struktur kursus - pengurusan konflik & … · web viewkursus ini merupakan lanjutan kepada...

8
STRUKTUR KURSUS MAKLUMAT UMUM Kursus : PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN II Kod Kursus : HHHN1023 Masa/Tempat : Pensyarah : En. Zulkefly Othman Telefon : 013-2247043 E-Mail : [email protected] (nota: saya lebih suka berurusan melalui e-mail kerana urusan sedemikian dapat direkodkan, namun begitu jika terdapat isu-isu yang perlu tindakan segera, anda boleh menghubungi saya melalui telefon) Blog : http://hhhn1023.wordpress.com (nota: blog ini AMAT PERLU dilayari oleh semua pelajar. Ia mengandungi maklumat penting tentang kursus ini, latihan yang akan diberi, jadual pengkuliahan, informasi terkini, bahan bacaan serta rujukan)) SINOPSIS KURSUS Kursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti pengurusan konflik dan perundingan sebagai suatu medium untuk meluahkan perbezaan-perbezaan pada bentuk antaraperibadi dan kumpulan, berunding untuk mencapai suatu kesefahaman dan mengabadikan suatu penyelesaian seandainya pihak yang berkonflik tidak mahu merundingkan perbezaan mereka. Perbincangan akan 1

Upload: lyminh

Post on 22-May-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

STRUKTUR KURSUS

MAKLUMAT UMUM

Kursus : PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN II

Kod Kursus : HHHN1023

Masa/Tempat :

Pensyarah : En. Zulkefly Othman

Telefon : 013-2247043

E-Mail : [email protected](nota: saya lebih suka berurusan melalui e-mail kerana urusan sedemikian dapat direkodkan, namun begitu jika terdapat isu-isu yang perlu tindakan segera, anda boleh menghubungi saya melalui telefon)

Blog : http://hhhn1023.wordpress.com(nota: blog ini AMAT PERLU dilayari oleh semua pelajar. Ia mengandungi maklumat penting tentang kursus ini, latihan yang akan diberi, jadual pengkuliahan, informasi terkini, bahan bacaan serta rujukan))

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti pengurusan konflik dan perundingan sebagai suatu medium untuk meluahkan perbezaan-perbezaan pada bentuk antaraperibadi dan kumpulan, berunding untuk mencapai suatu kesefahaman dan mengabadikan suatu penyelesaian seandainya pihak yang berkonflik tidak mahu merundingkan perbezaan mereka. Perbincangan akan ditumpukan kepada situasi-situasi konflik seperti konflik antaraperibadi, konflik keluarga, konflik kumpulan, konflik keorganasisan, konflik antara kaum, konflik kepimpinan atau kuasa dan konfik keagamaan.

1

Page 2: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

OBJEKTIF KURSUS

Mengenalpasti beberapa kaedah perundingan efektif Mengkaji situasi konflik antaraperibadi, keluarga, kumpulan,

keorganisasian, kaum kepimpinan atau kuasa dan keagamaan Membina suatu modul kursus untuk latihan dalam pengurusan konflik

dan perundingan.

FORMAT KURSUS

(a) Syarahan (lecture)

(b) Diskusi/ perbincangan (discussion)

(c) Latihan berkumpulan (group work)

(d) Latihan individu (individual work)

(e) Projek

RUJUKAN

Boulding K. E. 2002. Conflict and Defense: A General Theory. New York: Harper & Row.

Cross G. P., Names J. H. & Beck D. 2004. Conflict and Human Interaction..Dubuque: Kendall/ Hunt Publishing

Karass C. L. 2001.. The Negotiating Games. New York: Thomas Y. Crowell.

Maeir N. R. F. 2000. Problem Solving and Creativity in Individuals and Groups. Belmont: Brooks/ Cole Publishing.

Schelling T. C. 2000. The Strategy of Conflict. Cambridge: Harvad University Press.

Budjac B. A. 2007. Conflict Management. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Robinson C. 1996. Effective Negotiating. London:Kogan Page.

