struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw

5

Upload: upper6

Post on 22-Jul-2015

367 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
Page 2: struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw

Dari segi politik,peristiwa penghijrahanNabi Muhammad S.A.W. telah

membawa kepada pembentukanNegara Islam Madinah.

Baginda sendiri dilantik sebagai ketuaNegara Madinah

Nabi Muhammad S.A.W.telah merangkadasar pemerintahan dan

pentadbiran,sekali gus membentukstruktur kerajaan yang agak berbeza

dengan keadaan sebelumnya yang terikatdengan sistem kabilah.

Page 3: struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw

Kerajaan Islam telah ditubuhkan di Madinah.Negara Islam tersebut diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang juga merupakan seorang Nabi dan Rasul.

Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota.Nabi Muhammad SAW telah meletakkan asas pemerintahanmengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

Baginda telah berjaya menggubal piagam Madinah.Piagam yang digubal mengandungi 47 fasal yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan bukan Islam.

Baginda menjalankan pemerintahan ke atas negara dan umat Islam mengikut konsep musyawarah dengan para sahabat.Cara ini juga adalah selaras dengan pemerintahan Islam yang berteraskan wahyu Allah SWT.

Page 4: struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw

Sistem perundangan yang diamalkan dalam pemerintahan baginda juga berteraskan al-Quran dansunnah.Baginda turut menjadi hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.

Baginda telah membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang lain.Memandangkan wilayah Islam yang semakin luas,para amir telah dilantik untuk mentadbir kawasan yang dipertanggungjawabkan.Contohnya,Uthman ibn Abi al-’As dilantik sebagai amir di Thaif,manakala Attab bin

Usaid sebagai amir di Makkah.

Nabi Muhammad SAW membentuk pentadbiran berasaskan kepada empat dasar,iaitu,mengukuhkansemangat akidah bagi menghapuskan semangat ‘asabiyyah,Islam dijadikan sebagai landasan peraturan

masyarakat,mengamalkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran dan memperkenalkan Piagam Madinah.

Dasar tersebut telah menjadi panduan kepada masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dankeharmonian dalam kehidupan kerana mencukupi aspek akidah,syariah dan akhlak.Sekali gus dapat

mewujudkan kestabilan politik dan pengekalan integriti bagi kedaulatan sesebuah pemerintahan yang stabil.

Page 5: struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw

Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telahBerjaya membina masyarakat yang bersatu padu di samping

dapat mewujudkan kestabilan politik dan pembinaanNegara Islam yang kukuh,aman,makmur dan berdaulat.