strategi pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan pelajar

7
75 Jurnal Personalia Pelajar 17 (2014): 75 - 81 Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan Kemahiran Bahasa dan Gred (Malay Language Learning Strategies among Foreign Students Based on Language Skills and Grade) ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD. RAHIMI NIK YUSOFF, MOHAMED AMIN EMBI, JAMALUDIN BADUSAH & SHARALA A/P SUBRAMANIAM ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing yang sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Instrumen soal selidik telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran bahasa berdasarkan kemahiran bahasa dan gred banyak mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Pelajar warganegara asing yang memperoleh gred Bahasa Melayu yang cemerlang banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa, terutamanya dalam kemahiran bertutur dan membaca Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah kemahiran bahasa yang baik banyak mempengaruhi pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Kata kunci: pelajar warganegara asing, strategi pembelajaran bahasa, gred Bahasa Melayu ABSTRACT This study was conducted to identify the Malay language learning strategies used by foreign students based on their language skills and grades in the final exam of a Malay language course. The respondents were 500 foreign students studying at a Private Higher Education Institutions (PHEI). A set of questionnaire was used to collect the data. The results showed that language learning strategies based on their language skills and learning grade influenced the learning of Malay language among foreign students. Foreign students who earned excellent grades in the Malay language used more language learning strategies, particularly in speaking and reading skills. The implications of the study are many good language skills affect the achievement of the Malay language among foreign students. Keywords: foreign students, language learning strategies, Malay language grade

Upload: truonghuong

Post on 31-Jan-2017

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

75

Jurnal Personalia Pelajar 17 (2014): 75 - 81

Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan Kemahiran Bahasa dan Gred

(Malay Language Learning Strategies among Foreign Students Based on Language Skills and Grade)

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD. RAHIMI NIK YUSOFF, MOHAMED AMIN EMBI, JAMALUDIN BADUSAH & SHARALA A/P SUBRAMANIAM

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing yang sedang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Instrumen soal selidik telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran bahasa berdasarkan kemahiran bahasa dan gred banyak mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Pelajar warganegara asing yang memperoleh gred Bahasa Melayu yang cemerlang banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa, terutamanya dalam kemahiran bertutur dan membaca Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah kemahiran bahasa yang baik banyak mempengaruhi pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing.

Kata kunci: pelajar warganegara asing, strategi pembelajaran bahasa, gred Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study was conducted to identify the Malay language learning strategies used by foreign students based on their language skills and grades in the final exam of a Malay language course. The respondents were 500 foreign students studying at a Private Higher Education Institutions (PHEI). A set of questionnaire was used to collect the data. The results showed that language learning strategies based on their language skills and learning grade influenced the learning of Malay language among foreign students. Foreign students who earned excellent grades in the Malay language used more language learning strategies, particularly in speaking and reading skills. The implications of the study are many good language skills affect the achievement of the Malay language among foreign students.

Keywords: foreign students, language learning strategies, Malay language grade

Page 2: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

76

PENGENALAN

Institut Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan yang penting dalam mendukung usaha menerapkan Bahasa Melayu dalam diri pelajar warganegara asing yang datang dari luar negara untuk melanjutkan pengajian mereka di Malaysia. Akta pendidikan dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah menetapkan subjek Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib diikuti dan lulus oleh pelajar warganegara asing (Awang Sariyan, 2006). Kebanyakan IPT di Malaysia telah mewajibkan pelajar warganegara asing untuk mengikuti subjek Bahasa Melayu sebagai satu syarat yang terdapat dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 untuk menambah baik tahap penguasaan bahasa Melayu dan secara tidak langsung menaikkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa dunia (Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin, 2009a; Fa’izah, Zamri & Mohamed Amin 2011; Zamri 2014).

Subjek Bahasa Melayu yang ditawarkan kepada pelajar warganegara asing akan membantu mereka sehingga mereka berada di Malaysia dan juga membantu semasa berkomunikasi dengan pelajar dan juga orang-orang tempatan. Bagi memudahkan pembelajaran bahasa Melayu yang menjadi bahasa baharu kepada pelajar warganegara asing, pelajar asing perlu mengetahui strategi-strategi dalam mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana kursus Bahasa Melayu hanya ditawarkan dalam jangka masa yang singkat dan hasil pembelajaran mereka dalam masa yang singkat ini yang akan menentukan pencapaian mereka dalam peperiksaan di akhir semester.

