera pentadbiran Perak. Untuk rekod, Perak mengalami desifi t selama empat tahun berturut-turut sebelum ini bermula 2005 (RM16 juta), 2006 (RM34 juta), 2007 (RM35 juta) dan 2008 (RM40 juta). Namun, senario kali ini berbeza. Cabaran merangka bajet kali ini tentunya jauh lebih mencabar dengan mengambil kira faktor-faktor yang penulis sebut awal tadi. Dengan wujudnya keperluan mendesak untuk mengukuhkan struktur dan enjin ekonomi negeri dalam suasana yang cukup mencabar, Dr. Zambry dan seluruh jentera pentadbirannya juga perlu menyantuni harapan rakyat yang mahu bajet kali ini memberi manfaat secara langsung kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam mendepani isu peningkatan kos sara hidup. Rakyat Perak tentunya mahu melihat sejauhmana kerajaan negeri dapat meningkatkan hasil negeri termasuk melalui strategi mencari sumber-sumber baru bagi mengisi poket kerajaan seperti diumumkan dalam bajet terdahulu dan bagaimana hasil itu dapat dikembalikan kepada rakyat. Rakyat juga tentunya mahu melihat program-program kesejahteraan rakyat yang menjadi antara tulang belakang penyusunan bajet Perak sebelum ini bukan sahaja diteruskan, malah diperluas segmennya supaya lebih ramai golongan keterbawah dapat merasai nikmatnya. Begitu juga dengan inisiatif membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah termasuk di luar bandar melalui program Kedai Bergerak 1Aman Jaya (KB1AJ) selain memantapkan program ekonomi

desa dengan disokong program pembangunan semula pekan-pekan kecil yang giat dilaksanakan sebelum ini. Menarik juga untuk melihat perancangan kerajaan negeri untuk memantapkan program-program kesejahteraan rakyat dan penjanaan sosioekonomi seperti Skim Iktisad Bina Upaya (IBU), Skim Mikro Kredit Amanjaya Belia Niaga, Skim Pembiayaan Kluster Ekonomi Keluarga dan Kiosk Amanjaya. Peruntukan bagi program pemilikan rumah, bantuan baiki dan bina semula rumah golongan miskin serta bantuan kebajikan kepada golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga adalah perkara yang pasti menjadi perhatian dalam pembentangan kali ini. Tumpuan juga pastinya terarah kepada perancangan kerajaan negeri dalam soal penyediaan peluang pekerjaan melalui inisiatif Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) selain program-program pembangunan pengupayaan orang muda serta penyediaan bantuan atau pinjaman pendidikan. Tentunya ada banyak lagi yang rakyat mahu kerajaan umumkan dalam pembentangan bajet kali ini. Setiap lapisan masyarakat mempunyai harapan tersendiri, tetapi mereka juga perlu memahami hakikat bahawa tidak semua tuntutan dan harapan mereka mampu dipenuhi, lebih-lebih lagi apabila memperkatakan soal bajet yang adil dan dapat dirasai oleh semua. Dalam soal ini, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri agar sedaya upaya merangka bajet yang bukan sahaja mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran ekonomi negeri, tetapi turut diisi dengan peruntukan yang mencerminkan kehendak rakyat terbanyak.

Dari Meja Suara Perak

Bajet 2016: Ujian Mendepani Cabaran, Menyantuni Harapan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Page 8: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

8 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Beberapa perkara asas perlemba-gaan yang sering dianggap sensitif dan tidak mudah untuk dibincang-kan secara terbuka ialah hal-hal berkaitan hubungan antara penganut agama. Ini kerana agama merupakan satu perkara yang begitu dekat dengan diri dan hati para penganutnya. Soal sensitiviti ini amat benar kerana kita telah dapat saksikan se-jarah dunia tentang persengketaan, bahkan peperangan akibat daripada kegagalan sistem sosial dan perun-dangan mennagani permasalahan antara penganut agama. Bagi negara dan masyarakat kita, sistem sosial dan perundangan sentiasa mengambil berat tentang perkara ini. Perlembagaan kita yang digubal dalam keadaan di mana soal sensi-tiviti agama dan perubahan lanskap kewarganegaraan begitu terzahir tel-ah menagmbil perhatian yang begitu mendalam tentag sensitiviti agama. Perlembagaan telah mencipta for-mula penting dalam hubungan antara penganut agama ini. Perlembagaan juga mengambil perhatian tentang sensitiviti agama masyarakat Islam selaku kumpulan terbesar dari segi bilangan dan penganutnya. Dalam soal ini juga Perlembagaan mengambil pendekatan yang be-gitu baik dalam menjaga sensitiviti masyarakat beragama yang bukan menganut agama Islam. Mereka dibenar dan dijamin oleh Perlembagaan tentang hak dan ke-bebasan menganut dan mengamal agama mereka. Agama telah membentuk satu kon-sep penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Semasa penggubalan-nya Perlembagaan tidak lupa ten-tang hubungan antara penganut agama. Apatah lagi apabila Perlembagaan kita ini digubal dalam keadaan kesu-karan pengaruh komunis yang dike-tahui sebagai satu fahaman yang menolak ketuhanan. Dalam proses kemerdekaan itu tel-ah dizahirkan kebimbangan dalam kalangan penganut agama bukan Islam tentang hak-hak mereka, teru-tamanya hak kebebasan beragama. Dalam usaha menjaga kedudu-kan Islam sebagai agama negara, Perlembagaan meletakkan dasar yang sangat jelas tentang agama dan hubungan antara penganut agama, iaitu setiap agama boleh diamalkan dalam keadaan “aman dan damai”. Formula ini disebut dengan jelas dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan ten-tang kedudukan agama Islam seba-gai agama bagi negara. Formula ini tidak diberikan penje-lasan secukupnya dalam dokumen-dokumen sejarah Perlembagaan. Walaupun tiada dokumen yang memberikan penjelasan secukupnya

tentang formula itu, saya fikir kita sudah begitu jelas dengan prinsip yang ada, iaitu, setiap anutan atau amalan agama hendaklah sentiasa mementingkan keamanan dan ke-harmonian atau kedamaian dalam negara. Keamanan dan kedamaian ini bukan hanya merujuk kepada tang-gungjawab yang dipikul oleh penga-nut agama, termasuklah juga hal-hal berkaitan agama Islam. Maksudnya saya di sini ialah, wa-laupun Islam itu adalah agama nega-ra, tetapi anutan dan amalan agama tersebut juga perlu diamalkan den-gan aman dan damai sebagaimana ajaran dan kehendak agama Islam itu sendiri. Sekiranya dirujuk kepada aja-ran agama Islam, peruntukan Perlembagaan kita adalah menepati prinsip Islam sebenar, iaitu mement-ingkan kesejahteraan awam dalam menentukan perhubungan antara penganut agama. Antara kebimbangan yang di-zahirkan semasa cadangan Parti Perikatan untuk memasukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah tentang paksaan yang mungkin dikenakan oleh Islam ke atas penga-nut agama lain. Penzahiran kebimbangan ini telah diambil perhatian oleh Parti Perikatan dengan menyatakan jami-nan tentang kebebasan beragama. Oleh itu kebebasan beragama dis-ebut dalam Perkara 3 yang menyata-kan tentang bolehnya agama-agama lain diamalkan. Selain itu, kebe-basan beragama juga dijamin oleh Perkara 11. Sebenarnya penzahiran kepada kebimbangan itu telah dapat menye-lesaikan polemik pada ketika itu. Menurut ajaran agama Islam yang sebenar, masyarakat yang menganut agama lain tidak perlu bimbang ke-pada “paksaan” kerana agama Islam sendiri tidak membenarkan umatnya membuat paksaan bagi tujuan peme-lukan kepada agama Islam. Ini jelas dalam ayat suci al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 157. Pendekatan Islam ini disokong oleh peruntukan Perlembagaan dengan adanya peruntukan dalam perkara 3(1) dan Perkara 11. Oleh itu, penganut agama lain tidak lagi perlu gusar kepada “paksaan” ke atas mereka untuk menganut agama Islam. Hak kebe-basan tersebut bukan sahaja dalam ajaran agama Islam, tetapi telah dimaktub dan seterusnya dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.Untuk orang-orang Islam, Perlembagaan menjaga mereka dengan baik untuk menganut dan mengamal agama mereka. Janganlah pula mereka sendiri yang menentang ajaran agama sendiri. - Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz (IKIM)

Hubungan Penganut Agama

Sana-Sini

Para peserta menunjukkan hasil karya cogan kata dan logo mereka kepada para juri sempena Karnival Alam Sekitar Green Ranger Malaysia di SMK Sungkai,Perak baru-baru ini. Karnival bertemakan kesedaran alam sekitar dan keselamatan di lapangan kerja itu melibatkan 200 peserta yang datang dari 17 buah sekolah sekitar Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah penanaman pokok bagi program “ Hijaukan Bumi”, tazkirah “ Alam dan Manusia”, dan banyak lagi. Turut hadir, Pengerusi Yayasan Pulau Banding, Datuk Abdul Rashid Ab Malik.

Para juri sedang menilai hasil ciptaan dan inovasi sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi (SPIN) Peringkat Wilayah Perak 2015 yang disertai oleh 149 pensyarah dari 13 buah Kolej-kolej Komuniti sekitar negeri Perak dan juga melibatkan pensyarah dari Kunching dan Kuantan. Program selama sehari tersebut turut membentangkan 20 kertas penyelidikan dan 46 hasil inovasi dari pelbagai bidang pengkhususan dan disempurnakan oleh ADUN Lintang, Dato’ Mohd Zolkafly Harun merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Sungai Siput.

Seramai 380 orang dari pelbagai agensi kerajaan, swasta serta pelajar dari IPTA bersama menjayakan program “Community Policing Bersama Masyarakat 2015” anjuran Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim yang menerangkan mengenai pencegahan jenayah di peringkat akar umbi dan pemerkasaan Rakan Cop.

