suami tiba-tiba alim

7
Suami tiba-tiba 'alim' Gara-gara salah tafsiran, maka amalan ibadat dibuat semberono BERSAMA NORAZMAN AMAT 16 April 2015 12:31 PM ISLAM itu mudah dan indah tetapi mestilah dicari ilmu yang benar dan bermanfaat. - Gambar hiasan DILUAH mati emak, ditelan mati bapa. Perumpamaan yang sering berlaku apabila timbulnya delima untuk sesuatu perkara. Apatah lagi dalam kisah minggu ini, persoalan yang dihadapi oleh si

Upload: azlanamirazhim

Post on 24-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Suami tiba-tiba 'alim'Gara-gara salah tafsiran, maka amalan ibadat dibuat semberonoBERSAMA NORAZMAN AMAT16 April 2015 12:31 PM

ISLAM itu mudah dan indah tetapi mestilah dicari ilmu yang benar dan bermanfaat. - Gambar hiasan

DILUAH mati emak, ditelan mati bapa. Perumpamaan yang sering berlaku apabila timbulnya delima untuk sesuatu perkara. Apatah lagi dalam kisah minggu ini, persoalan yang dihadapi oleh si isteri amat berat iaitu apabila ia melibatkan soal hukum-hakam agama. Sebagai isteri, dia bertanggungjawab menegur suami apabila yang dilihat dan didengar itu ada yang tidak kena dengan kebenarannya.Ditambah pula dengan peranan seorang isteri antaranya memastikan tindakan suami mengikut peraturan lebih-lebih lagi dalam soal agama. Bukanlah bermakna teguran isteri itu menunjukkan isteri lebih tahu daripada suami dalam semua perkara. Tetapi tanggungjawab menegur kesilapan itu terletak di bahu setiap umat Islam termasuklah dalam hubungan suami isteri.Sayidina Ali ra pernah berkata: Susah sekali melakukan kebaikan pada empat keadaan:1. Memberi maaf ketika marah.2. Bersedekah ketika kesempitan.3. Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.4. Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.Sementara itu, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Katakan yang benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yang mencerca. (riwayat al-Baihaqi)Pesanan Nabi SAW serta kata-kata Sayidina Ali ini menggambarkan betapa pentingnya menegur untuk perkara yang hak walaupun pahit untuk diterima oleh orang yang mendengar. Apa yang ditegur mungkin berbeza dengan pendapat dan pandangan kita, namun jika ia sememangnya perkara yang perlu diperbetulkan, sudah pasti penerimaan dengan hati yang terbuka adalah amat perlu sekali.Perlu dimaklumi, tidak salah untuk berbeza pandangan atau pendapat, bahkan Islam juga menggalakkannya. Namun apabila ia berkait soal akidah dan ibadah, tiada kompromi terhadapnya. Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil.Tidak dinafikan, kerana sikap dan perangai manusia itu berbeza-beza, maka ada yang kurang senang andai ditegur. Bahkan melihat setiap teguran yang dilontarkan kepadanya sebagai mencabar egonya. Justeru dalam rumah tangga, sikap ego yang tidak berasas perlu dielakkan.Sebaliknya sentiasalah mendidik diri agar bersikap terbuka dan tidak melenting kerana ia akan memudahkan sesuatu perkara untuk difahami. Apabila adanya sikap mudah berbincang, tenang dalam mendengar pandangan dan pendapat orang lain, sesuatu perkara itu akan menjadi lebih baik.Sebagai contoh apabila seorang isteri menyatakan pandangannya tentang sesuatu perkara, sikap mendengar dan tidak menolak mentah-mentah setiap yang dikatakan oleh si isteri, menunjukkan sikap suami yang baik. Demikian juga isteri apabila wujudnya teguran daripada suami terimalah dengan hati yang lapang dan fikiran yang tenang.Namun awas! apabila persepsi dan tanggapan yang dibuat berdasarkan pemikiran dan perasaan satu pihak sahaja ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati malah mengeruhkan keadaan.Dalam hal ini, suami isteri harus menjadikan setiap perkara itu mudah untuk difahami dan diterjemahkan dengan akal serta fikiran yang tidak