Pengetahuan tentang strategi pembelajaran bahasa (SPB) perlu dikuasai oleh semua pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu dalam masa yang singkat. Dalam hal ini, keupayaan pelajar belajar dengan cemerlang dipengaruhi oleh strategi yang digunakan oleh mereka (Zamri 2004; Zamri, Mohamed Amin dan Nik Mohd Rahimi 2010). Selain membantu pelajar warganegara asing mempelajari bahasa Melayu, SPB juga dapat membantu para guru untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pengajar boleh membahagikan pelajar warganegara asing kepada beberapa kumpulan dan mengajar subjek Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan SPB yang bersesuai dengan pelajar warganegara asing. Menurut Tyacke dan Mendelson (1986), guru yang mengajar bahasa dengan baik akan mempengaruhi pelajarnya untuk menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan cara atau strategi belajar seperti yang diajar oleh guru bahasa mereka. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2006), kepelbagaian SPB yang digunakan dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam

Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam bidang strategi pembelajaran bahasa (SPB) pernah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji. Sebagai contoh, Fai’zah, Zamri dan Mohamed Amin (2009), Yong, Siti Saniah dan Chan (2009); dan Yong et al. (2010a dan 2010b). Namun, kajian-kajian tersebut masih tidak dapat menggambarkan aspek gred berdasarkan SPB dalam kalangan pelajar warganegara asing. Justeru, kajian yang lebih terperinci tentang perspektif pelajar warganegara asing dari aspek gred Bahasa Melayu berdasarkan SPB perlu dijalankan. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar warganegara asing dalam pemilihan SPB yang bersesuaian supaya mendapat gred yang baik dalam subjek Bahasa Melayu.

Kajian yang melihat perspektif pelajar warganegara asing dari aspek gred Bahasa Melayu belum pernah dijalankan. Kebanyakan kajian lebih berfokus kepada strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan etnik, jantina, faktor-faktor sahaja. Walau bagaimana, perspektif pelajar warganegara asing dari aspek gred Bahasa Melayu tidak pernah dikaji. Tanpa mengetahui pengaruh SPB dalam aspek gred, apakah SPB yang akan dipilih oleh pelajar warganegara asing untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang? Hal ini akan menyukarkan pelajar warganegara asing untuk mengenal pasti SPB yang sesuai dengan diri mereka.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin (2009a) mendapati bahawa pelajar luar negara yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa asing masih tidak dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu dengan baik, namun kajian ini hanya berfokus kepada pelajar warganegara asing yang melanjutkan pengajian di UKM sahaja. Manakala bagi kajian strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing yang dijalankan oleh Yong, Siti Saniah dan Chan (2009) pula, mendapati bahawa proses pembelajaran banyak berlaku di dalam kelas dan pergantungan kepada pensyarah menjadi strategi utama pelajar warganegara asing dalam mempelajari Bahasa Melayu. Namun demikian, kajian ini hanya berfokus kepada SPB berdasarkan tiga tahap, iaitu di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti, sama ada terdapat perbezaan SPB pelajar warganegara asing daripada aspek kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu.

Page 3: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

77

METODOLOGI

Reka Bentuk dan Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Pemilihan sampel kajian dalam fasa analisis dibuat menggunakan kaedah persampelan rawak mudah atau ‘purposive sampling’ yang terdiri daripada 500 orang pelajar warganegara asing di sebuah IPTS di negeri Selangor. Populasi kajian melibatkan semua pelajar warganegara asing yang sudah mengikuti kursus Bahasa Melayu sekurang-kurangnya satu semester di IPTS berkenaan. Pemilihan pelajar warganegara asing ini berdasarkan gred atau keputusan Bahasa Melayu yang diterima dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu Tahap I yang mendapat gred A,

A-, B+, B, B- dan C. Sampel kajian terdiri daripada pelajar warganegara asing daripada pelbagai negara seperti Nigeria, Iran, Indonesia, China, Iraq dan Libya. Sampel kajian ini dipilih sebagai wakil populasi pelajar warganegara asing yang mempelajari Bahasa Melayu di IPTS berkenaan.

Soal selidik diedarkan kepada 500 orang pelajar warganegara asing yang menuntut di sebuah IPTS di Selangor. Namun demikian, hanya 468 soal selidik yang lengkap diisi dan boleh diguna sebagai data dipulangkan. Menurut Sekaran (2003), dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah, setiap elemen dalam sesuatu populasi mempunyai peluang yang sama rata dan akan diketahui untuk dipilih sebagai suatu subjek bagi kajian yang dijalankan. Jadual 1 menunjukkan pecahan sampel mengikut jantina, negara dan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu Tahap 1.