Page 9: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

9SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

CAMERON HIGHLAND - Perak mengambil langkah proaktif menyediakan Pelan Strategik Pertubuhan Bukan Negara (NGO) 2015 – 2020 untuk memperkasa-kan pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini. Pelan tersebut yang memberi tumpuan kepada sembilan focus, amat penting su-paya NGO dapat memainkan peranan penting sebagai pengantara di antara masyarakat dan kerajaan. Sembilan fokus itu ialah pembangunan belia dan wanita; keselamatan dan kesiha-tan rakyat; pembangunan keusahawanan dan peningkatan ekonomi masyarakat; sosial, kebajikan dan masyarakat penyay-ang; hak asasi, keagamaan dan keadilan; kebersihan alam sekitar; sistem penyam-paian maklumat dan media sosial; pen-didikan pengguna dan pendidikan serta intergrasi nasional. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil, YB Dato’ Samsudin Abu Hassan berkata, Perak mempunyai kira-kira 7,000 NGO tetapi banyak di antaranya tidak mempunyai hala tuju yang jelas. “Rata-rata NGO ini berperanan mende-sak kepada kerajaan yang sepatutnya fung-si merek adalah sebagai pemudah cara dan juga memaklum dan memberi cadangan, khususnya di kalangan masyarakat kepada kerajaan yang kemungkinan pihak kera-jaan atau swasta terlepas pandang. “Mungkin ada kelompong yang terlepas pandang tetapi melalui NGO, mereka me-nerima cadangan di peringkat akar umbi untuk dimaklum supaya kehendak mereka juga dibincangkan bersama,” katanya se-lepas perasmian Bengkel Brainstorming Pembangunan Pelan Tindakan Strategik Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak 2015 – 2020 di Cameron Highland pada jumaat. Lebih 60 pemimpin daripada pelbagai NGO di Perak mengambil bahagian di dalam bengkel tiga hari itu yang dianjur-kan bersama oleh Institut Darul Ridzuan (IDR). Bengkel tiga hari itu dikendalikan dua

moderator terkenal, Pengarah Pemasaran OUM, Prof Madya Dr. Richard Ng dan Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Prof Madya Dr. Maisarah Ahmad. Di dalam ucapannya, Samsudin berkata, kerajaan negeri memberi pelbagai bantuan dan sokongan terhadap NGO yang terda-pat di negeri ini tetapi malangnya banyak di antara mereka yang masih belum men-capai sasaran masing-masing. “Dengan adanya pelan tindakan pem-bangunan ini kelak, ia akan dapat memacu pertubuhan kerajaan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat Perak Amanjaya,” ujarnya.

Kluster NGO ikut kumpulan fokusSementara itu, ketika berucap menutup bengkel, Samsudin berkata, kerajaan neg-eri membahagikan pertubuhan bukan kera-jaan (NGO) di Perak mengikut kumpulan fokus bagi memudahkan pemantauan di-laksanakan dari semasa ke semasa. Mnurut beliau, bagi memastikan ke-berkesanan pelan tindakan strategik yang disediakan, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan selepas pelan terse-but mendapat kelulusan daripada majlis mesyuarat kerajaan negeri. “Jawatankuasa khas ini akan membuat penilaian setiap suku tahun keberkesan-an pelan tindakan yang disediakan sa-mada tercapai atau mungkin perlu dibuat penambahbaikan,” katanya. Samsudin memberitahu, selepas bengkel itu, panel yang dilantik akan mengadakan perbincangan bagi memurnikan lagi deraf yang disediakan untuk dicetak dibawa ke mesyuarat Exco untuk diluluskan. “Selepas diluluskan, barulah pelan strategik ini dilancarkan di peringkat negeri yang dijangka disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir,” ujar beliau. Beliau berkata, pihaknya akan beker-jasama dengan semua pihak, khususnya jabatan dan agensi kerajaan untuk mem-bantu melaksanakan Pelan Strategik Pembangunan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak 2015 – 2020.

Perak Sedia Pelan Strategik NGO 2015 – 2020 CAMERON HIGHLAND –

Pelan Strategik Pembangunan NGO akan menyediakan dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang spesifik dan realistik bagi sesuatu strategi dan inisiatif supaya bantuan latihan dan ke-wangan dapat disediakan serta digunakan dengan lebih efektif. Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Mazalan Khamis pula berkata, dengan kerjasama moderator berpengalaman seperti Prof Madya Dr Richard Ng dan Prof Madya Dr Maisarah Ahmad, bengkel percambahan minda diharap dapat mengenalpasti dan memperkasakan NGO yang sedia ada sebagai mata, telinga dan mulut kerajaan. Menurut beliau, sebagai kua-sa ketiga dalam pembangunan negara, NGO perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan kerana mereka yang lebih dekat dengan akar umbi, lebih faham intipati dan hasrat rakyat.

“Bagaimanapun, kita faham bahawa tiang ketiga yang di-war-warkan selama ini belum kukuh lagi, sebaliknya NGO lebih menjadi badan pendesak kepada kerajaan,” ujarnya ke-tika ditemui selepas majlis per-asmian bengkel. Beliau berpendapat, seba-gaimana di luar negara, NGO di negara ini juga sepatutnya mendesak semua pihak su-paya lebih bertanggung jawab dan memastikan kepentingan rakyat, alam sekitar dan dunia

dijaga. Sementara itu, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Mohd Sani Sufi berkata, NGO di Perak boleh memain-kan peranan penting membantu kerajaan melaksanakan pem-bangunan yang inklusif. “Seperti yang diketahui, kita menuju ke arah negeri maju, persoalannya yang maju itu sia-pa? Jadi kita telah jawab, yang majunya tiada tertinggal, tiada terpinggir dan kita rangkumkan kemajuan yang inklusif. “Inklusif pastinya tidak boleh mencicirkan warga-warga NGO, soalnya sekarang, warga NGO ini perlu kita bawa ke mana?,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis yang sama. Beliau berharap dengan adan-ya bengkel itu, pelan strategik dapat dirangka selepas dengan hasrat tiada yang terpinggir, tiada yang tertinggal bagi me-mastikan kemajuan yang dica-pai lebih inklusif.

Sediakan KPI Untuk NGO Perak

CAMERON HIGHLAND – Pemimpin pertubuhan bu-kan kerajaan (NGO) meny-ambut baik usaha kerajaan negeri untuk menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Perak 2015 – 2020. Mereka berpendapat, dengan adanya pelan tindakan itu, ia akan dapat membantu NGO di negeri ini melaksanakan keg-iatan mereka dengan hala tuju yang lebih jelas dan realistik. Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Melayu Perak, Abdullah Sani Saari berkata, sebagai salah satu kuasa dalam pembangu-nan negeri dan negara, NGO sepatutnya diperkasakan untuk membantu kerajaan. “Kami adalah `the real play-ers’ yang dekat dengan akar umbi, yang memahami ke-hendak rakyat di samping mengetahui aspirasi kerajaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak,

Sharudin Said pula berkata, us-aha seumpama itu sangat baik bagi membantu melancarkan lagi peranan NGO di negeri ini. Penolong Setiausaha Kehormat Ipoh City Watch, Alexandra Chooi berkata, seka-rang ini, setiap NGO melaksan-akan peranan masing-masing berasaskan kepada hala tuju sendiri. “Dengan adanya bengkel se-umpama ini, dapat menetapkan hala tuju untuk semua NGO supaya dapat membantu kera-jaan,” katanya.

NGO Sambut Baik Pelan Strategik

SEMPENA BENGKEL `BRANSTROMING’ PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK NGO PERAK 2015 - 2020

Abdullah Sani Saari Sharudin SaidAlexandra Chooi

Samsudin bersama peserta bengkel percambahan minda di Cameron Highland.

Dr Mazalan Khamis

Page 10: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

10 DI MANA WAKIL RAKYAT ANDA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Di Mana Wakil Rakyat

AndaADUN Behrang YB Dato’ Rusnah Kassim mengunjungi keluarga kaum India di sekitar Behrang yang menyambut Deepavali baru-baru ini. Selain menyampaikan bantuan beliau turut beramah mesra sambil menjamu selera di rumah yang dilawatinya sepanjang program tersebut.

ADUN Chendroh, YB Zainun Mat Noor menunggang motosikal dalam program turun padang bersama belia untuk meninjau masalah di beberapa kampung di DUN Chendroh. Dalam program berasingan beliau turut menyampaikan anugerah Ikon Kepimpinan Murid Sekolah Menengah.

ADUN Batu Kurau YB Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria semasa melayan rombongan pelajar luar negara yang ingin merasai suasana kampung di

Batu Kurau. Mereka turut diberi penerangan dan pendedahan tentang sistem pembelajaran dan pengajaran di negara ini. Di kesempatan itu beliau turut

membawa delegasi ini bersantai di kawasan perkelahan.

Page 11: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

11DI MANA WAKIL RAKYAT ANDAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Di Mana Wakil Rakyat

Anda ADUN Hulu Kinta , YB Dato’ Aminuddin Md Hanafi ah dan ADUN

Manjoi , YB Mohamad Ziad Mohamed Zainal

Abdidin menghulurkan bantuan bersempena

Deepavali di sekitar Tambun.

Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban

perbelanjaan menyambut perayaan

itu.

ADUN Lintang YB Dato’ Mohd Zolkafl y Harun

bersama pasukan RELA dan beberapa anggota

keselamatan dalam satu program di kawasan

tersebut.Program itu turut

memberi pendedahan tentang sistem rondaan

dan keselamatan di Parlimen Sungai Siput.

ADUN Batu Kurau YB Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria semasa melayan rombongan pelajar luar negara yang ingin merasai suasana kampung di

Batu Kurau. Mereka turut diberi penerangan dan pendedahan tentang sistem pembelajaran dan pengajaran di negara ini. Di kesempatan itu beliau turut

membawa delegasi ini bersantai di kawasan perkelahan.

Page 12: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

12 KOMUNITI Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

CHEMOR - Seramai 67 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Chemor meneri-ma sumbangan sempena sambu-tan Deepavali anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI). Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, sum-bangan yang diberikan diharap dapat meringankan beban mereka membuat persediaan bagi meny-ambut perayaan itu. Menurutnya, usaha itu sedikit sebanyak dapat memberi keceri-aan dan kegembiran kepada mere-ka yang kurang bernasib baik dan menjadi program amal BAIDURI setiap kali tiba musim perayaan. “Sebagai tulang belakang ke-

pada suami masing-masing yang merupakan wakil rakyat, BAIDURI juga bertekad mem-bantu dan berusaha bergerak sendiri, turun padang membantu mereka yang memerlukan. “Kita bukan sahaja bertang-gungjawab kepada suami dan keluarga, malah kita turut mem-punyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat,” katanya keti-ka berucap pada majlis penyampa-ian sumbangan di SJK (T) Ladang Chemor, baru-baru ini. Saripah berkata, BAIDURI akan terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan terutama kepada golon-gan yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang dan keturunan mereka.

