standard & garis panduan pembangunan bahan kursus … epsa.pdf · k) perkataan asing dalam...

19
STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA ® )

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

STANDARD &

GARIS PANDUAN

PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

Page 2: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® i

Kandungan m/s

1. TUJUAN .......................................................................................... 1

2. LATAR BELAKANG ........................................................................... 1

3. PERMOHONAN ............................................................................... 1

4. PROSES PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® ........................... 1

5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMBANGUNAN

BAHAN KURSUS EPSA® .................................................................... 2

6. KEPERLUAN PERISIAN ..................................................................... 3

7. STRUKTUR BAHAN KURSUS EPSA® .................................................. 3

8. PAPAN CERITA (STORYBOARD)…………………………………………………….. 4

9. REKABENTUK ANTARAMUKA SKRIN BAHAN KURSUS EPSA®........... 6

10. FORMAT DAN PAKEJ BAHAN KURSUS EPSA® ................................ 9

11. HUBUNGI KAMI ............................................................................ 9

LAMPIRAN .........................................................................................10

Page 3: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 1

1 TUJUAN

1.1 Tujuan dokumen ini adalah sebagai standard dan garis panduan bagi keperluan dan proses yang digunapakai untuk membantu Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam pembangunan bahan kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®).

2 LATAR BELAKANG

2.1 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), adalah institusi latihan sektor awam yang memainkan peranan utama di dalam pembangunan keupayaan dan kebolehan modal insan melalui penyediaan hala tuju latihan dan strategi pembelajaran yang berkesan.

2.2 Sebagai menyokong usaha pemantapan latihan menerusi inisiatif digital, INTAN telah mengambil peluang dari kesediaan teknologi untuk menyediakan kemudahan latihan secara atas talian yang dikenali sebagai Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®) yang boleh diakses melalui pelbagai platform sama ada komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar atau tablet computer.

2.3 Sistem EPSA® boleh dicapai di www.epsa.gov.my dan boleh diakses pada bila-bila masa dan

di mana sahaja. Kemudahan latihan secara online ini adalah percuma kepada semua penjawat awam Malaysia.

3 PERMOHONAN

3.1 Setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berhasrat untuk membangunkan dan menyumbangkan bahan kursus EPSA boleh membuat permohonan kepada Pengarah INTAN.

3.2 Permohonan boleh dibuat kepada alamat berikut:

Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Utama Bukit Kiara Jalan Bukit Kiara 50480 W.P Kuala Lumpur

No. Telefon : 03 – 20847777 No. Faks : 03 – 20961403

4 PROSES PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA®

4.1 Proses pembangunan bahan kursus EPSA® adalah seperti di LAMPIRAN 1.

Page 4: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 2

5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA®

5.1 Satu pasukan pembangunan (task force) bahan kursus EPSA® perlu ditubuhkan bagi mencapai sasaran menyiapkan bahan kursus dalam masa yang telah ditetapkan.

5.2 Pasukan pembangunan bahan kursus EPSA® terdiri daripada aktor berikut:

i. Subject Matter Expert (SME)

- SME adalah pemilik bahan kursus (content owner).

ii. Pasukan pembangun - Pegawai yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bahan kursus EPSA®.

iii. Penguji - Pegawai yang dilantik untuk membuat pengujian User Acceptance Test (UAT) dan

Final Acceptance Test (FAT) ke atas bahan kursus EPSA® yang dibangunkan.

5.3 Peranan dan tanggungjawab pasukan pembangunan bahan kursus EPSA® adalah seperti

dalam jadual berikut:

PERANAN

TANGGUNGJAWAB

Subject Matter Expert (SME)

Menyediakan bahan (nota, fail video dan imej berkaitan) untuk

pembangunan kursus.

Menyediakan skrip Voice Over (VO) sekiranya berkaitan.

Menyemak bahan yang telah dibangunkan.

Melaksanakan proses Review dan Pengujian bahan kursus.

Pasukan Pembangun

Menyediakan Lesson Map.

Menyediakan Storyboard.

Membangunkan bahan kursus mengikut spesifikasi sistem

EPSA®.

Membuat tindakan pembetulan pada bahan kursus yang

dibangunkan.

Mempakejkan bahan kursus yang dibangunkan ke bentuk

SCORM.