JADUAL 1. Demografi responden kajian

Konstruk Kategori Bilangan (N – 468) PeratusanJantina Lelaki 307 65.6

Perempuan 161 34.4Jantina ikut negara Libya 59 12.6

Nigeria 105 22.4Iran 79 16.8

Indonesia 82 17.5China 74 15.8Iraq 69 14.7

Tahap pengetahuan Bahasa Melayu A 86 18.3A- 87 18.5B+ 107 22.8B 87 18.5B- 43 9.1C 58 12.3

Instrumen Kajian

Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Menurut Chua (2009), tujuan utama penggunaan soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan-soalan kajian. Borang soal selidik yang digunakan dalam instrumen ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan B adalah dibangunkan oleh pengkaji sendiri. Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang

berkaitan dengan profil responden seperti jantina, gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir dan negara asal. Bahagian B pula merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan penggunaan SPB kemahiran mendengar, membaca, menulis, bercakap dan kosa kata bertujuan untuk mengetahui strategi yang lebih kerap digunakan oleh pelajar warganegara asing semasa mempelajari subjek Bahasa Kebangsaan.

Menurut Sakaran (2003), soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik yang akan menentukan

Page 4: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

78

kualiti soal selidik itu. Oleh kerana pengkaji ingin melihat strategi yang kerap kali digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bertutur, membaca, menulis dan penggunaan kosa kata dapat dinilai dengan menggunakan skala Likert. Skala Likert adalah terbaik kerana berupaya mengeluarkan tindak balas yang berkaitan dengan tujuan pengkaji (Sakaran 2003). Skala Likert lima mata digunakan, iaitu skala 1: Tidak benar sama sekali, skala 2: Biasanya tidak benar, skala 3: Kadangkala benar, skala 4: Biasanya benar, dan skala 5: Sentiasa benar.

Instrumen yang siap dibina dibuat kajian rintis untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen. Kajian rintis dijalankan terhadap 35 orang pelajar warganegara asing untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi item strategi mendengar (11 item) ialah 0.9170, item strategi bertutur (11 item) ialah 0.9174, item strategi membaca (11 item) ialah 0.8896, item strategi menulis (11 item) ialah 0.9098, dan item strategi kosa kata (11 item) ialah 0.9027. Indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi keseluruhan item ialah 0.9737 (55 item).

Penganalisisan Data

Data yang diperoleh melalui set item soal selidik direkodkan dan diproses menggunakan perisian SPSS versi 17.0 dan kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan maklumat ataupun data yang diperoleh bagi populasi dan sampel, Azizi et.al. (2007). Statistik deskriptif juga digunakan untuk mengira min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk. Menurut Ahmad Atory (2004:35), min bagi satu skor dihitung dengan menambah semua skor dan dibahagikan hasilnya dengan bilangan skor-skor itu. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti aspek gred berdasarkan SPB. Analisis deskriptif bersesuaian dengan tujuan kajian. Menurut Nik Mohd Rahimi (2005), nilai min 1.00 hingga min 2.33 dikategorikan min tahap rendah, nilai min 2.34 hingga min 3.67 dikategorikan min tahap sederhana dan nilai min 3.68 hingga min 5.00 dikategorikan min tahap tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Bagi menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan antara gred dengan strategi, ujian ANOVA sehala telah digunakan. Hasilnya didapati nilai F bagi strategi mendengar ialah 24.64 dan nilai P ialah .000, nilai F bagi strategi membaca 25.80 dan nilai P ialah .000. Nilai F bagi strategi menulis pula 27.51 dan

nilai P ialah .000 dan strategi bercakap nilai F ialah 29.25 nilai P ialah .000 dan juga nilai F bagi strategi kosa kata menunjukkan 20.99 dan nilai P ialah .000. Oleh sebab nilai P<0.05, maka terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan SPB dengan gred peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa SPB berdasarkan kemahiran bahasa memang mempengaruhi gred Bahasa Melayu pelajar warganegara asing.

PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti SPB yang digunakan oleh pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara SPB berdasarkan kemahiran bahasa dengan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus Bahasa Melayu. Pelajar warganegara asing mendapat gred A dalam kursus Bahasa Melayu lebih banyak menggunakan SPB berkaitan kemahiran bertutur dan menulis. Hal ini membuktikan bahawa pelajar yang cemerlang atau baik penguasaan bahasanya lebih banyak menggunakan SPB bagi kemahiran bertutur dan menulis berbanding kemahiran mendengar, membaca dan kosa kata. Dapatan kajian ini menyamai dengan kajian Yong et al. (2010a, 2010b) dan Sharala (2012). Kedua-dua kajian ini mengkaji SPB dalam kalangan pelajar warganegara asing. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa ramai pelajar warganegara asing menggunakan strategi bertutur dan menulis untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Hal ini juga diakui dengan pendapat Fa’izah, Zamri dan Mohamed Amin (2011) di mana pelajar-pelajar warganegara asing akan menggunakan pelbagai SPB ketika mempelajari Bahasa Melayu.