“Keceriaan kanak-kanak meru-pakan nadi utama dalam setiap perayaan, justeru kita amat ber-harap agar sumbangan yang di-berikan ini bukan sahaja dapat mengukir senyuman di wajah mereka tetapi menjadikan sambu-tan hari cahaya lebih meriah,” ujarnya. Seorang penerima,Tinagaring a/l Muniandi, 6, berkata, sum-bangan itu akan digunakan untuk membeli keperluan seperti paka-ian bagi menyambut Deepavali. “Terima kasih dengan sumban-gan ini dan saya berasa gembira kerana dapat digunakan untuk membuat persediaan menyambut Deepavali bersama-sama kelu-arga,” katanya.

BAIDURI Bantu Pelajar Miskin Sambut Deepavali

IPOH - Seramai 200 orang daripada pelbagai latar belakang dan agama menerima bantuan barangan dan wang tunai sempena Program Sekalung Budi Sempena Deepavali anjuran Majlis Masyarakat Sivil (MMS) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Man berkata, sumbangan itu adalah sebagai usaha MBI dan MMS untuk memberi semangat kepada semua penerima agar mereka dapat meraikan perayaan tersebut den-gan lebih meriah bersama ahli keluarga. Menurut beliau, 100 orang kaum India dan masing-masing 50 orang dari kaum Cina dan Melayu yang kurang berkemampuan menerima bantuan yang bernilai hampir RM40,000 yang disumbangkan pel-bagai pihak, khususnya ahli MMS. “Diharap ia akan dapat menjadi salah satu pence-

tus kegembiraan buat mereka, khususnya kaum India yang merayakan pesta cahaya bersama anggota kelu-arga,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Bandaran Ipoh. Menurutnya, setakat ini, MBI turut menguruskan 31 individu di bawah senarai e-Kasih di mana mere-ka mendapat bantuan sewa rumah daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM148,000 setahun. “Selain itu, MBI juga memberikan peluang kepada semua individu yang tersenarai dalam e-Kasih untuk berniaga secara kecil-kecilan di 40 buah gerai MBI dan juga tawaran kursus-kursus kemahiran berfokus-kan untuk mengeluarkan mereka daripada kepom-pong kemiskinan,” ujarnya.

Program Sekalung Budi MBI Sempena Deepavali

SUMBANG SAYUR PERCUMA... Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin menyumbangkan satu lori sayur-sayuran percuma untuk kaum India sempena sambutan Deepavali baru-baru ini. Sumbangan tersebut diagih-agihkan di hadapan Pusat Khidmat ADUN Sungai Manik bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan cahaya itu. Selain itu, beliau turut menghulurkan bantuan wang tunai kepada masyarakat India yang kurang bernasib baik seperti warga miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Saripah menyampaikan bantuan Deepavali kepada pelajar SJK(T) Ladang Chemor.

PROGRAM CSR PERODUA...Seramai 104 orang yang terdiri dari anak yatim di kalangan masyarakat India menerima baju serba baharu serta sumbangan daripada PERODUA Malaysia sempena perayaan Deepavali. Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Malaysia, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, program itu bertujuan menaikkan semangat pesta penuh makna buat kaum India itu turut dikongsi bersama 14 warga emas dari Pusat Jagaan Orang Tua Gloria. Jelajah pemberian sumbangan tersebut diadakan secara berperingkat di seluruh Malaysia sebagai salah satu cara memberikan semula kepada mereka yang memerlukan.

Page 13: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

13KOMUNITIEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

SERI ISKANDAR – Pengakap Daerah Perak Tengah mengharum-kan nama Perak apabila mencatat-kan rekod di dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai penyer-taan pasukan seragam paling ramai dalam kategori persembahan Tarian Dabus 2015. Seramai 600 orang pengakap se-kolah rendah dan menengah, pen-gakap Kelana (belia) dan pemimpin pengakap di daerah itu mengambil bahagian dalam persembahan itu pekarangan D’Hotel di sini baru-baru ini. Lebih istimewa apabila 1,200 unit alat permainan dabus yang diguna-kan itu dibuat sendiri oleh ahli dan pemimpin pengakap yang mengam-bil bahagian. Pengerusi Majlis Pengakap

Daerah Perak Tengah, YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria menerima sijil rekod itu daripada pegawai MBOR

Sdn Bhd, Nur Asyhikin Ramli se-lepas persembahan tersebut. Drs Nizar berkata, walaupun tem-

poh yang diberikan hanya sebulan, tetapi dengan disiplin dan seman-gat tinggi, ahli dan pemimpin yang mengambil bahagian dapat meny-iapkan alat permainan dabus itu. “Walaupun agak sukat membuat acuan alat itu, tetapi mereka dapat menyiapkannya kerana semangat untuk mencatatkan rekod di dalam Malaysia Book of Record,” katanya kepada Suara Perak. Lebih membanggakan, kata beli-au, walaupun berlatih tarian itu han-ya dalam masa beberapa hari, tetapi mereka dapat melakukannya dengan baik sehingga mendapat sambutan

luar biasa daripada masyarakat. Beliau berharap, kejayaan Pengakap Daerah Perak Tengah itu akan menjadi contoh dan dorongan kepada pasukan beruniform yang lain untuk melakukan sesuatu yang bermakna di dalam pasukan masing-masing. “Walaupun mungkin ada orang yang akan beranggapan bahawa perkara seumpama itu adalah biasa, tetapi sebenarnya ia merupakan ke-jayaan hasil kesepaduan dan ker-jasama sepasukan sehingga mampu mencatatkan rekod,” ujarnya.

Pengakap Perak Tengah Catat Rekod Malaysia

IPOH - Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dr Zabidin Ismail, 59, dipilih sebagai pen-erima Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Perak 2015. Dilahirkan pada 13 Januari 1956 di Kampung Batu Masjid, Temoh, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kg Batu Masjid dan terus belajar sehingga memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Malaya pada tahun 2005. Selepas bersara pada Januari 2014, beliau telah dilantik se-bagai Ahli Lembaga Pengarah

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak sehingga kini. Anugerah disampaikan Pengerusi Tourism Perak Management Berhad, YB Mohd Kamil Shafie yang juga mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi pada satu majlis di Hotel Riverfront, di sini baru-baru ini. Beliau mula berkarya sea-wal tahun 1976 dengan meng-hasilkan puisi di akhbar Suara Merdeka dan Watan.

Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan kira-kira 100 buah sajak, 20 buah cerpen, 30 buah berita, 200 buah esei dan 26 buah buku. “Anugerah itu adalah satu cabaran untuk terus berkarya dan sertai pertubuhan sukare-la,” ujar beliau. Persatuan Kebudayaan Daerah Kinta Perak menerima Anugerah Pendukung Seni (badan bukan kerajaan), Sinar Harian menerima Anugerah Pendukung Seni (Media) dan Allahyarham Subadi Hassan menerima Anugerah Penggiat Seni Dalam Kenangan.

Dr Zabidin Tokoh Seni Budaya Perak 2015

Sebahagian daripada Pengakap yang mengambil bahagian dalam usaha mencatatkan rekod MBOR.

Drs. Nizar (tengah) menerima sijil MBOR bagi pihak Pengakap Daerah Perak Tengah.

Dr Zabidin (paling kanan) bersama penerima Anugerah Seni Budaya Perak 2015.

TERUS HULUR BANTUAN… Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) terus menabur bakti untuk membantu golongan yang memerlukan, baik mangsa bencana alam, mahupun untuk menyemarakkan lagi syiar Islam. Kesulitan mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri Perak baru-baru ini turut dikongsi dan dirasai oleh pihak pengurusan KADIR yang tampil menghulurkan bantuan. Selain daripada menyalurkan bantuan daripada tabung sendiri, KADIR turut menyampaikan sumbangan daripada peruntukan YAB Menteri, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir. Lazimnya, bantuan yang disalurkan dibawah peruntukan Menteri Besar ialah sumbangan untuk masjid-masjid di seluruh negeri, di samping kepada maahad tahfiz yang memerlukan bantuan.

Page 14: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

14 SANTAI Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

IPOH - Kalau dahulu, Robert Albert Thomas, 65 banyak meng-habiskan usia menyelia restoran berprestij di ibukota London, England, namun kini hanya kerusi roda menjadi peneman setiap hari. Berasal dari Ipoh, dia pernah menempa nama di beberapa ne-gara terkemuka seperti Singapura, Kanada dan England, tetapi se-muanya tinggal kenangan apabila lumpuh selepas serangan angin ahmar. Robert yang kini menyewa ru-mah di Pekan Lama Ipoh mula menceburi bidang masakan awal tahun 80-an sebagai pelatih chef di sebuah hotel di Singapura. Berkat minat dan kegigihan, be-liau dihantar ke Ottawa, Kanada pada tahun 1981 untuk menjadi chef tetap di negara tersebut, sebe-lum ditawarkan menjadi pembantu kapten di Restoran Cherrington, London pada tahun 1986 dan se-terusnya dinaikkan pangkat men-jadi kapten. “Saya jatuh cinta dengan sua-sana, keadaan dan kehidupan di London, namun hati saya tetap di Malaysia, namum cara saya kem-bali ke tanah air agak menyedih-kan kerana tiba-tiba diserang angin ahmar,” ujarnya dalam nada sedih kepada Suara Perak. Robert menganggap itu adalah ujian yang amat perit buatnya se-dangkan beliau bukanlah seorang perokok, malah tidak pernah me-

nyentuh sebarang minuman keras. Penderitaannya tidak berakhir di situ apabila doktor menge-sahkan terdapat masalah injap di jantungnya yang memerlukan rawatan segera dan perbelanjaan yang amat besar sehingga wang simpanan hasil gaji RM14,000 se-bulan habis untuk membayar kos pembedahan dan perubatan yang mencecah RM300,000. Isterinya yang dulu hanya se-bagai surirumah terpaksa keluar membanting tulang dan bekerja sebagai tukang cuci untuk me-nampung perbelanjaan perubatan dan kos persekolahan dua orang anaknya yang berusia 14 dan 16 tahun. Dengan bantuan RM300 daripa-da Jabatan Kebajikan Masyarakat, ditambah dengan gaji ister-inya yang tidak menentu, ianya mencecah sekitar RM700 sahaja. Suara Perak merujuk permasala-hannya kepada Ketua Pemuda MIC Perak yang juga Ahli Majlis MBI, M. Veeran mengenai perkara tersebut dan beliau telah meng-khabarkan berita gembira buat mereka sekeluarha yang kini hidup dalam keadaan daif. Menurutnya, mulai Januari tahun hadapan, keluarga itu akan men-erima bantuan sewa rumah selama setahun bagi meringankan beban mereka, di samping lain-lain ban-tuan.

