student handbook - fba.unisel.edu.myfba.unisel.edu.my/wp-content/uploads/2017/09/2017-9... · a-...

10
STUDENT HANDBOOK Faculty of Business and Accountancy Universiti Selangor Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan MALAYSIA NAME: STUDENT ID: PROGRAM:

Upload: ngonhi

Post on 03-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

STUDENT HANDBOOK

Faculty of Business and Accountancy Universiti Selangor Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

NAME:

STUDENT ID:

PROGRAM:

A- SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PELAJAR BAGI MENERUSKAN PENGAJIAN

No. Perkara Tindakan Semak

1. Pengiraan Kos Pengajian

Perkara pertama yang perlu diketahui pelajar adalah berkenaan yuran bagi setiap matapelajaran.

Yuran adalah berbeza mengikut matapelajaran, pelajar boleh menyemak senarai penuh harga bayaran bagi 1 matapelajaran di Pejabat Kewangan. (0355223544 / 0355223558) (Berdasarkan kesesuaian) Tertakluk kepada perubahan dan pindaan Universiti.

Yuran pengajian setiap semester WAJIB dibayar sebelum peperiksaan akhir bermula untuk mengambil/mencetak slip menduduki peperiksaan akhir. Slip peperiksaan boleh dicetak melalui Portal Pelajar kecuali pelajar yang lewat membuat pembayaran terus rujuk ke Pejabat Bendahari.

2. i-Daftar (daftar diri)

Proses i-Daftar perlu dilakukan bagi pendaftaran semester baru/berikutnya selepas pelajar mendapat keputusan peperiksaan akhir melalui Portal Pelajar. PERKARA INI SANGAT PENTING SEBELUM SEMESTER BARU BERMULA.

i-Daftar berfungsi untuk mengaktifkan status pelajar dan mendaftar kursus bagi semester tersebut.

Kelewatan membuat i-Daftar akan mengakibatkan status pelajar absent dimana pelajar tidak boleh memasuki kuliah dan menduduki peperiksaan. Pelajar juga berisiko ditukarkan kepada status terminated setelah beberapa minggu berstatus absent.

Sila rujuk dengan segera kepada Pejabat Kewangan jika lewat membuat i-Daftar. Pelajar Semasa yang lewat Daftar Diri akan dikenakan denda. Kegagalan untuk membuat i-daftar akan menyebabkan pelajar tidak boleh memasuki kuliah dan menduduki peperiksaan.

Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran (outstanding), pelajar tidak dapat membuat proses i-Daftar. Sila jelaskan tunggakan sebelum membuat i-Daftar.

Pelajar hendaklah membuat pembayaran i-Daftar sebanyak (RM230/RM250 – tertakluk kepada perubahan dan pindaan Universiti) di salah satu bank yang dinyatakan di bawah: Bank Islam No. Akaun : 12038010051888 (Universiti Selangor) CIMB (melalui Perbankan Internet – Bill Payment) No. Akaun :

Universiti Selangor MAYBANK No. Akaun : 562218201117 (Pendidikan Industri YS Sdn

Bhd / Universiti Industri Selangor)

i) secara online (sila rujuk panduan pada website UNISEL cara pembayaran secara online), atau

ii) di cawangan bank (pembayaran di kaunter), iii) atau terus ke pejabat bendahari UNISEL Shah Alam.

Pelajar akan mendapat no pin bagi tujuan aktifkan diri pada student portal & pendaftaran kursus (no resit pembayaran adalah no pin yg perlu pelajar masukkan semasa mendaftar secara online). (SILA RUJUK PANDUAN STUDY PLAN BAGI PENDAFTARAN KURSUS/SUBJEK YANG DIBERI OLEH KETUA PROGRAM SEMASA SEMESTER 1). Pendaftaran ini perlu dilakukan secara online melalui http://estudent.unisel.edu.my/ (Portal Pelajar). Sila cetak salinan pendaftaran kursus sebagai bukti pendaftaran.

3.

Tambah dan gugur matapelajaran

Bagi pelajar yang ingin menambah atau menggugurkan kursus, sila rujuk tarikh di Portal Pelajar bagi membolehkan pelajar berbuat demikian secara online.

Pelajar dibenarkan Tambah Kursus sehingga minggu kedua bagi Semester Panjang dan minggu pertama bagi Semester Pendek.

Tambah kursus tertakluk kepada jumlah kredit yang dibenarkan.