Selain itu, pelajar warganegara asing yang cemerlang penguasaan Bahasa Melayu juga didapati lebih banyak menggunakan SPB bagi kesemua kemahiran bahasa dan aspek kosa kata yang dikaji. Pelajar warganegara asing yang lemah pencapaian Bahasa Melayu mereka didapati kurang menggunakan SPB bagi kesemua kemahiran bahasa tersebut. Hal ini bermakna penggunaan banyak SPB berdasarkan kemahiran bahasa boleh mempengaruhi gred pencapaian Bahasa Melayu pelajar warganegara asing. Pelajar warganegara asing yang banyak menggunakan SPB berdasarkan kemahiran bahasa akan memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menyamai kajian yang dijalankan oleh Zamri, Mohamed Amin dan Nik Mohd Rahimi (2010) yang mendapati pelajar cemerlang Bahasa

Page 5: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

79

JADUAL 2. Analisis ANOVA SPB berdasarkan kemahiran bahasa dan gred Bahasa Melayu pelajar warganegara asing

Pemboleh Ubah Bersandar Gred N Min Sisihan Piawai F Sig.Strategi Mendengar A 85 3.55 .968 24.64 .000

A- 86 3.25 .743B+ 106 3.22 .795B 87 2.87 .629B- 42 2.73 .800C 57 2.17 .861

Strategi Bertutur A 85 3.61 .924 29.25 .000A- 86 3.20 .779B+ 106 3.16 .810B 87 2.94 .670B- 42 2.72 .813C 56 2.03 .792

Strategi Membaca A 85 3.48 .931 25.80 .000A- 85 3.16 .722B+ 106 3.19 .804B 87 2.94 .630B- 42 2.65 .764C 56 2.05 .879

Strategi Menulis A 85 3.53 .966 27.51 .000A- 86 3.20 .787B+ 106 3.12 .841B 87 2.84 .662B- 42 2.60 .844C 57 2.01 .836

Strategi Kosa Kata A 83 3.50 .938 20.99 .000A- 86 3.13 .782B+ 105 3.15 .803B 87 2.98 .767B- 42 2.69 .863C 57 2.13 .817

Melayu banyak menggunakan SPB bagi keempat-empat kemahiran Bahasa Melayu ketika belajar di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan.

Dalam kajian ini juga didapati pelajar warganegara asing yang cemerlang pencapaian Bahasa Melayu banyak menggunakan SPB dalam kemahiran bahasa ketika di dalam kelas, di luar kelas dan ketika peperiksaan. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Baharin (2000) yang menyatakan

bahawa memang terdapat hubungan signifikan antara kemahiran dengan pencapaian pelajar. Pelajar warganegara asing memilih SPB yang bersesuaian dengan diri pelajar berdasarkan kemahiran bahasa yang dapat membantu mencapai kecemerlangan. Zamri (2004), Zamri, Mohamed Amin dan Nik Mohd Rahimi (2010) menyatakan bahawa pelajar berpencapaian tinggi (cemerlang) Bahasa Melayu akan menggunakan pelbagai SPB ketika belajar Bahasa Melayu ketika di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan.

Page 6: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

80

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Kajian ini menjelaskan bahawa SPB mempengaruhi gred pelajar warganegara asing yang mempelajari subjek Bahasa Melayu. Dalam hal ini, IPTS memainkan peranan penting dalam memilih tenaga pengajar yang dapat menjelaskan dan mengajar penggunaan SPB dalam mempelajari Bahasa Melayu yang melibatkan kemahiran berbahasa. Selain itu, pensyarah perlu mempunyai kecenderungan untuk menggunakan strategi yang sesuai dalam proses pengajaran untuk menarik minat pelajar warganegara asing dengan tujuan untuk membantu pelajar asing mencapai gred yang cemerlang. Menurut Pezhman (2010), pengajar perlu menggunakan SPB dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekerap yang mungkin dan untuk itu pengajar sendiri perlu sedar tentang kepentingan SPB dalam mempelajari bahasa baharu.