Dulu Chef Terkenal, Kini Berkerusi RodaTAMBUN – Tempoh 18 tahun,

bukanlah suatu masa yang singkat dalam diari kehidupan seseorang namun itulah jangka masa tali persa-habatan antara Jamaieyah Yahaya,37 dan Siti Rafizah Rahman,31. Setelah mengharungi pahit ma-nis liku-liku kehidupan dan ber-bekalkan persefahaman utuh, kini mereka memilih untuk membuka restoran sebagai simbolik kepada ikatan persahabatan mereka. Sister’s Steamboat‎, itulah nama yang dipilih oleh Jamaiyah dan Siti Rafizah, simbolik ikatan karib mere-ka sebagai teman rapat yang teguh menghadapi segalanya sebelum ini. Ketika ditemui Suara Perak, Jamaieyah berkata, idea tersebut timbul beberapa tahun lepas, malah memang mereka telah lama meny-impan niat untuk menceburi bidang perniagaan. “Cuma yang saya tidak ada, ada-lah komitmen dan modal kewangan serta rakan kongsi yang benar-benar saya percaya untuk memulakan satu perniagaan. “Justeru, saya luahkan keinginan saya kepada Rafizah dan tidak sang-ka dia turut berminat dan bersedia untuk mencuba nasib dalam bidang restoran ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Jamaiyah atau lebih mesra dike-nali sebagai Kak Eija di kalangan teman berkata, sebaik sahaja meng-etahui rakannya itu menaruh minat, beliau amat teruja dan tidak teragak-agak untuk terus mengumpulkan ba-jet bagi memulakan perniagaan. Beliau yang bekerja sebagai pere-ka grafik di sebuah jabatan kera-jaan mengakui, pada mulanya agak sangsi untuk beralih arah ke bidang keusahawanan, namun sokongan keluarga, teman dan Siti Rafizah membuatkannya yakin akan keputu-sannya. Uniknya, restoran steamboat ini menggunakan tema ‘chim-chum’

atau lebih dikenali teknik ala ma-sakan Korea. Jamaieyah berkata teknik membakar makanan basah dengan menggunakan arang dan pelanggan boleh memilih untuk me-masak dengan cara membakarnya atau mencelurnya di dalam air men-didih. Harga promosi yang dikena-kan pula berpatutan iaitu hanya RM15.90 seorang di samping lauk-pauk juga disediakan dengan pelba-gai variasi. Baru beroperasi sejak awal Oktober lalu, Jamaieyah berkata, agak sukar baginya untuk memba-

hagikan masa sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, ada pekerja-pekerja yang boleh mengendalikan restoran Sister’s Steamboat dengan lebih baik. Dengan anggaran keuntungan kasar sebanyak RM4,000 dalam masa sebulan sahaja, restoran yang seringkali penuh setiap malam itu, dibuka hasil perkongsian Jamaieyah dan Siti Rafizah. “Kebanyakan pelanggan yang da-tang ‎pula adalah terdiri daripada ke-luarga dan anak-anak muda, mereka menggemari rempah dan adunan ayam lada hitam, daging barbeku dan banyak lagi. “Selain itu, saya akan menilai komen dan pandangan pelanggan untuk menambah variasi makanan laut atau pencuci mulut, dan me-nambah sebuah peti ais bagi aiskrim selepas menjamah selera,” ujarnya. Jamaieyah berharap agar beliau dan Siti Rafizah dapat bersama-sama menimba ilmu perniagaan dan kemudiannya menaiktaraf serta menambah bilangan cawangan restorannya itu. Beroperasi dari pukul 8 hingga 12 tengah malam setiap Isnin hing-ga Sabtu, pelanggan yang bermi-nat boleh terus datang ke Sister’s Seamboat di Sunway City, sebaris dengan Tulip Hotel dan di belakang pasaraya Giant Tambun atau hubun-gi Jamaiyah di talian 011-3525-9551.

Dua Sahabat Kongsi Buka Sister’s Steamboat

Restoran Sister’s Steamboat lambang kerjasama dua sahabat.

Robert berkerusi roda selepas diserang angin ahmar.

Pengunjung sedang menikmati steamboat.

Jamaieyah Yahaya Siti Rafizah Rahman

Page 15: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

15SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

IPOH – Kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), sebaliknya pelbagai bantuan disalurkan kepada mere-ka dari semasa ke semasa. Terbaharu, 80 SJKT selu-ruh Perak menerima peruntuk-kan khas terkumpul berjumlah RM5.46 juta. Timbalan Menteri Pendidikan II, YB P. Kamalanathan berkata, bantuan itu diberikan kepada se-kolah bantuan modal kerajaan untuk keperluan penambahbai-kkan struktur sekolah masing-masing. Menurut beliau, pemberian itu merupakan fasa kelapan dan se-takat ini kementerian telah me-nyelesaikan pemberian kepada 237 sekolah termasuk di negeri ini dengan nilai keseluruhan pe-runtukkan RM15.247 juta. “Di Perak 80 buah sekolah telah menerima bantuan ini, iaitu

25 peratus daripada peruntukkan RM20 juta yang diperuntukkan. Perak mempunyai jumlah tert-inggi SJKT di negara ini,” ka-tanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan baru-baru ini yang turut dihadiri YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menurut Kamalanathan, pihak kementeriaan akan berusaha mencari mana-mana SJKT yang tidak tersenarai pada tahun ini untuk diberi bantuan mulai tahun hadapan. “Ini merupakan sumbangan kerajaan kepada sekolah-sekolah bantuan modal dari masa ke se-masa, setiap tahun kita akan beri sumbangan ini. “Penghargaan juga diberikan kepada Dr Zambry kerana beliau banyak membantu memastikan pendidikan dari segi penambah-baikkan infrastruktur di negeri

ini dapat dinaik taraf dan ban-tuan penyelengaraan dapat diser-ahkan kepada sekolah,” ujarnya. Dalam pada itu, Dr Zambry ketika berucap berkata, perun-tukkan itu merupakan bukti kerajaan mengambil berat dan prihatin terhadap kesejahteraan keseluruh rakyat di negara ini. “Kerajaan memberi perhatian teliti dalam permasalahan semua kaum, contoh kerajaan sedar ter-dapat juga masyarakat India mis-kin selain masyarakat Melayu, kita wujudkan jawatankuasa khas untuk membantu masyrakat ini. “Diharap ia dapat memberi-kan kesedaran kepada kita, khu-susnya yang sering mempercayai cerita-cerita di media sosial, jan-ganlah mendengar guruh di lan-git, air tempayan dicurahkan” katanya.

Sekolah Tamil Terus Dibantu

IPOH - Perak mencatatkan sejarah ter-baharu apabila pertama kali meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi tujuh buah kampung masyarakat India di negeri ini. Penasihat kepada Menteri Besar, Dato’ V. Elango berkata, penubuhan itu telah diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri pertengahan tahun ini. Menurut beliau, tujuh buah kampung itu ialah Ladang Hendra di Sungkai; Kg Soon Lee, Bagan Serai; Kg Tun Sambanthan, Ayer Tawar; Kg Kamatchi dan Kg Sungai Sumun, Hutan Melintang; Kg Kinta Valley, Bt Gajah dan Kg Pundut, Lumut. “Ketua-ketua kam-pung itu akan diu-mumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam masa ter-dekat, sekaligus menyer-ahkan watikah pelantikan,” ka-tanya pada sidang media di pejabat MIC Perak di sini baru-baru ini. Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Dr Zambry, Elango berkata, JKKK untuk kampung India setaraf dengan JKKK

kampung tradisional. “Ketua kampung akan dibayar elaun bulanan dan boleh melantik seorang setiausaha yang juga dibayar elaun, di samping melantik 10 ahli jawatankuasa yang akan dibayar elaun mesyuarat, se-muanya dibiayai oleh kerajaan negeri,” ujarnya. Beliau menambah, bagi melancarkan lagi perjalanan pentadbiran kampung-kampung itu, seorang pegawai akan dilantik dan ditempatkan di pejabat Penasihat kepada Menteri Besar.

Menurutnya, pelan-tikan ketua-ketua kampung itu yang di-jangka berkuatkuasa Januari tahun hadapan adalah untuk tempoh tiga tahun sekali yang diperbaharui setiap ta-hun.

Mengenai ke-mungkinan bilangan

kampung itu ditambah, Elango berkata, pihaknya

akan memantau sejauh mana ak-tifnya JKKK yang dilantik itu. “Sekiranya mereka aktif, kita mung-kin akan memohon agar bilangan-nya ditambah dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Perak Lulus Penubuhan JKKK Kampung India

LUMUT - Seramai 1,260 orang dari masyarakat India sekitar Parlimen Lumut menerima ban-tuan Deepavali berupa barang makanan dan wang tunai bagi menyambut ketibaan perayaan cahaya tidak lama lagi. Bantuan disampaikan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam dua majlis berasingan.

Pada majlis penyerahan perta-ma yang diadakan di Bangunan Persatuan India Sitiawan, sera-mai 1,160 penerima menerima bantuan tersebut. Majlis penyerahan kedua diadakan di Dewan Bankuet Kejora, Pulau Pangkor dengan 100 penerima. Dr Zambry dalam ucapannya, menegaskan bahawa bantuan

perayaan itu diberikan sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terdahap kaum India dan ia bu-kanlah bersifat bermusim. “Bantuan yang kita berikan ke-pada masyarakat India ini berter-usan dan pemberian sempena perayaan Deepavali ini merupa-kan salah satu daripada cara kita bantu rakyat,” katanya

IPOH - Urusan di Pejabat MIC Negeri Perak di Medan Kidd, di sini dibu-ka semula seperti biasa mulai awal November, di bawah kepimpinan ba-haru parti itu. Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak yang baharu, Dato’ V. Elango berkata, urusan berjalan seperti biasa selepas mantan Pengerusi, Tan Sri M. Ramasamy menyerahkan kunci pejabat itu baru-baru ini.

