steroid bahaya.doc

4
Steroid bahaya, langgar etika sukan - Ramlan KUALA LUMPUR 11 Julai - Tidak kira apa jua kaedah yang digunakan oleh atlet, pengunaan bahan terlarang atau doping seperti steroid adalah menyalahi peraturan sukan dan tidak dibenarkan sama sekali penggunaannya. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz (gambar) berkata, berdasarkan sejarah sukan negara, penyalahgunaan bahan steroid banyak berlaku di kalangan atlet bina badan, angkat berat dan olahraga. Beliau berkata, bagaimanapun kes seumpama itu sudah berkurangan ekoran ujian yang dilakukan di luar pertandingan dan sebelum pertandingan secara rawak ke atas atlet semua jenis sukan serta secara sasaran untuk sukan berisiko tinggi. Menurutnya, memang terdapat penggunaan bahan steroid secara sah dalam rawatan perubatan dan penternakan, namun telah disalahgunakan oleh atlet untuk meraih kelebihan dari segi susuk tubuh supaya membesar dan mempunyai kekuatan. "Sebab itulah bahan ini sering disalahgunakan oleh atlet dalam jenis sukan 'kekuatan dan tenaga' seperti bina badan, olahraga iaitu acara pecut dan balapan,

Upload: jae-luke

Post on 25-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Steroid bahaya.doc

Steroid bahaya, langgar etika sukan - Ramlan

KUALA LUMPUR 11 Julai - Tidak kira apa jua kaedah yang digunakan oleh atlet, pengunaan bahan terlarang atau doping seperti steroid adalah menyalahi peraturan sukan dan tidak dibenarkan sama sekali penggunaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz (gambar) berkata, berdasarkan sejarah sukan negara, penyalahgunaan bahan steroid banyak berlaku di kalangan atlet bina badan, angkat berat dan olahraga.

Beliau berkata, bagaimanapun kes seumpama itu sudah berkurangan ekoran ujian yang dilakukan di luar pertandingan dan sebelum pertandingan secara rawak ke atas atlet semua jenis sukan serta secara sasaran untuk sukan berisiko tinggi.

Menurutnya, memang terdapat penggunaan bahan steroid secara sah dalam rawatan perubatan dan penternakan, namun telah disalahgunakan oleh atlet untuk meraih kelebihan dari segi susuk tubuh supaya membesar dan mempunyai kekuatan.

"Sebab itulah bahan ini sering disalahgunakan oleh atlet dalam jenis sukan 'kekuatan dan tenaga' seperti bina badan, olahraga iaitu acara pecut dan balapan, angkat berat, tinju, gusti bagi mendapatkan kelebihan daripada kesan rangsangan terhadap tumbesaran dan kekuatan otot pada suatu tahap luar biasa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penggunaan steroid di kalangan atlet

Page 2: Steroid bahaya.doc

selepas laporan khas Utusan Malaysia semalam membongkar mengenai ancaman pengambilan bahan terlarang itu oleh pengunjung gimnasium khususnya golongan belia.

Menurut Ramlan, larangan pengambilan steroid dalam sukan bukan sahaja kerana perkara itu melanggar etika sukan serta kesaksamaan pertandingan tetapi turut mengambil kira kesan-kesan bahaya terhadap kesihatan atlet.

"Terdapat pelbagai kesan buruk dan berpanjangan terhadap organ-organ manusia seperti hati, ginjal, sistem reproduktif, otak dan otot itu sendiri akibat pengambilan steroid.

"Atlet yang menyalahgunakan steroid sering mempamerkan kesan psikologikal buruk seperti agresif dan kurang waras," katanya.

Mengulas mengenai isu pertandingan sukan yang tidak mengambil berat mengenai pengambilan steroid dalam kalangan peserta, Ramlan berkata, pihaknya amat menggalakkan penganjur untuk melakukan ujian anti-doping.

"Kejohanan tempatan perlu memberi keutamaan terhadap keperluan ujian anti-doping walaupun untuk beberapa ujian sahaja mengikut kemampuan masing-masing.

"Pelaksanaan tersebut akan mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terutamanya bagi sukan yang pernah mempunyai kes doping," katanya.

Sementara itu, Ramlan berkata, tahap penyalahgunaan dadah atau gejala doping di kalangan atlet negara ini sama ada pada peringkat elit atau pelapis adalah tidak serius.

Page 3: Steroid bahaya.doc

"Jumlahnya kurang daripada tahap purata antarabangsa iaitu satu peratus. Namun begitu tidak bermakna pihak kami harus alpa dan selesa kerana kita perlu mengambil sikap tiada tolak ansur terhadap gejala ini demi memartabatkan sukan negara dan kesejahteraan atlet," katanya.

Kata beliau, atlet perlu mendapatkan nasihat pegawai perubatan berpengalaman, pakar perubatan sukan atau sebaik-baiknya pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum mengambil ubat-ubatan termasuk ubat tradisional dan suplemen seperti makanan tambahan, vitamin, zat galian serta protein.