Borang boleh diisi secara manual sekirannya dibenarkan dan borang add and drop boleh diperolehi dari Pejabat Pentadbiran Fakulti Perniagaan & Perakaunan. Bayaran denda akan dikenakan sekiranya pelajar melepasi tempoh add and drop yang dibenarkan.

4. Tukar Program dan Berhenti Pengajian

Pelajar perlu mendapatkan khidmat nasihat Ketua Program sebelum membuat tindakan ini.

Pelajar yang ingin menukar program haruslah mengisi borang Pertukararan Program dalam tempoh dibuat dalam tempoh minggu pertama kuliah.

Kedudukan akademik pelajar bagi program terdahulu adalah tidak dalam Kedudukan Gagal (KG).

Bayaran proses pertukaran program adalah RM100.00 bagi pelajar tempatan dan RM1,000.00 bagi pelajar antarabangsa.

Pelajar hendaklah memenuhi syarat kemasukan bagi program yang dipohon. Pelajar yang telah diluluskan untuk pertukaran program perlu mendaftar seperti pelajar baharu.

Pelajar yang ingin berhenti pengajian juga perlu mengisi Borang Berhenti Pengajian sebelum meninggalkan UNISEL.

Semua borang boleh diperolehi di Unit Rekod dan Pejabat Pentadbiran Fakulti Perniagaan & Perakaunan.

Pelajar perlu melengkapkan borang dan menghantar borang ke Pejabat Pentadbiran Fakulti Perniagaan & Perakaunan untuk pengesahan dan seterusnya borang perlu dihantar ke Unit Rekod untuk dikemaskini.

5. Tangguh Pengajian

Bagi pelajar yang ingin menangguh pengajian pula haruslah mengisi borang Penangguhan Pengajian dan hendaklah dihantar 2 minggu sebelum peperiksaan.

Bayaran proses sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan

Permohonan Tangguh perlu dilakukan dalam semester semasa atau semester sebelum

Tempoh akhir permohonan Tangguh adalah pada minggu kesembilan kuliah bagi semester panjang dan minggu kelima kuliah bagi semester pendek.

Tangguh Pengajian hanya boleh diluluskan sebanyak dua (2) semester sepanjang tempoh pengajian tertakluk kepada kelulusan Universiti.

Pelajar yang telah mencapai tempoh pengajian maksimum tetapi belum bergraduat perlulah mengikuti struktur program terkini sebelum tamat pengajian tertakluk pada kelulusan Senat.

Carta alir proses tangguh pengajian

PROSES TANGGUH PENGAJIAN

Ambil borang di Unit Rekod

Isi Borang

Ke Pejabat Kewangan dan bayar RM 50

Hantar Borang ke Pejabat Pentadbiran FBA

(Dapatkan Tandatangan Timbalan Dekan HEP)

Hantar Borang yang lengkap ke Unit Rekod

*Buat satu salinan dan hantar kepada Ketua Program anda

6. Pemindahan Kredit

Pelajar boleh memohon Pemindahan Kredit bagi memindahkan kredit kursus yang telah diikuti sewaktu program terdahulu ke program semasa dalam tempoh TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.

Jumlah kredit, gred dan nilai gred bagi kursus yang dipindahkan dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit bergraduat bagi program semasa.

Pemindahan kredit boleh dilakukan dalam dua kategori seperti berikut:

i) Vertical iaitu Pemindahan Kredit dari peringkat pengajian yang

rendah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti dari

diploma ke sarjana muda;

ii) Horizontal iaitu Pemindahan Kredit dari program di peringkat

pengajian yang sama seperti dari diploma ke diploma dan sarjana

muda ke sarjana muda

Syarat-syarat Pemindahan Kredit:- i) Kedudukan akademik pelajar bagi program terdahulu adalah tidak

dalam Kedudukan Gagal (KG); ii) Kesetaraan kurikulum antara kursus yang hendak diberi

Pemindahan Kredit dan kursus yang dibuat perbandingan hendaklah sekurang-kurangnya 80%;

iii) Kursus yang dibuat perbandingan perlu mencapai sekurang-kurangnya gred C+ dengan nilai gred 2.50;

iv) Jumlah kredit kursus yang dibuat perbandingan mestilah setara atau lebih tinggi daripada kursus yang hendak diberi Pemindahan Kredit;

v) Kursus yang dibuat perbandingan mestilah daripada program yang mendapat akreditasi;

vi) Kelayakan akademik yang boleh dipertimbangkan mestilah tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh tamat pengajian;

Semua kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain Fakulti dan diperakukan oleh Senat.