Memuatnaik bahan kursus ke sistem EPSA®.

Penguji Menyemak kesahihan ejaan mengikut Dewan Bahasa dan

Pustaka dan British English (bagi kandungan dalam Bahasa

Inggeris).

Menyemak kualiti kandungan bahan kursus yang dibangunkan

termasuk navigasi, butang, audio, video, gambar dan lain-lain

yang berkaitan.

Page 5: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 3

PERANAN

TANGGUNGJAWAB

Menyemak kefungsian bahan kursus dengan sistem EPSA®

seperti bookmark, completion bar, butang dan lain-lain yang

berkaitan.

5.4 Proses pembangunan bahan kursus ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kerjasama

yang erat antara SME, pasukan pembangun dan penguji yang dilantik dalam memastikan kejayaan projek ini.

6 KEPERLUAN PERISIAN

6.1 Perisian yang digunakan untuk melayari portal EPSA® dan mengikuti pembelajaran secara online adalah seperti berikut:

i. Pelayar Google Chrome, Mozila Firefox atau Opera ii. Java

6.2 Perisian yang digunakan dalam pembangunan bahan kursus EPSA® terdiri daripada perisian-perisian berikut: i. Authoring tools: Microsoft Office Powerpoint (sekurang-kurangnya versi 2010 dan ke atas)

/ iSpring Suite 9.0 / Articulate Storyline 2 ii. Penyunting Grafik: Adobe Photoshop / Adobe Illustrator iii. Penyunting Audio: Adobe Audition / Audacity iv. Penyunting Video: Adobe Premiere v. Mempakej bahan kursus ke piawaian Sharable Content Object Reference Model

(SCORM): Reload Editor

7 STRUKTUR BAHAN KURSUS EPSA®

Struktur bahan kursus EPSA® terdiri daripada komponen-komponen berikut:

7.1 Maklumat Kursus

- Penerangan ringkas berkenaan bahan kursus yang merangkumi Keterangan Ringkas Kursus, Objektif Kursus, Kandungan Kursus yang memaparkan Tajuk/Topik berkaitan, Kumpulan Sasaran dan lain-lain.

7.2 Objektif Pembelajaran/Topik(Learning Object – LO)

- Objektif pembelajaran ini adalah senarai ringkas objektif yang akan dicapai daripada pembelajaran topik tersebut.

- Objektif yang dinyatakan mestilah boleh diukur (measurable).

7.3 Kandungan

- Menerangkan dengan jelas isi kandungan topik dengan lebih lengkap dan terperinci.

- Pembangunan kandungan mestilah mengikut instructional practice berdasarkan teori-teori pembelajaran andragogy (adults learning) yang diiktiraf. Sebagai contoh, Constructivism, Mastery Learning, Contextual Learning atau Active Learning.

Page 6: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 4

- Kandungan mestilah dalam bentuk persembahan multimedia yang mengandungi elemen teks, grafik, animasi, suara latar dan elemen-elemen lain yang bersesuaian untuk meningkatkan kefahaman pelajar.

- Glosari hendaklah disediakan mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

- Sebarang Petikan, Fakta dan lain-lain hendaklah dinyatakan punca sumber dan rujukan yang berkenaan.

- Setiap arahan pembelajaran mestilah dipaparkan secara bertulis.

7.4 Aktiviti/Kuiz

- Aktiviti/Kuiz merangkumi pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang interaktif.

- Tujuan aktiviti/kuiz adalah untuk menguji kefahaman pelajar terhadap kandungan yang telah dipelajari.

- Setiap arahan bagi Aktiviti/Kuiz mestilah dipaparkan secara bertulis.

- Setiap topik hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti/kuiz.

7.5 Rumusan

- Rumusan adalah ringkasan keseluruhan bahan kursus yang telah dipelajari.

- Ia juga akan mengimbas kembali setiap topik yang telah dipelajari.