menyusahkan mana-mana pihak.Kedua-dua belah pihak harus memahami apabila datangnya teguran daripada pasangan, itu tandanya dia prihatin dan ambil berat perihal pasangannya. Pasangan seharusnya berterima kasih kerana keadaan ini boleh menyelamatkan rumah tangga yang dibina.Namun ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Ramai yang lebih suka mengambil pendekatan negatif berbanding positif. Justeru, terbukalah segala ruang kelemahan yang ada pada setiap diri pasangan. Sekali gus ia bukan sahaja tidak dapat membetulkan kesilapan yang dilakukan sebaliknya perkara yang lebih buruk daripada itu juga turut terjadi!Dalam hal ini, akal yang waras serta pertimbangan perasaan yang seimbang menjadi syarat penting untuk mengawal diri agar tidak berlaku keadaan yang boleh merosakkan. Oleh yang demikian, suami dan isteri bukanlah bersaing untuk menegakkan pendapat masing-masing tetapi berganding bersama mencari persetujuan dan titik persamaan untuk mencapai satu keputusan yang akhirnya memberi kebaikan kepada kedua pihak.RUNSING hati Milah dibuatnya. Suaminya tiba-tiba berubah secara mendadak. Dulu taklah begitu, tapi sekarang lagaknya lebih alim daripada tok imam masjid. Silap sedikit diherdiknya Milah bagai orang bodoh. Seolah-olah Milah tak tahu langsung soal agama. Sejahil-jahil Milah, bab-bab ibadah, tidak pernah diabaikan.Berbeza dengan Mail, solat pun selalu tuang. Bila ditegur suruh melakukannya, Milah pula dimarahinya. Mail pernah berkata kepada Milah: Kalau aku mati pun, aku yang kena seksa. Bukannya engkau. Suka hati akulah, nak buat ke tidak.Kalau kau rasa kau dah alim sangat, kau buatlah. Aku tak larang tapi jangan sesekali tegur aku lagi, ugut Mail pada Milah.Tapi hati isteri mana yang akan tenang apabila melihat sikap suaminya yang tidak pernah berubah walhal umur semakin menginjak. Daripada awal perkahwinan sehinggalah usia mencecah 50 tahun, Mail tetap begitu. Buat bila dia mahu, tak buat kalau tak mahu.Bukan bab solat sahaja, bahkan puasa pun begitu. Termasuklah juga soal bayar zakat. Apabila ditanya sudah bayar zakat ke belum, dengan marah-marah dia akan berkata, Itu kerja aku. Kau tak payah sibuk-sibuk!Bagaimanapun, kerana sayangkan Mail, Milah berterusan menegur suaminya. Biarlah kena marah, diherdik dan ditengking, Milah akan tetap melakukannya. Siang malam Milah berdoa, agar suaminya berubah. Milah turut berdoa, agar dilapangkan dada Mail untuk menerima hidayah Allah SWT.Kini, apa yang Milah mahu, termakbul. Sejak ada imam baharu di kampung tersebut, Mail sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Tapi perubahan Mail menggusarkan Milah. Lain benar amalannya, getus hati kecil Milah.Milah pernah mengintai Mail ketika dia melakukan solat. Tak serupa macam mana biasa orang melakukannya. Bila ditanya, mudah sahaja jawab Mail: Islam itu mudah. Islam tak bebankan umat-umat-Nya. Jadi kita lakukan mengikut kemampuan kita. Kalau kita mampu untuk buat satu rakaat, maka satu rakaat sahajalah. Janganlah dipaksa-paksa kerana Islam itu tidak pernah memaksa umat-umatnya.Terkejut Milah mendengar jawapan yang diberikan oleh suaminya. Apa dah gila ke orang tua ni, sekali lagi hati Milah berkata-kata.Kepada tok imam Milah mengadu. Perangai pelik suaminya memahami ajaran Islam benar-benar membuatkan hati dan fikiran Milah runsing. Apabila ditegur, Mail marah-marah. Katanya pula, Milah apa tahu. Selama ini tunggang-tonggek mengerjakan solat, solat yang dilakukan tidak sah! Banyak lagi amalan Milah yang dianggap tidak betul di mata Mail. Dalam banyak perkara, Milah juga disalahkannya.Bahkan Mail pernah mengugutnya, sekali lagi Milah menegurnya, dia akan diceraikannya. Tidak keruan Milah dibuatnya. Dah buang tabiat ke suami aku ni, soal Milah dalam diam.