2

Page 3: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

PENILAIAN KURSUS

Kehadiran & Penglibatan 10%

Penyelidikan 20%

Projek 40%

Peperiksaan Akhir 30%

KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR

10% diperuntukan untuk kehadiran dan juga penglibatan pelajar dalam kursus. Walaupun peratusan yang diperuntukan kecil, namun kehadiran para pelajar amat diharapkan begitu juga dengan penglibatan pelajar dalam perbincangan, diskusi, soal jawab, lontaran pendapat serta pandangan amat diperlukan bagi menjadikan kursus ini suatu kursus yang lebih dinamik. Terdapat juga perkara-perkara yang pelajar tidak mungkin perolehi dari buku-buku rujukan yang mana ianya hasil interaksi para pelajar semasa di dalam kelas.

Peperiksaan akan merangkumi pelbagai topik juga idea serta pendapat yang dikemukakan semasa kelas disamping bahan-bahan bacaan yang dicadangkan. Terdapat juga latihan-latihan yang akan diberikan semasa kelas. Diskusi di dalam kelas tentunya sesuatu yang sangat menyeronokkan jika terdapat pelbagai pandangan dan pendapat yang berbeza dilontarkan.

Pelajar juga diharapkan melibatkan diri secara aktif semasa diskusi dan juga aktiviti yang disusun semasa kelas. Perkongsian cerita, pengalaman, idea dan soal jawab merupakan komponen yang amat bernilai semasa proses pembelajaran.

PENYELIDIKAN

A) 10% - Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (2 orang setiap kumpulan). Pelajar akan melakukan penyelidikan kecil berdasarkan soalan kaji selidik yang akan diberikan kepada pelajar. Responden terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UKM dan setiap kumpulan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 orang responden. Satu laporan, menceritakan pengalaman anda melakukan tugasan ini beserta pendapat anda/ pandangan anda mengenainya, perlu dihantar selewat-lewatnya pada minggu ke 8. Penilaian keseluruhan dibuat berdasarkan laporan yang dihantar (pendapat dan ulasan anda amat penting)

3

Page 4: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

B) 10% - Setiap pelajar akan diberikan sebuah journal untuk dijadikan bahan tugasan. Pelajar perlu mengupas serta membuat sinopsis journal tersebut. Sinopsis tersebut perlu dihantar untuk penilaian dan pelajar akan membentangkan journal tersebut semasa sesi kuliah. Perkongsian maklumat adalah amat penting dalam menuntut ilmu, oleh itu setiap pembentang perlu mengedarkan satu handout ringkas kepada setiap rakan sekuliah semasa pembentangan. Penilaian keseluruhan adalah berdasarkan sinopsis yang dihantar (5%) dan pembentangan (5%).

PROJEK

A) 20% - pelajar akan menganjurkan satu program mendidik masyakat mengenai konflik dan perundingan. Pelajar akan diagihkan kepada 5 kumpulan dan penilaian akan diberikan berdasarkan:i. brochure program (menggunakan Microsoft Publisher)ii. pengisian programiii. soal selidik peserta program (disediakan oleh pensyarah)Penilaian keseluruhan adalah berdasarkan bahan-bahan yang dihantar (brochure, soal selidik peserta, peers review, penilaian pensyarah). Masa, tempat dan sasaran akan dimaklumkan.

B) 20% - pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan (3 orang setiap kumpulan). Pelajar dikehendaki membuat sedikit penyelidikan ke atas beberapa isu yang berkaitan dengan konflik dan perundingan yang akan diedarkan. Setiap kumpulan hanya perlu memilih satu tajuk sahaja dan membentangkan isu tersebut di dalam bilik kuliah. Penilaian akan dibuat berdasarkan:i. kertas kajianii. pembentanganPenilaian keseluruhan adalah berdasarkan kertas kerja kajian (5%), pembentangan (10%), peers review (5%)

PEPERIKSAAN

Peperiksaan akhir merangkumi 30% daripada markah keseluruhan kursus. Soalan-soalan yang diberikan adalah dalam bentuk objektif dan juga subjektif.

Tujuan peperiksaan ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan.