Beliau mengucapkan terima kasih ke-pada Ramasamy kerana memberi ker-jasama penuh untuk melancarkan proses penyerahan pentadbiran itu. Menurutnya, waktu urusan di pejabat itu ialah dari 9 pagi hingga 5 petang dan ahli-ahli MIC serta orang ramai yang ingin berurusan boleh datang terus ber-jumpa kakitangan yang sedia memban-tu.

Sumbangan Deepavali Untuk Kaum India

Urusan Pejabat MIC Seperti Biasa

Elango bersama kepimpinan MIC negeri Perak.

Dr Zambry menyampaikan bantuan Deepavali kepada seorang penerima di Lumut.

Ketua-ketua

kampung itu akan diumumkan oleh

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd

Kadir

Page 16: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

16 PEMIMPIN MASA DEPAN Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

MENGHARUNGI kempen pilihan raya tidak pernah mudah. Ia memer-lukan persediaan mental yang jitu selain menagih kudrat yang bukan kepalang. Namun bagi wanita ini, semua itu adalah lumrah dalam perjuangan politik. Bagi Nurul Huda Nordin Ahmad, 38, cabaran ge-tir itu ada-lah satu k e p u a -san, leb-ih-lebih lagi jika ia ter-b a l a s dengan kejayaan parti.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tapah itu menghimbau pengalaman mengharungi kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dalam keadaan beliau sarat mengandung lapan bu-lan anak keduanya. Beliau melupakan sementara ke-sulitan semasa mengandung seperti sakit pinggang dan `morning sick-

ness’ atau alahan demi memas-tikan partinya mencapai ke-

jayaan. Pengorbanannya ternyata berbaloi apabila Barisan Nasional (BN) menyapu bersih Parlimen Tapah ter-masuk dua kerusi Dewan

Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Kuning dan Chendriang. Namun, Nurul Huda masih merendah diri dan menyifat-kan sumbangannya

tidaklah seberapa tetapi sekadar

membantu apa yang termam-

pu, berdasar-kan kudrat

yang ada. “ A p a

yang pent-ing, saya

membawa anak saya ke dalam kebanyakan pro-gram parti, sejak dia dalam kandun-gan lagi. Setidak-

tidaknya saya berharap ia

dapat mera-sai denyut perjuangan parti,” ka-tanya ke-

tika ditemui

Suara Perak baru-baru ini. Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia itu mahu meny-ampaikan mesej bahawa berkelu-arga bukan satu halangan untuk ber-giat dalam politik. malah, beliau sendiri menggal-akkan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tapah membawa anak-anak mereka setiap kali mere-ka bermesyuarat sama ada di sekitar Tapah atau di tempat lain. “Sebagai orang parti, kita mesti mendidik sejak mereka kecil su-paya apabila besar kelak, mereka mudah memahami erti perjuangan. Kita perlu mendidik mereka untuk membezakan antara dakyah dan ke-benaran,” ujarnya. Nurul mengakui minatnya terha-dap UMNO dan BN telah dipupuk oleh kedua-dua ibu bapanya sejak beliau kecil. “Emak saya orang Muar, yang me-mang menjadi kubu kuat UMNO. Penglibatan mereka sedikit seban-yak menyebabkan saya sebati den-gan perjuangan UMNO sehinggalah hari ini,” katanya. Nurul Huda mula bergiat aktif dalam parti bermula sejak Puteri UMNO ditubuhkan ketika usianya mencecah 21 tahun. Bakatnya sebagai pemimpin muda digilap apabila dipilih sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Tapah pada tahun 2004 dan seter-usnya menjadi pemangku ketua se-lepas itu. Pada tahun 2008, beliau dip-ilih menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian Tapah dan menang dalam pertandingan jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia pada tahun yang sama. Membincangkan mengenai pel-bagai isu semasa, ibu kepada dua orang anak ini membangkitkan ken-

yataan pemimpin kerajaan sendiri yang memberi impak tidak baik ke-pada kerajaan. “Ada di antara Menteri kita, ketika menjawab soalan, seolah-olah mere-ka sebagai individu, bukannya wakil kerajaan. Sebab itulah ada jawapan mereka bertukar menjadi `backfi re’ kepada kerajaan . “Generasi muda sekarang semak-in kritis dan cukup sensitif dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluar-kan oleh pemimpin kita yang boleh diikuti melalui media alternatif. Oleh itu pemimpin mesti lebih ber-hati-hati setiap kali mengeluarkan kenyataan,” ujarnya. Beliau menambah, pemimpin sekarang perlu mengikuti realiti semasa bahawa orang muda sudah berubah, kritis, gemar sesuatu yang mencabar dan suka mencuba sesua-

tu yang baharu. “Oleh itu, pemimpin juga mesti berjiwa muda, menyakini idea orang muda, barulah proses peremajaan parti dapat direalisasikan dengan lebih berkesan dan parti akan terus relevan,” tambahnya. Mengenai langkah kerajaan untuk meningkatkan 30 peratus penglib-atan wanita sebagai pembuat dasar, Nurul berkata, wanita muda se-harusnya mengambil peluang dari-pada langkah kerajaan ini. “Usaha kerajaan ini memberi pel-uang lebih luas kepada kaum wanita dan sebagai wanita muda, kita juga tidak harus melepaskan peluang keemasan ini begitu sahaja, seba-liknya harus berusaha lebih untuk mempertingkat dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan,” ka-tanya penuh yakin.

Yakini Idea Orang Muda Nama: Nurul Huda Nordin Ahmad, 36.

Tempat Lahir: Tapah

Status: Berkahwin (2 anak)

Pendidikan:Diploma Pengurusan Teknologi UTM

Pekerjaan: Berniaga sendiri

Jawatan Dalam Parti:- Timbalan Pengerusi Tetap Puteri UMNO Malaysia- Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tapah

Jawatan Dalam NGO:- Pengerusi JPP Zon 14 Daerah Batang Padang- Timbalan Pengerusi SRCC- Naib Pengerusi KSK DUN Ayer Kuning

Kunci Utama Menjayakan Proses Peremajaan Parti

Nurul sentiasa mendapatkan nasihat idolanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato’ Samsudin Abu Hassan.

Huda Nordin Ahmad, 38, cabaran ge-tir itu ada-lah satu k e p u a -san, leb-ih-lebih lagi jika ia ter-b a l a s dengan kejayaan parti.

sakit pinggang dan `morning sick-ness’ atau alahan demi memas-

tikan partinya mencapai ke-jayaan. Pengorbanannya ternyata berbaloi apabila Barisan Nasional (BN) menyapu bersih Parlimen Tapah ter-masuk dua kerusi Dewan

Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Kuning dan Chendriang. Namun, Nurul Huda masih merendah diri dan menyifat-kan sumbangannya

tidaklah seberapa tetapi sekadar

membantu apa yang termam-

pu, berdasar-

ing, saya membawa anak saya ke dalam kebanyakan pro-gram parti, sejak dia dalam kandun-gan lagi. Setidak-

tidaknya saya berharap ia

dapat mera-

Nurul (dua dari kiri) bersama-sama pemimpin NGO dalam program anjuran Kerajaan Negeri.

Page 17: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

17EMAIL PEMBACAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

SAYA adalah antara penduduk Batu Kurau yang setia untuk terus me-netap di kawasan yang dahulunya pernah dianggap tersisih dari arus

pembangunan. Kesabaran saya dan penduduk yang lain nampaknya berbaloi ker-ana sejak beberapa tahun kebela-kangan ini, kemajuan dan kepesatan Batu Kurau begitu jelas kelihatan. Cuma saya hendak mengutarakan satu masalah yang dihadapi pen-duduk Batu Kurau sejak sekian lama iaitu ketiadaan balai bomba yang ser-ing menyebabkan kelewatan operasi memadam api setiap kali berlaku ke-bakaran. Sejak sekian lama, rata-rata kes kebakaran di kawasan tersebut bera-khir dengan kemusnahan yang besar kerana pihak bomba tidak sempat

menyelamatkan harta benda beri-kutan kedudukan balai bomba yang agak jauh. Setahu saya, balai bomba terdekat adalah di Taiping yang memakan masa kira-kira satu jam. Bayangkan bagaimana kebakaran dapat dip-adam dengan pantas jika api sedang marak tetapi pihak bomba sedang kelam-kabut untuk datang dari jauh. Bayangkan juga betapa besar risiko kebakaran akan merebak ke rumah penduduk yang lain ekoran tindakan pencegahan tidak dapat dilakukan dengan segera. Selain nyawa yang menjadi per-taruhan, turut menyedihkan ialah

nasib mangsa kerana setiap kali ke-bakaran, mereka hilang hampir sega-la-galanya termasuk harta benda. Secara peribadi, saya terpang-gil untuk membangkitkan isu ini kerana baru-baru ini rumah Paklong Berahim, antara sahabat saya turut menjadi mangsa apabila rumahnya musnah sama sekali dalam keba-karan. Ketika kejadian, kami penduduk berhempas pulas untuk membantu tetapi dengan ketiadaan punca sumber air yang mencukupi, tidak banyak yang dapat dilakukan selain membantu keluarga mangsa me-nyelamatkan nyawa.

Dengan ini, saya merayu kepada pihak berkuasa untuk menyelami masalah yang kami hadapi ini. Dengan adanya balai bomba dan penyelamat, risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda dapat di-kurangkan. Pada masa sama, pembinaan ke-mudahan itu juga penting untuk kerja-kerja menyelamat ketika ber-lakunya kemalangan khususnya di sekitar Batu Kurau dan Selama.

ABU SEMAN HANAPIABatu Kurau.

Beberapa taman perumahan seki-tar Jalan Tun Razak di Ipoh pernah mengalami masalah banjir kilat yang

teruk sekitar lewat 90-an apabila be-berapa projek infrastruktur dilakukan secara giat.

