struktur anatomi [komunikasi]

4
1.2.3. Struktur Anatomi Yang Terlbat

Upload: eloise-looi

Post on 07-Feb-2016

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahagian anatomi

TRANSCRIPT

Page 1: STRUKTUR ANATOMI [KOMUNIKASI]

1.2.3. Struktur Anatomi Yang Terlbat

Page 2: STRUKTUR ANATOMI [KOMUNIKASI]

1.3. Elemen-Elemen Pertuturan

Aspek-aspek bahasa

Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain,iaitu unsur segmental dan unsur suprasegmental.

Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental.

1.3.1 Aspek segmental

Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon.

1.3.2 Aspek suprasegmental

Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa.

Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran).

Ciri-ciri Pertuturan yang Baik

Elemen-Elemen

Pertuturan

Aspek segmental

Aspek non-segmental

Page 3: STRUKTUR ANATOMI [KOMUNIKASI]

a.Sebutan

Huruf mestilah dibunyikan dengan tepat mengikut ejaan. Menyebut suku kata demi suku kata dengan tertib dan teratur.

b.Tekanan

Merupakan satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.

Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan.

c.Intonasi

Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan.

Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.

d.Nada

Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktusesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan.

Di dalam muzik umpamanya, terdapat lapan nada, iaitu Do, Re,Mi, Fa, So, La, Ti, Do.

Setiap nada ini mewakili satu suku kata.

e.Tatabahasa

Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.

Pertuturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.

Dalam bahasa pertuturan (lisan), murid perlu dipastikan bercakap mengikut tatabahasa yang betul.

f.Laras Bahasa

Laras bahasa bermaksud boleh menggunakan bahasa dalam berbagai –bagai konteks, situasi dan suasana yang sesuai.