7.6 Penghargaan dan Rujukan

- Menyenaraikan semua nama yang terlibat dalam pembangunan bahan kursus EPSA® seperti nama kementerian dan agensi yang menyumbangkan bahan kursus, SME dan pasukan pembangun,

- Menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan. 8 PAPAN CERITA (STORYBOARD)

8.1 Format Papan cerita

Format papan cerita boleh mengandungi dan tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

Tajuk skrin

Nombor Skrin

Teks

Grafik / Animasi (sekiranya ada)

Audio (sekiranya ada)

Video (sekiranya ada)

Skrip suara latar (Voice over script (sekiranya ada))

Action / Tindak Balas skrin

Arahan navigasi

8.2 Bahasa

Bahasa yang digunakan hendaklah menggunakan bahasa pembelajaran yang telah ditetapkan dalam pembangunan sesuatu bahan kursus. Hanya satu bahasa sahaja dibenarkan bagi satu tajuk kursus.

Page 7: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 5

8.3 Susun Atur

Susun atur skrin hendaklah menggambarkan sesuatu bahan kursus yang hendak dibangunkan.

8.4 Teks

Teks yang digunakan mestilah memenuhi standard bahan kursus pembelajaran.

8.5 Grafik / animasi

Grafik mestilah diterangkan dengan jelas sama ada berbentuk imej pegun (still) atau animasi.

Animasi yang dibangunkan mestilah dilakar atau ditunjukkan pergerakannya dengan keterangan yang jelas.

8.6 Audio

Audio yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian dengan keperluan bahan pembelajaran.

Kesan bunyi atau muzik latar belakang mestilah mematuhi akta hakcipta.

8.7 Video

Video yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian dengan keperluan bahan pembelajaran dan mematuhi akta hakcipta.

8.8 Skrip Suara Latar

Voice Over (VO) mestilah mempunyai skrip lengkap.

8.9 Action / Tindak Balas Skrin

Action / tindak balas skrin mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap event (Contohnya selepas klik sesuatu objek)

8.10 Arahan Navigasi

Arahan navigasi mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap perjalanan skrin.

Page 8: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 6

9 REKABENTUK ANTARAMUKA SKRIN BAHAN KURSUS EPSA®

9.1 Ruang paparan Ruang paparan perlulah digunakan sepenuhnya dan digunakan untuk memaparkan kandungan kursus dengan menyusun atur atau memasukkan elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Contoh ruang paparan seperti di Gambarajah 1.

Gambarajah 1: Ruang Paparan

9.2 Rekabentuk antaramuka skrin Rekabentuk antaramuka skrin bahan kursus EPSA® hendaklah mengandungi komponen-komponen yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Namun begitu, rekabentuk antaramuka yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti masing-masing. Contoh skrin antaramuka adalah seperti di Gambarajah 2.

Gambarajah 2: Contoh Skrin Antaramuka

Page 9: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 7

9.3 Warna

Warna yang digunakan untuk paparan mestilah kontra di antara foreground dan background.

9.4 Font a) Font yang digunakan bagi kandungan mestilah anti-alias dan tanpa sebarang kesan

grafik seperti shadow, embossed dan lain-lain.

b) Warna font mestilah terang dan kontra dengan warna latarbelakang skrin atau sebaliknya.

c) Kepelbagaian saiz dan font mestilah digunakan untuk membezakan komponen-komponen skrin. Penggunaan saiz dan font adalah terhad kepada 3 jenis bagi setiap skrin

d) Saiz font mestilah konsisten pada keseluruhan bahan kursus.

e) Font yang digunakan mestilah bukan yang berlesen.

9.5 Teks a) Susunan teks mestilah mengikut kewajaran. Panjang teks pada skrin perlu

diseimbangkan untuk mengelakkan skrin menjadi semak atau pembaziran ruang

b) Setiap perenggan teks mestilah dipisahkan sekurang-kurangnya dengan satu baris kosong.

c) Susunan antara satu blok maklumat dengan blok maklumat yang lain mestilah diasingkan oleh ruang yang bersesuaian.

d) Semua teks mestilah menggunakan jajar-kiri (left-aligned) kecuali jika diminta oleh SME.

e) Gunakan margins, alignment dan spacing untuk menekankan pentingnya sesuatu pandangan/tujuan (points).

f) Gunakan bullet atau numbering bagi ayat yang mengandungi rantaian maklumat (serial items).

g) Perkataan di penghujung barisan tidak boleh menggunakan tanda sengkang (-).

h) Tarikh mestilah ditulis dalam baris yang sama. (Contoh: 15 Julai 2018)

i) Setiap skrin yang memerlukan tindakbalas dari pengguna (klik butang/link/grafik dan lain-lain) wajib mempunyai teks arahan penggunaannya.

j) Setiap arahan mestilah:

ditulis mengikut format sentence case; dan

ringkas, padat dan jelas.

k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan dalam kurungan () tanpa italik jika digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan tersebut.