Pada masa itu, penduduk teru-tamanya di Taman Cherry, Taman Damai dan Taman Idris sering berdepan banjir kilat terutamanya pada musim tengkujuh. Namun, masalah dapat diselesaikan apabila pihak Majlis Perbandaran Ipoh ke-tika itu melakukan penambahbaikan pada sistem saliran air. Namun, penduduk kini berasa bim-bang apabila masalah tersebut kem-bali menghantui malahan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini apa-bila kerap berlaku hujan lebat. Air pernah naik jika hujan lebat sehingga empat atau lima jam, na-mun rata-rata kawasan perumahan kami akan dinaiki air setiap kali hujan walaupun hanya satu atau dua jam. Kejadian seperti ini agak mengejut-kan kerana ia sudah lama tidak ber-laku. Ia menyebabkan penduduk be-

rasa resah setiap kali hujan kerana kawasan itu pasti akan digenangi air sehingga menyukarkan urusan seha-rian dan ada yang terpaksa memin-dahkan kenderaan ke tempat lebih tinggi pada waktu malam. Sebenarnya, perkara ini mula membimbangkan kami apabila ka-wasan berjiran seperti sekitar Manjoi dinaiki air yang teruk dua tahun lalu dan tidak mustahil masalah sama akan merebak ke tempat lain. Selain aktiviti pembangunan yang mungkin tidak dipantau dengan baik, sistem saliran sewajarnya dinaiktaraf dari semasa ke semasa memandan-gkan keadaan cuaca yang tidak me-nentu termasuk julat hujan yang luar biasa. Isu ini patut menjadi perhatian me-mandangkan kita sedang memasuki penghujung tahun yang biasanya menyaksikan taburan hujan yang

tinggi. Tentu kita masih ingat kejadi-an banjir besar yang turut melanda Perak pada penghujung tahun lalu. Tentunya wujud keperluan supaya semua pihak berkuasa tempatan mengambil langkah awal supaya kejadian buruk seperti itu tidak ber-ulang atau setidak-tidaknya tidak mendatangkan mudarat besar ke-pada penduduk jika ia berlaku. Walaupun ada langkah proaktif diambil MBI sebelum ini termasuk pembinaan sistem perparitan be-berapa tahun lepas, namun pemerik-saan di kawasan berisiko juga perlu diberi perhatian. Dengan keadaan bangunan atau premis baru yang makin bertambah, sistem perparitan sedia ada dikhuati-ri tidak mampu menampung air.

ROSMAIZAH ZAKARIATaman Cherry, Ipoh.

Kami penduduk sekitar Sitiawan dan Ayer Tawar mula tertakan dengan masalah talian Internet dan telefon yang kerap terputus hingga tiga kali sebulan berikutan kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini sudah diajukan kepada pihak TM sendiri dan kami difaham-kan laporan polis juga pernah dibuat memandangkan masalah tersebut telah mendatangkan pelbagai kesu-litan kepada penduduk. Apabila ia kerap berlaku, ada ke-mungkinan kegiatan tidak bertang-gungjawab itu dilakukan pihak yang sama dan tidak mustahil ia didalangi sindiket mengaut keuntungan den-gan menjual kabel yang dicuri. Setiap kali berlaku kecurian, pihak TM telah datang untuk membaiki

atau menggantikan kabel yang di-curi, tetapi kegiatan itu terus beru-

lang seolah-olah pihak bertang-gungjawab begitu bebas melakukan

jenayah. Kegiatan mencuri kabel berkenaan menyebabkan pengguna marah kerana mereka terpaksa membayar untuk menggunakan perkhidmatan demi melancarkan kehidupan sehar-ian termasuk tujuan berniaga. Disebabkan kejadian tersebut, ada kawasan yang tidak mempunyai talian Internet selama berminggu lamanya. Kegiatan tersebut juga tentunya menjejaskan kehidupan pelajar uni-versiti, ahli perniagaan dan pekerja luar pantai yang memerlukan talian Internet untuk menelaah pelajaran atau membuat kerja. Mengikut maklumat yang diterima penduduk, kegiatan tersebut sering berlaku pada cuti musim perayaan dan bahan itu dipercayai dibawa ke-

luar dari Perak untuk dijual di tempat lain. Penduduk juga pernah melihat penjenayah terbabit begitu berani memanjat tiang kabel tanpa seba-rang perlindungan keselamatan. Sehubungan itu, kami berharap pihak berkuasa terutamanya polis dapat melakukan sesuatu termasuk membuat rondaan lebih kerap di sekitar kawasan yang sering menjadi perhatian pencuri kabel. Langkah lebih tegas mesti diambil kerana ia bukan sahaja menyusah-kan orang ramai, malah mendata-ngkan kerugian besar kepada TM selaku penyedia perkhidmatan.

K.S SubraTaman Sejati, Sitiawan.

Batu Kurau Perlukan Balai Bomba

Banjir Kilat Hantui Penduduk

Kecurian Kabel Di Sitiawan Makin Menjadi Jadi

KolumnisEmail Pembaca

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

Page 18: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

18 SEMASA Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

LUMUT - Perasmian Pusat Ekologi Vale (VEC) dilihat sebagai salah satu inisiatif murni bagi syarikat ger-gasi dalam menjalankan perniagaan dan memberikan yang terbaik bagi pembangungan komuniti setempat. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pelan-caran pusat itu merupakan penanda aras kepada syarikat lain dalam usaha memberikan semula kepada komuniti. Menurut beliau, ia dapat mem-berikan inspirasi kepada syarikat tempatan dan luar negara untuk bukan sahaja menjalankan aktiviti perniagaan bagi penjanaan pen-dapatan tetapi juga terlibat dalam Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR ) secara umum. “Yang paling penting, adalah VEC ini merupakan pusat sehenti untuk pendidikan alam sekitar buat generasi akan datang dan menye-diakan pelbagai modul, pengalaman di lapangan, latihan dan konservasi alam sekitar,” katanya dalam sidang media di Pusat Ekologi Vale ( VEC)

selepas perasmian pusat tersebut di Teluk Batik di sini baru-baru ini. Zahir berkata, pihaknya amat mengkagumi usaha Vale Malaysia dalam menjalankan usahasama bersama beberapa entiti seperti Persatuan Pencinta Alam (MNS), Outward Bound Malaysia (OBM) dan UniKL MIMET dalam usaha memastikan pelan pemeliharaan jangka panjang berjalan dengan konsisten. Menurutnya, menyedari usaha Vale Malaysia dalam mendidik golongan muda, malah melatih su-karelawan Vale dalam jejak berpan-du (guided walk) dan pengurusan alam, kerajaan negeri sedia mem-berikan komitmen dengan berbin-

cang bersama syarikat-syarikat lain untuk sumber tenaga kerja kelak. Katanya, kesediaan Vale untuk memelihara 60 peratus daripada hu-tan di sekitar hilir Manjung merupa-kan satu bukti mereka memberikan komitmen mengenai kepentingan alam buat generasi masa depan, malah mendukung tema utama kera-jaan negeri iaitu “balance and sus-tainability”. Sebelum itu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Vale Malaysia Sdn Bhd dan MNS yang diwakili oleh Efrem Daumas, Pengarah Urusan Vale Malaysia dan Setiausaha Kehormat MNS, Stephanie Bacon.

Pusat Ekologi Vale Jadi Contoh

IPOH - Kerajaan menggunakan pendekatan bersepadu yang meli-batkan pelbagai agensi bagi mem-bantu mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata, antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Menurut beliau, banjir kilat se-jak kebelakangan ini adalah dis-ebabkan perubahan monson yang membawa hujan lebat luar biasa. “Ia bukan sahaja berlaku di Ipoh, malah di seluruh negeri, termasuk di kawasan saya Sungai Manik,” katanya kepada pemberita ketika melawat dua pusat pemindahan banjir di Taman Hock Aun, Jalan Kuala Kangsar di sini baru-baru ini. Zainol memberitahu, langkah jangka pendek akan diambil untuk membantu mangsa-mangsa banjir itu.

Katanya, antara langkah jangka pendek ialah menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka di samping memastikan kebajikan mereka, seperti makan minum, sentiasa dijaga. Bagi langkah penyelesaian jang-ka panjang pula, ujarnya, tindakan komprehensif perlu diambil den-gan mengambil kira pandangan daripada semua pihak, termasuk agensi dan jabatan yang berkaitan. Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak berkuasa seperti JPS dan PBT untuk memantau keadaan sungai, longkang dan saliran yang terdapat di seluruh negeri bagi memastikan tiada halangan yang boleh menyebabkan banjir kilat. Mengenai keluhan penduduk yang menduduki rezab sungai di Kampung Hock Aun, Zainol men-jelaskan, kerajaan telah bersetuju untuk membina rumah PPRT di kawasan itu yang akan dimajukan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI).

Pendekatan Bersepadu Atasi Banjir Kilat

TAPAH - Selepas melancarkan penubuhan koperasi Majlis Belia Daerah (MBD), Perak meneruskan langkah proaktif untuk mem-perkasakan gerakan koperasi di negeri ini den-gan penubuhan koperasi kariah masjid. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil, YB Dato’ Samsudin Abu Hassan berkata, buat masa ini terdapat 686 buah masjid di seluruh negeri ini. Menurut beliau, penubuhan koperasi itu juga selaras dengan titah DYMM Sultan Perak,

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahu-kan koperasi dijadikan salah satu platform un-tuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Dalam masa yang sama, ujarnya, kerajaan negeri juga mahu koperasi yang ditubuhkan itu turut mengambil kira penglibatan golongan muda sebagai ahli lembaga pengarah, sebagai langkah peremajaan koperasi di negeri ini. “Kita juga hendak supaya golongan muda, rakan muda masjid terlibat secara total dalam penubuhan koperasi kariah ini kerana mereka mempunyai kemahiran dalam berkoperasi

yang diperolehi samada di sekolah menengah, kolej atau universiti,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan penubuhan Koperasi Pembangunan Halal Kariah-Kariah Masjid Daerah Tapah (KEPAH) Berhad di Dewan Merdeka Tapah baru-baru ini. Samsudin memberitahu, kerajaan neg-eri akan menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membantu mem-perkasakan lagi lebih 1,248 buah koperasi di Perak, khususnya untuk meningkatkan 50 peratus daripada 1,055 koperasi dalam kluster

mikro kepada kluster kecil. Dalam pada itu, Samsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning mem-beritahu, daerah Batang Padang sahaja mem-punyai 108 buah koperasi dengan keahlian 44,154 ahli, RM16.9 juta modal berbayar dan RM57 juta aset. Lebih membanggakan, kata beliau, dari-pada 16 koperasi besar di Perak yang mem-punyai modal berbayar lebih RM5 juta, empat daripadanya berada di dalam daerah Batang Padang.