Sekiranya anda hadir ke kuliah dan melibatkan diri secara aktif, peperiksaan akan menjadi sesuatu yang amat mudah!

4

Page 5: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

BONUS

Dalam usaha meningkatkan motivasi pelajar mempelajari kursus ini diluar waktu kuliah, markah bonus boleh diperoleh disepanjang semester kursus ini sehingga seminggu sebelum tarikh peperiksaan akhir semester. Terdapat dua cara untuk pelajar memperoleh bonus:

CARA 1Rakamkan satu temubual anda bersama seseorang yang signifikan (polis, pegawai kerajaan, pensyarah, guru, ahli politik, ibubapa pelajar dll.). Soalan-soalan yang dikemukankan mestilah meliputi cara mereka menghadapi suatu konflik, kesan, sebab, pengaruh keputusan dan lain-lain yang berkaitan. Hantarkan rakaman dan sehelai ulasan ringkas untuk markah bonus.

CARA 2Sertai sebarang seminar atau kursus yang berkaitan dengan subjek yang sedang anda pelajari serta hantarkan ringkasan pendek (1 atau 2 mukasurat bertaip) serta ulasan mengenai program tersebut. Sertakan juga brochure/ tentatif program/ salinan sijil penyertaan sebagai bukti kehadiran.

CARA PEMBERIAN BONUSBagi setiap kerja yang dihantar anda akan memperoleh 3 markah bonus dan anda boleh menghantar sehingga 3 bahan sepanjang kursus ini. (Dengan kata lain anda boleh mendapat sehingga 9 markah bonus!)

MARKAH & GRED

GRED PERATUSA 85 100A- 80 84B+ 75 79B 70 74B- 65 69C+ 60 64C 55 59C- 50 54D+ 45 49D 40 44E 00 39

5

Page 6: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

Pelajar perlu melengkapkan semua tugasan (penyelidikan, projek, peperiksaan akhir) serta kehadiran melebihi 70% untuk memperoleh gred. Jika terdapat komponen yang tidak lengkap, secara otomatik gred E diberikan.

PENILAIAN KEMAHIRAN GENERIK

Disamping penilaian di atas, penilaian kemahiran generik juga perlu diberikan perhatian oleh para pelajar. Kemahiran generic ini meliputi kemahiran insaniah yang dikira dapat memberikan satu petunjuk aras modal insan yang ada pada setiap pelajar. Antara komponen-komponen yang akan dinilai ialah:

i. Kemahiran Komunikasiii. Kemahiran Kepimpinaniii. Kemahiran Kerja Berpasukaniv. Kemahiran Berfikiran Kritikal Dan Menyelesiakan Masalahv. Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasivi. Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

TATACARA MENGHADIRI KULIAH

Kuliah boleh menjadi medan untuk menimba ilmu pengetahuan dan menyeronokkan apabila kita bekerjasama dalam menjayakan serta mewujudkan suasana tersebut. Salah satu cara menjadikan kuliah produktif dan menyeronokkan ialah dengan memikirkan impak tingkahlaku kita terhadap individu lain, menghormati satu sama lain dan memberikan layanan mesra terhadap rakan-rakan sekuliah.

Mematuhi etika berpakaian Hadir ke kelas tepat pada waktunya serta kekal berada di dalam kelas

sehingga tamat sesi pembelajaran Membuat persediaan awal sebelum ke kuliah serta bersedia untuk

mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas Mengurangkan aksi serta bunyi-bunyi atau suara yang menggangu kuliah Mendengar serta memberikan perhatian apabila seseorang bercakap Menyertai perbincangan tentang sesuatu isu yang dikemukakan secara

sihat tanpa terjadinya serangan peribadi Menggunakan jenaka yang bersesuaian Membantu rakan-rakan sekuliah yang memerlukan pertolongan dan

bimbingan Cuba mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan Meletakkan mode telefon kepada ‘silent’ atau mematikannya

6

Page 7: STRUKTUR KURSUS - Pengurusan Konflik & … · Web viewKursus ini merupakan lanjutan kepada Pengurusan Konflik dan Perundingan I. Kursus ini akan mengenengahkan pelajar dengan meneliti

7