stpm bahasa malaysia 2 kedah

7
SULIT* 910/2 PERCUBAAN STPM .2008 ·KERTAS2 (TigaJam) PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH Arahan kepada calon: Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripadu 7 halaman bercetak @Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PKPSM, KEDAH 2008 PERCUBAAN STPM 910/2 *Kertassoalanini SULIT sehinggapeperiksaan kertas initarnat. [Lihat sebelah SULIT* j2k

Upload: ganos

Post on 08-Jun-2015

4.298 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

STPM pasport ke arah kegemilangan.

TRANSCRIPT

Page 1: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

SULIT* 910/2

PERCUBAAN STPM .2008

·KERTAS2

(TigaJam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008 ANJURAN BERSAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENG ETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

Arahan kepada calon:

Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C dan soalan dalam Bahagian D.

Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripadu 7 halaman bercetak @Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PKPSM, KEDAH 2008

PERCUBAAN STPM 910/2 *Kertassoalanini SULIT sehinggapeperiksaan kertas ini tarnat.

[Lihat sebelah SULIT*

j2k

Page 2: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

SULIT* 2

Sahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 ]

1 Kes kehilangan .kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan banyak pihak. Kes kehilangan kanak-kanak ini dikatakan berpunca daripada kecuaian atau kelalaian ibu bapa itu sendiri. Bincangkan.

2 Selain mengemukakan unsur pengetahuan sejarah, mata pelajaran Sejarah dikatakan mampu memupuk nasionaiisme dalam kalangan pelajar. Bincangkan.

3 Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi untuk tujuan pembangunan semakin berleluasa di negara kita. Penerokaan hutan yang dilakukan tanpa kawalan di kawasan tersebut akan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar di negara kita. Sebagai seorang pegawai di Jabatan Alam Sekitar, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah tentang kesan penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

4 Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak 3K ( Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan ) Menangani Masalah Keracunan Makanan Peringkat Negeri, anda diminta untuk menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya kes keracunan makanan di sekolah. Sediakan laporan tersebut.

910/2 Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

j2k

Page 3: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

SULIT* 3

Bahagian B

5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. [20]

8 Jun ialah Hari Laut Sedunia yang pertama kali diisytiharkan pada 8 Jun 1992 di

Puncak Bumi, Rio de Janeiro, Brazil. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan

kesedaran mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia. Tahukah kita bahawa

peranan laut begitu menakjubkan sebagai pemampan? Laut memampan haba, gas

rumah hijau seperti karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim

bumi, seterusnya melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu

bumi. Berbanding pencemaran darat yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah

diuruskan, pencemaran di laut tidak dapat disempadankan. Kesan buruknya tidak dapat

dilihat dengan mata kasar. Malangnya, kebutaan ini menyebabkan manusia kian

angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus memusnahkan laut.

Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara utama

manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin.

Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu

membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan

drastik pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an, kini merupakan isu

yang begitu meruncing. Setiap tahun, puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat

akibat sampah plastik. Kajian mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati

terperangkap atau tercekik.

Selain itu, pernbuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan Perang Teluk

telah meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan biodiversiti laut. Kesan

kemusnahan daripada tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal ini demikian

kerana kesannya terhadap hidupan marin tidak kelihatan dengan mata kasar serta tidak

menyebabkan perubahan ekonomi serta-merta. Tumpahan minyak paling buruk dalarn

sejarah adalal1 daripada kapal tangki minyak Exxon Valdez pada tahun 1989 yang

910/2 Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

j2k

Page 4: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

SULIT* 4

pecah dan menumpahkan lebih 35,000 tan minyak mentah di perairan Prince William

Sound di Alaska. Minyak bukan sahaja telah meliputi 2,300 kilometer persegi

permukaan laut, malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itu mendak di

pesisiran pantai. Hal ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marin, termasuk

13 peratus daripada populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memerang taut,

dan sehingga 645,000 ekor burung laut. Hakikat bahawa minyak berskala besar yang

tumpah ke dalam salah satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah

menyebabkan kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.

Hal ini telah menyebabkan kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar­

uarkan dan diberi perhatian di seluruh dunia. Di negara ini, langkah mewujudkan

Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta

Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut.

Setakat ini sebanyak 40 pulau yang paling kaya dengan biodiversiti laut telah

diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa pulau lagi masih dalam kajian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

"Pencemaran Laut Kian Kritikal", Mingguan

Malaysia, Jun 2008, halaman 16-17)

910/2 Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*

j2k

Page 5: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

6

SULIT* 5

Sahagian C

Alih puisi di bawah ini kepada prosa biasa bahasa Melayu moden [ 15 ]

Wasiat Ayah

Harum bau setanggi ketika ayah pergi meninggalkan kami anak-anak si petani yang berani dan berdikari mengharungi arus globalisasi.

Ayah tinggalkan sawah dan bendang untuk kami kerjakan atau kami biarkan bendang ditumbuhi lalang.

Aku melangkah ke menara gading abang kakakku semua sudah bersanding hanya tinggal aku di bumi asing tiada masa untukku bermain-main.

Wasiat ayah; jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sayangi yang muda, hormati yang tua agar hidup aman sentosa.

Wasiat ayahanda kata keramat penuh nasihat bersulam hikmat menjadikan aku seorang yang cermat memilih jalan hidup yang selamat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada, Dewan Sastera, Mei 2007 )

910/2 Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

j2k

Page 6: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

7

SULIT* 6

Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

Retti Eliza bersiap-siap di biliknya. Oia akan menemui Hamzan di Medan Mara Kuala Lumpur jam tiga petang. Oi dalam kereta abang iparnya nanti, dia tidak akan berpeluang bercakap tentang Sofian dengan kakaknya. Kalau tidak berpeluang bercakap hari ini, dia terpaksa menunggu sampai seminggu lagi kerana sejak berkahwin, kakaknya pulang ke Melaka seminggu sekali.

Apabila dia keluar dari bilik, didapatinya kakaknya sedang membasuh pinggan di dapur. Segera dia ke dapur.

"Kakak, boleh Ti tanya?" katanya. "Eh, macam ada yang rumit pula!" Kakaknya tersenyum. "Apa pendapat kakak, saya pun turut putus tunang dengan SofianT II Itu hak Ti, macam kakak gunakan hak kakak juga. Itu saja." "Tapi tak ada alasan kan?" "Eh, Ti lulusan tinggi, kakak hanya SPM! Ti buat keputusan ikut pertimbangan

sendirilah," balas kakaknya selamba. Retti Eliza tidak beroleh apa-apa maklumat daripada kakaknya. Kenapakah

Sofian ditolak oleh kakaknya dulu? Sekarang kakaknya seperti menyindir dia dengan menyebut soal kelulusan.

Oi Kuala Lumpur, Retti meminta abang iparnya berhenti di mana-mana sahaja. Dia akan menaiki teksi ke Pasar Budaya sebelum ke Medan Mara.

( Oipetik dan diubahsuai daripada novel II Takungan Hajat" Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1995)

910/2 Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*

j2k

Page 7: Stpm Bahasa Malaysia 2 Kedah

SULIT* 7

Sahagian D

8 Kenai pasti kesa/ahan bahasa da/am petikan di bawah ini. Bagi setiap kesa/ahan, jelaskan sebab kesa/ahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Kerajaan melalui Kementerian Selia dan Sukan, telah berusaha menjadikan sukan sebagai suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara ini. Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat antara bangsa. Kerajaan juga turut berusaha untuk menyedarkan tentang kebaikan bersukan dan beriadah melalui media rnassa dan kempen-kempen yang pelbagai agensi kerajaan jalankan.

910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*

.------~---

j2k