IPOH - Keputusan peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2015 mencatatkan peningkatan se-banyak 0.11 peratus berbanding keputusan tahun 2014. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, Sekolah Rendah Agama Rakyat An Nur, Kampung Bahagia, Teluk Intan muncul sebagai sekolah terbaik. Menurut beliau, Sarah Asyiqin Sa’azhar dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Taufiqiah, Klebang Jaya, Ipoh pula muncul se-bagai terbaik dengan memperolehi markah tertinggi keseluruhannya. “Berdasarkan perbandingan gred

purata pencapaian mengikut dae-rah, maka pencapaian terbaik adalah Daerah Parit Buntar dengan gred purata keseluruhan 1.7,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini baru-baru ini. SRIA adalah peperiksaan yang di-adakan bagi pelajar tahun 6, selepas mereka menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ketika di ta-hun 5. Drs Nizar memberitahu, seramai 10,479 calon hadir dan menduduki peperiksaan SRAI di 247 pusat pe-periksaan di seluruh negeri. Menurutnya, secara keseluruhan-nya, keputusan tahun ini mencatat-

kan Gred Purata Keseluruhan Mata Pelajaran 1.88, berbanding 1.99 keputusan SRAI tahun 2014. Beliau menambah, jumlah pelajar yang mencapai keputusan tertinggi iaitu memperolehi A dalam semua mata pelajaraan seramai 1,185 orang atau 11.27 peratus, meningkat 4.94 peratus berbanding 658 pelajar ta-hun lalu. Lima mata pelajaran itu ialah Lughotul Quran, Akhlak dan Sirah, Al-Quran dan Tajwid, Tulisan Jawi dan Khat serta Tauhid dan Feqah. Drs Nizar berkata, seramai 1,685 pelajar mendapat 4A; 1,626 orang memperolehi 3A; 1,601 2A dan 1,840 mendapat 1A.

Perak Tubuh Koperasi Kariah Masjid

Keputusan SRAI 2015 Meningkat

Mohammad Zahir menunjukka tanda bagus selepas merasmikan Pusat Ekologi Vale di Lumut.

Zainol meneliti pelan cadangan projek pembangunan rumah PPRT dI Kampung Hock Aun, Ipoh.

Page 19: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

19SEMASAEdisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Inilah hari penentu. Mungkin itu yang berlegar di minda seramai 440, 682 calon Tingkatan Lima pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia dan sejujurnya, itulah yang bermain di benak fi kiran kita sebelum ini. Kita juga pernah melalui pengalaman tersebut, satu ketika dahulu. Rakyat Malaysia rata-ratanya dibesarkan dengan satu kegerunan yang ditanam ibubapa kita iaitu - mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR atau SPM. Antara kesemuanya, SPM menjadi titik penentu peringkat persekolahan. Justeru, tidak hairanlah ramai ibubapa mengambil langkah awal dengan memasukkan anak mereka ke dalam pusat tuisyen “terbaik”, mengupah tutor peribadi yang terhebat, membelanjakan wang untuk mendapatkan buku rujukan “berkualiti tinggi” dan secara keseluruhannya sanggup melakukan apa sahaja pendekatan bagi memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan “straight-A” demi masa depan yang terjamin. Seringkali ibubapa yang gelisah dan mengingatkan anak supaya membawa balik keputusan cemerlang. Tanpa keputusan cemerlang mereka bimbang:-

1. Anak tidak layak menerima biasiswa

2. Anak tidak dapat mendaftarkan diri di university, apatah lagi sebuah universiti terkemuka

3. Anak tidak akan memperolehi pekerjaan

4. Anak tidak dapat gaji lumayan setiap bulan sekalipun ada pekerjaan

5. Dan secara kesimpulannya, itulah titik akhir kehidupan anda.

Mungkin semua ini kedengaran agak dramatik, namun saya percaya ada di kalangan kita yang pernah melalui situasi sebegini bersama ibubapa anda. Saya sendiri pernah menduduki peperiksaan SPM dalam aliran Sains pada tahun 2006, melalui fasa tersebut dan lulus dalam semua mata pelajaran dan memasuki Universiti Utara Malaysia, menggenggam segulung ijazah dalam bidang Perniagaan dan hari ini, saya adalah seorang wartawan. Kerjaya saya kini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan subjek Matematik Tambahan atau buku-buku perniagaan yang saya telaah, tapi saya tetap berpuas hati. Senario ini sudah biasa kedengaran, bukan? Sememangnya apabila kita berbincang mengenai soal pendidikan, tidak dinafi kan harapan ibubapa di Malaysia amat tinggi kerana semuanya menginginkan yang terbaik daripada anak masing-masing. Tapi bila kita imbau kembali dan sekiranya kita diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan itu semula dengan tekanan dan kerisauan yang lebih rendah, kita mungkin akan melihat SPM dari sudut berbeza- bahawa ianya bukanlah seteruk yang disangka. Walaupun kebanyakan mereka yang cemerlang mendapat biasiswa dan dapat belajar di universiti terkemuka, namun mereka yang memperoleh keputusan yang sederhana juga sebenarnya tidak jauh ketinggalan. Mereka masih berpeluang mendapat tempat di

universiti, mendapat pekerjaan, memperoleh gaji, serta hidup dalam keadaan selesa dan gembira. Justeru,bagi meringankan suasana takut dan tekanan golongan ibubapa yang masih gelisah mengenai masa depan anak-anak mereka yang sedang menduduki SPM pada tahun ini, dan juga khusus buat kesemua calon yang sibuk mentelaah dalam tempoh mencabar ini, saya telah menemubual beberapa individu berjaya dan dilihat dapat memberi inspirasi kepada semua. Mereka telah membincangkan bahawa SPM itu adalah penting namun keputusan sederhana dan kegagalan dalam peperiksaan umum itu bukanlah titik akhir bagi segalanya dalam kehidupan.

Cerita Disebalik kejayaan ahli perniagaan terkenal Dalam sesi temuramah bersama Dato’ Calvin Khiu Fu Siang, 34, yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan MK Curtain Group,beliau telah berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya dalam bidang perniagaan walaupun hanya mempunyai taraf pendidikan di peringkat SPM sahaja. Dato’ Calvin adalah seorang usahawan yang bermula dari peringkat bawah. Komitmen, dedikasi dan wawasan peribadinya untuk memajukan perniagaannya telah menjadikan beliau berjaya pada hari ini. Individu yang telah menerima pelbagai anugerah serta pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini, memulakan kisahnya dengan berkongsi latar belakang keluarga dan taraf pendidikan beliau. “Saya bukanlah seorang yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan dibesarkan dalam serba kekurangan. Seawal usia 12 tahun, saya terpaksa menanggung beban kesulitan kewangan yang dihadapi oleh keluarga dan menyebabkan saya terpaksa bekerja sebagai penjaja, budak penghantar barang malah seorang jurujual. Disebabkan itu juga, saya tidak melanjutkan pengajian sebaik sahaja tamat sekolah menengah,”katanya. Ditanya mengenai falsafah pendidikan dan kepentingannya dalam kehidupan,beliau menambah: Dalam era hari ini, jika anda bertanyakan kepada saya samada pendidikan itu penting atau tidak, saya pasti akan mengatakan ya. Ini adalah kerana pendidikan membentuk kita dan meluaskan perspektif kita. Malah, ianya adalah tiket bagi kepada mencapai tahap lebih tnggi dalam kehidupan kerana ianya memberikan anda pengalaman tersendiri. Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian, ianya bukanlah pengakhiran bagi kehidupan ini kerana setiap orang mempunyai defi nisi berbeza bagi istilah “kejayaan” ini,”ujarnya. “Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah saya boleh berjaya hanya dengan sekeping sijil SPM. Terus-terang, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup. Saya akui saya tidak mempunyai taraf pendidikan tinggi, tidak seperti usahawan berjaya dan peneraju dalam bidang perniagaan di luar sana, tapi saya yakin apa yang membawa saya kepada siapa saya hari ini adalah

semangat untuk terus belajar yang tidak pernah padam. “ Pada masa lapang, saya akan pastikan ianya terisi dengan membaca biograpfi individu berjaya, menghadiri ceramah motivasi serta seminar penambahbaikan diri. Kesemua usaha kecil inilah yang menjadikan siapa saya pada hari ini,”ujarnya. Beliau kemudiannya memberikan pandangan mengenai anak muda zaman ini. “Semua menginginkan kehidupan serba berjaya tetapi berdasarkan apa yang saya lihat pada hari ini, kebanyakan mereka berfi kiran

negatif, mempunyai masalah dari segi sikap dan adakalanya tidak realisitik terhadap impian masing-masing. “Mereka mahukan keputusan yang cepat namun tidak mahu meletakkan usaha lebih. Malah, mereka bersifat panas baran dan tidak bijak mengawal emosi. Berdasarkan pemerhatian saya, inilah kelemahan yang dihadapi golongan muda hari ini,”jelasnya. Kesungguhan Dato’ Calvin sepanjang penglibatannya dalam bidang perniagaan telah mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah. Antaranya adalah The Inspiring Top 10 Young Malaysian Millionaires, 2015 Malaysia Best Overall Golden Entrepreneur, Ernst & Young Entrepreneur of the Year Award (Emerging Entrepreneur 2014), JCI Creative Young Entrepreneur Award 2014, Nanyang Golden Eagle Award – Malaysia 100 Excellent Enterprise 2013 & 201 dan banyak lagi. “Pesan saya kepada orang muda yang ingin berjaya, jangan berdiam diri dan teruskan menimba ilmu. Sentiasalah rebut peluang yang ada dan ciptalah sebuah kerjaya daripada sesuatu yang anda minati. Jangan mudah berkecil hati kerana anda perlu bermula daripada bawah dan perlahan-lahan mendaki ke atas,”nasihat Datuk Calvin.

Dilema Usahawan Muda: Pendidikan vs Pengalaman KerjaKeputusan SPM yang cemerlang bermakna peta kehidupan anda selepas itu akan menjadi lebih mudah, namun tiada siapa yang dapat menjamin bahawa ianya akan terus menjadi perjalanan indah bermula dari situ. Ini adalah masanya di mana pengalaman akan membantu anda, dan seringkali menjadi bahan perdebatan di antara pekerja. Bolehkah pengalaman

menggantikan kekurangan tahap pendidikan, atau adakah pendidikan dapat memberikan sesuatu yang sebaliknya? Manakah yang lebih berharga? Ro’ain Abdul Rahim yang merupakan seorang jurumekap bebas dari Baling,Kedah berkongsi pendapat beliau bersama pembaca. Wanita berusia 26 tahun terpaksa meninggalkan alam persekolahan sewaktu berusia 15 tahun disebabkan masalah kewangan dan seterusnya terpaksa membahagikan masa untuk menyara keluarga dengan bekerja sepenuh masa dan sebagai seorang anak.

