strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

16
Strategi Pengajaran Sains kanak kanak secara inkuiri. 1.0 Pengenalan Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalah akriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku – buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan menganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak – kanak dalam penyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang 1

Upload: izny-atikah

Post on 21-May-2015

10.632 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

Strategi Pengajaran Sains kanak kanak secara inkuiri.

1.0 Pengenalan

Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan

mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian

dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori.

Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira

kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalah

akriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan,

meneliti buku – buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah

diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang

sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan

menganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasan

serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang

diperoleh.

Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak – kanak dalam

penyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan

memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula

daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan

persoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuat

pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses mental itu

adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,

menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi

mendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang

diperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan.

Pembelajaran inkuiri – penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi

penyoalan, perbincangan, tunjuk cara, eksperimen dan pembelajaran kolaboratif.

Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak – kanak pelajari adalah bertanya soalan.

Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses

pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk

mengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini menghasilkan

tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah

1

Page 2: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang

dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas

bagi tujuan yang lebih bermakna.

Contohnya seperti tajuk Haiwan. Guru perlu bertanya soalan – soalan

pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Kanak – kanak perlu menjelaskan atau

menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan,

mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan.

Perbincangan dalam kumpulan kecil melibatkan semua kanak kanak secara

aktif dalam memberikan pelbagai idea, bertukar – tukar maklumat dan pendapat dan

perdebatan.

Tunjuk cara boleh dilakukan dengan menggunakan bahan – bahan yang ada

di persekitaran mereka dan membuat ramalan atau hasilan yang mungkin terjadi .

Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar menggalakkan

pembelajaran inkuri dalam konteks sebenar.

Pembelajaran kolaboratif ialah pendekatan di mana murid – murid dapat

meningkatkan nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah

disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif dan

kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini

menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

2.0 PENDEKATAN INDUKTIF

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-

maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan

pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi

mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang

diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir

maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat

generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu

kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata

pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Pendekatan induktif bermula

2

Page 3: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

daripada spesifik kepada umum, iaitu dengan sesuatu sebab atau contoh dan

menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960). Hal ini

bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsep

atau generalisasi berdasarkan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi.

Contoh mesti relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Untuk

mendapatkan sesuatu generalisasi, murid - murid digalak memberi contoh yang

sesuai. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif,

guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan

oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan

untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang

berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal

jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan

haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk

membolehkan murid mengenalpasti.

Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga

digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus

disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

3

Page 4: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

3.0 PENDEKATAN DEDUKTIF (umum kepada spesifik)

Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada

suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan

aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan

untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus,

prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar

yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang

komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus,

prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk

diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif iaitu penyelesaian masalah, membuat

generalisasi baru dan membukti hipotesis. Konsep pendekatan deduktif perlulah

berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968): Guru mencadangkan masalah

4

CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI:

1. Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan.

2. Contohnya: Pemakanan dan gigi haiwan.

3. Murid bekerja berpasangan dalam kumpulan dengan guru memberikan gambar –

gambar haiwan.

4. Murid diminta membina kategori haiwan tersebut berasaskan makanan haiwan.

5. Murid buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan

pasangan lain.

6. Guru membantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada setiap kategori.

7. Guru tunjuk spesimen dan meminta pelajar ramal struktur gigi haiwan.

8. Guru minta pelajar kumpul spesimen tambahan dan masukkan ke dalam kategori yang

mereka telah bina.

Page 5: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

yang mencabar dan membantu murid-murid menganalisis masalah. Guru akan

membantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh

dipertimbangkan. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid dan mengarahkan

murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka mahir

menggunakannya. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan

mereka menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan

masalah tersebut sendiri. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut

dan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul

atau salah.

Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan

deduktif, murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu

yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan

proses mencari maklumat itu akan dipandu oleh generalisasi dan kesimpulan

sesuatu diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana

generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu

mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang

diberikan.

5

CONTOH PENGAJARAN DEDUKTIF SAINS INKUIRI

STANDARD KANDUNGAN: PENYERAPAN

1. Guru menerangkan tentang keupayaan bahan menyerap air.

2. Guru menerangkan objek yang boleh menyerap air dan kalis air.

3. Murid menjalankan aktiviti bagi mengenal pasti objek dan bahan yang boleh

menyerap air dan kalis air.

4. Guru menunjukkan jadual pengelasan.

5. Murid mengelas bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan

menjalankan aktiviti.

6. Murid membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan

menjalankan penyiasatan.

7. Murid menjelaskan pemerhatian melalui jadual dan penulisan.

Page 6: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

4.0 5 E

Model pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme, yang

mengatakan bahawa murid – murid membina idea-idea baru di atas idea-idea lama

mereka. 5 E boleh digunakan dengan murid semua peringkat umur, termasuk orang

dewasa. 5 E membolehkan murid - murid dan guru-guru untuk mengalami aktiviti

biasa, menggunakan dan membina pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu,

membina makna, dan untuk terus menilai pemahaman mereka konsep.

