saya mestilah muslim dari sudut akhlaq

18
مس ل إنتمائيعني يذا ماMohd Izzuddin Ismail Pengurus Tarbiyyah Kreatif Timbalan Mudir Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? tarbiyyahkreatif.com Siri 4

Upload: tarbiyyah-kreatif

Post on 09-Jan-2017

150 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

ماذا يعني إنتمائي لإلسالم Mohd Izzuddin IsmailPengurus Tarbiyyah Kreatif

Timbalan Mudir Pusat Dakwah Serantau Yayasan Amal Malaysia

APA ERTINYA SAYA MENGANUT

ISLAM?tarbiyyahkreatif.com

Siri

4

Page 2: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

1.3 saya mestilah Muslim dari sudut

akhlaq

Page 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

erti akhlaq

Akhlaq ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuk perbuatan dengan mudan dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

- Imam Al-Ghazali r.h.

إمنا بعثت ألمتم مكارم األخالقSesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlaq manusia.

(HR Imam Bukhari)“ ”

Page 4: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil daripada keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak.

ليس اإلميان بالتمني ولكن ما وقر ف القلب وصدقه العملBukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah

keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.(HR Ad-Dailami)“

AKHLAQ MULIA BUAH IMAN

Page 5: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

“ ”

Akhlaq yang mulia adalah hasil daripada berbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah.

إن الصالة تنهى عن الفحشاء واملنكرSesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang kejidan mungkar. (Surah Al-Ankabut, Ayat: 45)

AKHLAQ MULIA NATIJAH IBADAH

حبل من الناسحبل من اهلل

Page 6: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

احلـالل بـي واحلـرام بـي وبـيـنـهـمـا أمـور مـشـتـبـهـات ال يـعـلـمـهـن كـثـيـر مـن الـنـاس. فـمـن اتـقـى الـشـبـهـات فـقـد اسـتـبـرأ لـديـنـه وعـرضـه . ومـن وقـع ف الـشـبـهـات وقـع ف احلــرام, كــالــراعــي يــرعــى حــول احلــمــى يــوشــك أن يــقــع فــيــه. أال وان لــكــل مـــلـــك حـــمـــى , أال وان حـــمـــى ال مـــحـــارمـــه. أال وان ف اجلـــســـد مـــضـــغـــة اذا صلحت صلح اجلسد كله , واذا فسدت فسد اجلسد كله , أال وهي القلب

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat. Seorang Muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat).

MENI

NGGA

LKAN

SYUB

HAT

Page 7: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

“Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”

(HR Imam Bukhari dan Muslim).MENI

NGGA

LKAN

SYUB

HAT

Page 8: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Seseorang Muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu yang boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).

(Surah An-Nur, Ayat: 30)

قل للمؤمني يغضوا من أبصارهم

MEME

LIHAR

A PAN

DANG

AN

“”

Page 9: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Seseorang Muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba.

Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.

(HR Baihaqi)

من كثر كالمه كثر سقطه, ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه, ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به

MEME

LIHAR

A LID

AH

“”

Page 10: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Seseorang Muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran.

Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (HR Baihaqi)

اإلميان بضع وستون شعبة . فأفضلها قول ال اله اال ال ,وأدناها اماطة األذى عن الطريق, واحلياء شعبة من االميان

malu

“”

Page 11: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Seseorang Muslim mestilah sabar dan lemah-lembut kerana mereka akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan hingga ada yang menjadi pudar hemahnya, lumpuh gerakannya malah mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Sasarannya orang jahil dan alim, orang yang berfikiran terbuka dan emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan keras kepala, orang yang tenang dan yang mudah tersinggung.

saba

r & le

mah l

embu

t

Page 12: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

saba

r & le

mah l

embu

t Dakwah mesti sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya.

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. (Surah Ali Imran: 159)

فبما رحمة من ال لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب النفضوا من حولك فاعف عنهمواستغفر لهم وشاورهم ف األمر فإذا عزمت فتوكل على ال إن ال يحب املتوكلي

Page 13: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Hendaklah berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta.

ان الصدق يهدي إلى البر , وان البر يهدي إلى اجلنة, وان الرجل ليصدق حتى يكتب عند ال صديقا. وان الكذب يهدي إلى الفجور, وان الفجور يهدي إلى

النار, وأن الرجل ليكذب حتى يكتب عند ال كذاباSesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah seorang pendusta. (HR Bukhari & Muslim)

berk

ata b

enar

Page 14: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Tawaddhu’ atau rendah diri khususnya terhadap sesama Muslim dengan tidak membezakan layanan antara yang miskin mahupun yang kaya. Hendaklah menjauhi sifat takabur.

“ ”

tawa

ddhu

’ & re

ndah

diri

ال يدخل اجلنة من كان ف قلبه مثقال ذرة من كبرTidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat takabur. (HR Muslim)

Page 15: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain.

”jauh

i pra

sang

ka &

taja

ssus

يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم وال جتسسوا وال يغتب بعضكمبعضا أيحب أحدكم أن يأكل حلم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا ال إن ال تواب رحيم

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujurat, Ayat: 12)

Page 16: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

pemu

rah Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan

jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

“ ”Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yangKami kurniakan kepada mereka. (Surah Al-Anfaal, Ayat: 3)

ومما رزقناهم ينفقون

Page 17: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Seorang Muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.

qudw

ah ha

sana

h

Page 18: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq

tarbiyyahkreatif.com

Syeikh Fathi Yakan “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?”

Dewan Pustaka Fajar

rujukan1.

tarbiyyahkreatif.com Tarbiyyah Kreatif [email protected] Tarbiyyah Kreatif Tarbiyyah Kreatif