“Sebaik sahaja tamat peperiksaan PMR, saya tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk berhenti sekolah berikutan keadaan ekonomi keluarga. Sejak itu, saya telah melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menyara keluarga sehinggalah saya berumur 19 tahun, dan berkahwin. “Saya hanya memulakan syarikat Dewi Jelita Marketing pada dua tahun lepas. Kedua-dua rakan kongsi dan saya menawarkan khidmat professional andaman bagi perkahwinan dan acara-acara lain. “Setakat ini kami mempunyai sekitar 15 sehingga 20 klien dalam masa sebulan dan boleh memperoleh sebanyak RM 10,000 sebulan. “Selain itu,kami turut menawarkan kursus latihan solekan dengan pakej yang berbeza dan adakalanya terlibat dalam perancangan tatarias dan pengurusan perkahwinan klien kami,”kata ibu kepada dua anak ini. Ditanya mengenai samada kecemerlangan akademik merupakan prasyarat dalam kejayaan hidup, dia berpendapat : “Sejujurnya, saya akan mengatakan tidak sekiranya orang bertanyakan kepada saya samada saya menyesal untuk tidak meneruskan pelajaran dalam peringkat lebih tinggi. Walaupun pendidikan itu penting, pada pandangan saya ianya tidak semestinya menjadi pemangkin utama kejayaan. “ Bagaimanapun, ianya terpulang kepada cara kita mendefi nisikan erti pendidikan dan kejayaan. Kalau anda bertanya kepada saya, saya tidak nampak rasionalnya untuk seseorang melanjutkan pengajian sehingga memperoleh PhD tetapi tidak mempunyai sebarang klu dalam pengurusan kewangan, malah ada yang tidak tahu cara untuk mengaplikasikan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian

mereka,”tambahnya. Sementara itu, Muhammad Khairul Nizam Kahar, 19, yang mengusahakan “Brader John Burger” ,sebuah gerai burger yang dikatakan cukup popular di kawasan Damansara Uptown, bersama kedua ibubapanya berkongsi pendapat beliau dalam perkara berkenaan. “Gerai kami beroperasi dari jam 9 malam hingga 4 pagi setiap hari kecuali pada hari Ahad, dan kami menjual sehingga 500 biji burger setiap malam. Saya mula membantu keluarga menguruskan gerai berkenaan sejak Darjah 4 dan memilih untuk melakukannya

untuk menimba pengalaman kerja serta kemahiran hidup, selain untuk berdepan dengan cabaran dunia sedia ada supaya saya lebih bersedia pada masa hadapan,”katanya. “Menjalankan perniagaan dalam bidang makanan adalah amat mencabar terutamanya ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Memenuhi kehendak pelanggan, itulah keutamaan kami. Kerjaya ini telah membantu saya untuk memuaskan hati mereka selain cara berinteraksi dengan baik, dan saya rasa ini adalah pengalaman berguna yang telah saya timba sejak mula berkecimpung beberapa tahun lepas,”katanya lagi. “Saya telah menduduki SPM dan lulus dalam kesemua mata pelajaran dengan keputusan sederhana tetapi minat saya adalah dalam bidang masakan, oleh sebab itulah kini saya melanjutkan pengajian dalam bidang Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan di KBU College. “Saya tidak nafi kan bahawa pendidikan itu penting, tetapi ianya bukanlah satu-satunya kunci kepada kejayaan. Malah, ramai di antara mereka yang berpendidikan tinggi tidak berjaya dalam kehidupan. Prasyarat paling penting untuk menempa kejayaan adalah sikap yang baik, mempunyai banyak pengalaman dan berfi kiran positif dalam kehidupan,”. “ Pada pandangan saya, pendidikan formal sahaja tidak mencukupi bagi seseorang yang mempunyai minat dan impian untuk berjaya dalam kehidupan. Bijak bergaul dalam kehidupan seharian, mempunyai pengalaman kerja adalah faktor paling penting sekiranya anda ingin pergi jauh dalam hidup,”nasihatnya kepada orang muda di luar sana.

Dipetik dari Malaysia Digest

Lulus Cemerlang SPM ─ Adakah tiket untuk berjaya dalam kehidupan?

Ro’ain Abdul Rahim Muhammad Khairul Nizam Kahar

Dato’ Calvin Khiu Fu Siang

Page 20: SUARA PERAK EDISI 01-11-15suaraperak.com/wp-content/uploads/2016/12/1-15-NOV-2015-EDISI-RAKYAT.pdf · SEMASA 3 115 NOV 2015 IPOH - Kegiatan tonto yang menghalang tugas pegawai dan

20 KAMPUNGKU Edisi Rakyat - ( 1-15 ) NOV 2015

Tiada yang pahit, semuanya manis sahaja di sini sesuai dengan suasana sekitarnya yang aman dan damai. Walaupun begitu mungkin nama tempat ini iaitu Kampung Pahit memberi bayangan yang berlainan buat orang luar. Kampung Pahit yang terletak di tengah-tengah antara dua buah pecan iaitu di sebalah selatan Pekan Gerik dan di utaranya Pengkalan Hulu. Pada tahun 1919 iaitu semasa di bawah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, penduduknya membuka pintu sempadan untuk para pedagang dari luar masuk ke Tanah Melayu bagi tujuan berdagang. Dijadikan cerita ia memberikan peluang kepada tiga orang bersaudara iaitu Ben Abu Osman, Omar Abu Osman dan Hamad Abu

Osman untuk berhijrah kerana negara mereka d i Pattani, Thailand sedang bergolak. Mereka datang ke Tanah Melayu

dengan berjalan kaki, dalam perjalanan itu oleh kerana

terlalu letih maka mereka mengambil keputusan untuk berehat di tepi sebatang anak sungai di sebuah kawasan. Kebetulan atas

faktor dahaga yang amat sangat mereka mencedok

air dari sungai tersebut lalu diminum, apa yang menghairankan apabila didapati rasa air tersebut pahit dan tercetuslah idea untuk sama-sama menamakan kampung itu sebagai Kampung Pahit. Kira-kira pada tahun 1960, kerajaan Negeri Perak telah melantik seorang ketua kampung dari kalangan penduduk Kampung Pahit

memandangkan kawasan kampung ini luas terbahagi kepada tiga buah kampung iaitu Kampung Pahit Tengah sebagai kampung induk dan Kampung Pahit Luat sebagai kampung rangkaian. Pada tahun 1990an iaitu semasa negeri Perak diterajui oleh YAB Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, kerajaan negeri Perak telah membuka sebuah penempatan baru di Kampung Pahit Luar yang diberi nama Projek Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) Tun Saban. Ianya merupakan penempatan pertama seumpamanya di daerah Hulu Perak dan menurut sumber sejarah Tun Saban adalah Orang Besar yang menguasai jajahan Hulu Perak pada awal abad kr-16 fan dipercayai anakanda kepada Bendahara Melaka Tun Perak. Beliau merupakan wakil dari negeri Perak yang memohon perkenan Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah supaya salah seorang putera baginda Raja Muzaffar Shah ditabal sebagai Sultan Perak yang pertama. Rentetan daripada itu Kampung Tun Saban telah ditadbir secara berasingan daripada Kampung Pahit dan mempunyai ketua kampungnya sendiri sehingga kini. Dialek pertuturan di sini juga ada setengahnya berbunyi seperti loghat Kelantan memandangkan ia dekat dengan negeri Cik Siti Wan Kembang, namun ada juga yang bertutur dalam loghat utara bersempadan dengan Sungai Petani, Kedah. Berikutan campuran dialek ini, maka bahasa yang digunakan orang di sini lebih dikenali sebagai ‘bahasa Gerik’ . Berikut adalah antara perkataan ‘bahasa Gerik’ dan maksudnya:-- Mu/mung: awak- Mika: kamu- Dema: mereka- Gena/begeno:kenapa- Tahok/thok: buang- Mapoh gi/betey gi: biarkan- Wakpo: kenapa

- Tubek: keluar- Handah: berlaga, berlanggar, hentam- Beghekey: bersusun, beratur- Duik: duit- Semamak/seghabuk peghok: rimas- Mugheh: marah- Manih leting: taramat manis- Hitam leting: teramat manis- Hitam poghong: hitam legam- Meghah bejetek: merah menyala- Tebolah/nana: tak cermat, tak beradab- Hakek: angkat- Hakok: alihkan ke tempat lain- Kenaling: tak sedap badan- Maseng kiak: teramat masin- Air way: air sungai- Tepek: lempeng- Setek bughung: lastik burung- Damuh: kotor- Gatek/tek : sama atau juga- Tina hangik: perempuan buas/nakal- Deh: digunakan di hujung ayat- Mokoh: muka kawal malu- Habih licing: tiada apa yang tinggal- Cokoh: masih melepas lagi- Sutey: sebutir- Nusuk: menyorok- Peghati molek: tengok betul-betul- Betambong: terlalu banyak

Fakta Tentang GerikGerik terletak kira-kira 146 km dari Ipoh dan 102 km dari kuala kangsar. Terletak bersempadan dengan Jeli di bahagian Pantai Timur yang jaraknya lebih kurang 115 km. Pekan-pekan berhampiran antaranya Lenggong 55km dan Baling,Kedah 57 km. Keunikannya ialah dikelilingi hutan tebal yg masih tidak terusik lagi.Gerik merupakan ‘ibu daerah’ bagi daerah hulu perak yang merangkumi Hutan Belum, Lenggong dan Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Kedah. Daerah ini mempunyai 2 kawasan Parlimen iaitu Lenggong dan Gerik serta mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

aman dan damai. Walaupun begitu mungkin nama tempat ini iaitu Kampung Pahit memberi bayangan yang berlainan

Kampung Pahit yang terletak di tengah-tengah antara dua buah pecan iaitu di sebalah selatan

Pada tahun 1919 iaitu semasa di bawah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu,

Pattani, Thailand sedang bergolak.Mereka datang ke Tanah Melayu dengan berjalan kaki, dalam

perjalanan itu oleh kerana terlalu letih maka mereka

untuk berehat di tepi sebatang anak sungai di sebuah kawasan. Kebetulan atas

faktor dahaga yang amat sangat mereka mencedok

Pengalaman Manis di Kampung Pahit

Salah satu kemudahan yang disediakan untuk pengunjung mengambil gambar.

Keadaan jalan raya yang baik menghala ke Kampung Pahit.

Papan tanda Kampung Pahit di Hulu Perak.

Asal nama daripada air sungai yang pahit