9.6 Animasi a) Animasi yang dibangunkan mestilah lancar pergerakannya dan tidak mengelirukan

pengguna.

b) Efek kerdipan (blinking) tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Seluruh atau sebahagian teks panjang yang hendak dibaca tidak boleh dikerdipkan.

c) Animasi yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.

Page 10: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 8

9.7 Grafik

a) Grafik digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan maklumat penting

yang dapat membantu dalam proses pembelajaran.

b) Grafik yang digunakan mestilah berkualiti tinggi dan tidak pecah (jagged).

c) Grafik yang digunakan mestilah tidak menyentuh sensitiviti gender, bangsa, agama dan lain-lain.

d) Adalah digalakkan supaya grafik yang digunakan bercirikan kebudayaan Malaysia kecuali sebaliknya.

e) Grafik yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.

9.8 Audio a) Audio digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan maklumat penting

yang dapat membantu dalam proses pembelajaran.

b) Audio yang digunakan mestilah berkualiti tinggi dan tidak pecah.

c) Voice Over (VO) mestilah serentak dengan teks, video, animasi atau grafik.

d) Sebutan VO mestilah betul dengan intonasi yang jelas tanpa sebarang loghat.

e) Volum, nada dan tala bunyi audio mestilah konsisten dan jelas dari mula hingga akhir sesuatu bahan kursus.

f) Audio tersebut mestilah bebas dari sebarang gangguan bunyi (seperti peaky, shrill, tinny, boomy, muddy, thin, distorted, scratchy, coarse, grainy, harsh, hiss, crackle atau rustle).

g) Audio yang digunakan mestilah tidak bertindih antara satu sama lain.

h) Kesan bunyi atau muzik latar belakang mestilah mematuhi akta hak cipta.

9.9 Video a) Video digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan maklumat penting

yang dapat membantu dalam proses pembelajaran.

b) Video yang digunakan mestilah berkualiti tinggi dan tidak pecah.

c) Video yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.

9.10 Jadual dan Graf

Semua Jadual dan Graf mestilah mempunyai tajuk dan dilabel seperti di Gambarajah 3.

Gambarajah 3: Perlabelan Jadual dan Graf

Page 11: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 9

10 FORMAT DAN PAKEJ BAHAN KURSUS EPSA®

10.1 Output akhir bahan kursus yang dibangunkan hendaklah berformat HTML5 dan bebas

daripada perisian Java.

10.2 Bahan kursus yang dibangunkan hendaklah menyokong format multiplatform sama ada desktop, tablet dan mobile.

10.3 Bahan kursus yang siap dibangunkan mestilah dipakej ke bentuk Sharable Content Object

Reference Model (SCORM) sebelum ianya boleh dimuatnaik (upload) ke Learning Management System (LMS) EPSA®.

10.4 Pakej bahan kursus ini mestilah mematuhi sekurang-kurangnya standard SCORM 1.2.

11 HUBUNGI KAMI

11.1 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pasukan pembangunan bahan kursus EPSA®

INTAN seperti berikut:

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN EMEL/NO.TELEFON

1. Encik Abdul Hamid bin Ahmad

Timbalan Ketua Kluster Sub Kluster E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

[email protected] 03 2084 7737

2. Puan Marina binti Mahayudin

Ketua Unit Pengurusan Kandungan Kreatif EPSA

[email protected] 03 2084 7725

3. Puan Rooslaili binti Kamis

Perunding Latihan [email protected] 03 2084 7731

4. Puan Nadhirah binti Anang @ Talib

Perunding Latihan [email protected] 03 2084 7719

Page 12: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 10

LAMPIRAN

Page 13: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 11

Lampiran 1

Page 14: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 12

Page 15: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 13

Page 16: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 14

Page 17: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 15

Page 18: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 16

Page 19: STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS … EPSA.pdf · k) Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis dalam italik jika digunakan secara terus, atau dimasukkan

E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)

STANDARD & GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 17