Setiap kursus yang dipohon untuk diberi Pemindahan Kredit akan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00.

7. Rayuan Meneruskan Pengajian

Pelajar dalam Kedudukan Gagal (KG) boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Akademik Universiti melalui Fakulti bermula selepas Mesyuarat Senat sehingga hari ketiga minggu pertama kuliah.

Lembaga Akademik Fakulti mempunyai bidang kuasa memberi pertimbangan dan kelulusan kepada pelajar tahun pertama (1) semester pertama (1) yang berada dalam Kedudukan Gagal (KG) dan memperolehi HPNG 1.50 - 1.69 untuk meneruskan pengajian.

Pelajar Semasa yang berstatus Diberhentikan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Akademik Universiti melalui Fakulti bermula selepas Mesyuarat Senat sehingga hari ketiga minggu pertama kuliah.

Pelajar yang lulus dalam rayuan akan dikenakan syarat-syarat berikut :

i) Bagi semester panjang, tempoh Daftar Diri adalah selewat-lewatnya pada minggu kedua (2) kuliah semester semasa;

ii) Bagi semester pendek, pelajar diberi status Tangguh Pengajian secara automatik

Pelajar yang gagal dalam rayuan akan diberi status Diberhentikan

8. Borang Audit Melengkapkan borang audit semasa semester akhir di UNISEL (digalakkan menghantar sebelum minggu ke 2 peperiksaan akhir berlangsung) . Borang boleh diperolehi dari Pejabat Pentadbiran Fakulti atau muat turun dari website Fakulti Perniagaan & Perakaunan.

Pelajar harus mengisi borang dengan lengkap dan kepilkan bersama salinan SPM. Untuk pelajar ISM, sila kepilkan bersama salinan SPM dan MUET dan STPM (Sekiranya ada).

Pelajar perlu lulus kesemua kursus yang ditawarkan mengikut klasifikasi kursus & memperolehi jam kredit yang mencukupi (SILA RUJUK STUDY PLAN). Sekiranya ada kursus yang gagal dan belum diulang, pelajar tidak layak bergraduat.

Keputusan layak bergraduat adalah dengan CGPA:2.00 dengan syarat kesemua kursus adalah lulus.

9. Transkrip Apabila status pelajar adalah bergraduat/ Graduated dan tidak mempunyai tunggakkan yuran adalah layak mendapatkan mini transkrip sebelum Istiadat Konvokesyen berlangsung.

Pelajar boleh mencetak Mini Transkrip melalui system eStudent http://estudent.unisel.edu.my.

Transkrip rasmi hanya diserahkan kepada pelajar selepas istiadat konvokesyen. Makluman mengenai konvokesyen boleh diperolehi melalui website UNISEL.

Surat Tamat Pengajian boleh diperolehi melalui student portal dan cop pengesahan boleh didapati di Pejabat Dekan Fakulti Perniagaan & Perakaunan jika status pelajar bergraduat sahaja.

10. Perkara perkara lain

Jika pelajar tidak mendapat kredit di dalam Bahasa Melayu (SPM) pelajar wajib mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A (MPU2213) bagi pelajar Diploma dan Bahasa Kebangsaan A (MPU 3212) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar yang mendapat kredit dalam Bahasa Melayu (SPM), perlu mengambil kursus sepeti di bawah:

i) Asas asas Al-Quran (MPU2233) atau Kemahiran Kepimpinan

(MPU2223) bergantung kepada penawaran kursus bagi pelajar Diploma.

ii) Kemahiran Kerja Sosial (MPU 3222) atau Kemahiran Al-Quran 2 (MPU 3232) bergantung kepada penawaran kursus bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Bagi kursus MPU yang ditawarkan oleh CDFS, pelajar wajib melengkapkan kesemua kursus MPU1-MPU4 dengan kelulusan gred C. Bagi kursus MPU3-MPU4, pilihan pelajar adalah bergantung kepada penawaran kursus.

Pelajar hendaklah mematuhi kursus pra syarat seperti yang tercatat di dalam study plan.