Setiap 5 E menerangkan fasa pembelajaran, dan setiap fasa bermula dengan huruf

"E". Engage, Explore, Explain, Elaborate, and Evaluate.

Engage (Fasa Orientasi):

Guru membuat hubungan antara pengalaman pembelajaran dahulu dan sekarang.

Guru menjangka aktiviti dan menumpukan pemikiran murid - murid kepada hasil

pembelajaran aktiviti semasa. Murid - murid perlu menyediakan diri supaya terlibat

dalam konsep, proses, atau kemahiran yang perlu dipelajari.

Explore (Meneroka): Fasa ini menyediakan murid – murid dengan asas biasa

pengalaman. Mereka mengenal pasti dan membangunkan konsep, proses, dan

kemahiran. Semasa fasa ini, murid - murid secara aktif meneroka persekitaran

mereka atau memanipulasi bahan.

Explain (Menerangkan) : Fasa ini membantu pelajar menjelaskan konsep yang

mereka telah terokai. Mereka mempunyai peluang untuk menyuarakan kefahaman

konseptual mereka atau untuk menunjukkan kemahiran atau tingkah laku baru. Fasa

ini juga menyediakan peluang untuk guru-guru untuk memperkenalkan definisi dan

penjelasan bagi konsep, proses, kemahiran, atau tingkah laku.

Elaborate (Huraikan): Fasa ini menambahkan pemahaman konsep murid - murid

dan membolehkan mereka untuk mengamalkan kemahiran dan tingkah laku. Melalui

pengalaman baru, murid membangunkan pemahaman yang lebih mendalam dan

meluaskan konsep utama, mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bidang

kepentingan, dan menghalusi kemahiran mereka.

6

Page 7: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

Evaluate (Menilai): Fasa ini menggalakkan pelajar untuk menilai kefahaman dan

kebolehan mereka.Guru menilai kefahaman konsep utama dan pembangunan

kemahiran murid - murid.

5.0 Model konstruktivisme 5 - fasa Needham.

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menarik minat Amali penyelesaikan masalah

sebenar, tunjukcara oleh guru,

tayangan filem, video dan

keratan akhbar

II

Pencetusan Idea Kenal pasti pengetahuan

sedia ada

Amali, perbincangan dalam

kumpulan kecil, pemetaan

konsep dan laporan

III

Penstrukturan

semula idea

i. Prnjelasan dan

pertukaran

ii.Pendedahan

kepada situasi

konflik

iii. Pembinaan idea

baru.

iv. Penilaian

Menghubungkan

pengetahuan sedia ada

dengan isi kandungan

baru.

Perbincangan dalam kumpulan

kecil dan buat laporan,

pembacaan, input guru.Amali,

kerja projek, eksperimen,

tunjukcara guru

IVPenggunaan idea Aplikasikan dalam situasi

baru

Penulisan sendiri kerja projek

V

Renungan kembali Menyedari sejauh mana

idea terdahulu telah

berubah.

Penulisan kendiri,

perbincangan kumpulan,

catatan peribadi dan lain-lain.

7

Page 8: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

1.1111.111ncnx1cnbb1n

8

CONTOH PENGAJARAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 - FASA NEEDHAM.

STANDARD KANDUNGAN: MAGNET

ORIENTASI- Guru menunjukkan iklan susu Anmum dimana budak tersebut

menggunakan kereta untuk mengambil sudu yang jatuh di bawah kerusi.

PENCETUSAN IDEA – Guru bertanya kepada murid – murid kepada sudu

melekat pada kereta?

PENSTRUKTURAN IDEA- Guru membuat eksperimen pergerakan magnet. Murid membuat hipotesis awal. Perbincangan kumpulan fungsi magnet dalam kehidupan seharian.

PENGGUNAAN IDEA- Murid –murid menyatakan fungsi magnet.

PENUTUP- Murid – murid membuat refleksi dan kesimpulan.

Page 9: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

Analisis Maklumbalas Kemahiran Mikro

Suara

Hentian

Ulanga

n isi pen

ting

Pergera

kan an

ggota

guru

pelatih

Pergera

kan gu

ru pela

tih

Pengg

unaan pap

an putih

Melibatk

an pen

glibata

n murid

Pengg

unaan m

edia

pandan

g den

gar

Pengg

unaan bah

asa dan

ayat

mudah difa

hami

Pengg

unaan co

ntoh men

arik

Susu

nan dan

penya

tuan id

ea

Penutup

0

1

2

3

4

5

6

7

Komponen Kemahiran Menerang

Bilangan

Jadual 1: Kemahiran Menerang

Semua pemerhati berpendapat guru pelatih mempunyai perubahan dalam

nada pertuturan dari segi ton, kelantangan suara.Guru pelatih tidak boleh

9

Page 10: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

menggunakan nada dan kelangsingan suara yang sama sahaja dalam sesuatu

pengajaran. Bila memberi penekanan terhadap isi penting pelajaran nada suara

perlu lebih kuat.

Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan berhenti sejenak

bagi memberi penekanan terhadap soalan atau isi penting pelajaran.Guru pelatih

memberi peluang kepada murid – murid untuk mendengar soalan dan berhenti

sejenak sebelum memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab. Guru pelatih

telah dapat mengulang isi penting ketika sesi penerangan berlangsung

Pergerakan anggota guru pelatih perlu dipertingkatkan kerana pemerhati 1

berpendapat guru pelatih tidak mempunyai pergerakan anggota badan. Seorang

guru pelatih yang ekspresif akan menggunakan mata serta tangan untuk

menekankan isi isi pelajaran yang penting. Murid – murid akan menumpukan lebih

banyak perhatian kepada proses pengajaran kerana tertarik kepada gaya dan aksi

guru pelatih tersebut.

Pergerakan guru pelatih perlu diperbanyakan kerana dua pemerhati

berpendapat guru pelatih kurang pergerakan. Dari semasa ke semasa dalam

pengajaran, seorang guru pelatih perlu membuat pergerakan kiri ke kanan dalam

bilik darjah yang dapat mengurangkan kebosanan murid – murid.

Penggunaan papan putih adalah menyeluruh di mana guru melukis gambar

tumbuhan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas. Guru pelatih perlu

meningkatkan penggunaan papn putih dengan mempelbagaikan warna pen dan

menulis isi penting di papan putih,

Penglibatan murid adalah menyeluruh di mana guru memberi peluang kepada

murid untuk menjawab soalan dan memberikan idea kepada isi penerangan. Selain

itu aktiviti melukis di akhir fasa imiginasi memberi peluang untuk murid – murid

berfikir dan mengingat kembali isi pelajaran. Namun guru perlu menambahkan

pemusatan kepada murid.

Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan alat bantu lihat

dan dengar yang jelas dan relevan, menarik, bahasa dan penggunaan ayat mudah

difahami. Namun penggunaan slaid animasi ketika di slaid power point perlu

diberikan penekanan supaya sesuai dengan soalan – soalan yang ditujukan. Ketika

10

Page 11: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

slaid ditayangkan, nama pokok tumbuhan ditunjukkan dahulu sebelum gambar

tumbuhan tersebut.

Pemerhati berpendapat penggunaan contoh perlulah mudah, menarik dan

relevan. Contoh pokok – pokokyang diberi perlulah dekat dengan persekitaran diri

murid- murid. Guru tidak perlu menunjukkan gambar pokok – pokok yang susah atau

yang tidak terdapat di Malaysia..

Penyusunan idea guru pelatih agak terabur dan boleh dimantapkan lagi

dengan menyusun idea dan acara mengikut fasa dan masa yang ditetapkan. Guru

pelatih perlu menyatakan isi penting secara lisan dan bertulis untuk meningkatkan

kefahaman murid – murid. Teknik guru pelatih untuk penutup boleh dipertingkatkan

lagi.

Secara keseluruhannya pemerhati berpendapat bahan bantu mengajar iaitu

slaid menarik tetapi boleh dipertingkatkan penggunaannya supaya sesuai dengan isi

pelajaran. Suara guru pelatih jelas dan mempunyai pelbagai nada namun

pergerakan anggota badan guru perlu dipertingkatkan. Guru perlu lebih

bersemangat untuk mengajar dengan menggerakkan anggota tangan dn mata.

Selain itu , guru perlulah berjaya mengawal kelas dengan prihatin terhadap

keperluan murid – murid untuk pergi ke bilik air atau sakit. Guru perlu meningkatkan

kontak mata dengan murid – murid.

11

Page 12: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

Komponen Bahan Sumber

Jelas

pada t

opik

Gambara

n seben

ar ter

hadap

idea

Menjan

a minda k

ritika

l

Kesesu

aian den

gan m

urid

Kesesu

aian den

gan p

ersek

itaran

Aktiviti

selep

as men

gunak

an bah

an su

mber

Pengg

unaan bah

an su

mber baik

.0

2

4

6

8

10

12

Bilangan

Jadual 2 : Penggunaan bahan sumber

Bahan sumber yang digunakan ialah slaid power point dan contoh pokok.

Pemerhati berpendapat bahan sumber yang digunakan memberi penjelasan pada

topik dan bahan sumber memberi gambaran sebenar terhadap idea yang

dibentangkan.

Namun bahan sumber yang digunakan perlulah menekankan ciri – ciri

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sebahagian pemerhati berpendapat

bahan sumber tiada unsur – unsur yang menjanan minda murid – murid secara kritis

dan kreatif.

12

Page 13: Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri

Bahan sumber yang disediakan sesuai dengan usia, tahap kecerdasan dan

kebolehan murid –murid. Seorang pemerhati berpendapat guru perlu melihat

kesesuaian persekitaran dengan bahan sumber yang disediakan. Guru pelatih boleh

menggunakan pelabagai bahan sumber yang terdapat di luar darjah untuk

menimbulkan keseronokkan kepada murid –murid. Guru boleh membawa murid ke

taman Sains atau luar bilik darjah untuk melihat persekitaran yang berkaitan dengan

tumbuhan.

Guru tidak menjalinkan dengan baik aktiviti seterusnya selepas mengunakan

bahan sumber yang disediakan.Guru perlu mengaitkan bahan sumber dengan isi

pelajaran yang seterusnya supaya murid – murid dapat mengingati isi pelajaran.

13