Kajian lanjut boleh dijalankan terhadap pengajar Bahasa Melayu yang mengajar kepada pelajar warganegara asing di IPTA. Kajian ini boleh dijalankan untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan SPB dan tanpa penggunaan SPB. Dalam kajian ini, pengkaji hanya berfokuskan kepada pelajar warganegara asing yang berasal daripada selain enam buah negara ini, maka pengkaji yang akan datang boleh mengkaji tentang pelajar warganegara asing yang selain daripada enam buah negara ini bagi membantu pelajar warganegara asing mencapai kecemerlangan dalam masa yang singkat. Kajian ini juga hanya menggunakan soal selidik sahaja. Kajian lanjutan menggunakan pelbagai reka bentuk kajian boleh dijalankan.

KESIMPULAN

Kajian tentang SPB pelajar warganegara asing yang mempelajari Bahasa Melayu kurang dikaji. Menurut Zamri (2014), pelajar warganegara asing yang belajar di IPTA dan IPTS di Malaysia wajar diuji kemahiran Bahasa Melayu mereka berdasarkan keempat-empat kemahiran bahasa. Perlu ada satu kurikulum yang standard yang sama digunakan oleh semua IPTA dan IPTS yang mengajar subjek Bahasa Kebangsaan kepada semua pelajar warganegara asing ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa pelajar warganegara asing ini masih lemah pencapaian Bahasa Melayu mereka. Selain itu, kajian ini hanya dijalankan di sebuah IPTS di Selangor. Oleh itu, generalisasi yang dibuat hanya untuk IPTS berkenaan sahaja. Justeru, kajian menyeluruh boleh dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing di IPTA dan IPTS di Malaysia di samping mengukur tahap kemahiran Bahasa Melayu mereka.

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. (2004). Pengantar statistik: pendekatan memahami statistik penyelidikan untuk golongan sains sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis dan interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Snd. Bhd.

Awang Sariyan. (2006). Pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing: Matlamat dan pertimbangan strategi. Jurnal Persatuan Linguistik, 7: 1-15.

Baharin Abu (2000). Teaching effectiveness and staff professional development programmes in HEI in Malaysia. Doctoral Thesis. The University of Birmingham, UK.

Chua Yan Piaw. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan: Buku 5. Selangor: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2009a). Penyelidikan strategi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar negara. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau, 4: 259-268.

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2009b). Pembinaan dan penilaian Modul Belajar-Cara-Belajar Bahasa Melayu pelajar asing: Satu kerangka konsepsi. Proceedings of 2nd International Conference Issues in Language Teaching and Learning amongst Non-Native Speakers, 2: 251-260.

Fa’izah Abd. Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2011). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu pelajar asing. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (Pnyt.). Transformasi dan inovasi dalam pendidikan, 26: 399-418. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Mohd Rahimi NikYusoff. (2005). Kemahiran mendengar Bahasa Arab: Satu kajian di sekolah kebangsaan menengah kerajaan negeri. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pezhman Zare. (2010). An investigation into language learning strategies use and gender among iranian

Page 7: Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar

81

undergraduate language learners. World Applied Sciences Journal, 11 (10): 1238-1247.

Sharala a/p Subramaniam. (2012). Bahasa Melayu untuk penutur asing: Kajian strategi pembelajaran bahasa. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill building approach. 4th Edition. Boston: John Wiley & Sons.

Tyacke, M. & Mendelshon, D. 1986. Students needs: Cognitive as well as communicative. TESL Canada Journal, 1: 171-183

Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar & Chan Tze-Haw. (2009). Strategi pelajar antarabangsa belajar Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education. Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia.

Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw & Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2010a). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa antarabangsa: Konteks Malaysia. Seminar International Bahasa, Sastera, Pengajaran Bahasa dan Sastra dan Budaya, Balai Bahasa Provinci Sumatera Selatan.

Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw & Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2010b). Strategi pelajar antarabangsa belajar Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi. The 4th International Conference on Teacher Education; Teacher Education in Developing National Characters and Cultures. Jakarta: Universiti Pendidikan Indonesia.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2006). Strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar bukan Melayu pelbagai etnik. Jurnal Pendidikan, 26: 115-132.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2014). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2014). Kemahiran Bahasa Melayu untuk pelajar warganegara asing di IPTA dan

IPTS Malaysia. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-3, 1-6. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod (Prof. Dr.)Jabatan Inovasi Pembelajaran dan PengajaranFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi Selangor. MalaysiaE-mel: [email protected]

Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff (Prof. Madya Dr.)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi Selangor. Malaysia E-mel: [email protected]

Mohamed Amin Embi (Prof. Dr.)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi Selangor. Malaysia E-mel: [email protected]

Jamaludin Badusah (Prof. Madya Dr.)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi Selangor. Malaysia E-mel: [email protected]

Sharala A/P Subramaniam (Cik)Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi Selangor. Malaysia E-mel: [email protected]