Pengkelasan ijazah:

Kelas Kepujian Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG)

Pertama 3.60 - 4.00

Kedua (Tinggi) 3.00 - 3.59

Kedua (Rendah) 2.00 - 2.99

Kedudukan akademik pelajar:

Kedudukan HPNG Keterangan

Cemerlang (KC) 3.60 dan ke atas (HPNG ≥ 3.60)

Boleh meneruskan pengajian

Baik (KB) Dari 2.00 sehingga 3.59 (2.0 ≤ HPNG ≤ 3.59)

Boleh meneruskan pengajian

Bersyarat (K ) Dari 1.70 sehingga 1.99 (1.70 ≤ HPNG ≤ 1.99)

Boleh meneruskan pengajian dengan hanya mengambil 12 jam kredit maksimum bagi Semester Panjang dan 6 jam kredit bagi Semester Pendek Bagi pelajar yang mendapat KS tiga (3) semester berturut-turut tidak termasuk Semester Pendek akan diberi Kedudukan Gagal (KG)

Gagal (KG) Kurang dari 1.70 (HPNG < 1.70)

Diberhentikan

Tempoh Pengajian: i) Tempoh Pengajian maksimum bagi pelajar Diploma adalah 5 tahun

dan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda adalah 6 tahun. ii) Pelajar yang telah mencapai tempoh pengajian maksimum tetapi

belum bergraduat perlulah mengikuti struktur program terkini sebelum tamat pengajian tertakluk pada kelulusan Senat.

Pelajar program Ijazah Sarjana Muda WAJIB mengambil peperiksaan MUET pada TAHUN PERTAMA pengajian.

Sila baca dan fahami: i) Buku Peraturan Akademik ii) Buku Peraturan Tatatertib Unisel

B- FACULTY ADMINISTARTIVE STRUCTURE

FBA - DEAN

NAME PROF. DATO’ DR NOOR INAYAH YAAKUB

ROOM FBA ADMINISTRATIVE OFFICE

FBA DEPUTY DEAN (ACADEMIC)

NAME DR HAFSAH AHMAD

ROOM FBA ADMINISTRATIVE OFFICE

FBA DEPUTY DEAN (STUDENTS AFFAIRS & DEVELOPMENT)

NAME TN HJ MOHD AZRIN BIN ABD RAHIM

ROOM FBA ADMINISTRATIVE OFFICE

FBA DEPUTY DEAN (RESEARCH AND POST GRADUATE)

NAME DR. ZURAINI ALIAS

ROOM FBA ADMINISTRATIVE OFFICE

Department Programme Head of Programme Contact No.

Department of Business Integrity and Environment

Head of Department:

En. Mohamad Hafiz Bin Rosli

Contact Number: 017-3478776

Bachelor of Accountancy Pn. Kastina Yusof 012-6424000

Bachelor of Finance Pn. Hasnita Halim 012-6588164

Diploma in Accountancy En. Mohamad Hafiz Rosli

017-3478776

Department of Business Management and Industry

Development

Head of Department: Pn. Juliza Mohamed

Contact Number: 013-2807671

Bachelor of Business Management

Pn.Juliza Mohamed 013-2807671

Bachelor of Human Resource Management

En. Norman Shah Hashim

012-2137853

Bachelor of Industrial Management

Dr. Mazni Saad 017-8787543

Diploma in Business Management Cik Nur Fauzana

Yahya

017 5425686 Diploma in Administrative Management

Bachelor of Marketing

Pn. Noor Syahirah Musa

012-9260739 Diploma in Sport Industry Management

C- CONTACT NUMBERS

BIL JABATAN KAMPUS SHAH ALAM

1 GENERAL LINE 03-5522 3400

2 PEJ. BENDAHARI 03-5522 3488 03-5522 3558

3 CICT 03-5522 3434

4 PEJABAT UNIT PEPERIKSAAN

03-5522 3594

5 UNIT REKOD 03-5522 3481

6 HEP - Hal Ehwal Pelajar

03-55223521 - UNIT PENTADBIRAN & DISIPLIN 03-55223464 - UNIT KEBAJIKAN (PINJAMAN//KESIHATAN) O3-55223463 - UNIT KAUNSELING 03-55223596/3479 - PUSAT AKTIVITI/SUKAN/KEBUDAYAAN 03-55223465 - PUSAT PELAJAR ANTARABANGSA 03-55223520 - PUSAT JARINGAN KOMUNITI 03-55241562 - KOLEJ KEDIAMAN ASRAMA MAIS

7 UNIT KEMASUKAN 03-5522 3436 / 03-5522 3432

8 BAHAGIAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITI

03-5522 3454 / 03-5522 3407

Sebarang masalah berkaitan isu keselamatan, sila hubungi hotline berikut: 03-3280 5060 atau 03-3280 6111

D- KEY PLAN KAMPUS SHAH ALAM

STUDY PLAN, GRADUATE

CHECKLIST & CREDIT TRANSFER

(BY PROGRAM)